Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : AKIM AMBIL KELAS GITAR
06 February 2010 | 2:53 PM | 0 comments
credit:metro

BARU tujuh bulan berkecimpung dalam bidang seni, nama bintang yang dicungkil bakatnya dari program realiti Akademi Fantasia 7 (AF7), Akim melonjak dalam sekelip mata di persada seni.

Lebih memberangsangkan, nama Akim sudah tersenarai dalam lima finalis membabitkan dua kategori, Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) sekali, gus disebut-sebut mengungguli salah satu kategori berkenaan nanti.

Itulah penangan Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 19, protege Datin Seri Tiara Jacquelina yang berbakat besar sebagai penyanyi yang berkebolehan mencipta lagu dan bermain gitar.

"Tersenarai dalam ABPBH2009 membuktikan peminat sudahpun menerima kehadiran saya dalam bidang seni. Saya percaya, populariti dikecapi hari ini banyak dibantu stesen radio yang sering memutarkan lagi Bengang.

"Secara peribadi, saya tidak pernah berasa diri bagus atau sudah berada di zon selesa ketika ini. Semuanya kerana berkat sokongan padu peminat dari belakang.

"Pada masa sama, saya sentiasa berpegang teguh pada nasihat ibu bapa supaya tidak terus hanyut dibuai populariti sehingga lupa diri," katanya.

Akim yang mengagumi penyanyi David Cook berkata, kalah atau menang, percaturannya di ABPBH2009 juga terserah pada penilaian peminat nanti.

"Pada pandangan saya, Aril memang beri saingan sengit berbanding juara AF7, Hafiz dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular. "Saya juga boleh terima kenyataan jika Aril yang menang kategori itu nanti. "Saya juga tidak letak sebarang harapan pada kategori penyanyi lelaki popular kerana peluang saya memang tipis sekali terutama Mawi yang sudah mempertahankan gelaran itu empat tahun berturut-turut," katanya.

Dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, Akim juga bersaing dengan seorang lagi penyanyi yang lahir daripada program Akademi Fantasia, Adam. Manakala, kategori Artis Baru Lelaki Popular, Akim bersaing dengan juara program realiti Mentor terbitan TV3, Black.

Sebagai artis baru, Akim juga buat persiapan untuk memantapkan prestasi nyanyian dan persembahan sedia ada.

"Insya-Allah, saya akan mengambil kelas bermain gitar kerana saya hanya tahu 14 chord saja. Selepas berusaha mengikut kemampuan sedia ada, saya hanya serahkan kepada Allah saja untuk memastikan yang terbaik buat kerjaya seni yang perjalanannya masih jauh lagi.
"Keutamaan saya juga tetap pada bidang nyanyian dan mencipta lagu sekalipun sudah mencuba bakat dalam bidang lakonan," katanya.

Akim ditemui pada sidang media pelancaran kempen terbaru Wall's Cornetto bertema Take Chance Show Your Love, Wall's di Rooftop, Lot 10, Jalan Sultan Ismail, kelmarin. Hadir sama, Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Joseph Tan.

Dia juga dilantik sebagai selebriti peminat kempen Wall's selama setahun. Ini juga produk keduanya selepas dilantik sebagai duta Brand's sebelum ini.

Single ciptaan Akim berjudul Inilah Cinta juga menjadi lagu tema kempen ini.

"Idea buat lagu ini muncul ketika saya duduk sendirian sambil memetik gitar. Saya buat lagu ini dalam tempoh 30 minit saja. Secara kebetulan, selepas buat lagu ini pihak Wall's datang melamar saya untuk menjayakan kempen mereka. "Saya terus syor lagu Inilah Cinta yang berkonsep pop jazz dan progresif ini menjadi lagu tema kempen ini.

"Saya juga menganggap ia rezeki yang datang menggolek," katanya.

Akim mengakui sebenarnya dia sendiri tidak tahu ada bakat mencipta lagu sebelum ini.
"Saya bermula dengan buat jingle untuk Modenas dan terus belajar dan mencuba bakat buat lagu sendiri.

"Buat masa ini, saya cuba untuk buat single demi single terlebih dulu berbanding dengan album penuh kerana ia trend pasaran album sekarang.

"Selain, Inilah Cinta, ada dua lagi lagu yang dijadikan single iaitu single kedua berjudul Sumpah dan satu lagi single ketiga pula masih dalam proses pembikinan lagi. Single ketiga ini ini bakal diberikan pada peserta AF8 untuk menyanyikannya nanti," katanya.

Tambah Akim lagi, dia juga menyelitkan semangat patriotik dalam kempen Wall's itu.
"Misi saya adalah cinta sesama insan tanpa mengira kaum dan agama selaras dengan Kempen 1Malaysia seperti yang diseru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Bagaimanapun, sebagai artis baru, nampaknya Akim terpaksa akur dengan ujian yang perlu dilaluinya sebagai anak seni.

Antaranya, gosip dirinya kini berlagak diva yang heboh diperkatakan orang ketika ini.
"Mungkin raut wajah saya ini menyebabkan orang anggap saya sombong dan 'kekwat.' Hakikatnya, itu sekadar tanggapan orang saja kerana saya tidak begitu. Apapun, saya juga menganggapnya sebagai pengajaran pada saya untuk lebih berhati-hati pada masa depan," katanya.

Ditanya gosip mengenai kelab peminatnya yang sudah bergolak ketika ini, dia tetap tenang menjawabnya.

"Cerita itu tidak benar sebaliknya kelab peminatlah yang sentiasa menyokong karier seni, sejak awal lagi," katanya yang baru selesai menjayakan konsert Roket! Destinasi: Bintang di Borneo Rainforest milik Tiara berhampiran Sunway Pyramid.

ProfilNAMA
PENUH: Afiq Akim Ahmad
UMUR: 19 tahun
TARIKH LAHIR: 18 Januari 1991
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon dan duta produk
PENCAPAIAN: Tempat ketiga AF7
SINGLE POPULAR: Bengang.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries