Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 21
02 February 2010 | 9:37 AM | 0 comments

karya:white lily

“Aduh, agenda apa lagi ni bang?”

Aishah mula tak selesa melihat Isma, kakak kepada Hafiz berada di hadapannya.

“Trust me Ecah. Abang takkan buat tanpa alasan yang kukuh.”

“Aril, thanks for this.” Sapa Isma. Sempat dia memandang Aishah yang mempamerkan muka masam. Menyedari Isma memandangaya, Aishah tersenyum hambar.

“I tak kejam Isma. Still ada hati perut lagi walau pun Hafiz dah lukakan hati adik kesayangan I.”

Aishah semakin keliru. (Apo bondo ni?)

“I tahu. I minta maaf bagi pihak adik I. Aishah, Sis terpaksa minta bantuan Aril. I’ve no choice. Hafiz nak sangat jumpa dengan Aishah.”

“Apa ni? Aishah tak faham la.”

“Aishah akan tahu nanti.”

Isma membawa Aishah dan Aril menuju ke wad V.I.P. Tertera nama Amirul Hafiz di muka pintu,

Tangan Aril ditarik Aishah. Dia menunjukkan isyarat gelengan kepala, menolak untuk memasuki ruangan itu. Aril memujuk, lembut, kepala adiknya di usap. Genggaman tangan Aishah dikemaskan. Perlahan-lahan pintu di buka.

Aishah tergamam melihat keadaan Hafiz yang terbaring di atas katil. Lengannya dicucuk bagi memasukkan air. Kepalanya berbalut. Ada kesan luka di siku dan kakinya. Amarah yang menggunung tadi beransur hilang perlahan-lahan. Wujud perasaan simpati. Tak sangka lelaki yang pernah menghuni hatinya dalam keadaan begitu. Aishah tertanya-tanya.

Hafiz cuba untuk bangun tapi di halang oleh ibunya. Bersusah payah Hafiz memanggil nama Aishah.

Aishah bersalaman dengan ibu Hafiz. “Aunty, macamana boleh jadi macam ni?”

“Dia accident. Mungkin semua ni penghapus dosa-dosanya pada Aishah.” Isma menjawab bagi pihak ibunya yang kesedihan.

“Accident? Bila?”

Hafiz memandang Aishah. Wajahnya lesu. Dia tersenyum tawar.

(Aishah, thanks sebab masih kisah pasal aku.)

“Ecah, abang tunggu kat luar, ok.”

Aishah mengangguk. Mereka meninggalkan Hafiz dan Aishah berdua.

“Aishah, thanks sebab datang jenguk Hafiz. Hafiz ingatkan tak dapat jumpa Aishah lagi. Mana Aishah menghilang?”

“Hilang? Mana ada la. Aishah tak menghilang pun. Macamana boleh accident ni?”

Allah turunkan bala untuk Hafiz beringat. Dia masih sayangkan Hafiz. Hafiz masih lagi bernafas. Tapi, Rubisa…”

“Rubisa?”

“Rubisa meninggal dalam kemalangan tu. Kitaorang bergaduh sebab Hafiz taknak ikut plan dia. Menghapuskan orang yang Hafiz sayang itu bukan agenda utama Hafiz. Hafiz takkan lukakan orang yang Hafiz sayang. Mungkin, disebabkan marah dia drive laju. Kereta terbabas. Hafiz pun tak ingat apa-apa. Sedar-sedar je Hafiz dah ada kat sini.” Tersekat-sekat nada suara Hafiz memberi penjelasan. Padanya, inilah peluang untuk dia membaiki keadaan. Aishah perlu tahu perkara yang sebenarnya.

“Plan apa ni?”

“Segala konflik yang berlaku dalam hubungan Aishah dengan Akim, kitaorang la yang rancang. Termasuk la MMS tu. Sikap Akim menyenangkan plan kitaorang. Tapi, bila dia plan untuk mencederakan Aishah, tu Hafiz tak boleh terima.”

Aishah terkejut. Memang dia dapat meneka Rubisa la pertualang di sebalik konflik yang berlaku. Tapi, sama sekali dia tak menyangka Hafiz turut terlibat sama.

“Hafiz minta maaf sangat-sangat.”

Tangan Aishah diraihnya. Bersungguh-sungguh Hafiz memohon keampunan.

“Hafiz, semua ni takdir. Sepatutnya Akim percayakan Aishah tapi… Takpelah. Benda dah jadi pun.” Aishah melepaskan keluhan.

“Hafiz kena terima hakikat. Walau setinggi mana pun tahap sayang Hafiz pada Aishah, hati Aishah bukan untuk Hafiz. Hafiz dah sia-siakan Aishah dulu dan tak mungkin Aishah akan bagi peluang pada Hafiz sekali lagi. Hafiz faham. Cinta tak semestinya memiliki kan. Hanya Akim dalam hati Aishah. Cinta Aishah milik Akim.”

“Mungkin tak. Cinta kitaorang dah berakhir.” Jawab Aishah perlahan.

“Aishah fikirlah sebaiknya-baiknya. Akim tu baik orangnya walau pun Hafiz tak kenal dia sangat. Tapi Hafiz dapat rasakan yang dia boleh jaga Aishah lebih baik dari Hafiz. Maybe ada salah faham.”

“Entah la. Aishah malas nak fikir. Ada jodoh, ada la.”

“Aishah, kita tetap kawan kan.”

Aishah tersenyum. “Always…”

*****

Loceng Villa Tan Sri Qamal Ariffin berbunyi. Aishah mengintai dari biliknya. Dia mendengus.

(Apa pula dorang buat kat sini ni!)

Segera Aishah turun. Dari tangga, sempat dia menegur abangnya yang ingin menuju ke luar.

“Abang, Ecah taknak jumpa dorang.”

“Sure?”

Aishah mengangguk.

“Tak menyesal?”

Aishah tidak menjawab sebaliknya dia terus masuk ke biliknya semula.

Aril menggarukan kepalanya. (Keras hati betul!)

Terus Aril menuju ke pintu pagar.

“Abang, saya nak jumpa dengan Aishah. Sekejap pun jadi lah.”

“Akim, bukan abang tak bagi tapi tuan punya badan sendiri taknak.”

“Aishah, I nak jumpa dengan you. You kena dengar dulu penjelasan I. Keluar lah” Akim menjerit.

“Akim balik la dulu. Nanti Ecah dah cool sikit, baru jumpa dia.”

“Tak bang. Saya akan tunggu dia sampai dia keluar. Apa nak jadi, jadilah.” Akim berdegil.

Mereka yang lain mengeluh. Faham benar dengan perangai keras kepala Akim.

“Kim, Abang Aril is right. Kita balik dulu. Nanti kita pujuk lagi Jom.”

“Qhaud, aku akan tunggu kat sini sampai dia keluar.”

“Kau jangan la degil. Kita balik dulu! Ecah still marah lagi tu.” Giliran Felix pula memujuk.

“Aku kata aku taknak, taknak la! Korang ni tak faham bahasa ke apa! Korang nak balik, korang balik. Tinggalkan aku kat sini. Kan aku dah kata, walau apa jadi sekali pun, aku tetap akan tunggu dia kat sini!”

“Takkan kitaorang nak tinggalkan kau kat sini. Yang Aishah ni pun satu. Masa nilah pula nak tunjuk keras hati. Isk!” Felix mula hilang sabar. Kesian pada kedua-duanya tapi tak pula dia menyangka yang Aishah hati kering.

“Korang pergi balik sekarang! Aku kata balik! Balik la.” Suara Akim tinggi.

“Kau gila. Kitaorang takkan …”

“Kalau korang sayangkan persahabatan kita dan anggap aku ni kawan, korang balik la sekarang. Kalau tak, kita putus kawan.” Akim memotong percakapan Qhaud. Mendatar tonasi suaranya menyebabkan Felix tersentak. Lufya dan Akma diam membisu. Kehilangan kata-kata untuk memujuk Akim. Aril menjadi pemerhati. Dia juga tak tahu cara untuk memujuk kedua-duanya.

“Kim, takkan la sampai macam tu sekali kot!”

“Felix, selama ni aku pernah tipu ke? Korang balik. Please. Ni masalah aku. Biar aku selesaikan dengan cara aku sendiri. Korang dah banyak tolong aku.”

Qhaud dan Felix teragak-agak untuk balik. Tak sampai hati meninggalkan Akim dalam keadaan begitu. Tapi, mengenali Akim membuatkan mereka tahu yang lelaki itu bersungguh-sungguh. Kata-katanya pantang dibangkang. Kalau hitam katanya, hitam la keputusannya. Sebagai rakan mereka terpaksa akur walau pun kadang-kala keputusan di buat tanpa memikirkan kebimbangan mereka.

“Kitaorang balik dulu. Anythings, just give me a call ok.”

Akim menganggukkan kepalanya.

“Korang doa-doalah kot-kot Aishah lembut hati.” Masih ada lagi sekelumit harapan di hati Akim.

Aril mengelengkan kepalanya melihat kelakuan Akim. (Elok la tu. Sorang keras kepala, sorang lagi keras hati. Sesuai sangat!)

*****

Hujan mencurah turun. Selebat-lebat alam. Ditambah dengan angin yang bertiup kencang. Sesekali petir berdentum. Kilat sabung menyabung. Ketika ini, tiada apa yang difikirkan oleh penghuni bumi melainkan tidur di atas tilam empuk.

Aishah menghabiskan masa dengan membaca novel. Suasana hujan terasa dingin. Novel hampir selesai di baca. Kini menjangkau ke bahagian terakhir. Semakin tak sabar dia menunggu apakah penghujung ceritera.

Tanpa mengetuk pintu, Aril masuk ke bilik Aishah. Dari tadi dia perhatikan tiada reaksi langsung dari Aishah.

“Ecah, bangun jap.”

Aril menegur adiknya yang kusyuk membaca sambil berbaring seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Abang ni kenapa? Ecah tengah kusyuk ni. Sikit lagi nak habis.”

Geram Aril melihat Ecah yang padanya tidak mempunyai perasaan langsung atau mungkin adiknya cuba menutup kesedihan. Jarang benar dia melihat Aishah berperangai begini. Sesuatu perlu di lakukan.

“Abang, apa ni. Sakit la!”

Aril mengheret Aishah menuju ke tingkap biliknya. Langsir di selak.

“Tengok! Ecah sanggup ke tengok Akim dalam keadaan macam tu? Fikirlah sikit. Kat luar tu hujan! Ecah nak ke apa-apa jadi kat Akim? Ecah nak terus kehilangan dia selama-lamanya?? Nak ke?”

Jelas Aishah melihat Akim mundar-mandir di depan pagar rumahnya dalam keadaan hujan lebat tanpa berpayung mahupun berbaju hujan.

“Ecah tak suruh pun dia tunggu kat situ.” Selamba Aishah berkata.

“Ya Allah, dik! Kalau benda macam ni jadi kat abang, apa perasaan Ecah? Ada Ecah fkirkan perasaan Ika kalau dia tahu abangnya kat luar macam tu?”

Aishah terdiam.

“Ecah, memang Akim tu bersalah tapi kita kena la tolak ansur juga. Dia tu dah sedar kesilapan dia. Cuba Ecah bagi peluang. Mana ada lelaki yang sunggup berhujan macam tu melainkan dia sayang sangat kat Ecah.”

Aril menyambung, “ Abang dah suruh dia masuk tapi dia still nak tunggu Ecah. Cuma Ecah je yang boleh tamatkan konflik ni.”

Petir berdentum membuatkan Aishah tersentak. Terkejut dia mendengar bunyi itu.

“Ecah fikir la sendiri. Jangan sampai Ecah kehilangan dia disebabkan dendam yang menghuni di hati. Cuba padamkan api amarah tu. Hujan-hujan ni macam-macam boleh jadi. Kalau Ecah rasa nak teruskan dengan degil tu, sila kan. Tapi, jangan pula menyesal di kemudian hari!”

Terus Aril keluar. Dia sudah pun menjalankan kewajipannya. Sekarang ni terpulang pada Aishah untuk menilai kata-katanya. Sebarang keputusan, Aishahlah yang berhak menentukan kerana dia yang akan menanggung kesan dari keputusan yang di buat.

Di dalam bilik, Aishah masih lagi terpaku memandang Akim yang kehujanan. Lelaki itu benar-benar gila.

(What should I do?)

Novel yang berada di atas katil dipandangnya…

****

Akim mula kesejukan. Tubuhnya mengeletar. Cuba untuk memotivasi diri, Akim memikirkan sesuatu yang hangat dan panas. Kopi panas, padang pasir, asap kenderaan, rumah terbakar, apa sahaja yang boleh menghilangkan rasa dinginnya. Hatinya nekad untuk menunggu. Dia tahu lambat laun wanita pujaannya pasti akan keluar.

Penat berdiri dia duduk di tepi tembok. Cuba menghilangkan lelah. Gambaran detik bahagia ketika bersama Aishah bermain di fikiran. Sesekali dia tersenyum. Terkenang gurauan di PD menyebabkan Aishah menangis.

(Aishah, I rindu sangat-sangat kat hubungan kita…)

“Ni apa senyum-senyum dalam hujan ni? Dah lama hidup!”

Akim terkejut. Dia bingkas bangun.

Aishah berdiri sambil memayungi Akim yang tidak sedar akan kehadirannya. (Berangan lagi!)

“Patut la tiba-tiba I tak rasa air hujan. Sayang, sorry.” Akim sudah pun melutut. “I tahu I salah. I tak patut percaya bulat-bulat dengan minah senget dan mamat kerinting tu. I’m so sorry. Please forgive me! Please, sayang…”

“Yang you tunggu dalam hujan ni kenapa? Kalau apa-apa jadi nanti, macamana I nak jawab dengan family you?”

“I tak fikir dah semua tu. Mati pun mati la. Asalkan I dapat kemaafan you. Sorry for everything.”

“Gila apa! Macamana I nak hidup kalau you takde?”

Akim mula bangun. Dia tersenyum.

“Sorry…” Akim memegang tangan Aishah lalu mengucupnya. Bertalu-talu dia mengucup tangan Aishah sambil melafazkan kata maaf.

(Sejuknya tangan mamat ni. Muka dah pucat!)

Tiba-tiba Akim rebah. Aishah mula risau. Payung yang dipegangnya di campak ke tepi. Dia tidak peduli akan dirinya yang mula kebasahan.

“Akim, bangun la. Jangan buat I risau macam ni. I dah maafkan you. Dah lama pun. Bangun la.”

Aishah mengerakkan badan Akim tapi tiada reaksi. Mata Akim tertutup rapat. Dia mula menangis. Menyesali diri dek kedegilannya. Apakah dia akan kehilangan Akim untuk selama-lamanya.

“Abang…Tolong Ecah…” Tangisan Aishah semakin kuat.

Abang!!!!” Aishah menjerit-jerit memanggil Aril.

Suasana kelam kabut.


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries