Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 8 : Malang Yang Berlarutan
19 February 2010 | 10:45 PM | 0 comments

karya:dak comot
Akim meletakkan program Windows Vista dalam kedudukan ‘stand by’, laptop Dell dibiarkan diatas meja dibiliknya. Akim keluar dari bilik menuju ke dapur rumahnya, matanya mengerling ke arah bilik abangnya.

‘Wah!!abang...nak bersiap ke mana ni?siap pakai sut lagi, ada majlis makan malam ke?atau abang nak keluar makan malam dengan Adila?” Akim cuba mengusik abangnya yang sedang merapikan tali leher merah yang dipakai dengan sut hitam rekaan Hazwani Osman. Tampak segak Aril mengenakan pakaian tersebut sesuai dengan statusnya sebagai CEO kepada syarikat courier antarabangsa yang terkenal di Malaysia dan juga luar negara.

“Eh, tak adalah...abang nak keluar makan malam dengan Ecah, hehehe...” jawapan yang keluar dari Aril menghentikan usikan Akim dan membuatkan Akim berbisik sendirian.

“Apa??Ecah?? kenapa Ecah?? tak ada orang lain ke yang abang boleh bawa ke temujanji...abang aku ni buta ke?

“Eh Akim...Akim!” Aril memanggil adiknya berulang kali, namun tiada reaksi dari Akim.
“AKIM...!!” Aril meninggikan suaranya.

“Ha!...apa dia abang? Akim kurang dengarlah..”

Tiba-tiba, seperti satu pancaran laser menarik urat dikepala Aril...Aril mengerang kesakitan, kesakitan yang dialami tidak dapat dibendung lagi menyebabkan tubuh yang tegak berdiri tadi rebah ke bumi. Akim terkejut dengan kejadian itu segera menyambut tubuh abangnya dan menjerit meminta bantuan dari Pak Aris yang berada di garaj kereta.

“Pak cik Aris, pak cik....panggil Uncle Obri ke sini, cepattt...!! abang, abang...abang bangun abang!!” Akim menggoncang seluruh badan abangnya, tubuh Aril keras seperti tiada proses pernafasan yang berlaku. Jantung Akim makin berdegup kencang, emosinya tidak stabil. Tanpa disedari air matanya mengalir di pipinya yang semakin lama semakin deras.

“Abang.....”
*****

Selepas 30minit menunggu di Restoren Putar Menara KLCC, Ecah mula rimas memerhati pintu restoren tersebut menunggu kelibat lelaki yang mengajaknya makan malam.

Dengan rambutnya disanggul rapi, gaun labuh paras lutut berwarna ‘baby blue’ yang memperlihatkan susuk tubuhnya yang kecil ditambah dengan aksesori dan kasut dari koleksi CNY. Terserlah keayuan diwajahnya memenuhi kriteria seorang model.

“Hurmmm...mana Aril ni? betul ke dia ajak aku makan malam sama dengan dia atau aku yang mamai bila dia tanya soalan tu?”
“Kalaulah aku tahu, tak ada maknanya aku nak jejak tempat macam ni...dengan lagu, hei..buat aku nak tidur je, bosannya..” sekali sekala Ecah membelek kuntum bunga ros yang ada diatas mejanya.

Selepas satu jam, batang hidung Aril pun tidak dilihatnya...Ecah ‘bengang’ ingin saja pulang ke rumah, tetapi...

“Hai Ecah...lama tunggu, hehehe”

Wajah lelaki yang berada dihadapannya cukup dikenali, senyuman nakal milik lelaki itu tidak akan dia lupakan. Manakan tidak, dengan lelaki itulah dia sering makan hati.

“E’eh, kenapa pula kau yang datang? Mana abang kau?” Lelaki yang cukup dikenalinya, Akim.

“Owh..Abang Aril ada hal sikit, dia minta maaf banyak-banyak..abang suruh aku gantikan tempat dia, dia tak sampai hati biarkan kau seorang kat sini” kata-kata dari Akim melemahkan jiwa Ecah, harapan untuk menghabiskan makan malam bersama Aril terpaksa dilupakan.

Akim termenung teringat perkara yang berlaku dirumah tadi...

“Akim, uncle rasa Akim kena berhati-hati dengan Aril selepas ini. Kondisi tubuh Aril tidak dapat menampung sakit yang dia alami...uncle hanya dapat menasihatkan supaya Akim boleh menjaga Aril daripada membuat kerja yang mungkin memberi tekanan dalam dirinya dan Aril harus mula mengurangkan aktiviti yang boleh menyebabkan dirinya daripada berasa letih.

Setiap tutur kata yang keluar daripada lelaki yang separuh usia itu diingati oleh Akim. Dr.Obri merupakan doktor rasmi untuk keluarga Akim, beliau juga merupakan kawan baik kepada Dato’ Ramli dan Datin Fatimah. Dr. Obri juga bertanggungjawab sebagai Ketua Residen di HUKM dalam melatih Adila.

“Thanks Uncle, Akim akan ingat kata-kata uncle...” Akim menghantar Dr. Obri ke muka pintu bilik Aril dan disambut oleh Pak Aris untuk dihantar pulang ke hospital.

“Akim.....” suara terketar-ketar keluar dari mulut Aril.
“Abang nak Akim gantikan tempat abang berjumpa dengan Ecah, abang tak nak Ecah menunggu abang lama di sana...tak baik meninggalkan anak gadis manis seperti Ecah terus menanti” kata-kata Aril berbaur kesungguhan menyuruh Akim menggantikan tempatnya untuk berjumpa Ecah.
~Sepi hati terjadi lagi Mungkin sampai mati aku sepi Biar senyum hadir di hariku Namun ini hanya ada di bibir Di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti walaupun yang lain mau mengerti Namun berat beban hidupku Biarkan saja Biar saja hanya ku yang tahu

Credit: Sepi (Yuni Sahara)

“Woi, apa yang kau menungkan tu?...lapar ni, bila nak order makanan?” lamunan Akim terhenti, dia hanya tersenyum melihat Ecah.

“Emm, ok...kita pesan makanan” beruntungnya jika Ecah adalah orang yang abang sayang. Harap Ecah dapat menjaga abang dengan baik.

Jam menunjukkan 10.30 malam, Ecah dan Akim selesai makan malam di Restoren Putar KLCC. Akim menawarkan diri untuk menghantar Ecah pulang, tawaran itu diterima baik oleh Ecah. Dalam perjalanan Ecah mengajak Akim singgah di taman yang berdekatan dengan KLCC.

Ecah sungguh gembira dapat bersiar-siar di taman pada waktu malam, Ecah yang menjinjing kasut tumitnya melompat kecil untuk menyentuh daun di atas pokok. Akim yang melihat dari jauh telatah Ecah hanya tersenyum. Dilihatnya Ecah sungguh cantik pada malam itu, tetapi tidak dapat keluar dari mulutnya pujian untuk Ecah.

“Akim, apa yang kau tengok ha...?? jangan ada niat jahat..aku mengadu kat abang kau!!”

“Eleh, nak mengadu..mengadu lah, aku tak heran...huh!” (Ishh..budak ni kacau betul ler, baru nak mengelamun..huh!)

Seekor kucing lalu melintasi mereka, tidak tahu dari mana ia datang...mungkin kerana kesejukan, ia berkeliaran di taman itu. Ecah mengambil kucing itu dan dipeluk. Untuk memberikan sedikit kehangatan.

“Akim, mari sini..kau pergi beli susu sikit” Ecah menyuruh Akim.

“Nak beli kat mana malam-malam buta ni? tak payahlah...” Akim mencebik bibirnya.

“Aku suruh beli, pergi je lah...degil betul budak telinga capang ni, tak dengar ke?”

“Okay, aku beli...macam-macam hal ler kau ni” Akim berlalu dari situ dan pergi ke 7eleven, kedai serbaneka 24jam. Selepas 20minit, dia datang membawa bungkusan besar yang dipenuhi susu dan sedikit makanan.

“Woi, apa yang kau beli ni? banyaknya, kau borong satu kedai ke? aku suruh beli susu je...”
Ecah kehairanan.

“Kau tak cakap pun nak beli susu apa, aku beli ler apa jenis susu yang ada...aku ada beli sikit makanan ringan, manalah tahu kau nak bagi kucing ni makan plak ke” Akim memerli Ecah.

“Hey, apa yang kau tahu?hurm...macam-macam” Ecah memberi sedikit demi sedikit susu yang dibeli Akim untuk diminum oleh kucing tadi.

Tidak lama kemudian, Ecah melepaskan kembali kucing tersebut. Akim yang bersila di atas kasutnya sedang makan makanan yang dibeli tadi. Ecah menghampiri Akim.

“Akim, aku nak tanya sesuatu...boleh?” pertanyaan Ecah menghentikan mulut Akim yang sedang mengunyah.

“Tanya ler...kenapa? Ada masalah negara ke? Jangan risau PM kita kan ada, dia mesti boleh settle punyerr”
“Kau ni kan, aku belum tanya lagi tapi kau dah membebel kan? aku nak tanya, kenapa dengan abang kau? kenapa dia tak datang...??” terdapat sendu diakhir pertanyaan Ecah.

“Sebenarnya....”

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries