Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 14 : Pelindung Setia...
24 February 2010 | 5:42 PM | 0 comments

karya:dak comot


“Aril.....Ya Allah” Aril rebah ke bumi, Adila berlari mendapatkan Aril.
“Aril, bangun Aril...” orang ramai berkumpul bagi membantu Aril yang kaku terbaring di lantai.
Dirasa jantung Aril, tidak berdegup. Adila mula risau, air matanya mengalir. Orang ramai mengangkat Aril dibawa ke dalam kereta milik Adila, tangannya terketar-ketar. Kunci kereta dimasukkan di tempatnya berulang kali, kemungkinan berasa takut Adila menjadi kelam kabut. Akhirnya, kereta itu dapat dihidupkan. Adila segera menuju ke HUKM.
“Aril....Aril mesti bertahan, Adila tak puas lagi habiskan masa dengan Aril” Adila membawa keretanya dengan laju.

“Aril kena bertahan, Adila sayang Aril...huhuhuk” air matanya mengalir dengan laju. Sesekali dikesat air matanya daripada terus jatuh, tidak sanggup melihat orang yang tersayang seperti tidak bernyawa.

*****

Sesampai di perkarangan HUKM...
“Tolong saya, tolong saya..” kereta Toyota Camry berhenti di bahagian ‘Kecemasan’.
“Tolong saya panggil Dr.Obri, cepat...” Adila mengikut troli yang membawa Aril masuk ke wad kecemasan.

“Adila, apa dah jadi?” Dr. Obri muncul di celah jururawat yang membawa Aril ke wad kecemasan.

“Uncle....Aril” Adila tidak mampu menjawab pertanyaan Dr.Obri.
“Sabar Dr. Adila, sabar..” seorang jururawat mententeramkan Adila, air matanya masih tidak berhenti. Terduduk dia di kerusi, Dr. Obri tidak membenarkan Adila masuk ke wad kecemasan. Dia tidak mahu kerjanya diganggu, mungkin jika keadaan Adila stabil Dr. Obri akan benarkan.
Selepas 30minit Aril di dalam wad kecemasan...

“Adila....” Dr. Obri berdiri tegak dihadapannya.
“Uncle...macam mana Aril? Aril ok? keadaan dia macam mana?” Dr. Obri hanya terdiam.
“Uncle, kenapa diam? Aril mana Uncle?” Adila mengalirkan air matanya sekali lagi.
“Adila, Aril kena tahan di hospital untuk beberapa hari sehingga Aril betul-betul stabil...Aril bertambah serius,degupan jantungnya lemah...macam mana Adila boleh biarkan dia main futsal? kan Uncle dah warning dulu...” Dr.Obri meninggikan suaranya.
“Aril...dia degil”

“As a doctor, you must advice him...”
“Aril....” Adila menggelengkan kepala, terdapat air mata mengalir di hujung anak matanya. Dia tidak sangka kegembiraan Aril tadi berakhir begini. Dia menyesal membiarkan Aril bermain futsal, Adila merenung Aril yang berada di dalam wad dengan tiub yang melingkari tubuh kakunya.

*****

Selepas 2jam berlalu, Adila dibenarkan untuk melawat Aril.
“Aril...kenapa Aril degil, kan Adila dah cakap..Aril degil, kenapa Aril nak seksa Adila dengan melihat Aril dalam keadaan yang macam ni. Adila lebih rela lihat Aril tersenyum daripada sakit macam ni, Aril degil...” bawah mata Adila sudah bengkak, tidak mampu untuknya mengalirkan lagi air mata untuk Aril.

“Adila...” suara berbisik di telinga Adila, Adila pantas menaikkan wajahnnya yang tertunduk disebelah Aril melihat Aril yang tersenyum melihatnya.
“Aril, Aril dah sedar...Uncle Obri!!”
“Sshh...Adila, Aril nak minta tolong dari Adila agar rahsiakan kejadian hari ini daripada ayahanda dan bonda Aril...Ok?”

“Tapi Aril...”
“Tak ada tapi-tapi, tamat...” Aril memegang erat tangan Adila, Adila hanya membiarkan tangannya dipegang oleh Aril.
“Adila...”

“Ya Aril, ada apa yang Aril nak Adila buat...??” Adila bertanya pada Aril.
“Nak sayang sikit?”
“Ha??!!” Adila terkedu.

“hehehe...kelakar muka Adila, Aril bergurau je...”
“Hishhh...Aril ni memain lagi sakit macam ni, ambik ni” Adil mencampak bantal atas badan Aril.
“Ouww...ouch!!, sakitlah Adila...” Aril mengerang kesakitan.
“Aril...maaf, Adila minta maaf...tak sengaja, maaf Aril” Adila kelam kabut memegang tempat yang Aril terasa sakit.

“Hehe...Adila terkena lagi” Aril mengeyit mata dan tersenyum pada Adila.
“Aril ni jahat, Adila report pada Uncle Obri” Adila mencebikkan bibirnya merajuk pada Aril.
“Aril, Aril boleh bertahan lagi ke? Aril tak pernah berubah...dalam keadaan sakit begini dia tetap nak ceriakan aku, Aril...Adila tak sanggup kehilangan Aril” Adila berbisik di hatinya sambil melihat Aril yang tersenyum di atas katil selepas berjaya menyakatnya.

*****

“Hello, Assalamualaikum...Auntie Fatimah, Adila ni”
“Waalaikummussalam...Adila, nape Adila telefon auntie tiba-tiba je ni?”
“Emm...auntie, ada pesanan untuk auntie dari Aril yang nak Adila sampaikan. Aril terpaksa bergegas ke Sampoerna selama seminggu, dia tak sempat nak telefon auntie jadi dia suruh Adila yang sampaikan. Mungkin dalam 2-3 hari, dia akan telefon auntie” Adila pantas mahu menghabiskan ayatnya”

“Hai, tiba-tiba je Aril pergi tanpa beritahu. Aril ok ke?”
“Dia okey auntie, baiklah auntie...Adila ada kerja nak kena selesaikan, kita sembang lain kali yer...bye auntie, Assalamualaikum” Adila mematikan telefonnya.
“Pelik aku nengok Aril kali ni, tak pernah-pernah pergi tanpa beritahu...Ya Allah, kau selamatkanlah anak aku Ya Allah”

*****

Selepas 2hari, Aril dipindahkan ke wad biasa. Ayahanda dan bondanya tidak mengetahui kemalangan yang terjadi pada Aril.
“Thanks Adila, Aril akan ingat jasa Adila dan keluarga sampai bila-bila” Aril terpaksa menipu ayahanda dan bonda supaya mereka tidak risau dengan keadaannya.
“Aril, sampai bila Aril nak rahsiakan perkara ni dari ayahanda dan bonda Aril. Mereka pasti akan risau jika melihat keadaan Aril macam ni” Datin Jamilah menuang bubur nasi yang dibuat olehnya sebelum ke hospital.

“Aril ni degil mama, degil sangat...tak pernah berubah” Adila mengambil bacaan degupan jantung Aril.
“Sebab tak mahu ayahanda dan bonda risau, Aril terpaksa rahsiakan perkara ni auntie. Terima kasih auntie sebab jaga Aril selama 2hari ni”

“Tak perlu terima kasih pada auntie, Adila yang minta auntie tengok-tengokkan Aril buat sementara ni. Dia risaukan Aril...” Aril merenung ke arah Adila, diperhatikan Adila yang sedang memeriksa pesakit lain.

“Aril, auntie hanya ada Adila seorang didunia ni...auntie nak dia bahagia, auntie tak kisah siapa calon yang akan menjadi suaminya nanti. Tapi, auntie harap selagi Aril ada didunia ni...auntie mahu Aril jaga Adila seperti saudara kandung Aril sendiri” terdapat sendu di sebalik kata-kata Datin Jamilah.

*****

Di rumah Dato’ Ramli dan Datin Fatimah...
“Bonda...bonda, mana bonda pergi?” Akim mencari bondanya setiap ruang rumah, didapur pun tidak juga ditemui. Ayahandanya sudah berangkat ke London 3hari yang lepas, tinggal bondanya seorang dirumah bersama pembantu.

“Bonda...” Akim melihat tubuh wanita berusia lingkungan 40an duduk di beranda di tengah taman milik Dato’Ramli. Wanita itu menitiskan air mata melihat foto kenangan keluarga Dato’ Ramli.

“Bonda, bonda buat apa seorang diri kat sini petang-petang ni...Akim pusing satu rumah mencari bonda, bonda tak sihat ke?” rupa-rupanya Datin Fatimah sedang berehat sambil melihat foto kenangan mereka terutamanya foto-foto Akim dan Aril.
“Akim...Akim sayang pada abang Aril?” bondanya bertanya.
“Mestilah sayang, gila tak sayang...Akim hairanlah, kenapa bonda tanya Akim soalan ni?” Akim meratap muka bondanya.

“Akim...walau apa pun yang terjadi lepas ni, Akim tetap adik abang Aril dan Abang Aril tetap abang Akim...ingat pesanan bonda, SELAMANYA!!” Datin Fatimah memerhati setiap helaian album dihadapannya.

“Ya bonda, Akim akan ingat...oh ya! mana abang? dalam 2-3hari ni, Akim selalu tak nampak abang Aril...abang sibuk sangat ke kat ofis tu bonda?” Akim sudah lama tidak nampak kelibat abangnya di rumah.

Datin Fatimah terdiam mendengar soalan Akim.
~ Hendakku nangis Tiada berair mata Hendak ku senyum Tiada siapa nak teman Kalau dah nasib sudah tersurat Begini hebat, apa nak buat
Dunia terang menjadi gulita Cahaya indah tiada berguna Keluhan hatiku Menambah derita Kini kau jua … tak kunjung jelma
Dimana kan ku cari ganti Serupa dengan mu Tak sanggup ku berpisah Dan berhati patah Hidup gelisah…

Credit: Dimanakan Ku Cari Ganti (P.Ramlee the Musical)



















Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries