Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : SIAPA CINTA DIHATI AKIM?
03 February 2010 | 9:05 PM | 0 comments

credit:www.murai.com.my

KUALA LUMPUR, 3 FEB 2010: Setelah 'Bengang', Afiq Hakim Ahmad atau Akim,19, kini mahu buktikan tentang keinginan dan kemahuannya dalam memenuhi hasrat hati untuk memiliki perasaan kasih dan sayang serta cinta.

Hasrat Akim itu diluahkan menerusi single terbarunya 'Inilah Cinta' karya sepenuhnya oleh pemenang tempat ketiga Juara Akademi Fantasia Musim Ke-7 ini sendiri.


"Lagu ini dihasilkan bertitik-tolak daripada kepercayaan Akim sendiri bahawa kita semua berhak untuk menyayangi dan disayangi tetapi pada masa yang sama kita perlulah mengambil langkah untuk meluahkan perasaan kita.


"Indahkan kalau seseorang itu sedang bercinta? Kadang-kadang bila Akim lihat mereka yang sebaya dengan Akim berpasangan, teringin juga hati Akim untuk menelefon si dia setiap hari untuk bertanyakan khabar atau berdating," ujarnya.


Adakah lagu Inilah Cinta itu ditujui untuk seseorang?

Mendengar soalan itu, Akim terus tertawa. Namun, jejaka kacak ini mengaku bahawa sebelum ini dia pernah meminati seseorang tetapi mengakui tidak dapat berbuat apa-apa.

"Saya hanya melihat dia dari kejauhan saja. Tidak berani hendak memulakan langkah kerana bimbang diri saya akan ditolak, Sebab itulah saya meluahkan isi hati saya ini melalui lagu Inilah Cinta.

"Untuk tahun ini, biarlah hidup Akim dipenuhi dengan perasaan kasih sayang dan cinta kerana Akim ingin lebih berani dan berjaya dalam hidup, karier dan mungkin peluang dalam soal cinta" ujar Akim.


Harapan Akim untuk tahun 2010 ini, katanya, agar rezeki, karier dan dirinya mendapat tempat di hati semua orang tidak kira keluarga, peminat dan mereka yang cukup dekat dihatinya.

"Pendek kata, lagu Inilah Cinta ini bukan saja akan menjadi titik-tolak terhadap azam baru Akim tetapi ia juga turut menceritakan segala apa yang terbuku di hatinya dalam mencari sinar kebahagiaan,"katanya.

Esok, pembabitan Akim sebagai anak seni sekali akan dihargai apabila beliau terpilih untuk menjadi duta bagi produk kesukaaan ramai terutama tatkala waktu dahaga dan bersantai bersama. Nak tahu apa? Nantikan temubual portal murai.com.my bersama Akim, esok.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries