Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 3 : Yang Tersayang
09 February 2010 | 3:30 PM | 0 comments
karya:dak comot

“Kreekkk…..!!!”

Pintu kayu jati diselak, kasut Nike disusun elok di dalam almari di ruang tamu bahagian depan rumah teres 2 tingkat milik Ecah. Hasil titik peluh selama ini bekerja, Ecah dapat membeli sebuah rumah untuk dijadikan tempat tinggal. Bukan Ecah tidak mahu tinggal bersama keluarganya, tetapi dia lebih senang untuk tinggal sendiri dan berdikari.

Di sebabkan ibu dan ayah Ecah terlalu risau dengan keselamatan dan penjagaan kesihatannya, ayah Ecah Haji Zulkifli telah menyediakan pembantu rumah untuk menjaganya iaitu Mak cik Siti. Mak cik Siti sudah lama berkhidmat untuk keluarga Ecah, disebabkan Ecah yang kadangkala suka bermanja dengan Mak cik Siti..dia lebih gemar memangil Mak Cik Siti dengan panggilan ‘Mak Ct’

“Assalamualaikum…Mak Ct, Ecah dah balik” sahutan Ecah disambut oleh Mak Ct yang berada di dapur menyediakan juadah untuk makan malam.

“Waalaikummussalam…eh Ecah baru balik yer, letih Mak Ct nengok Ecah ari ni. Keje ok ke??”

“Emm, tak mau ler citer Mak Ct..hari ni merupakan hari malang untuk Ecah, motor Ecah kena langgar..sampai tempat kerja lambat, kena marah dengan si ‘dara tua’ lagi…dannnn” kata-kata Ecah terhenti bila terkenangkan perlakuan Akim siang tadi.

“Dan dan…dan apa Ecah??”

“Tak ada apa-apa ler Mak Ct, ok lah..Ecah nak pergi mandi lepas tu kita makan sama-sama yer..” Ecah mencium pipi Mak Ct dan memulas-mulas perutnya yang lapar dan naik menuruti anak tangga ke biliknya.

“Eee..masyam ler Ecah,hehe…” gurauan manja Ecah dan Mak Ct yang sudah biasa dengan kenakalan Ecah sejak Ecah kecil lagi, kini hanya mereka berdua saja yang tinggal dirumah itu. Setiap masalah Ecah akan luahkan kepada Mak Ct.
Sebelum Ecah memasuki biliknya, terdengar bunyi seperti kanak kecil berlari didalam biliknya..Ecah mula risau, perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya..

“Warghhh!!...Ecah!!” jerkah dari anak gadis kecik molek, berambut panjang dengan memakai baju tidur ‘Mickey Mouse’ menerkam Ecah.

“Uih!!...akak, bila sampai rumah?? Kenapa tak bagitahu Ecah nak datang..ni mesti kompromi dengan Mak Ct kan? Nak kena Mak Ct ni..Owhh, saja nak kenakan Ecah yer” Zizi, kakak kepada Ecah datang melawat setelah lama tidak bertemu.

“Olor, akak saja nak surprise kan Ecah…hehe” Zizi menunjukkan thumbs up pada Ecah menandakan Ecah sudah terkena.

Ecah dan Zizi berborak panjang sehingga Ecah lupa untuk mandi, dan Mak Ct yang menunngu dibawah untuk makan bersama menaiki tangga untuk memanggil Ecah.

“Emm..sudah-sudah ler tu, jom kita pergi makan. Hari ni Mak Ct masak sedap tau, makanan kegemaran Zizi dan Ecah” Mak Ct menutur kata dengan lemah lembut, sikapnya itulah yang cukup disenangi oleh mereka sekeluarga.

“Tak mahu, Ecah nak merajuk dengan Mak Ct. Owh...Mak Ct tak bagitahu Ecah pun Kak Zizi nak datang kan, hurmm..kalau tak, boleh ler Ecah sambut dia tadi” Ecah memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati.

“Kakak kamu yang tak benarkan Mak Ct bagitahu kamu, kan Zizi??hehe, seronoknya bersembang..Ecah tak lapar ke?dah sejuk lauk tu nanti, tak sedap pulak..dah bau masyam bilik Ecah ni sebab ada orang tak mandi lagi, hehe…” Mak Ct cuba memujuk Ecah.

“Ha’ah ler..hehe, Ecah pergi mandi dulu ok..akak dengan Mak Ct tunggu Ecah tau, jangan tinggal Ecah..” Zizi dan Mak Ct tersenyum melihat kerenah Ecah yang manja walaupun dirinya kadangkala berperangai kasar.

Selepas 30minit, Ecah turun ke ruang makan bersama-sama dengan Mak Ct dan Zizi yang sudah lama menunggu…

“Hai Cik Aisyah kita ni mandi ke minum air sabun Mak Ct? lambatnya nak tunggu dia, macam puteri pula..hehe” Zizi sekali sekala cuba bergurau dengan adik kesayangannya.

“Tak adelah, muka berminyak penuh ngan make-up…nak kena tanggal bersih-bersih, barulah keayuan wajah ni nampak asli dan terserlah…manalah tahu kan adik dapat ‘job’ model peraga kat Beijing ke?kat Paris ke?hehe…” Ecah tersengih.

“Olor, berangan je lebih…sape yang nak offer kat model yang ‘comel’ macam Ecah ni?”

“E’eh, akak jangan nengok adik sebelah mata tau...Twiggy tu kecik jugak’ , dapat je offer yang grand...sekarang ni dah jadi legend pun, siap jadi juri untuk reality show American Next Top Model lagi...jangan disangka adik ni kecik, kecik-kecik cili padi tau!” Ecah yang tiba-tiba bersemangat bercakap sambil berdiri memeranjatkan Mak Ct dan Zizi.

“hehe...sudah-sudah, baiklah Ecah...nanti dah berjaya, jangan lupa Mak Ct”

“Akak pun…” Zizi mencelah.

“Itu sudah pasti, Ecah kan sayangkan Mak Ct dan kak Zizi...mesti lah Ecah takkan lupa Mak Ct dan kak Zizi” Ecah memeluk erat kedua-dua orang yang paling disayangi selepas ayah dan ibunya.

Selepas selesai makan malam, Ecah terus naik ke bilik dan merenung ke langit…

“Hemm, seronoknya hari ni…walaupun segala kejadian yang terjadi siang tadi membakar hati aku, kini aku diberikan kebahagiaan selepas itu. Tuhan itu Maha Adil, selepas Dia memberi aku kesusahan..Dia membalasnya dengan kebaikan, aku senang dengan kehadiran Mak Ct dan kakak di sisi aku” Ecah meng’update’ blognya ‘budakcomot.blogspot.com’ dengan menaip papan kekunci laptop ACER miliknya yang dihadiahkan oleh Zizi sempena ulang tahun hari jadinya tahun lalu.

Sambil itu….

Ecah berbaring diatas katilnya dan termenung seketika sebelum melelapkan matanya.
“Eh, siapa sebenarnya mamat tadi ek?Afiq Hakim? ‘bengang’ betul aku dengan perangai dia…boleh pula dia tersengih-sengih tengok aku kena marah dengan si ‘dara tua’ tu, dannn… macam mana pula dia boleh dapat job dari Miss Rini, sebelum ni tak pernah pun aku nampak dia bekerjasama dengan Miss Rini…ada skandal ke? Arghh!! Yang aku menyibuk pun kenapa..biarlah!!” sedang memikirkan kejadian siang tadi, Ecah melelapkan mata tanpa disedari olehnya…

Di keesokan paginya, Ecah bangun lebih awal dari biasa…dia tidak mahu lagi terlambat ke butik Miss Rini. Hari ini, dia ada pengambaran untuk projek ‘Cuti-Cuti Malaysia’ dengan memperagakan pakaian tradisional dan budaya rakyat di Malaysia.

~Aku yang melihat didalam lubuk hati,
Mencari zat rahsia yang tersembunyi,
Aku yang melihat alam meliputi,
Wujud menyertai bila kupindahkan alam kedalam mata hati,
Aku hakiki…

Credit: Alhamdulillah (Too Phat)

“Streeeeeettt…..!!!”


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries