Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 7 : Betul ker??
16 February 2010 | 12:00 PM | 0 comments


karya:dak comot

“Oit, bila nak start? yang korang nengok aku macam nampak hantu...kenapa?cantik sangat eh?hehehe...” Ecah bergurau.

“Woww!!...” Akim melatah.

“Ehem!!...ops sorry, hahaha...lawak pulak aku tengok kau pakai macam ni, tak padan dengan kecik..Miss Rini ni rabun kot pilih kau jadi model dia, hahaha...” kata-kata Akim mengelirukan Yazid yang turut tercenggang melihat Ecah.

“Pekena dengan kau ni Akim? lawa siot aku tengok Ecah hari ni...kau boleh pula gelak-gelak, buta ke apa kau ni?”

“Macam ni kau kata cantik?? aku rasa kalau suruh mak cik yang tinggal sebelah umah aku, lagi cantik kot...hahahaha” Akim tidak berhenti ketawa, kata-kata Akim menyebabkan Ecah marah dan bertindak....

“BULKKKK!!!......”

Satu sepakan kecil ke lutut Akim yang menyebabkan Akim meraung kesakitan “Arghh!!...Ouch”

“Huh! padan muka, kau ingat kau ni hensem sangat ke nak mengata aku macam tu sekali...muka pun macam tembok tak siap, wek!! =P lagi lawa Tembok Besar Cina...cepat ler, dah panas aku pakai baju besar ni”

Disebabkan mulutnya, Akim terpaksa menahan kesakitan dek kerana sepakan Ecah...sekali sekala kakinya terhenjut-henjut menahan sakit. Seperti peribasa melayu “Kerana Mulut Badan Binasa....”

“Nasib baik kau lawa hari ni budak kecik, kalau tidak...issshh (bisik Akim)
(Pergi ke Pahang berjumpa Kak Chik, comel juga si budak kecik)

Ecah kehairanan melihat senyuman Akim...
“Wei, apa lagi yang kau tercegat tu...nak ambil gambar ke tak nak? cepatlah sikit..”
(Main bola di tanah lapang, memang dasar si telinga capang)

*****

Selepas tamat ‘photoshoot’, di Dataran Pavillion....

Tiba-tiba, seorang lelaki menyapa Akim...

“What’s up bro, pe kau buat kat sini ha....” sapaan itu memeranjatkan Akim.

“Abang!!...hahaha ingatkan sapa tadi, baru habis ‘photoshoot’ untuk Miss Rini Collections...apa abang buat kat sini?dan ini....” Akim melihat seorang gadis yang berdiri dihadapannya dari atas ke bawah berkali-kali.

“Owh yer, takkan Akim tak kenal...anak dara Uncle Adnan, inilah dia yang ayahanda dan bonda suruh abang jumpa semalam. Takkan tak kenal? cuba Akim ingat balik, dulu waktu kecil...kita suka buli budak perempuan yang comot tu...suka sangat makan coklat, kita tarik-tarik rambut dia sampai dia mengadu kat ayah dia...Akim ingat tak?” gadis itu geram dengan kata-kata Aril.

“Aril, sudahlah tu...ini Adila ler, emm..sekarang dah ingat??” Akim mencebik bibirnya dan menahan gelaknya.

“Haaaa....!! Adila anak Uncle Adnan tu, yang comot tu...hehehehe” Akim menekup mulutnya dari terus ketawa.

“Aril dan Akim masih tak berubah, asyik nak membuli Adila je...tak mahu ler kawan, huh!” Adila memalingkan mukanya.

“Olor Adila, kami bergurau je...jangan cepat marah, nanti cepat tua...Mok cik!!” Akim dan Aril terus ketawa. Adila tersenyum melihat gelagat Aril dan Akim. Adik beradik ini tetap tidak berubah, keakraban mereka seperti tidak dapat dipisahkan. Tetapi....

“E’eh...Ecah pun ader, hai!!” Aril melambaikan tangannya kepada Ecah yang tidak jauh dari situ.
Ecah melambaikan tangannya kembali, namun matanya tidak henti memerhati Adila yang berborak mesra bersama Akim. Pelbagai persoalan yang dipersoalkan di kepalanya sehingga tidak sedar Aril berdiri tegak dihadapannya dan berbisk di telinga..
“Ecah, sudi tak keluar makan malam dengan Aril??”

“Apa??” pertanyaan Aril disambut dengan anggukan saja tanpa kata-kata. Bagai terkunci mulut Ecah mendengar kata dari Aril, itulah kekuatan Aril...tidak perlu menutur kata yang banyak, gadis mana yang tidak mahu keluar makan bersamanya. Sekeras hati Ecah pun bisa cair apabila mendengar suara Aril.

*****

Dihalaman rumah Ecah, memakai ‘sweater’ putih ‘Adidas..berseluar pendek dengan memakai selipar melayan rakan-rakannya di laman ‘facebook’. BFF’s Claudia, Zizi, Yazid yang baru saja di ‘add’ selepas beberapa kali menjalani pengambaran bersama...Ecah berkongsi pengalamannya pada hari itu.

Ecah : *mood ~ BeNGanG + HapPY....=D
-hari ni aku ‘photoshoot’ lagi dengan budak telinga capang, kenapalah dengan dia aku
perlu bekerja??
-happy sbb esok aku keluar makan malam dengan putera idaman yang jatuh dari langit,
hehehehe....=)

Tidak sampai seminit, bertalu-talu komen yang masuk membincangkan topik tersebut.

*****

Disamping itu, di bilik kamar Afiq Hakim...

“Uish!!...betul ke mata aku siang tadi?aku tengok first time jumpa dulu tak adalah lawa sangat..comel tu memang ada, perangai hodoh..suka nak marah-marah je,hishh..!! budak kecik ni buat aku teringat kat dier pulak!”

“Aduyai...kenapa dia lawa sangat hari ni...tapi aku hairan, kenapa bila dia cakap dengan aku mesti nak begaduh...dengan abang boleh pula dia berlembut, siap sengih-sengih lagi...takkan???? betul ke ni...atau perasaan cemburu aku dah bermula??”

“Argh!!..tak mungkin, tak mungkin dengan budak kecik tu...dah ler panggil aku telinga capang, sesuka hati dia je...kurang adab betul punya si budak kecik!!” Akim berbaring membebel seorang diri merenung kipas yang berpusing di syiling.

*****

Adila merenung bulan di luar tingkap biliknya, bulan yang dilindungi awan malam...samar-samar untuk dilihat, bintang juga seperti memahami perasaannya ketika itu...malu untuk menyerlahkan dirinya yang berkilauan. Adila berfikir, adakah dia perlu menjadi seperti pungguk yang rindukan bulan? terus setia menunggu bulan yang tidak mungkin akan jatuh ke bumi.

Perbualan diantara Aril dan dirinya tidak akan pernah dia lupakan, Adila sudah lama menyimpan perasaan cintanya pada Aril sejak dahulu lagi. Dia mula menyintai Aril sejak Aril menyelamatkan dirinya daripada jatuh ke dalam laluan air deras di Lata Kijang, Perak semasa perkhemahan badan uniform sekolahnya dulu.

Hati Adila remuk kerana hati yang dimilikinya tidak dapat menyintai dan menerima cinta daripada orang yang disayangi selama ini, bukan kerana paras rupa atau budi bahasa yang dicari oleh Aril tetapi disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat membenarkan mereka menyemai cinta antara satu sama lain. Setitis demi setitis air mata jatuh di pipi Adila, air mata yang tidak dapat lagi ditahan olehnya sejak dari siang tadi.

~Aku manusia lemah, Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu, kau berdiri teguh
Aku serba tiada, aku kekurangan
dan bila kau tiba, aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu, tulusnya hatimu
jujurnya niatmu, tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
kerna aku tak mampu tuk menanggung
sebuah cinta sempurna darimu

Credit: Cinta Sempurna (Yuna)

*****

Di situasi yang lain...
Ecah membuka almari baju miliknya, diselak setiap helai baju yang ada...tetapi, baru dia sedar yang koleksi pakainnya terdiri daripada pakaian kasual, seluar pendek yang seringkali dipakai seharian.

Ecah bingung “Aku nak pakai baju apa esok, aduh...pening!!” Ecah berjalan ke luar bilik, diperhatikan bilik tetamu rumahnya...dia terfikirkan sesuatu.

Tok..tok!! tok...tok!! pintu kayu diketuk, dilihat kakaknya sedang meletakkan maskar timun buatan Mak CT dimuka. Ecah mendekati kakaknya, dirangkul erat badan Zizi...Zizi pun membiarkan dirinya diperlaku begitu oleh Ecah, dia seperti dapat menangkap niat adik kesayangannya itu.

“Emm, kenapa tetiba baik je akak tengok..mesti ada apa-apa ni, cuba Ecah cerita sikit kat akak..” Zizi cuba menduga adiknya.

“Akak.....sebenarnya kan, Ecah ada temujanji dengan seseorang esok...tapi, Ecah tak ada baju nak pakai..akak boleh tolong Ecah tak?? PLEASE!!!.....”

“Eh, kan Ecah dah banyak baju kat almari tu...pakai je ler”

“Olor akak, tak sesuai ler kak...temujanji ‘Candle Light Dinner’ kna ler cantik, sopan sikit..hehe”

“Ciannya adik akak ni, emm..itulah, kan akak dah cakap bila Ecah dah masuk bidang modeling ni..kena lah pandai pakai skirt, baju yang glam sikit..”

“Olor akak, bolehlah...please! tolong Ecah eh, kali ni je...” Ecah meletakkan kepalanya di ribaan Zizi.

“Baik sayang...gunalah baju apa yang Ecah nak pakai, akak tak kisah ”

Selepas mendengar jawapan dari kakaknya, Ecah melompat keriangan. Hampir nak runtuh katil Zizi dibuatnya. “Okey deh!...” Ecah mengukir senyuman selepas mencium pipi kakaknya, dia pasti kakaknya pasti akan menolong tidak kira apa pun masalah yang menimpa Ecah.


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries