Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 12 : Ketenangan
23 February 2010 | 9:25 AM | 0 comments

karya:dak comot
Selepas selesai makan malam, Ecah segera ke bilik untuk mendapatkan telefon bimbitnya. Nama ‘Akim’ dicari dan ‘panggil’ , caller ringtone ‘Selalu mengalah’ kedengaran nyanyian kumpulan Seventeen. Namun, tiada jawapan dari penerima. Dicuba sekali lagi, lagi, lagi, lagi dannnnn lagi tetap tiada jawapan.

“Mana Akim ni? kenapa tak jawab phone call? macam mana aku boleh lupa dengan Akim? Akim, pleaseee..!! jawab phone” selepas cuba beberapa kali, panggilan Ecah dijawab.

“Hallo, kau nak apa?” suara Akim yang terketar-ketar kerana marah dapat dirasai oleh Ecah.

“Akim, aku nak minta maaf pasal siang tadi, aku terlupa...aku betul-betul tak sengaja”

“Hey Ecah, kalau kau tak nak keluar dengan aku...cakaplah awal-awal, jangan biar aku tunggu berjam-jam...kau ingat aku teringin sangat ke nak keluar dengan kau”

“Akim, kenapa kau cakap macam ni? kan aku dah minta maaf...aku betul-betul terlupa” Ecah merendahkan suaranya tidak mahu menambah kemarahan Akim.

“Tak payahlah Ecah, orang macam kau ni baik campak laut je bagi makan kat ikan jerung ...tapi aku rasa ikan jerung pun tak lalu nak makan kaa...” panggilan itu dimatikan oleh Ecah, tidak sempat Akim menghabiskan kata-katanya.

“Ecah!! Ecah...Ecah! Woi, kau dengar tak cakap aku ni...” telefon bimbit Nokia Exprees Music dicampak ke atas katil. Akim menahan kemarahannya.

Ecah kecewa dengan sikap Akim, dia tidak sangka Akim akan mengeluarkan perkataan seperti itu. Ecah mula mengalirkan air matanya tanpa direlakan. Zizi yang melihat keadaan Ecah dari jauh mendekati adik kesayangannya.

“Ecah, kenapa ni?” Zizi hairan melihat keadaan adiknya.
“Akak...Akim....!!!” suara Ecah terketar-ketar, tidak dapat menahan kesedihannya dia memeluk Zizi dengan erat.
“Akak, Ecah nak balik kampung jumpa ayah dan ibu....Ecah rindu ibu” air matanya semakin deras.
“Okey, akak ikut yer...” Zizi kesian melihat Ecah, dia sendiri melihat keadaan Ecah 2-3 minggu yang lepas jiwanya seperti tidak keruan. Mungkin dengan berjumpa ayah dan ibu, Ecah akan bertambah baik.

*****

Di tepi pantai Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan...

“Opah...cucu opah dah balik”
“Eeh, cucu opah...rindunya kat hang” seorang wanita tua yang menjemur ikan kering memakai kain batik yang bersanggul di kepala memeluk cucunya.
“Apa Opah buat ni? boleh Akim tolong...” Akim pulang ke kampungnya bertemu dengan opah dan tok wan kesayangannya.
“Olor, tak usah ler Akim...nanti kotor pula baju Akim ni”
“Tak ada apalah Opah, Opah...malam ni Opah masak sedap-sedap untuk Akim yer, Akim rindulah dengan masakan Opah” Akim memeluk opahnya sebelum berlalu mencari tok wan.

“Tok Wan....Tok Wan,mana Tok Wan aku ni?”
“Wargh!!....hahaha Akim” lelaki tua beruban yang memakai kopiah putih berumur lebih kurang awal 60-an menjerkah Akim dari belakang.
“Tok Wan...” Akim memeluk lelaki tersebut, rasanya sudah berbulan dia tidak berjumpa Tok Wan dan Opahnya di kampung. Walaupun mereka sudah berusia tetapi masih gagah membuat kerja-kerja di kampong.

Bukan kerana ayahanda dan bonda Akim tidak mahu membawa tok wan dan opahnya tinggal bersama mereka, tetapi pelawaan mereka telah ditolak awal-awal kerana mereka tahu mereka tidak akan biasa dengan kehidupan di bandar. Tetapi segala kelengkapan rumah disediakan oleh ayahanda dan bondanya setiap bulan.

*****

Sementara itu, di Kampung Changkat Lada...

“Ecah, tunggulah akak...”
“Ishh..akak ni, cepatlah sikit...terhegeh-hegeh!” Ecah menunggu kakaknya yang sedang mengayuh basikal di belakangnya.
“Ecah...Ecah,Ecah....” Zizi menjerit memanggil Ecah yang berada jauh dihadapannya.
“Ya Allah, akak...hahaha macam mana boleh jatuh ni,hehehe..macam tak biasa pulak, baru duduk KL 2-3minggu dah tak biasa dengan sawah padi” Ecah gelak tidak berhenti melihat badan kakaknya dipenuhi dengan lumpur.

“Akak....tuuuu, apa kat kaki akak tu? eeee...geli!!!” Ecah segera naik semula ke batas.
“hahaha....owh, gelakkan akak eh..nah, ambil ni..” Zizi mencampak belut yang mengelumpur di kakinya ke arah Ecah, walaupun Ecah seorang yang lasak...bab licin-licin memang pantang baginya.
“Akak....tak mahu ler, ibu...nengok kak Zizi ni, ibu....” Ecah berlalu mendapatkan ibunya yang duduk di pangkin sedang mengopek kulit buah durian.

“Zizi, usahlah dikacau Ecah ni...”
“hahahaha...lasak ler sangat kamu ni Ecah, belut pun takut” Zizi mengacau adiknya lagi.
“Ecah bukan takut ler, cuma geli....eeee, geli!!” Hajah Semah tersenyum melihat gelagat kedua-dua anak daranya.
“Ibu...ayah mana?” Zizi menyoal ibunya.
“Ayah kamu pergi tengok kilang, Abang Qhaud kamu telefon tadi...katanya ada masalah sikit kat kilang”

Keluarga Haji Zulkifli dan Hajah Semah merupakan keluarga yang mempunyai sawah padi 30ekar turun temurun, dengan kelebihan yang ada Haji Zulkifli membuka peluang pekerjaan pada anak-anak muda yang berada di kampung.

Dari jauh, sebuah kereta Toyota Vios 1.6 masuk ke halaman rumah banglo milik Haji Zulkifli. Seorang lelaki berbadan tegap dengan misai nipis beserta sedikit janggut kelihatan garang keluar dari kereta tersebut.

“Ayah....” Zizi dan Ecah menerpa lelaki tersebut, itulah Haji Zulkifli.
“Zizi...Ecah, kamu dah sampai? rindu ayah kat hangpa berdua” walaupun kelihatan garang, namun Haji Zulkifli sangat menyayangi kedua anak gadisnya.
“Olor..ayah yang asyik sibuk dengan kilang beras tu, abang Sidi kan ada” Ecah mengusik ayahnya, kesian melihat ayahnya keletihan duduk disebelah ibunya.
“Walaupun abang Qhaud kamu tu ada, kenalah juga ayah pi tengok-tengokkan dia”
“Ayah yang tak sanggup nak lepaskan kilang ayah tu kat orang lain kan? kami kan ada...kami kan anak ayah,hehe..semangat” gurauan Ecah menghidupkan lagi suasana di rumah Haji Zulkifli.

*****

Dengan menaiki Vespa tua 60an yang dicat semula oleh tok wannya, Akim bersiar-siar pusing kawasan Pulau Pangkor...rindunya pada kampung, Akim memberhentikan Vespanya di sebuah titi. Dilihat burung terbang ke ruang angkasa, ibu ketam dan anaknya jalan seiring balik ke dalam laut, matahari semakin hilang menandakan senja memberi peluang pada bulan untuk memancarkan cahaya malam.

“Kenapa Ecah tak jawab panggilan aku 2-3hari ni yer? dia masih marah kat aku ke?
“Salahkah aku...aduyai!!”

~ Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu
Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Credit: Lagu Kita (Aizat Amdan)



*****

“Ecah, kenapa dengan Ecah...la ni, sejak balik kampung ibu tengok Ecah macam ada masalah je, Ecah tak nak cerita kat ibu ke?” Hajah Semah melihat anaknya agak murung selepas pulang dari Kuala Lumpur.
“Ibu...Ecah ada kawan, tapi tak tahu kenapa sejak kami berkawan asyik bergaduh saja...Ecah penat ler ibu nak gaduh dengan dia hari-hari” Ecah duduk memeluk tubuh.
“Ecah ada buat masalah ke kat dia? Ecah pergilah jumpa dengan dia selesaikan masalah ni” Hajah Semah memberikan cadangannya, melihatkan Ecah yang kerisauan dia bertambah resah.
“Tak mengapalah ibu, biarkan je lah dia...pandai-pandailah nak hidup” Ecah memeluk ibunya dan terus masuk ke dalam rumah.

*****

Sambil itu...

“Akim...mari minum teh yang Opah buat ni”
“Yer Opah..terima kasih, kan seronok kalau dapat balik kampung selalu”
“Kamu yang sibuk sangat kat bandar tu, setakat bangunan tinggi, pasaraya besar, kereta banyak...kan itu yang kamu suka, kat sini pun ada” Tok Wan yang asyik menggulung kertas dengan tembakau mencelah perbualan mereka.
“Bukan macam tulah Tok Wan, Akim ada kerja di KL tuu..”
“Akim, Opah hairan lah...kenapa tiba-tiba kamu balik kampung? ayahanda dan bonda kamu pun tak ikut...hari tu kata Aril dah balik Malaysia, dia pun tak ikut juga..kamu ada apa-apa masalah ke Akim??” Opahnya seperti dapat menduga perasaan Akim.
“Masalah perempuan ler tu?hehehe...Akim,Akim...” Tok Wan sengaja ingin memerangkap Akim.
“Emm..lebih kurang ler Tok Wan, Akim sengaja nak balik kampung cari ketenangan sikit”
“Kat KL tu dah tak tenang ke? macam-macam hal...” Tok Wan Akim menghembuskan asap keluar dari mulutnya.

*****

“Kak Chik.....kak Chik dah nak balik KL ka?sat gi adik tak da kawan nak main tau...” seorang anak perempuan kecil yang comel memeluk Ecah.
“Ye ler sayang, kak chik ada kerja kat KL nu...Is jaga ayah dan ibu yer” Ecah mencium pipi anak kecil itu.
“Okey...” Is mengeyitkan matanya pada Ecah.
“Betul akak tak mahu ikut Ecah balik? Yazid macam mana...hehehe”
“Ehem...Yazid?sapa tu?” Haji Zulkifli tiba-tiba terpacul didepan pintu ingin melihat Ecah pulang ke Kuala Lumpur.
“Tak ada apa lah ayah, Ecah ni bergurau je...” Zizi menjugil biji matanya ke arah Ecah, mereka hanya tersenyum.
“Ayah, ibu...Ecah balik dulu yer” Ecah melambaikan tangannya dan berlalu dengan menaiki teksi.

*****

Sementara itu...

“Akim..selalu-selalu lah jenguk Opah dan Tok Wan yer”
“Baiklah Opah, Insyaallah..kalau Akim tak ada kerja di Kuala Lumpur...Akim akan jenguk Opah dan Tok Wan” Akim memeluk erat Opahnya dan mencium tangan Tok Wan, sebelum itu Tok Wan ada berbisik di telinganya.
“Kalau Akim nak dia, kejar sampai dapat...Tok Wan sokong je, mesti dia comel kan? janganlah berahsia dengan Tok Wan” Tok Wannya menepuk belakang badan Akim.
“Ha...???” Akim terkedu dengan kata-kata Tok Wannya. Walaupun Akim tidak menceritakan apa-apa perihal peribadi Akim tetapi Tok Wannya tahu segalanya, tahu dari mana?tunggu...

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries