Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : AKIM BUAT LAGU PULA
10 February 2010 | 10:34 AM | 0 comments
credit:utusan malaysia

MUNGKIN itulah namanya rezeki, lagu ciptaan pertama pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia ke - 7 ini berjaya memikat pihak Wall's Cornetto untuk menjadi lagu tema kempen mereka.


Inilah Cinta cubaan pertama Akim yang menciptanya dalam tempoh 30 minit sahaja ternyata tidak kurang hebatnya apabila menarik perhatian syarikat yang besar untuk menggunakannya.
Ujar Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, lagu tersebut diilhamkan berdasarkan tanggapan bahawa muzik adalah ekspresi cinta, persahabatan dan galakan untuk mengejar sesuatu yang paling bermakna kepada mereka.


Tidak menyangka yang dia mempunyai bakat dalam mencipta lagu, ujar jejaka berusia 19 tahun ini, idea mecipta lagu ini timbul ketika dia sedang berlatih memetik gitar berseorangan akhir tahun lalu.


"Ketika sedang memetik gitar, melodinya datang dengan sendiri dan terus saya menyusul dengan liriknya sekali. Ia terus dari hati saya.


"Semasa saya menggubah lagu ini, saya memikirkan yang kita semua perlu berani untuk mencuba nasib dan menyatakan perasaan sebenar kita kepada orang yang dikasihi.
"Saya berharap lagu ini akan memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia memulakan langkah untuk menyatakan perasaan mereka kerana anda tidak akan tahu hasilnya sehingga anda mencuba," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar kempen terbaru Wall's Cornetto bertema Take Chance Show Your Love, Wall's di Rooftop, Lot 10, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menurut Akim, dia pada mulanya dilamar oleh pihak Wall's Cornetto untuk menjadi selebriti kempen Wall's Take A Chance Show Your Love pada bulan Januari lalu untuk tempoh setahun.
"Setelah dilamar saya mengesyorkan lagu Inilah Cinta yang berkonsep pop jazz dan progresif menjadi lagu tema kempendan mereka terima," kata Akim.


Selain Inilah Cinta, Akim juga mencipta sebuah lagu yang bertajuk Sumpah dan sebuah lagi lagu yang belum diberi nama untuk diberikan kepada pelajar Akademi Fantasia ke - 8 nanti.
Belum terfikir dirinya sudah hebat menguasai permainan gitar, Akim merancang untuk memasuki kelas gitar bagi memantapkan lagi kemahirannya untuk terus mencipta lagu.
Selain rezeki dalam bidang ciptaan lagu, Akim juga turut tersenarai dalam lima finalis membabitkan dua kategori, Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2009 (ABP2009).


Ditanya mengenai pencalonan itu, dengan rendah diri Akim berkata, dia tidak berasa akan mengungguli mana-mana anugerah memandangkan ramai nama besar yang berada dalam kedua-dua kategori itu.


"Bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular memanglah tipis peluang saya memandangkan perlu bersaing dengan artis yang Mawi yang sudah empat tahun memegang gelaran tersebut.
"Dalam Artis Baru Lelaki Popular pula, pesaing-pesaing saya tidak kurang hebatnya seperti Aril yang mempunyai peminat yang ramai.


"Tersenarai dalam ABP2009 sudah cukup baik kerana ia membuktikan peminat sudahpun menerima kehadiran saya dalam bidang seni," ujarnya yang baru selesai menjayakan Konsert Roket! Destinasi: Bintang di Borneo Rainforest baru-baru ini.


Mengakui namanya popular dalam waktu singkat, Akim sebetulnya berasa amat takut yang dia akan terjerat dengan masalah lua diri atau rasa sungguh selesa dengan tempatnya.
Ujarnya, dia sentiasa berpegang teguh kepada nasihat bapanya agar sentiasa bertawakal dan membuat persediaan untuk masa hadapan.


"Tidak selamanya kita berada di atas yang penting kita perlu sentiasa membuat persediaan seperti apa yang saya buat sekarang, mencipta lagu.


"Tidak perlu takut untuk jatuh, janji kita sentiasa bersedia dengan apa sahaja kemungkinan, baik mahupun buruk," kata Akim lagi.


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries