Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 9 : Kawan???
20 February 2010 | 2:59 PM | 0 comments

karya:dak comot
“Sebenarnya....” Akim seperti tidak dapat menjawab pertanyaan Ecah.

“Sebenarnya apa? dia menyesal sebab ajak aku keluar, sebab aku tak cantik macam...” kata-kata Ecah terhenti, fikirannya teringatkan gadis yang bersama Aril di Pavillion kelmarin.

“Sebenarnya abang ada hal sikit tadi, tiba-tiba dia kena jumpa klien...tak boleh nak tangguh, sebab tu dia suruh aku gantikan tempat dia...” Ecah meletakkan kepalanya dibahu Akim, Akim tekejut dengan tindakan Ecah. Kedengaran esakan dari Ecah.

“Kenapa? kau tak suka nak keluar dengan aku ke? aku sedar, aku tak hensem macam abang aku...aku ni budak telinga capang yang serabai, tapi aku tak jahat nakal sikit je...” kata-kata Akim melahirkan gelak tawa Ecah. Akim berasa lega, dia tidak menyangka gadis seperti Ecah akan menangis dan berasa sensitif.

Akim menghulurkan tangan kepada Ecah untuk berjabat, Ecah merasa hairan. “Kenapa dengan kau ni? Hari Raya belum sampai lagi ler...” Akim mengetuk lembut dahi Ecah “Aduh!!”

“Buat lawak pulak budak kecik ni...hisshh!” Ecah menyambut tangan Akim.

“Kita KAWAN??” Akim bertanya kepada Ecah, Ecah mengurut dahinya menahan sakit diketuk oleh Akim. Ecah hanya mengangguk.

“Tapi kau kena janji, jangan panggil aku ‘budak kecik’ lagi...ok?”

“Kau pun sama, jangan panggil aku ‘telinga capang’...kalau kau panggil macam tu nanti abang aku pun perasan juga, hehehe...”

‘OK! hahaha....” mereka ketawa tanpa henti dan memandang satu sama lain, tidak sangka mereka yang sebelum ini sentiasa bergaduh seperti anjing dan kucing boleh berkawan. Inilah takdirnya, telah ditentukan. Walaupun sekeras hati seorang manusia, akhirnya akan lembut juga. Hanya perbezaan masa yang menentukan.

Malam itu, Akim menghantar Ecah pulang. Setibanya didepan pagar utama rumah Ecah, Toyota Wish milik Akim berhenti. Akim membukakan pintu untuk Ecah, sebelum Ecah masuk ke rumah Akim memangilnya.

“Ecah, aku lupa nak bagitahu kau...kau nampak cantik pakai baju tu malam ni, aku suka” Ecah yang mendengar kata-kata Akim hanya tercegat, tidak lama Akim berlalu dari situ.

“Gila ke apa budak Akim ni, tak sampai sehari kawan dengan aku...terus cakap baik-baik dengan aku, argh!! biarlah...” Ecah masuk ke dalam rumahnya.

*****

Tidak lama selepas itu, Akim tiba dirumah. Dilihatn, ayahanda dan bondanya sedang menunggu diruang tamu. Akim memberikan salam dan terus berlalu.

“Akim...nak kemana tu? Akim pergi kemana? ayahanda nak tanya, apa yang telah terjadi kepada abang? kenapa dengan abang Aril? macam mana abang Aril boleh pengsan?”

“Memang tak boleh simpan rahsia betullah Pak Aris ni,huh!” Akim menjeling Pak Aris yang berdiri tegak disebelah ayahandanya.

“Bonda...” Akim mengerling ke bondanya meminta bantuan, namun muka bondanya juga masam mencuka.

“Sebenarnya...sebenarnya abang jatuh dalam bilik air, itu yang abang pengsan...ayahanda dan bonda janganlah risau” Akim memberi kepastian kepada ayahanda dan bondanya.

“Nasib baik Pak Aris beritahu pada ayahanda dan bonda, jika tidak...sampai bila pun ayahanda dan bonda tidak akan tahu...you must make sure, anything happen after this...you must tell us! did u get it?” Dato’ Ramli tegas dengan kata-katanya. Akim sudah dapat mengagak Pak Aris akan beritahu pada ayahanda dan bondanya.

Akim hanya mengangguk dan berlalu dari situ, tiada niat Akim untuk membohongi ayahanda dan bondanya tetapi dia sudah berjanji pada Aril untuk menyimpan rahsia tentang penyakit yang dialami oleh abangnya. Betapa kuat ikatan adik beradik ini.
*****

Akim membuka pintu bilik abangnya, dirapati tubuh abangnya yang sedang berbaring diatas katil. Seluruh tubuh Aril dibasahi peluh, mukanya pucat lesu...Akim merenung muka abangnya sesekali Akim mengelap muka abangnya dengan tuala kecil. Tindakan Akim menyedarkan Aril dari istirehatnya.

“Akim dah balik....?? macam mana makan malam dengan Ecah tadi, ok atau tidak?” suara Aril keluar dengan perlahan. Diamati setiap kata yang dikeluarkan oleh Aril.

‘”Ok abang, Ecah pun gembira...cuma” jawapan Akim terhenti.

“Cuma apa?”

“Cuma...dia harap abang yang datang, tapi abang jangan risau...Akim dah pun hantar dia balik dengan selamat” Akim senyum kepada Aril.

“Abang jangan risau, abang rehat secukupnya...lepas ni boleh keluar dengan Ecah” keduanya ketawa berbincang tentang Ecah.

“Abang...Akim tanya sesuatu, boleh? abang sakit apa?kenapa abang tak mahu beritahu ayahanda dan bonda? diorang risau tentang abang..”

“Akim...kan abang dah cakap ini cuma sakit ringan, tak perlu beritahu pada ayahanda dan bonda...nanti akan membuatkan mereka bertambah risau” Aril meyakinkan Akim tentang kesihatannya.

“Abang...Akim tak sanggup kehilangan abang, sampai bila pun Akim nak abang jadi abang Akim...Akim hanya mahu Khairil Azam menjadi abang Akim, sampai bila-bila pun” Aril menarik tubuh Akim dan dipeluk erat adiknya. Aril tidak dapat tahan kata-kata Akim, menyebabkan air matanya mengalir deras.

“Abang pun nak Akim jadi adik abang sampai bila-bila” Aril cuba memujuk Akim.

Datin Fatimah melihat betapa eratnya kasih sayang kedua-dua anak lelakinya dari luar bilik Aril, air matanya juga mengalir deras bila memikirkan jika salah satu dari mereka meninggalkan dirinya satu hari nanti. Dia tidak mungkin akan memisahkan keduanya kecuali jika takdir yang telah menentukannya satu hari nanti mereka akan berpisah.

Akim menarik selimut ke badan Aril, membiarkan Aril terus berehat untuk memulihkan kembali badannya yang lemah. Akim berlalu keluar dari bilik abangnya dan duduk diruang tamu bahagian atas yang merupakan tempat kesukaan mereka sekeluarga menghabiskan masa menonoton televisyen dan bermain X-box, TV Plasma lengkap dengan Home Theatre dibuka...video rakaman ulangtahun perkahwinan ayahanda dan bondanya yang ke-15 dilihat, ketika itu Akim berumur 8tahun dan Aril berumur 13tahun.

Ketika itu, mereka cukup bahagia. Gelagat Akim dan Aril membuatkan Dato’ Ramli dan Datin Fatimah merasakan kehidupan mereka sudah lengkap. Tahun 2006, mereka menghantar Aril ke Lapangan terbang KLIA (Kuala Lumpur International Airlines) untuk berangkat ke London untuk menyambung pengajiannya.

Setiap detik saat kenangan manis dan pahit yang terjadi, diingati oleh Akim. Tontonan video itu, mengingatkan Akim dengan perkara yang lepas. Tidak dapat dibayangkan jika satu hari dia terpaksa kehilangan seorang abang yang disayangi, Aril. Akim baring diatas sofa dan merenung ke lukisan basikal roda tiga dihadapannya. Hidup ini bagai roda, kadangkala diatas dan kadangkala dibawah.

“Akim, kenapa ni...ada masalah yang Akim nak ceritakan pada bonda” Akim mendengar suara Datin Fatimah yang berdiri ditepi, dia pantas bangun dari baringannya. Datin Fatimah duduk disebelah anak bongsunya yang kelihatan sungguh sedih.

“Bonda...Akim takut bonda, Akim takut”
“Apa yang menakutkan Akim, sekenal bonda dengan Akim...Akim tidak pernah rasa takut, Akim seorang yang kuat dan berani”
“Akim takut kehilangan abang, Akim tidak rela melihat abang sakit”
“Kan Akim yang kata pada bonda dan ayahanda abang cuma jatuh dibilik air, kan?” kata-kata Datin Fatimah membuatkan Akim terdiam.

“Sebenarnya...” Akim meletakkan kepala diriba bondanya, terdapat sesuatu perkara yang terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan ayahanda dan bondanya.
“Sebenarnya apa saayang...”
“Tidak mengapalah bonda, mungkin perasaan Akim je” Datin Fatimah mengusap rambut anaknya, dia dapat merasakan perasaan yang melanda anaknya. Anak mana yang dapat berselindung perasaan dari ibu kandungnya. Dia tahu apa yang terjadi didalam keluarganya, namun dia lebih rela mendiamkan diri. Dia tidak mahu merampas kebahagiaan antara kedua anak yang amat disayangi.

Sementara itu...

~Oh bulan...
Enggan melayan diriku
Pabila airmata membasahi pipi
Dan lagu-lagu diradio
Seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain.

Adakah perasaan benci ini sebenarya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharap
Disebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Credit: Dan Sebenarnya (Yuna)

Ecah merenung bulan dilangit, memikirkan tentang Aril...adakah benar perasaannya terhadap Aril, tapi mengapa Akim menggantikan tempat Aril. Apa niat Aril yang sebenarnya? dan apakah perasaannya benar-benar untuk Aril?sekadar ingin menjadi kawan atau dirinya benar-benar jatuh cinta pada Aril?

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries