Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 6 : Princess..
15 February 2010 | 12:26 PM | 0 comments


karya:dak comot

Di kamar tidur Dato’ Ramli dan Datin Fatimah…

“Bonda…Aril rindu sangat pada bonda dan ayahanda, jika satu hari Aril tak ada…bonda jangan sedih ya” kata-kata Aril menghilangkan senyuman dari wajah Datin Fatimah.

“Kenapa Aril cakap macam tu? Bonda tak suka tau…Aril nak pergi mana lagi? sekarang Aril dah ambil keputusan untuk tinggal bersama kami, ianya dah cukup menggembirakan kami” Datin Fatimah menahan sebak, beliau mengusap rambut Aril yang meletakkan kepalanya di ribaan Datin Fatimah yang sedang menonoton televisyen.

“Manalah tahu takdir nak ambil nyawa Aril terlebih dahulu, Aril sayangkan bonda dan ayahanda..” titisan air mata jatuh ke pipi seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya. Aril mengesat air mata yang jatuh di pipi bondanya. Dari jauh, Akim melihat perlakuan bonda dan abangnya…

“haa…kenapa sedih-sedih ni bonda, abang kan dah balik…tak cukup ke kasih sayang yang bonda bagi hari ni? Akim jeles ler..tak aci lah kalo bonda nangis pasal abang saja, Akim?”
“Mestilah, abang kan anak yang paling bonda sayang..kan bonda?” Aril memeluk Datin Fatimah seeratnya seperti tidak mahu dilepaskan kepada Akim.

“Huh! Tak mahu kawan dengan abang…Akim merajuk dengan bonda” Akim ingin berlalu pergi dari situ tetapi tangannya ditarik oleh bondanya.

“Janganlah macam ni sayang, bonda sayang kedua-dua anak bonda…sama rata, ok?” Datin Fatimah memeluk kedua-dua anak lelakinya, Datin Fatimah sentiasa bersyukur kehadiran kedua anak lelaki dalam kehidupannya. Dan ketika itu, Aril berbisik…

“Tapi ingat, abang tetap no.1 dalam hati bonda…haha”

“Bonda, tengok abang ni…”

“Aril….” Datin Fatimah menghentikan perbalahan kedua anaknya itu.
Dato’ Ramli yang berada diluar kamar turut merasakan kemesraan antara isterinya bersama Aril dan Akim. Dia hanya tersenyum melihat gelagat mereka…

Pada tengah malam…
“Abang…Aril dah pun balik ke Malaysia, macam mana dengan perancangan kita untuk satukan Aril dengan anak dara Dato’ Adnan dan Datin Jamilah tu, jadi ke? abang rasa, Aril setuju tak?

‘Sayang pun janganlah risau sangat, jangan dipaksa Aril tu…Aril pun dah besar, kita temukan je Aril dengan anak mereka..keputusan selepas itu, kita serahkan pada mereka…kita terima saja” cadangan Dato’ Ramli diterima baik oleh isterinya, Datin Fatimah.

*****

Keesokan harinya, di sebuah restoren esklusif…bertemakan Bali kontemperori, meja bersila disusun rapi di ruang tengah restoren tersebut…Keluarga Dato’Ramli telah pun menempah meja untuk pertemuan anak mereka. Jam di tangan menunjukkan 8.30malam, satu suara lembut memecah alunan muzik dendangan Dato’Sheila Majid.

“Assalamualaikum…” seorang gadis manis yang memakai baju kurung dan bertumit tinggi berdiri tegak dihadapan Aril. Salam dari gadis itu disambut oleh Aril, dengan keadaan terpinga-pinga Aril menjemput gadis itu duduk.

“Waalaikummussalam…silakan duduk, cik…”

“Emm…nama saya Nor Adila Binti Adnan, dan awak tentu anak Uncle Ramli kan?”

“Yup!, saya Khairil Azam Bin Ramli…panggil saya Aril. Boleh saya tanya sesuatu..? Bukan ke Adila ni Adila yang dulunya comot suka makan coklat tak tahu nak lap muka dia yang penuh dengan coklat tu…” Aril tersenyum.

“Itu cerita lama ler Aril, Adila dah besar tau…dah nak jadi doktor pun, Aril je yang suka nak ‘study’ jauh-jauh kat luar negara tu…”

“Adila makin lawa ler, sopan santun...mestilah kan,masing-masing dah besar? Hehehe..” Aril mengusik Adila.
“Baiklah, kita bincang tentang hal kita ok, Aril tak tahu kenapa ayahanda dan bonda Aril suruh Aril berjumpa dengan Adila…Aril cuma harap yang malam ni semuanya akan berjalan lancar.”

“Emm, Adila pun harap begitu...” Adila mengukir senyumannya kepada Aril. Perbualan mereka berlarutan tanpa henti kerana sudah lama tidak berjumpa, dari hidangan ‘appertizer’ sehinggalah ke ‘desert’. Tidak lekang dari senda tawa dan gurauan dari keduanya. Kadangkala di suatu ketika, Aril melihat sifat kelembutan dan keayuan yang ada pada Adila.

Adila berbeza sewaktu remaja dahulu yang sukakan aktiviti lasak dan kasar, Aril terpesona dengan sifat dan sikap Adila yang terbaru. Seperti calon ‘Gadis Melayu’ pula lagaknya.

“Emm, Adila…sekarang Adila buat apa lepas tamat pengajian tahun lepas?”

“Adila sekarang masih lagi di bawah pengawasan untuk diiktiraf sebagai doktor di HUKM,hehe…” Adila menjawab soalan daripada Aril sebelum menghabiskan minuman teh hijau yang semakin sejuk dihadapannya.

Malam itu, Aril menghantar Adila pulang ke banglo milik Dato’ Adnan dan Datin Jamilah, sepasang mata melihat mereka dari atas balkoni banglo tersebut.

“Abang…betul ke rancangan kita nak satukan mereka berdua ni? apa pula keputusan dari Adila nanti, saya risaulah abang..” Datin Jamilah masih lagi memerhati Adila dan Aril yang bersembang di pintu utama banglonya.

“Sayang..awak janganlah risau sangat, sudah-sudahlah mengintai mereka tu…Adila tu dah besar sayang, dah boleh berfikir pun” Dato’ Adnan kembali menyambung pembacaannya.

Ekor mata Datin Jamilah memerhati kereta milik Aril yang berlalu pergi dari situ, dan beliau melihat keceriaan yang penuh kasih sayang pada muka Adila yang masuk kedalam banglo.

Dikamar Adila yang merupakan anak tunggal kepada Dato’ Adnan dan Datin Jamilah terang dihiasi lampu. Lewat pukul 1pagi, Adila masih tidak dapat melelapkan matanya kerana teringat pertemuannya dengan Aril selepas beberapa tahun tidak berjumpa.

*****

Tema: Pakaian Untuk Majlis Resepsi Perkahwinan.
Rekaan: Rini Collections.
Tempat: Dataran Pavillion.
Masa: 8.00pagi – 10.00pagi.
Model: Aishah (Ecah)

“Yaziddddd!!!...ei, mana pula si yazid ni? nasib baiklah dia lebih tua dari aku, kalau tidak..nak kena maki juga dengan aku si yazid ni”

“Woi, kenapa kau ni Akim..terpekik pepagi ni? aku tengah punggah barang masuk dalam van, apehal??” Yazid membalas kemarahan Akim.

“Relaks bro, aku tak sengaja nak jerit...aku nak tanya sikit, tak ada orang lain ke yang boleh jadi model kita hari ni selain budak kecik ni? tak best ler...tukar-tukar, aku nak orang lain”

“Hurmm, kau ni...kan Miss Rini yang pilih dia, takkan lah kita nak tolak kot...kita follow je lah, apa masalahnya...Ecah tu ok ler, macam-macam hal ler kau ni...cukup, tamat!” Yazid mengakhiri perbualan antara mereka selepas melihat Akim terdiam seribu bahasa.

*****

Di Dataran Pavillion...

“Lambat betullah si budak kecik ni, ini ler yang aku malas kalau nak bekerja dengan budak kecik ni...orang naik ler LRT, boleh sampai cepat...ni tidak, motor yang dah ‘season’ tu jugak yang dia nak bawa hari-hari...dah ler habis dimakannya duit aku, hampeh betul!!”

“Oit, sesuka hati je nak panggil aku budak kecik...telinga capang!! relaks ler, baru pukul 7.30pagi...membebel, bising!! macam siamang kena lastik!!” Ecah tiba-tiba muncul di hadapan Akim.

“Hey budak kecik, sesuka hati kau je panggil aku telinga capang...siapa pulak yang jadi siamang pepagi ni, aku marah betullah dengan kau” dahi mereka bertemu antara satu sama lain, salah seorang pun tidak mahu mengalah.

“Wowowo...ape gaduh-gaduh ni, chill...kata nak abis cepat kan?Ecah..Ecah pegi jumpa Claudia, pakai baju untuk ‘photoshoot” hari ni..” Yazid cuba mendamaikan Akim dan Ecah, namun...

“Ahhh, budak kecik ni yang start dulu..kalau dia tak datang lambat, tak ada ler aku nak marah-marah macam ni..” Akim menuding jari dan menyucuk-nyucuk bahu Ecah.

“Hey telinga capang! kau ingat kau tu bagus sangat ke....wek!” Ecah menjelirkan lidahnya pada Akim.

“Woi, kalau korang tak nak berhenti gaduh..aku kahwinkan korang, nak??” Yazid menjerit pada kedua-duanya sehingga menyebabkan mereka berhenti bergaduh dan mengalah antara satu sama lain. Keduanya saling beralih pandangan dan bersiap sedia untuk mula bekerja. (Sape nak kahwin ngan budak kecik, huh!) ~ (Tak hingin aku ngan budak telinga capang, wek! =P)

*****

Selepas 30minit...

Ecah keluar dengan memakai ‘wedding dress’ putih labuh melitupi badannya, kadangkala terlihat tulang selangkanya dengan membawa jambangan bunga ros merah. Sesuai dengan kain satin dari Perancis dan corak jemeki berwarna pink lembut yang menghiasi latar dress tersebut menambah lagi seri dan keayuan Ecah, bagaikan puteri yang menunggu puteranya datang menaiki kuda putih untuk meniti hari bahagia.

~Sungguh indahnya hari berlalu Menunggu kasih tambatan hati Ingin rasanya selalu berbagi Bersamanya kala suatu nanti Andainya kau jadi milikku Selalu ku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu
Credit: Menatap Matamu (Aril)


Akim dan Yazid yang masih lagi menyiapkan peralatan dan mencari sudut-sudut yang cantik untuk pengambaran hari itu terhenti, mereka seperti terkesima dengan keayuan dan wajah jelita Ecah. Akim terpaku dengan diri Ecah yang memakai persalinan perkahwinan sehingga tidak sedar mulutnya bakal dimasuki lalat yang barangkali ingin singgah sebentar untuk berehat dari mencari makanan.


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries