Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : KEMANA HALA TUJU KONSERT ROKET?
03 February 2010 | 9:47 AM | 0 comments
credit:utusan malaysia

MALAM Ahad lalu, para peminat tiga jejaka kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Hafiz, Aril dan Akim pastinya terhibur apabila berpeluang menyaksikan persembahan mereka di Konsert Roket! Destinasi : Bintang.

Berlangsung di Borneo Rainforest, Bandar Sunway, Selangor sekitar pukul 9 malam, kemunculan mereka di konsert berkenaan bagaikan 'hadiah' buat peminat lantaran usia penglibatan Hafiz, Aril serta Akim sebagai anak seni bakal mencecah setahun, tidak lama lagi. Meski ia hanyalah sebuah rakaman konsert yang akan disiarkan di saluran Ria (saluran 104, Astro) nanti, sudah tentu, ramai yang masih teringat kenangan bagaimana ketiga-tiga mereka memulakan langkah ke dunia hiburan sewaktu mencuba nasib di pentas AF7, tahun lalu. Bagi Hafiz, lakaran sejarah hidupnya di gelanggang AF7 diwarnai dengan kenangan manis apabila dinobat sebagai juara manakala Aril dan Akim, masing-masing di tangga kedua serta ketiga. Kini, Hafiz, Aril serta Akim sudah pun melangkah ke alam sebenar dunia hiburan dengan membawa produk, bakat serta hala tuju masing-masing. Justeru, dalam usaha untuk 'membimbing' mereka agar lebih bersedia menghadapi cabaran mendatang, Ten On Ten Pictures (TOTP) bertindak menganjurkan program realiti TV Roket! Destinasi : Bintang bagi menambah pengetahuan atau persediaan mereka sebelum beraksi dalam sesebuah konsert. Menerusi program berkenaan, ia memaparkan bagaimana Hafiz, Aril dan Akim melalui kehidupan pembelajaran di Akademi Fantasia (AF) dan alam realiti hiburan tanah air. Konsert Roket! Destinasi : Bintang merupakan acara kemuncak kepada program realiti tersebut. Bagaimanapun, rakaman konsert yang bersiaran selama 90 minit dengan memuatkan lebih 300 audien itu memperlihatkan betapa banyak perkara perlu diperbaiki serta diambil kira. Tolak ketepi soal lontaran vokal pengacaranya yang cukup membingitkan telinga, bagi kebanyakan pemerhati perjalanan konsert berkenaan, Hafiz, Aril serta Akim seharusnya lebih banyak berlatih atau menimba pengalaman terutama membabitkan interaksi bersama audien. Etika 'aksi' di pentas juga turut perlu diberi perhatian walaupun ia merupakan sebuah konsert rakaman yang boleh disunting oleh penganjur. Hafiz, sebagai contoh, boleh dikatakan agak 'kaku' ketika berinteraksi dengan audiens di samping gagal menyusun kata-kata dalam menerangkan maksud atau pengertian lagu yang hendak disampaikannya. Adalah baik sekiranya Hafiz mampu menangani kesilapan itu dengan tenang dan bukannya terjerit-jerit atau melalut di hadapan audiens. Kesilapan ini mungkin nampak kecil di mata Hafiz tetapi sebenarnya tidak bagi mereka yang menonton. Begitu juga kepada Aril dan Akim. Dalam skala konsert yang kecil sebegini, ia juga sebenarnya adalah peluang buat mereka dalam meningkatkan kemahiran berinteraksi di atas pentas bersama peminat. Soal pemilihan lagu juga harus diteliti oleh pihak penganjur kerana ada beberapa lagu yang agak kurang 'mesra' bagi membangkitkan semangat penonton untuk bersama mengikut tiap bait lagu berkenaan. Apapun, sekalung tahniah buat penganjur kerana menyediakan pentas buat Hafiz, Aril dan Akim untuk mereka 'mengaut' pelbagai ilmu dalam memastikan kelangsungan karier masing-masing.Perjalanan konsert

Sementara itu, Konsert Roket! Destinasi : Bintang tidak lupa untuk menampilkan dua lagi finalis AF7 iaitu Yazid dan Isma. Sebagai pembuka tirai, persembahan Yazid dan Isma turut mengubat kerinduan peminat yang tidak lupa mengundi serta menyokong mereka sewaktu di dalam akademi dahulu. Penampilan Hafiz, Aril dan Akim yang tampak segak mengenakan pakaian tajaan Ervan Design menggamatkan suasana dengan nyanyian bersama lagu I've Got A Feeling. Turut hadir menyaksikan konsert berkenaan ialah Pengarah Urusan Enfiniti Productions Sdn. Bhd., Datin Seri Tiara Jacquelina serta suami, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi. Persembahan diteruskan dengan nyanyian oleh Aril yang mendendangkan lagu Inikah Nikmat Bercinta dan Semua Tak Sama diikuti Akim menerusi lagu Cari Jodoh, Inilah Cinta serta Hello. Hafiz kemudiannya mengambil tempat dengan alunan lagu My Baby You, Watak dan Antara Hujan Dan Air Mata. Selaku persembahan penutup tirai, Hafiz muncul menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Aril iaitu Menatap Wajahmu manakala Aril dengan lagu Bengang, dendangan asal Akim. Akim seterusnya menyanyikan lagu Masih Jelas, lagu yang membawa Hafiz mendaki populariti dengan pantas. Tidak dilupa, konsert pada malam tersebut diserikan lagi dengan pertunjukan fesyen rekaan Amir Luqman.Apa kata Tiara?

Sementara itu, Tiara dalam kenyataan ringkas memberitahu dia begitu berbangga dengan apa yang telah diraih oleh anak didiknya iaitu Hafiz, Aril dan Akim selepas melangkah keluar daripada AF7.Bekas Pengetua AF7 ini berkata, sepanjang pemerhatiannya, ketiga-tiga mereka telah menunjukkan perubahan ketara dan menjadi lebih berwibawa serta profesional. "Terutama apabila saya melihat mereka bekerja dalam konsert ini. "Hafiz, Aril dan Akim aktif dalam memberikan pandangan serta idea berkenaan konsep sehinggalah garapan muzik sepertimana yang mereka mahukan. "Mereka turut aktif memberikan idea dalam pilihan lagu yang ingin dibawakan," tambahnya.


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries