Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 5 : Mimpi ke..???
11 February 2010 | 10:37 AM | 0 comments


karya:dak comot

Selepas tamat ‘photoshoot’, Ecah bertolak ke Jalan Damansara…kad yang tertera

‘M’raz Galeries’
Afiq Hakim Bin Dato’ Ramli
No. 66, Persiaran Damansara 6,
Jalan Damansara….

Belum habis pun Ecah membaca alamat yang tertera di kad tersebut, terdengar satu suara dibelakangnya menghentikan bacaan Ecah…

“E’eh…Ecah! Kenapa datang kedai kitorang ni…ada tertinggal barang dalam van kitorang ke? dan…macam mana Ecah dapat alamat kami??” pertanyaan dari Yazid tidak diendahkan oleh Ecah tapi ianya sudah memastikan bahawa memang betul kedai ini kepunyaan Akim.

“Uihhh, besarnya kedai mamat telinga capang ni…dasyat juga dia yer” Ecah melamun sendirian sambil matanya melilau mencari Akim.

“Emm, mana mamat telinga capang tu?? Aku ada nak tuntut duit sikit dari dia..e’eh, buat lupa pulak..aku dah cakap nak datang petang ni, mana dia??

“Mamat telinga capang? Siapa tu?hurmm…” Yazid hairan sebentar. “Owh!! Akim ke?haha..kenapa Ecah panggil dia dengan nama tu?kalau dia dengar…habis ler” Yazid ketawa sendiri.

“Oit, yang ko ni gelak tak habis kenapa? Aku cari dia..dianya mana? (“Aku luku juga dahi si Yazid ni, hurmm..yang mamat telinga capang ni mana pula dia pergi?”)

“Ha! Tu pun dia dah balik..haha” Yazid masih lagi ketawa mendengar kata-kata Ecah tadi.

Kata-kata Yazid menyebabkan Ecah teruja dan menoleh ke belakang, namun…keterujaan Ecah tiba-tiba terhenti apabila melihat seorang pemuda disebelah Akim yang boleh membuatkan jantung Ecah terhenti seketika. Raut wajah pemuda itu cukup diingati olehnya. Manakan tidak, satu hari ini…Ecah sering terbayang wajah manis pemuda tersebut.
~ Mungkin aku pernah juga merasakan cinta, Tapi tak pernah seindah iniMungkin aku juga pernah merasakan rindu, Tapi tak pernah sedalam ini Mungkin kamu takkan pernah percaya, Bahwa sesungguhnya aku telah terjatuh
Credit : Larut (Dewa 19)
“Ops!! Ni mamat yang hampir-hampir langgar aku pagi tadi kan?? Kenapa pula dia boleh dengan mamat telinga capang ni? hairan betul ler, apa hubungan diorang berdua ni? TEMAN? SAUDARA? Arghhh!! aku peduli ape, aku datang sini nak minta balik duit aku…”

“Oit cik kak, buat apa kat sini…Yazid, kau ke yang bawa budak kecik ni datang sini?? Ape cerita ni bro” Akim hairan melihat Ecah di kedainya (ek eler, buat lupa pula si Akim ni..)

“Emm, ni resit ganti rugi motor aku yang kau langgar hari tu…apa lagi, bayar ler...” Ecah memperlahankan suaranya tidak seperti biasa, tiba-tiba je…tidak tahu mengapa, kenapa? Gadis yang lasak dahulunya menjadi sopan dan lemah lembut.

“Mahalnya….!!! Kau buat apa je budak kecik dengan motor kau ni..?? Aku rasa hari tu tak adalah teruk sangat, calar sikit je rasanya…cekik darah betul ler kau ni budak kecik!!” suara akim menyebabkan Ecah makin panas dengan perangai Akim, tapi ditahan kerana tidak mahu ditunjuk di hadapan Aril.

“Eeee…budak kecik dipanggilnya aku, dasar telinga capang!!” bisik Ecah.
“Mahal apanya, biasa ler tu..baru lapan ratus, setakat lapan ratus tu…aku rasa ‘Wish’ kau lagi mahal kot kan…??hehe…” Ecah berbisik di sebelah Akim dan senyum dengan sinis.

Kata-kata berbaur perli dari Ecah mencabar Akim, Aril yang memerhatikan dua orang dihadapannya yang sedang bergaduh mulut cuba mencelah untuk mengurangkan panas kedua-duanya…takut-takut ada pula gunung berapi jadian meletus.

“Akim, bayar saja lah…kamu yang salah bukan? Cik Aisyah ni tak bersalah pun rasanya, kamu yang cuai…” kata-kata Aril menyebabkan Ecah berasa tenang daripada kemarahannya terhadap Akim yang tidak mahu membayar ganti rugi seperti yang dijanjikan.

“Alahai….bagusnya mamat skema ni, bukan macam budak telinga capang ni, kecoh betul..!!” Ecah menjugil matanya yang bulat.

“Nah, lapan ratus…lain kali, tanya aku dulu mana tempat yang boleh dapat murah..aku bukan kedekut, tapi jimat…faham??” Akim menepuk bahu Ecah (“Kau tak suruh pun aku tanya kau dulu, wek!”)

Aril memegang bahu Akim dan merenung tepat ke mata Ecah yang berdiri didepan Akim..

“Cik Aisyah jangan marah yer, Akim ni memang...perangai dia pelik sikit, tapi Akim ni budak baik tau” Aril memujuk lagi hati Ecah.

“Pelik sikit? bukan sikit..tapi banyak, baik konon..huh!!” Ecah berlalu pergi dari situ.

“Yazid, kau hantar budak kecik ni kat pintu, suruh dia bawa motor dia tu elok-elok sikit…”

“Mari Ecah, saya hantar Ecah sampai pintu...Ecah, jangan diambil hati sangat dengan perangai Akim tu, dia tu memang cepat panas sikit..ada masalah kot” Yazid menghantar Ecah ke depan pintu.

“Emm, Yazid..boleh ke kalau aku nak tnya ‘something’ kat kau? Sape lelaki skema dengan Akim tu? Rapat semacam je, ehem2..??

“Ishh, tak adalah…diorang tu adik beradik, anak kepada Dato’ Ramli dan Datin Fatimah..itu yang diorang rapat semacam je, itulah abang Akim..Khairil Azam nama dia, tapi kitorang panggil dia dengan nama ‘Aril’…Abang dia baru balik dari London, tu yang rapat semacam..dah lama tak jumpa ler katakan. Diorang tu memang macam tu…” Yazid menghabiskan penjelasannya.

*****

Didalam perjalanan pulang ke rumah, Ecah…

“Owh…nama dia Aril rupanya, abang Akim? Muka tak nampak sama pun, perangai lagi lah tak sama…seorang kelam kabut, kecoh..yang seorang lagi ‘cool’ je, relaks…tapi telinga sama, hehe..”

“Tapi tak kisahlah, puas hati aku dapat habiskan duit budak telinga capang tu…hahaha” bongkaknya Ecah =)

Di balkoni kediaman rumah Ecah…


~ Tiada sesiapa, Dapat melupakan Perasaan Cinta pertama Akan ku ingat Selama – lama, Saat pertama jatuh cinta
Kasih sayang, Senyum mesra, bersama Gurau senda, Pujuk rayumu Pastiku ingati …


Credit : Mulanya Cinta (Dato’ Siti Nurhaliza)


Ecah merenung ke langit teringat kejadian yang berlaku siang tadi, fikirannya sering memikirkan tentang Aril…sesekali muncul wajah Akim yang menyakitkan hatinya, adab sopan dan perilaku Aril setiap langkah diingati oleh Ecah. Dia rasa seperti dirinya senang mendengar setiap kata dan pertuturan yang keluar dari mulut Aril berbanding Akim.
“Bila lagi agaknya aku dengan dia dapat jumpa??”


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries