Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 2 : Mamat Telinga Capang
08 February 2010 | 3:00 PM | 0 comments
karya:dak comot

Disebuah butik yang agak terkenal di tengah bandaraya Kuala Lumpur….

“Miss Rini Da Vogue!!!!......” jeritan Ecah memenuhi ruang butik milik Rini Zulkifli, pereka fesyen moden kontemperori yang agak lanjut usia. Umurnya yang hampir mencecah 30tahun, menyebabkan rakan-rakan disekeliling memanggilnya dengan gelaran ‘Dara Tua’.

Aisyah menjenguk ke kiri dan ke kanan mencari Miss Rini, satu suara yang cukup dikenali menjerkah dirinya dari belakang…

“Hey Ecah, dah pukul berapa ni?kau tak ada jam ke?kau tak reti-reti nak datang awal??penat aku menunggu kau dari pukul 8.00pagi tadi, mana kau pergi..??” soalan yang bertalu-talu dari Miss Rini macam bom atom yang jatuh menimpa seperti Jepun yang ingin merampas Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

“Kamu ni kan, kalau aku tak membebel satu hari..memang tak sah!!”

“Alamak!!....” leteran Miss Rini membuatkan Ecah rasa rimas, nak dibaling helmet motornya..namun difikirkan Miss Rini adalah majikannya..dengan manja, Ecah memicit-micit bahu Miss Rini…

“Olor Miss, ada hal kecemasan kat tengah jalan tadi…itu yang saya datang lambat, ada seorang mamat ni…” penjelasannya terhenti.

“Banyak ler kau punya alasan, dulu kau kata kucing kau sakit..lepas tu, kura-kura kau cirit-birit ler..nape kau tak cakap je yang rumah kau runtuh??!!”

“Eh!! Bleh ke kalau saya bagi alasan macam tu Miss??” Ecah tersengih, cuba untuk menyakat Miss Rini.

“Ishh, budak bertuah ni..sudah-sudah, malas aku nak dengar alasan merepek kau lagi..pergi kau jumpa Claudia kat make-up room tu..” Miss Rini mengarah dengan mengipas2 kan dirinya yang semakin panas dengan perangai Ecah.
“Claudia! Cepat siapkan si Ecah ni, Aku dah lambat ni…” bebelan Miss Rini di sambut dengan gelak tawa Claudia dan Ecah yang melihat telatah Miss Rini. Walaupun Miss Rini seorang yang tegas, namun dirinya cukup disenangi oleh teman seangkatan dengannya. Ecah adalah salah seorang model yang tersenarai dalam memperagakan fesyen dari koleksi Miss Rini walaupun agak ‘comel’.

Di make-up room…

“Ecah, kenapa kau lambat? Aku yang kat sini tak tahan dengar ‘dara tua’ tu asyik membebel je tau dari tadi..”

“Sori ler babe, ada benda jadi kat tengah jalan tadi..nanti aku citer ler, weh! Kau pun cepat ler sikit siapkan aku..aku dah panas ni, hehe..”

*****

Di sebalik bukit, kedengaran jeritan seorang anak ‘dara tua’…

“Arghhh!! mana pula budak ‘photographer’ ni?? Siapa yang patut tunggu siapa ni??aku ke dia, ni yang malas nak offer job kat anak melayu kita…Melayu mudah lupa dengan janji, dah cair make-up budak Ecah ni…”

“Eh, nama aku juga yang naik..tak pasal-pasal plak, budak dipanggilnya aku..aku dah 22tahun tau, sabar Ecah..sabar!! sape ler yang wat ‘dara tua’ ni marah kat tengah-tengah panas ni..siap ler” bisikan Ecah terhenti bila sebuah van yang catnya sudah luntur mungkin kerana kualiti yang tidak bagus atau cuaca di Malaysia yang panas..memasuki kawasan bukit dan berhenti di tepi jalan membuatkan orang yang berada di situ memerhati gerangan tuan punya van tersebut.

Seorang jejaka berambut ketak berlari mendapatkan Miss Rini, seperti Nas Ahmad yang mengacara Melodi mengejar gosip-gosip panas artis Malaysia…(ada kena-mengena ke dengan cerita ni? Tungguuu…)

“Maaf Miss Rini…saa saa saa saya terlambat” mungkin kerana berlari, lelaki itu tercungap-cungap sambil menutur kata-kata maaf pada Miss Rini.

“Ape korang ingat aku ni tunggul ke nak tunggu korang datang, lepas ni jangan harap aku nak bagi ‘job’ lagi kat korang..’BUDAK MENTAH!!”

“Minta maaf Miss, kami ada hal kecemasan sikit tadi..disebabkan perkara itu, kami lambat ke sini, kami betul-betul minta maaf” lelaki yang memakai T-shirt kolar bewarna hijau dengan nama ‘YAZID’ di sisi kiri T-shirt meminta maaf atas kelewatan mereka.

“Miss Rini…..” satu panggilan manja yang cuba memujuk hati Miss Rini.

“Miss Rini, janganlah marah-marah..tak bagus tau marah-marah, nanti cepat tua..abis muka Miss Rini yang cantik ni berkedut-kedut”

“Uishh…lawanya Miss Rini hari ni, baju oren Vest merah..selendang ungu..warna warni, macammmm pelangi!! Hehe…saya ada hal kecemasan sikit tadi, saya minta maaf banyak-banyak..janji! lepas ni tak buat lagi” Akim cuba untuk mengambil hati Miss Rini.

“Emm..nasib baik ada kau Akim, kalau tak..tak tahu macam mana aku nak siapkan keje aku hari ni, lenkali jangan lambat. OK??” Miss Rini inginkan kepastian dari Akim supaya perkara sebegini tidak akan berulang kembali.

“OK!!” Akim menunjukkan tanda OK, sambil mengenyit mata manja.

“E’eh, senang pulak budak Akim ni dimaafkan..tadi bukan main marah lagi si ‘dara tua’ ni, yang Akim pun satu..disebabkan dia ler perkara macam ni boleh jadi, macam-macam hal!” Yazid merungut sendirian sambil mengangkat barang-barang untuk pengambaran hari ini.

Di suatu sudut antara perbualan mereka….

~ Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah
teruskan hidupku
Semuanya Cun Saja

Credit : Cun Saja (SleeQ)


Sedang Ecah mendengar lagu di MP4 nya, Ecah terdengar perbualan Miss Rini...

“E’eh, macam aku kenal suara ni..tapi kat mana ya??” Claudia membetulkan make-up Ecah yang sudah mula cair kerana panas, Ecah menjenguk-jenguk melihat gerangan pemilik suara tersebut. Dia seperti familiar dengan empunya suara itu.

“HAaaaa….” suara Ecah berkumandang menyebabkan perbualan Miss Rini dan Akim terhenti.

“Hey Ecah, nape dengan kau ni?? Kena sawan ke apa?” pertanyaan Miss Rini menarik minat Akim melihat siapa yang menjerit.

“Miss, Dii..dii..dia yang….” Ecah cuba berkata-kata, sambil melihat Akim yang hanya tersenyum sinis sambil melambai-lambai tangannya.

“Hey, sejak bila yang kau ni gagap Ecah?? Cepat-cepat, hari makin panas ni..cepat ckit!!”

Ecah yang terkejut hanya menurut arahan Miss Rini dan membebel dalam hatinya….

“Wei, kenapa dengan kau ni..tiba-tiba menjerit pulak, nampak hantu ke siang-siang hari ni…” Claudia hairan dengan sikap Ecah.

“Tak ada apa-apa lah…babe, mamat ni ler yang langgar aku pagi tadi..kejadian ni ler yang aku nak cerita kat kau babe, aku pelik ler..kenapa dia dapat job dari Miss Rini, menyampah betul aku!!” Ecah menggumam bibirnya tanda tidak puas hati.

“Boyfriend Miss yang baru kot, hahaha…” Claudia cuba menenangkan Ecah.

“Ek eleh, mamat ni lagi..apa ler dia buat kat sini, tak ada job lain ke yang dia nak ambil? Dah ler bertelinga capang, tarik telinga tu nanti…baru dia tahu!!”

“Oit Ecah, apa yang kau tunggu lagi..cepatlah, Miss dah bising tuuu…!!!” Ecah terkejut dari lamuanannya..







Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries