Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 4 : Tragedi Kembali Lagi...???
10 February 2010 | 11:00 AM | 0 comments
karya:dak comot

“Streeeeeettt…..!!!”

Skuter Modenas passion 125 sports terhenti di simpang jalan, hampir nak mencium depan BMW – Series warna hitam metallic yang berkilat ARL 2709. Kerana kurangnya keseimbangan dan juga keadaan empunya skuter yang agak ‘comel’, skuter tersebut jatuh dibahu jalan.

“Opocottt…alamak, melatah pulak” sambil men cover suara, Ecah berbisik dalam geram.

“Kenapalah aku malang sangat 2 hari ni, semalam dah ler accident…hari ni plak, hampir-hampir je…siapa pula yang berani bawa kereta laju-laju ni, tak siuman ke apa?”

Keluar seorang pemuda tinggi dan segak memakai kemeja putih, berkot hitam dan bertali leher merah. Ecah yang melihat pemuda tersebut, terpegun seketika….Tanpa disedari, mulutnya terbuka seperti melihat bintang jatuh dari langit…ops! Terlebih sudah…

“Cik..cik..cik…cik tak apa-apa ke? Minta maaf, minta maaf banyak-banyak…Cik tak apa-apa ke? Kalau cik sakit, saya bawa cik ke hospital..cik..cik..” pemuda itu cuba menarik Ecah berdiri semula, lamunanya terhenti.

“Oit, ape pegang-pegang ni…” suara Ecah memeranjatkan pemuda tadi.

“Owh, saya minta maaf…saya cuma nak tolong, cik tak apa-apa ke? boleh saya tolong cik?” pemuda itu cuba untuk menghulurkan bantuan sekali lagi. Tetapi Ecah…

“Aduyai, tak pernah aku nengok lelaki gentleman macam ni…kalau ler aku boleh dapat lelaki macam ni, bahagia betul rasanya” Ecah mengelamun lagi. Muka Ecah yang gebu dan cerah itu menjadi merah padam.

“Emm…tak apalah, saya nak pergi kerja dah ni. Dah lambat sangat ni…saya tak ada apa-apa, ha! Motor saya pun ok je, ‘dia’ pun sihat je tu…..”


********

“Dah ler motor aku baru je modified lepas kena langgar dengan mamat telinga capang semalam, nasib baik hari ni bertembung dengan lelaki yang aku rasa macam dia ditakdirkan betul-betul untuk aku..hehehe, perasan ler pulak” Ecah mengelamun sepanjang hari di set pengambaran bersama Yazid dan Akim.

“Oit cik kak, mengelamun ape lagi tu?..’photoshoot’ dah habis ler, tak reti nak balik ke?” Akim mengganggu Ecah yang sedang mengelamun kejadian pagi tadi.

“Yazid, kau nasihatkan sikit budak yang baru nak naik ni...kalau setakat nak mengelamun je, baik balik ler...Aku dah lambat ni!!” Akim memang cukup tegas apabila melaksanakan kerjanya. Dia meninggalkan barang-barang ‘photoshoot’ dibawah kelolaan yazid untuk dibawa pulang. Akim bergegas menuju ke keretanya untuk ke suatu destinasi seterusnya. Dan Ecah...

”Ek eler, baru jadi ’photographer’...dah berlagak! Nak mengelamun kejap pun tak boleh ke?tengah feel lah ni...Woi, jangan luper..kau ada hutang dengan aku lagi, petang karang aku tuntut..kau dengar tak?” kata-kata Ecah tidak dihiraukan oleh Akim.

*********

Di sebuah cafe, di tengah bandaraya Kuala Lumpur...

~ Andainya aku pergi dulu sebelummu Janganlah kau bersedih hati Andainya aku tiada lagi di sisimu Janganlah kau memencil diri Bayangkanlah masa2 bahagia Semasa engkau dan aku

Credit : Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)

”Abang!!...mimpi apa yang buat abang balik Malaysia? what’s up bro, rindu gila dengan abang,..sihat ke? So, Macam mana flight tadi, ok?agak-agak abang ramai tak miss ’Air Asia’ yang terpikat dengan abang Akim yang kacak, segak dan bergaya ni?hehehe....”
”Wowo..sabar anak muda, satu-satu lah kalau nak tanya pun. Abang kesayangan Akim ni takkan lari kemana, hehehe..lagipun abang dah buat keputusan yang lepas ni, abang takkan balik lagi ke sana ” Aril yang baru pulang dari London kerana mengusahakan perniagaan keluarganya diarah pulang oleh ayahanda dan bonda.

”Kenapa bonda dan ayahanda memaksa abang balik ke Malaysia, apa rencana yang memaksa mereka untuk menyuruh abang balik..Akim terkejut juga bila bonda kata abang akan sampai di KL hari ini, pape pun Akim suka abang ada dekat dengan kami” Akim menyukir senyuman sambil menikmati aiskrim 7 perasa (e’eh!!) yang di ’order’ oleh Aril lebih awal.

Sambil bermain dengan rambut Akim, Aril melihat telatah Akim yang kadangkala manja dengannya. Akim adalah satu-satunya adik yang Aril ada didunia ini, segala kasih sayangnya diberikan kepada Akim. Walaupun.....

Aril berbisik didalam hatinya..

”Kau dah semakin matang Akim, abang bangga dapat adik seperti kau...semoga kehadiran kau akan menguatkan hati ayah dan bonda serta keluarga kita” Akim yang melihat abangnya diam tanpa kata-kata berasa pelik seperti ada sesuatu yang bemain di pemikiran abangnya.

”Abang! Kenapa ni..anything’s wrong??” Akim bertanya mematikan lamunan Aril.

”Akim, abang sebenarnya ada perkara nak ceritakan pada Akim. Abang harap Akim dapat membantu abang..” kata Aril menyebabkan Akim yang sedang seronok menghayati kelazatan aiskrim tadi terhenti.

Dua beradik yang rancak berborak tadi menjadi senyap dan serius membincangkan topik yang di bangkitkan oleh Aril.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries