Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 15 : Cinta @ Kawan????
26 February 2010 | 2:19 PM | 0 comments
karya:dak comot

“Bonda...”
“Yer sayang...”
“Akim ada perkara nak bagitahu sama bonda, tapi Akim segan ler bonda”
“Perkara apa? takkan dengan bonda pun Akim segan?” Datin Fatimah menduga Akim.
“Bonda...Akim ada seorang kawan perempuan,nama dia Siti Aisyah...lepas lama kami berkawan, Akim rasa lain ler bonda”
“Akim suka kat dia?” Akim hanya mengangguk dengan pertanyaan bondanya.
“Tapi Akim tak pasti dengan dia sebab....” percakapan Akim terhenti, sebuah kereta Toyota Camry warna silver masuk ke perkarangan rumah Dato’ Ramli.
“Assalamualaikum...” seorang gadis berbaju kurung warana merah jambu keluar dari kereta itu, gadis itu mendekati Akim dan bondanya yang masih duduk di beranda.
“Waalaikummussalam...Adila rupanya, terkejut auntie...auntie ingatkan siapa tadi” Adila bersalaman dengan Datin Fatimah.
“Auntie sihat? dah lama rasanya Adila tak datang ke mari...” Akim masuk ke dalam menyuruh bibik membancuh air untuk tetamu.
“Auntie sihat, mama kamu macam mana? dia sihat? auntie pun dah lama tak jumpa dia...dia sibuk sangat dengan ‘Persatuan Kanser Malaysia’ dia tu, banyak sangat aktiviti dia” Akim keluar bersama bibik Salmah menghidangkan air pada Adila.
“Owh, mama sihat...papa pun sama, Adila saja nak melawat auntie...Aril yang suruh datang tengok-tengokkan auntie”
“E’eh, abang yang suruh? hurmm...ada pape ke? zaman teknologi sekarang pun abang nak susahkan Adila datang sini, telefon ada, internet ada, 3G pun bleh...apa masalah ngan abang aku yang sorang ni?”

*****
~Kring!! kring!!~
“Hallo...kediaman Dato’ Ramli, mahu bercakap sama siapa?”
“Hallo, bibik...bonda mana?”
“Owh, tuan Aril...sebentar ya bibik panggil Datin” Datin Fatimah yang tidak keruan pabila mendengar bunyi telefon segera turun ke ruang tamu.
“Datin, Tuan Ar...”
“Hallo, Assalamualaikum...anak bonda, Aril...” Datin Fatimah menggenggam gagang telefon seeratnya, dirasakan seperti dapat memeluk Aril dari jauh.
“Waalaikummussalam...bonda” Aril menyambut salam dari bondanya.
“Sayang,bonda rindu pada Aril...Aril sihat?kenapa pergi ke Sampoerna secara tiba-tiba?”
“Aril sihat, Aril dah agak bonda mesti rindu pada Aril, hehe...saaayang bonda” Aril cuba mengambil hati bondanya.
“Bila Aril nak balik Malaysia, Aril tak rindu pada bonda ke? pada Akim?” Datin Fatimah tidak dapat menahan sedih tatkala mengenangkan anak yang disayangi bejauhan dari dirinya.
“Lagi beberapa hari Aril akan pulang ke Malaysia, bonda janganlah risau ya...semestinya Aril rindu pada bonda dan Akim, mana budak nakal tu bonda?”
“Akim?? hurmm..bonda pun tak tahu mana adik Aril tu pergi, tadi dia ada dengan bonda...tup tup dah hilang, apa yang Aril nak cakap dengan Akim? bonda sampaikan ya..”
“Tak mengapalah bonda, nanti Aril akan call dia...bonda, Aril rasa Aril nak buat kenduri doa selamat sikit bila Aril balik dari Sampoerna nanti...boleh ke bonda?” Datin Fatimah hairan dengan permintaan anaknya.
“Boleh lah sayang, nanti bonda akan siapkan persiapan dan kelengkapan...”
“Terima kasih bonda, sayang bonda...”
“Aril, bonda nak bertanya sesuatu...boleh?” Aril berdebar menunggu pertanyaan dari bondanya memikirkan soalan apa yang hendak ditujukan kepadanya.
“Akim ada kawan perempuan yang rapat ke? Aril menghela nafas lega. (Fuhh!!)
“Kawan perempuan? maksud bonda, teman wanita? Aril tak pastilah bonda..kenapa bonda?”
“Semalam Akim ada ceritakan pada bonda yang dia sedang berkawan dengan seorang perempuan tapi dia tak pasti dengan perasaan dia, ibu pun kurang faham dengan cerita Akim sebab semalam Adila ada datang rumah...” Datin Fatimah bercerita panjang.
“Adila?? kenapa Adila datang rumah kita? ada apa-apa ke yang Adila ceritakan pada bonda?” Aril risau jika Adila menceritakan perihal kesihatannya pada Datin Fatimah.
“E’eh, kenapa dengan Aril ni...Adila sengaja datang jenguk bonda, mamanya yang suruh dia datang. Pelik bonda dengan Aril, macam simpan sesuatu dari bonda...” Datin Fatimah menduga anak sulungnya itu.
“Tak ada apalah bonda, baiklah bonda...Aril tak boleh bercakap terlalu lama, Aril ada kerja sikit yang perlu diselesaikan sebelum pulang ke Malaysia dalam dua hari ni...sampaikan salam Aril pada Akim ya bonda, Assalamualaikum” Aril mematikan telefon bimbitnya, seorang gadis memakai jubah doktor menghampirii Aril yang sedang berehat dikatilnya.
“Hai Aril, good morning...tiba masa Adila periksa denyutan jantung Aril...kalau stabil, Aril dah boleh keluar hospital esok” Adila mengukirkan senyuman pada Aril.
“Aril dah breakfast? cukup tak makan? macam mana menu hari ni, sedap? Aril rasa apa sekarang, rasa cergas sikit tak lepas beberapa hari rehaaaa....” Aril menarik tangan Adila tatkala Adila sedang memeriksa denyutan jantung Aril.
“Aril...” pertanyaan Adila yang bertalu-talu tadi terhenti.
“Adila, thanks...”
“Kenapa dengan Aril ni, Adila tak tolong buat apa pun...tiba-tiba je ucap terima kasih, takkan Aril sakit kat otak pula...sakit mental? hehe” Adila hanya ingin membuat Aril gembira walaupun dia tahu tentang kondisi Aril yang sebenar.
“Thanks sebab sanggup jaga Aril, jaga rahsia Aril dannnn...keluarga Aril, Aril betul-betul terhutang budi pada Adila sekeluarga”
“Tak mengapalah Aril, kita kan kawan...Adila tak kisah, owh ye...mama pesan pada Adila, esok bila keluar hospital...Aril balik umah Adila dulu ya? Aril kena wat excersice sikit untuk menambah ketahanan badan Aril, supaya bila Aril jumpa keluarga Aril..Aril nampak sihat” Adila membetul-betulkan selimut yang meliputi badan Aril, dan meninggalkan Aril untuk memeriksa pesakit yang lain.
“Ya Allah, dugaan apa yang telah Kau berikan pada aku...aku tak sanggup untuk menanggung perasaan ini, aku tidak rela melihat Aril yang berada dalam kesakitan...Kau selamatkan hambamu ini Ya Allah” Adila berlalu keluar dari wad itu.
*****
Kedengaran bunyi enjin kereta dihadapan rumah, Datin Fatimah menjenguk melalui tingkap biliknya. Dilihat anak bongsunya sudah pulang, Datin Fatimah turun menuruti anak tangga banglo 3tingkat yang dimilikinya sekeluarga.
“Assalamualaikum...” Akim memberi salam sebelum melihat Datin Fatimah sudah pun membuka pintu menyambutnya.
“Waalaikummussalam...Akim dah balik” Akim mencium tangan bondanya dan dirangkul erat tubuh bondanya seperti sudah lama tidak berjumpa.
“Akim nak minum? bonda buatkan air untuk Akim ya...”
“Tak mengapalah bonda, Akim dah minum dengan kawan-kawan di Hartamas tadi. Bonda, ada berita dari abang?” Akim membuka jaket hitamnya dan diberikan kepada bibik untuk dibawa ke biliknya.
“Ada, abang Aril ada telefon bonda pagi tadi...abang Aril sihat, dia kirim salam pada Akim”
“Owh, Waalaikummussalam...” Akim duduk berehat diruang tamu.
“Akim..abang kata nak buat kenduri doa selamat selepas dia blik Sampoerna lusa, Akim tolong bonda ya?” Datin Fatimah duduk disebelah Akim.
“Kenduri doa selamat??Untuk apa??” Akim pelik dengan permintaan abangnya.
“Bonda pun tak tahu, lupa pula bonda nak tanya pada abang Aril...boleh ke Akim tolong bonda? esok kita pergi beli barang ya, nak harapkan bibik..apa pula dia beli nanti, boleh ke Akim?”
Akim mengelamun masih memikirkan sebab apa abangnya ingin membuat kenduri doa selamat, dia tidak mendengar pertanyaan bondanya.
“Akim, dengar ke apa yang bonda cakapkan ni? Akim..”
“Ah, yer bonda..apa dia?” Akim tersentak bila Datin Fatimah memegang bahunya.
“Akim ni terlalu penat, tak mengapalah..Akim pergi berehat dulu, esok bonda bincang lagi dengan Akim...ok?” Datin Fatimah berlalu dari situ selepas menerima anggukan dari Akim tanda setuju.
*****
Keesokan paginya Akim dan Datin Fatimah keluar pergi ke pasaraya membeli barang untuk mengadakan kenduri doa selamat yang diminta oleh Aril. Walaupun Akim dan Datin Fatimah hairan dengan permintaan Aril, mereka tetap menunaikannya.
“Bonda, ada lagi barang yang tertinggal? Akim kena pergi ke “Rumah Anak-Anak Yatim Nur Kasih” untuk menjemput mereka ke rumah kita esok” sambil menolak troli, Akim bertanya pada bondanya yang asyik memilih barang keperluan untuk kenduri esok.
“Owh, ye ke? ada sikit lagi barang..lepas ni kita balik ya? bonda ikut Akim boleh?”
“Boleh bonda, tapi kita kena bawa balik dulu barang-barang ni serahkan pada bibik dahulu...biar bibik siapkan apa yang patut” selepas membayar di kaunter, mereka pulang ke rumah.
*****
“Terima kasih yer Datin, Tuan Akim sebab sudi menjemput kami...jasa Datin sekeluarga kami hargai” pemilik rumah “Rumah Anak-Anak Yatim Nur Kasih” menghantar Datin Fatimah dan Akim ke pintu kereta tanda terima kasih.
“Tak mengapalah Puan Fauziah, ini kerana saya sampaikan permintaan anak sulung saya...Insyaalah Tuhan memberkati hidupnya” Akim hanya tersenyum mendengar kata-kata bondanya dan memandu keluar keretanya dari “Rumah Anak-Anak Yatim Nur Kasih”.
“Akim, ibu hampir-hampir lupa...kita belum lagi menjemput Datin Jamilah dan Dato’ Adnan, kita ke rumah mereka ya?” Akim hanya mengangguk dan memasuki jalanraya yang menghala ke rumah Datin Jamilah dan Dato’ Adnan.
*****
Setelah sampai di perkarangan banglo milik Dato’Adnan dan Datin Jamilah, Datin Fatimah terlihat satu tubuh yang amat dikenalinya turun dari kereta milik Adila. Dia pasti dia kenal dengan susuk tubuh itu.
“Akim...!”
~Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang
Lihatlah dia mulai bernyanyi
Cuba merungkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali
Credit : Kembali Pulang (Kangen Band)


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries