Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 13 : pujuk???
24 February 2010 | 10:56 AM | 0 comments



karya:dak comot

“Assalamualaikum....” tiada jawapan.
“Assalamualaikum....Ecah, Ecah...” Akim berdiri di depan pagar rumah Ecah memanggilmya.

(Jalan-Jalan naik kereta Naza Ria, macam aku kenal suara dia tapi di mana ya?) Ecah yang sedang membaca majalah di bilik terkejut mendengar orang memanggil namanya. Dijenguk ke luar tingkap, rupa-rupanya...

(Kucing aku banyak bulu, memang tak tahu malu...huh!)
“Ecah, Ecah...Akim kat luar tu, dah lama dia kat situ...Mak Ct ajak dia masuk ya?” Mak Ct menjerit dari ruang tamu.
“Tak payah ler Mak Ct, biar budak degil tu kat luar...biarkan dia” Ecah memberi arahan, Mak Ct hanya menurut.

“Ecah, bagi ler aku masuk...aku datang nak minta maaf kat kau, aku mengaku aku cakap kasar dengan kau waktu tu..maafkan aku?” Akim menjerit di halaman rumah Ecah.
(Monyet kat kampung petik kelapa, aku pedulik apa?)

“Ecah...Ecah..Ecah...” Akim terus menjerit, tidak lama selepas itu Ecah keluar berdiri di balkoni rumahnya.

“Kau nak apa menjerit-jerit kat rumah aku? nanti jiran aku marah, tak takut ke?” Ecah mengugut Akim.

“Tak apa, aku tak kisah...aku nak minta maaf kat kau pasal hari tu, aku tak ada niat pun...yang kau pun bukan nak cakap kau tak jadi datang” Akim melawan Ecah.
(Dah berjalan berbatu-batu, memang dasar kepala batu!)

“Aku tak janji pun nak datang jumpa kau...” Ecah membela dirinya.

“Tapi kau tahu kan aku tunggu kau? kau pergi mana?” Ecah terdiam bila soalan itu diajukan kepadanya.
“Sibuklah kau...” Ecah hanya mencebik bibirnya.

“Ecah, maafkanlah aku...aku tak ada niat pun, please!!” Ecah mengukir senyumannya.
~ Kau gadis ku yang cantik
Cuba lihat aku disini
Disini ada aku yang cinta padamu
Kau gadis ku yang manis
Cuba lihat aku disini
Disini ada aku yang sayang padamu oOo..
Walau ku tahu bahwa dirimu sudah ada yang punya
Namun aku tunggu sampai kau mahu oOo...

Credit: Puspa (ST12)

“Woi, diamlah...memokak memalam buta ni buat apo?” Tok Sidi sebelah umah Ecah menegur Akim yang asyik bermain gitar di halaman rumah Ecah.

“Minta maaf Tok, saya salah Tok...” Akim memohon maaf.
(Orang jahat suka bermuka-muka, itulah padahnya...padan muka!) Ecah menjeling ke arah Akim.

“Saya nak pujuk Ecah Tok, dia marah kat saya...” Akim menjelaskan pada Tok Sidi yang masih lagi tercegat di depan pagar rumahnya mencekak pinggang.

“Saya tak kenal pun dia...” Ecah memalingkan mukanya.
“Ecah, janganlah cakap macam tu...kang tak pasal-pasal aku kena kejar dengan orang taman ni” Ecah mula risau dengan katanya. (Petang-petang makan pengat, tadi berlagak sangat!!”

“Ecah, betul ekau tak konal ngan budak ni...aku nengok dah rupa siamang telingo capang, memokak yo memalam ni...nak aku balun budak ni ka?” Tok Sidi meninggikan lagi suaranya.
“Eeh, jangan Tok..hehehe, dia kawan saya...maaf Tok” Ecah turun ke halaman rumahnya melindungi Akim.

“Pulak, tadi kato tak konal...ni dah kawan pulak! apo nak jadi ngan budak-budak zaman sekarang...macam ni punya pe’el pun ada ka? tak patut...macam-macam hal!” Tok Sidi masuk kembali kerumahnya.

“Sayang juga kau kat aku yer Ecah...” Akim senyum melihat Ecah.
“Jangan perasanlah!” Ecah meninggi suaranya.
“Ha! Apo laie tu...agak-agaklah nak bercinta pun, jangan kat sebelah umah aku...bising yo!! balik-balik” tiba-tiba muka Tok Sidi terpacul di depan pintu rumahnya.
“Ha...” Ecah dan Akim berlari anak masuk ke dalam rumah.

“Tahu takut, aku ni garang....hehehehe, macam-macam hal kat dunio ni” Tok Sidi sengaja mengusik mereka.
Mak Ct yang duduk diruang tamu tersenyum melihat gelagat mereka.
“Apa yang kamu berdua buat ni? tak pasal-pasal Tok Sidi marah...”
“Akim ni buat bising plak kat luar...”

“Sape suruh kau merajuk lama-lama dengan aku, cakap-cakap...”
“Eleh, kau sibuk buat apa? wek!” Ecah menaiki anak tangga ke biliknya.
“Ecah, kau tak marah dengan aku lagi kan?” Akim bertanya sebelum Ecah sampai ke tingkat atas.

“Kalau tak nak aku marah kat kau lagi, belanja aku aiskrim 7 perisa kat Mid Valley esok...okey?” Ecah tersenyum.
“Okey... yes! yes!” Akim melompat keriangan, usahanya berbaloi walaupun kena marah dengan Tok Sidi.

“Hehehe...bengong punya Akim” Ecah senyum menjeling ke arah Akim.
“E’eh, jaga-jaga nak Akim...kang jatuh pulak, susah Mak Ct nak jawab pada keluarga kamu nanti” Mak Ct risau melihat Akim melompat-lompat.
“Betul ke idak budak ni, hehehe...”

“Ok lah Mak Ct, Akim balik dulu ya...” Akim keluar dari rumah Ecah dengan tersenyum, puas kerana Ecah sudah tidak lagi marah. Pintu keretanya dibuka, dipandu laju meninggalkan rumah Ecah.

*****
Sementara itu...
“Assalamualaikum....Adila, petang ni join Aril main futsal ya? mesti datang tau...bye” Adila terkejut menerima panggilan dari Aril.
“Aril? futsal? dah gila ke dia?” terdapat seribu pertanyaan di kepala Adila.
Petang itu, jam 5.30petang...

“Mana Aril ni, tadi suruh aku datang....” Adila menjenguk mencari kelibat Aril.
“Adila!!...sini” Aril melambaikan tangannya dari jauh, badannya dipenuhi dengan peluh. Habis basah, kalo diperah boleh dapat separuh baldi kot.
“Aril...what’s going on, kan Uncle Obri dah cakap Aril tak boleh terlalu aktif” Adila melihat Aril dari bawah ke atas berulang kali.

“Come on lah...sikit je ni, lemas ler kalau asyik duduk je kat ofis tu” Aril menjemput Adila duduk di bangku pemain.
“Aril ni degil, dari dulu tak berubah...Aril kena jaga kesihatan Aril”
“Shhhh...shhh, baiklah cik Adila...Aril ajak Adila datang sini bukan nak suruh Adila membebel depan Aril, Aril nak Adila main futsal dengan Aril...ok?”
“Aril....” Adila bertambah geram, tangannya ditarik oleh Aril ke tengah gelanggang futsal.
“Geng, pemain baru pasukan kita...jaga-jaga dengan dia, dia hebat tau” kawan-kawan Aril melambai tangan pada Adila, disambut dengan rela paksa oleh Adila.

Selepas 30minit bermain, Aril minta untuk berhenti. Di bangku pemain...
“Aril ok ke ni? Adila tengok muka pucat je..betul ke Aril ok ni?” risau melihat Aril yang tercungap-cungap, mukanya kemerahan dipenuhi dengan peluh.
“Actually, Aril ada sesuatu perkara nak berbincang dengan Adila” Adila terkejut, rencana apa lagi yang Aril rahsiakan.

“Apa dia?”
“Aril ada projek baru nak kongsi dengan Adila, Adila kena tolong Aril...”
“Aril dah balik Malaysia lebih awal sebenarnya, tapi Aril tak jumpa ayahanda dan bonda...Aril balik kampung jenguk Opah dan Tok Wan, Aril takut Aril tak sempat nak jumpa diorang selepas ni..”uka pucat je...ok ke ni?"uk berhenti. .d dengan rela paksa oleh Adila.
embebel depan Aril, Aril nak Adila main fut

“Don’t say like that, kan Uncle Obri dah cakap...Insyaallah Aril akan selamat”
“Sampai bila? sampai bila?...” suara Aril menarik perhatian pengunjung lain yang berada disitu. “Aril dah ceritakan segalanya pada Tok Wan, semuanya...tapi tidak pada Opah, Aril tahu Opah takkan boleh terima kalau ditakdirkan Aril tiada lagi”
“Aril....”

“Setiap perkara yang berlaku, samada dulu dan sekarang Aril dah pun ceritakan pada Tok Wan..termasuk perihal Akim dan Ecah” Adila mendengar dengan teliti.
“Aril, cinta tak boleh dipaksa...” Adila memujuk Aril.
“Aril tahu, Aril tahu...Aril kenal Akim, Aril sayang Akim sepertimana Aril mula sayang pada Ecah” Adila terkedu, terdiam seribu bahasa.
Mereka asyik bersembang sehingga tidak sedar masa berehat sudah tamat, mereka kembali ke tengah gelanggang.

“Adila, Aril harap Adila dapat bantu Aril..ok?” Adila hanya terdiam, berjalan masuk ke gelanggang.
Permainan bermula, wisel dibunyikan. Aril senyum ke arah Adila, dipandang muka Aril yang ceria dan...

“Aril.....Ya Allah”

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries