Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 10 : Hutan...
20 February 2010 | 11:23 PM | 0 comments
karya:dak comot

Pagi itu, hari sabtu minggu ke-3 bulan October...biasanya Akim akan meluangkan masa bersama kawan-kawannya,tetapi minggu tersebut tiada perancangan yang dibuat. Akim melihat Aril semakin sihat, sudah mula bersenam di pagi hari. Dihalaman rumah...

“Good morning, abang dah sihat?”
“Emm, Alhamdulillah...dah ok sikit dari semalam, sakit ringan je” Aril menjawab pertanyaan Akim

“Akim tak ada planning nak beriadah ke hari ni?”
“Hurmmm...tak tahu lagi abang, tengoklah macam mana nanti” dia kembali masuk ke dalam rumah dan membuka televisyen menonton channel AXN 701, melihat kembali ulangan rancangan realiti ‘Amazing Race Asia: season 3’ yang mengangkat seniornya Ida Nerina sebagai TOP 3 final ‘Amazing Race Asia: season 3’

“Ha’ah ler, apa kata kali ni aku jelajah hutan pulak...tapi aku nak ajak siapa? Yazid?lagi....haaa!” Akim terus berlari ke biliknya dan menelefon Yazid. Sambil itu, dia berkemas untuk pergi ‘camping’ bersama Yazid.

Dengan menggunakan Toyota Hilux milik ayahandanya, Akim memecut laju menuju ke rumah Yazid. Di dalam perjalanan, Akim teringat seseorang yang ingin dibawa sekali ke Kuala Woh, Tapah Perak Darul Ridzuan.

*****

“Assalamualaikum....” Akim memberi salamnya, namun tidak disambut.

Di jendela, seorang gadis menjenguk keluar. “Apahal dia ni, pepagi buta dah tercegat depan rumah aku...hemm, macam-macam hal!”

“Waalaikummussalam...” Mak Ct menjawab salam dari Akim, dilihatnya Akim dari bawah ke atas. “Encik nak cari siapa?”

“Wei Akim, apa kau buat depan umah aku pepagi ni? belum sempat Akim menjawab, Ecah dah terpacul di depan pintu.
“Ecah, aku nak ajak pergi ‘camping’...jom!??” mata Ecah terkebil-kebil mendengar pertanyaan Akim.

“Apa? camping...wah! best ni...akak ikut?” Zizi yang menyelit diantara Ecah dan Mak CT menawarkan diri.

“Olor, malaslah akak...tak payahlah, Ecah letih...nak rehat” Ecah menggosok-gosok rambutnya.

“Wei Ecah, jomlah pergi...takkan nak rehat kat umah je, buatlah aktiviti lasak sikit...barulah kurus, hehehe....gemuk!!” Akim sengaja mencabar Ecah.

“Wah! suka hati kau cakap aku gemuk...aku kuruslah, wek!”

“Okey...ikut! akak dengan Ecah follow korang, hehe...” Zizi menarik tangan Ecah, Ecah terkejut dengan perlakuan kakaknya. Pelik, kenapa kakaknya beriya nak ikut Akim dan Yazid.
~ Well open up your mind and see like meOpen up your plans and damn you’re freeLook into your heart and you’ll find love…love…loveListen to the music of the moment maybe sing with meAh, la peaceful melodysIt’s your God-forsaken right to be loved love loved love…loveSo I won’t hesitate no more, no moreIt cannot wait I’m sure, There’s no need to complicateOur time is short, This is our fate, I’m yours

Credit : I’m Yours (Jason Mraz)

Akim menjeling ke arah Ecah yang duduk disebelah, sambil menyanyikan lagu tersebut.

“Wei, buang tebiat ke apa kau ni Akim? hurmm...pelik aku tengok kau ni, bawa kereta pandang depan...kang tak pasal-pasal aku dah tak boleh jumpa abang kau!” kata-kata Ecah memberhentikan nyanyian Akim, muka cerianya berubah menjadi serius.

“Kenapa kau selalu ambil berat pasal abang aku? betul ke kau sukakan abang aku? tapi abang....” Akim berbisik.

“Oit Kim, jaga-jaga depan tu...gila apa?” suara Ecah mengejutkan Akim, segera Akim memberhentikan Toyota Hilux milik ayahandanya...jika tidak pasti kemik dan dimarahi oleh ayahanda. Dan satu korban kambing akan berlaku walaupun bukan di Hari Raya Aidil Adha.

“Apa yang kau mengelamunkan Akim, kambing banyak tu pun kau tak nampak ke?”

“Diamlah!!” Akim meninggikan suaranya, dia tidak tahu mengapa aras suaranya meningkat. Adakah kerana Ecah yang selalu berkata tentang Aril atau Akim ‘bengang’ dengan kambing-kambing tersebut yang tak tengok kiri kanan sebelum melintas.
Selepas 2jam setengah perjalanan, mereka tiba di Kuala Woh, Tapah Perak.

“Uih, sakitnya badan aku...” Akim mengadu kerana letih.

“Eleh, baru 2jam dah sakit-sakit...mengada-ngada” Ecah sengaja mengusik Akim, tapi tak dipedulikan oleh Akim. Akim terus berlalu dari situ, Ecah terpinga-pinga dengan kelakuan Akim.

“Eleh, cakap boleh ler...kau sedap je tidur kat sebelah kan?” Akim berbisik menjeling ke arah Ecah.

“Pekena ngan mamat ni, tak pasal-pasal marah kat aku. Ni yang menyampah, takkan....Argh! aku pedulik pe, kau nak merajuk kau punya pasal” Ecah membebel sendiri sambil membetul-betulkan rambut dan cermin mata hitam Ray Ban yang dipakai. Ecah membantu Zizi mengangkat khemah dan memasangnya berdekatan dengan air sungai, diiringi oleh Yazid melakukannya seorang diri.

*****

Sambil itu, di ruangan menunggu HUKM...

“Assalamualaikum, hai Aril...kenapa nak jumpa Adila?ada masalah kesihatan ke? takkan orang aktif macam Aril boleh sakitkan?”

“Hai Adila, memang Aril datang nak buat pemeriksaan...Adila boleh tolong Aril?” Adila terkejut dengan jawapan Aril, Adila duduk disebelah Aril melihat keadaannya yang agak pucat.

“Aril, Aril sakit lagi...kan Adila dah nasihat hari tu Aril tak boleh nak buat kerja berat, Aril ni degil...kita kena cepat jumpa Uncle Obri” percakapan Adila terhenti apabila tangannya dipegang erat oleh Aril.

“Adila, Aril tak nak sesiapa pun tahu yang Aril datang sini okey...especially ayahanda dan bonda” Aril merayu pada Adila.

“Okey, tapi sekarang kita kena jumpa Uncle Obri” Adila mengiringi Aril ke bilik rawatan khas, bersebelahan pejabat Dr. Obri.

“Aril...Uncle harap apa yang Uncle cakapkan ni, Aril dapat terimanya dengan tabah.

Sebenarnya...”

Mendengar penjelasan dari Dr.Obri, Aril tidak dapat menahan sebak...air matanya mengalir, Adila yang juga mendengar perbualan itu terduduk di sudut bilik kecemasan itu menggelengkan kepalanya.

*****

Bunyi unggas memenuhi ruang malam berganti dengan bunyi cengkerik, sayup-sayup kedengaran bunyi burung kelicap yang pulang ke sarangnya seharian mencari makanan.

“Akim....Akim! kenapa dengan kau ni? marah kat aku ke?” Ecah menegur Akim yang berada dihadapannya sedang meratah ikan kembung dan ayam yang baru dipanggang.

“Woi, tak dengar ke buat-buat pekak? dasar telinga capang pun pekak ke?” pekikan Ecah mematikan selera Akim, dia berlalu bangun dari situ. Tangannya ditarik oleh Ecah, menahan langkahnya.

“Akim, kenapa dengan kau ni? marah kat aku ke? cakaplah dengan aku kalau kau marah kat aku, biar aku tahu...kau diam macam ni buat aku risau, kau yang ajak aku datang sini...tapi, kau sendiri tak happy” Ecah merendahkan suaranya, dan bangun mendekati Akim.

Mungkin takdir, tatkala Ecah ingin berdiri...keseimbangan badannya tidak teratur, mungkin kerana batu yang licin. Ecah jatuh dalam dakapan Akim, kedua mata bertentangan. Mata Ecah terkebil-kebil, badannya kaku dalam dakapan Akim.

“Itulah padahnya kalau mulut banyak, hehe...” Akim tersenyum mengenyit mata pada Ecah.

“Kurang adab betul kau Akim, huh! jaga kau....” Ecah mengejar Akim berlari mengelilingi api, mereka terhenti apabila mendengar gelak tawa yang mengilai di waktu malam. Di pandang kiri dan kanan, rupa-rupanya Yazid dan Zizi sedang berborak di hadapan khemah.

“Eeh, bila pulak diorang ni berkawan? gatal jugak kakak aku ni...patutlah beriya nak ikut!”

“Entahnya, tak padan dengan rambut ketak si Yazid ni...cepat betul dia masuk jarum” menyedari Akim dan Ecah berdiri dihadapan mereka, Yazid dan Zizi.

“Kenapa? tak percaya ke?hahahahaha....” gelak tawa mereka memenuhi ruang angkasa.

“Nak cari kayu, nak cari kayu...hey, mana ler si Yazid ni...aku suruh teman cari kayu dia bersembang dengan Zizi tak habis-habis, apa yang disembangnya” Akim membebel sendirian meredah hutan mencari kayu untuk ditambah lagi bara api hingga esok pagi.

“Emm, bestnya mandi sungai malam-malam ni...tak ada orang nak kacau, kalo hari-hari macam ni...dapat penyakit jugak aku kang, haha” Ecah bermonolog sendirian. Ecah mandi disungai berdekatan tanpa pengetahuan Akim, Yazid dan Zizi. Sedang Ecah mandi, tiba-tiba satu bunyi kedengaran tidak jauh dari Ecah.

“Alamak!....”

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries