Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : AKIM SERLAHKAN CINTA MELALUI AISKRIM
05 February 2010 | 3:36 PM | 0 comments

credit:www.murai.com.my

KUALA LUMPUR, 5 FEB 2010: Selepas Dafi, Gita Gutawa dan Shila (One In A Million), syarikat aiskrim kon, Wall's Cornetto sekali lagi memilih selebriti popular bagi menjayakan kempen aiskrim menerusi klip video iklan terkini mereka.Pemenang tempat ke-3 Akademi Fantasia musim lalu, Akim telah dipilih oleh Wall's Cornetto bagi merealisasikan kempen mereka sepanjang tahun ini dengan mengetengahkan Take A Chance. Show Your Love sebagai temanya.Wajah Akim akan tampil dengan klip video iklan yang bakal disiarkan di kaca televisyen tidak lama lagi. Malah lebih istimewa lagi apabila penyanyi tinggi lampai itu telah diberi kepercayaan menggunakan lagu tulisan gubahannya bertajuk Inilah Cinta bagi menyerikan lagi klip video iklan terbabit.Ditemui pihak media ketika pelancaran kempen terbabit diadakan di kelab Rootz, Lot 10, Kuala Lumpur di sini petang semalam, Akim berkata, lagu tersebut diilhamkan berdasarkan tanggapan bahawa muzik adalah ekspresi cinta dan persahabatan serta galakan untuk mengejar sesuatu yang paling bermakna.Menerusi tema Take a Chance. Show Your Love itu juga, Akim mahu setiap individu menzahirkan rasa cintanya kepada setiap individu selain tidak ketinggalan menyokong gagasan kerajaan 1Malaysia."Saya amat gembira apabila Wall's Cornetto memberitahu saya tentang kempen ini. Kerana bagi saya ia merupakan sesuatu yang benar-benar saya percayai. "Syukur Alhamdulillah, pihak Wall’s Cornetto telah memberi kepercayaan selama setahun kepada saya untuk menjayakan kempen ini. Dalam masa yang sama saya bertanggjawab untuk mengikuti promosi kempen ini di mana saja", katanya.Majlis pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Joseph Tan. Turut diperkenalkan pada majlis berkenaan, 2 perisa aiskrim baru iaitu Cornetto Classic Chocolate dan Cornetto Strawberry Cheese Cake yang boleh didapati di semua pasar raya dan kedai runcit pada harga RM2.20 dan RM2.80.Menyentuh tentang Inilah Cinta yang akan digunakan bagi lagu tema kempen berkenaan, Akim berkata, lagu yang berdurasi 3 minit itu telah digubahnya sendiri pada akhir tahun lalu dan ia merupakan salah satu lagu daripada 3 lagu ciptaan dalam simpanannya."Ideanya lahir ketika saya duduk sorang-sorang. Tiba-tiba saja ianya keluar secara sendiri. Boleh dikatakan, mencipta lagu adalah hobi terbaru saya sekarang ini dan ia adalah sebagai salah satu persediaan untuk saya berhadapan dengan saingan dalam dunia hiburan yang semakin sengit," katanya.Sementara itu menurut Joseph, pemilihan Akim sebagai selebriti yang menjayakan kempen berkenaan amat bertepatan sekali dengan populariti dan bakat semulajadi yang dmiliki penyanyi itu selain personalitinya yang sentiasa ceria serta bertenaga.Menerusi kempen itu juga, Wall's Cornetto, memberi peluang kepada orang ramai bagi meluahkan perasaan mereka secara kreatif melalui peraduan secara on-line Show Your Love with Your Best Music Clip bermula 1 Mac hingga 25 April.Selain hadiah wang tunai bernilai RM10,000, idea kreatif pemenang tempat pertama akan disiarkan di kaca televisyen. Manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3, masing-masing akan memenangi RM5,000 dan RM2,000. Untuk menyertai dan mendapatkan maklumat lanjut, pengguna hanya perlu melayari www.cornetto.com.my.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries