Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 11 : Temujanji Tertunda...
22 February 2010 | 11:09 AM | 0 comments
karya:dak comot

“Alamak...! dia dah perasan, mengacau betul ler kau ranting kayu...kat sini juga yang kau nak ada, tak pasal-pasal Ecah perasan” Akim melihat seseorang sedang mandi disungai.

“Woi! siapa tu? Akim...kau ke?” Ecah menjerit dan bertanya untuk kepastian.

“Emm, yer aku...” Akim berdiri dan mengangkat tangannya

“Apa yang kau nampak? dari bila kau berdiri kat situ...sesuka hati je kau nak mengintai anak dara orang mandi yer”

“Eleh, bukan ada barang yang aku boleh tengok pun...rata je, huh!”

“Yang kau bukak mata tengok aku kenapa?sudah-sudah pusing belakang, aku nak naik dah ni...cepatlah Akim!” Akim memusingkan badannya.

(Berjalan-jalan ke Pulau Kapas, kan aku dah melepas!!) Akim merungut seorang diri.

(Pergi ke dusun petik kelapa, nasib baik tak nampak apa-apa) “Akim! kau jangan pusing...fuh!!” Ecah segera naik ke darat. “Kacau betul!!”

*****

“Haa..korang dari mana ni, berdua-duaan pulak” Zizi menegur adiknya, Ecah.
“Owh, kitorang pergi cari kayu nak buat api”

“Mana kayunya, tak nampak pun...” Yazid pelik dengan jawapan Ecah.
“Emm...” Ecah menggelabah, tak tahu lagi nak jawab pertanyaan kakaknya dan Yazid.

“Wei Yazid, kau dah kemas ke barang nak balik esok? cepat-cepat, jom kita kemas” Akim menepuk bahu Yazid, Yazid hanya menurut seperti anak kecil.
“E’eh, sejak bila kau ni rajin Kim?” Akim cuba menukar topik lain. Ecah yang berdiri di situ, pipinya bertukar merah ditambah lagi nyalaan api dihadapannya untuk menghilangkan kesejukan selepas mandi di sungai tadi.

“Ecah, apa kena dengan Akim tu...korang pergi mana tadi?”
“Tak ada pergi mana-mana lah kak, yang akak ni banyak soal dah siap ke kemas barang nak balik esok?” Ecah juga turut menukar topik, mungkin segan dengan perkara yang terjadi antara dirinya dengan Akim.

*****

Keesokan paginya, mereka berkemas dan bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Selepas 2jam setengah perjalanan, tiba dirumah Ecah.

“Akim, thanks sebab bawa akak dengan Ecah pergi ‘camping’. Lenkali ajaklah lagi yer...”
“Akak, sudah-sudah ler tu...dia ajak kita sebab tak ada orang yang nak masak untuk diorang, ambil kesempatan je tu” Ecah merungut, mungkin keletihan kerana perjalanan yang jauh.

“Emm, tak pe...lepas ni aku bawa kakak kau je, kau tinggal rumah besarkan badan kau” Akim menjegilkan matanya.
“Tak heranlah...” Ecah memalingkan mukanya melihat kakaknya yang tak habis tersengih pada Yazid dan melambai-lambai tangannya hingga Yazid dan Akim hilang dari pandangan.

“Ecah, esok petang jangan lupa temujanji dengan aku kat Saloma Bistro, lepas ‘photoshoot’ dengan Rizman Ruzaini” Akim menjerit dan melambai tangannya pada Ecah.

“Eee...sesuka hati je, tak tanya dulu kat aku pun...wek!” Ecah segera masuk ke dalam rumah.

Ecah merebahkan badannya di atas katil untuk merehatkan diri barangkali letih yang keterlaluan. Telefon bimbitnya berdering, satu panggilan masuk...dilihat nama pemanggil yang teretera ‘My Prince Charming’.

“Assalamualaikum...” pemanggil bersuara selepas panggilannya dijawab.
“Waalaikummussalam...Aril, kenapa telefon Ecah?” Ecah hairan apabila Aril yang menelefon.
“Hai, ada peraturan yang Aril tak boleh telefon Ecah ke?”
“Hehehe...tak adalah, cuma...”
“Cuma apa? Ecah terkejut...sebenarnya Aril nak ajak Ecah keluar dengan Aril esok, Ecah sudi tak?”

Ecah hanya terdiam. Memikirkan kejadian yang lepas, perlu ke dia menerima pelawaaan Aril

“Ecah, kenapa diam je ni?hallo....”
“Aaa...apa?okey...” Ecah terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulutnya sendiri.
“Okey, kalau macam tu...Aril jumpa Ecah kat Times Square pukul12 tengah hari, bye...” Aril mematikan panggilannya.

Ecah termenung memikirkan pelawaan daripada Aril, tidak bagus rasanya menolak jemputan yang sudah dipersetujui. Keadaan ini berlarutan hingga malam, Ecah asyik termenung, makan tak lalu. Makanan dihadapnnya tidak dijamah, menambah kerisauan Mak Ct dan kakaknya.

Sambil menyaksikan drama ‘Nur Kasih’ di saluran swasta negara, Ecah hanya berdiam diri tidak seperti biasa apabila melihat lakonan Fizz Fairuz dan Remy Ishak.

~Lewat ini ku rasakan, Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam, Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan, Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya, Dalam bayang kegelapan
Nur kasih...Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan, Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan, Dalam maya kesamaran

Credit: Nur Kasih (Yassin)

*****
tak adalah, cuma..."e?" boleh telefon Ecah ke?hpemanggil yang teretera 'erlaluan.
Ecah baring diribaan Mak Ct, Mak Ct terkejut dengan tindakan Ecah.

“Ecah...kenapa ni, tiba-tiba je manja dengan Mak Ct. Ecah ada buat salah kat belakang Mak Ct yer? Ecah nakal yer...” gurauan Mak Ct membuat Ecah memeluknya dengan erat. Mak Ct bertambah hairan.

“Mak Ct, Ecah tak pernah menyukai seorang lelaki macam ni...perasaan yang berbeza, dia lain dari yang lain. Dia cukup dengan adab dalam setiap tutur katanya dan juga perlakuan bila berdepan dengan Ecah, tapi....”

“Tapi apa sayang? Ecah...Mak Ct terima mana-mana lelaki pilihan Ecah, tapi pastikan dia berilmu dari segi dunia mahupun akhirat. Supaya dia dapat jaga Ecah hingga akhir hayatnya”

“Tapi dia pernah lupa dengan janji dia sebelum ni, Ecah tak nak perkara yang sama berulang kembali Mak Ct” Zizi yang mendengar dari jauh, datang rapat ke arah Mak Ct dan Ecah.

“Sayang, mungkin ada perkara yang berlaku menyebabkan dia tak dapat tunaikan janji dia. Apa kata kali ni, Ecah beri dia peluang yang kedua...mungkin Ecah akan nampak keperibadian dia yang sebenar” Mak Ct hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Zizi.

*****

Keesokan paginya, Ecah menjalani pengambaran dengan Akim untuk rekaan dari Rizman Ruzaini. Selepas selesai pengambaran, Ecah segera menukar pakaiannya dan berlalu pergi dengan skuter kesayangannya. Akim hanya melihat gelagat Ecah, barangkali mahu pulang ke rumah untuk bersiap keluar dengannya. Ecah berlalu tanpa meninggalkan sebarang pesanan.

Di depan Times Square, seorang lelaki memakai kemeja Tropicana Life putih dengan jean’s Lee Cooper biru lusuh berkasut jenama Adidas. Melihat jam ditangan 11.58pagi, wajah yang dinanti tidak muncul. Dibetulkan cermin mata hitam Armani, dilihat tubuh kecil seorang gadis dari jauh melambai tangan kepadanya.

“Hai Aril, lama tunggu?sorry, Ecah ada ‘photoshoot’ tadi..” Ecah menyapa lelaki tadi.
“Aril ingatkan Ecah tak datang, mungkin Ecah merajuk dengan Aril sebab Aril tak tunaikan janji untuk makan malam hari tu...” Aril memegang kepala Ecah seperti abang yang sedang memujuk adiknya.
“Aril minta maaf okey...” Ecah berasa segan melihat orang sekeliling yang memerhati perlakuan mereka, segera dia menarik tangan Aril dan masuk ke dalam Times Square.

“Kita nak buat apa datang sini Aril?” perasaan bahagia kerana akhirnya temujanji bersama jejaka hatinya menjadi nyata dapat dilihat dari senyuman dan anak matanya yang bersinar.

“Aril tak kisah, apa Ecah nak buat hari ni...Aril follow je, sebagai tanda maaf dari Aril” Aril memegang tangan Ecah. Ecah hanya terdiam melihat Aril yang berada dihadapannya, bagaikan mimpi.

Seharian mereka menghabiskan masa bersama, mengambil gambar, bermain setiap permainan yang ada di dalam Times Square dan akhirnya menonton wayang bersama. Sehinggakan tidak sedar waktu semakin senja, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk pulang.

Tidak terhenti disitu, Ecah bersembang lagi dengan Aril dibiliknya selepas sahaja selesai mandi dan menunaikan solat maghrib.

“Ecah dah makan? makan apa hari ni? Mak Ct dengan Kak Zizi ada kat rumah” Aril bertanya.
“Amboi, banyaknya soalan...nak jawab mana satu ni, hehehe...Ecah belum makan lagi, Mak Ct dengan Kak Zizi ada kat bawah...tak tahu ler apa yang dimasak oleh diorang hari ni, Ecah tukang makan je...” Ecah sungguh gembira hari ni, senyuman dan tawanya tidak hilang.

“Ecah, hari ni Akim bad mood je...Aril tak tahu kenapa dengan dia hari ni” Aril menceritakan perihal Akim pada Ecah.
“Dia memang macam tu, selalu sangat moody, bulan mengambang kot kat luar tu...hehehe, ok lah lenkali kita sembang lagi...Ecah nak pergi makan, bye” Ecah mematikan perbualannya dengan Aril selepas mendengar jeritan dari Mak Ct untuk makan malam.

“Wah! adik akak yang sorang ni...senyum lebar nampak, mesti seronok keluar hari ni kan?” Ecah yang sedang berselera menjamah Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi masakan Mak Ct hanya tersenyum.

“Biarkanlah dia Zizi, orang tengah bahagia” Mak Ct menyambung percakapan Ecah sambil menambah sambal belacan dihadapannya.

“Ecah, tadi petang Yazid ada telefon akak...” tak sempat Zizi menghabiskan ayatnya.

“Wah! akak dengan Yazid ada pape ke?hehehe....sesuai, dua-dua dah tua tapi perangai macam budak-budak”

“Hemm, pandailah kamu Ecah...Yazid bagitahu kat akak, Akim bad mood betul hari ni...tiba-tiba je katanya, tu pun lepas balik dari Saloma Bistro...apa yang jadi kat Akim?” kata-kata Zizi mengehentikan kunyahan Ecah dan tersedak, pedas sambal belacan menyirap menyebabkan kunyahannya terhenti dan meneguk segelas air.

“Apa kena dengan kamu ni Ecah, perlahan-lahan makan tu” Ecah memikirkan sesuatu.
“AKIM!!...”

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries