Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo : Hari Yang Malang
05 February 2010 | 10:15 AM | 0 comments
karya:dak comot

Pagi itu….

Kesesakan bandaraya Kuala Lumpur memecahkan hening di pagi hari.

Kicauan burung besilih ganti dengan bunyi deruman kereta besar, kereta kecil, lori, teksi dan bas yang menyusuri jalan-jalan utama untuk menuju ke destinasi masing-masing.

~Yo! Ijazah terbaik datangnya dari jalanan,

Dari pengalaman bercakap dan bersalaman,

Konflik motivasi cuba meditasi,

Positif dan benci jadi inspirasi pagi,

Sebuah skuter Modenas ~ Passion 125 Sports meluncur laju di celah-celah kenderaan besar yang menunggu untuk bergerak dalam kesesakan jalan raya.

Seorang gadis memakai sweater merah, jenama Adidas, berseluar jeans paras lutut dan berkasut jenama ‘Nike’ pink putih diatas motor itu.

~Peduli itu interpretasi pagi, pekakkan sebelah halang biar keduanya,

Muka cantik, soalan bodoh yang ditanya,

Jadi melodinya lebih hina dari zina,

Lu bikin dosa ku bikin prosa,

Cita-cita sosa KL KL kosa nostra…

Credit: Mantera Beradu (Malique ft M.Nasir)

Tiba-tiba, satu dentuman kuat dari bahagian depan merempuh skuter yang rasanya baru saja dibasuh oleh empunya motor semalam.....

“BOOMM!!!.....”

Satu pelanggaran yang kuat menyebabkan lagu yang berkumandang terhenti di halwa empunya telinga…..

“Hey, kurang asam jawa betul ler…sape plak yang berani langgar moto kesayangan aku ni?ni ler perkara yang boleh mencabar kewanitaan aku pepagi...memang nk kena owner kereta ni” bentakan gadis itu menarik perhatian pemilik bas dan teksi yang berlalu disitu.

Seorang lelaki dengan memakai baju T-shirt berkolar ‘Guess’gadis memakai ‘sweater’u tak adalah lawa sangat..comel tu memang ada, perangai hodoh..suka nak marah-marah je,hishh..!!l Guess dan beseluar jeans Levi’s keluar dari Toyota Wish – AFQ 3709, membongkok memerhati kerosakan yang harus ditanggung olehnya.

“Aduyai, gua xsengaja nak langgar motor lu bro..gua tak kisah lu nak gua bayar berapa pun gua sanggup bayar, gua betul-betul nak cepat ni bro..gua dah lambat!!”

“Ape bro-bro, kau ni memang nak wat aku panas kan..dah ler tak reti nak minta maaf, kau ingat aku hadap sangat ke ngan duit kau..” (ek eler mamat ni, aku pun ader duit)

Lelaki tersebut tergamam melihat perilaku gadis tersebut dan berbisik dalam hati…

“Lor, perempuan rupanya…hemmm, ader gak perempuan macam ni kat tengah-tengah jalan raya Kuala Lumpur ni”

“Wei, dengar tak aku cakap ni...buat diam pulak! Agak-agak ler nak mengelamun pun...”

Dengan menghulurkan kad bewarna emas berkilat…

“Emm…nama saya Afiq Hakim, dan cik…?”

“Ecah, nama aku Siti Aisyah...panggil je Ecah, nak wat pe bagi kad-kad ni...boleh ganti rugi motor aku ke?”

“Ape ler lembab sangat mamat ni…” Ecah membebel di dalam hati yang sedang panas membara dek kelembapan mamat yang terpacak dihadapannya tanpa berbuat apa-apa.

“Eh tak, kat situ ader alamat kedai saya...Cik Aishah bawa je motor Cik Aishah ni ke workshop, resit pembaikan bawa ke kedai saya dan saya akan bayar setiap kerosakan yang Cik Aishah kena ganti, boleh kan kalau macam tu…??” Akim berbicara ngan penuh adab walaupun dihatinya ‘bengang’ dengan kegarangan Ecah yang kurang juga adabnya.

“Tak payah panggil cik-cik ngan aku, geli plak kerongkong aku ni...betul ko nak bayar ni, jangan menyesal…jangan ingat kereta besar aku takut, walaupun aku kecil…aku akan cari kau sampai lubang cacing...emm, ape nama kau tadi? A...Af...Afiq Hakim?”

“Boleh panggil saya Akim jer…” Akim ingin membantu Ecah mengangkat motornya, namun Akim dilarang untuk memegang motor kesayangannya yang hampir separuh nyawa dek kerana dirempuh kereta Akim.

“Pape je ler, En. Akim jer..aku gerak dulu, aku dah lambat sangat dah ni..lain kali bawa kereta tu hati-hati sikit, OK??” sambil itu Ecah mengangkat motornya yang agak besar untuk orang sepertinya yang agak comel.

“Eeh, tadi marah aku...sekarang boleh pulak nak nasihat aku, hemm...nasib baik boleh tahan kecomelannya, walaupun garang macam singa…dasyat!! berlagak, tak nak aku tolong angkat motor dia...kalo jatuh, tak dapat nak dibayangkan” Akim berkata sendirian sambil matanya mengekori kelibat Ecah yang makin lama hilang dari pandangannya.

“Alamak!! Aku pun dah lambat ni...kang abis aku kena bebel ngan si dara tua tu, hurmm...satu lagi bencana nak datang” Akim kelam kabut menghidupkan enjin keretanya.

Pertembungan itu terhenti disitu dan disinilah bermula pertemuan dua insan yang bernama Afiq Hakim dan Siti Aisyah. Masing-masing membawa hala tuju ke arah yang berlainan.

Selamat membaca, nantikan Episod 2…=)

P/S: Cerpen ini tiada kena mengena dengan orang yang hidup ataupun yang sudah mati. Cerpen ini adalah rekaan semata-mata. Harap maklum.






Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries