Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : TEMUI BINTANG KDA DI ALAM SENTRAL
24 February 2010 | 3:21 PM | 0 comments


credit:www.murai.com.my


KUALA LUMPUR, 23 FEB 2010: Bagi menyemarakkan lagi sambutan hangat terhadap drama muzikal Kau & Aku yang disiarkan di Astro Ria, setiap Sabtu jam 10 malam, Astro membawakan Konsert Mini Kau dan Aku (KDA) yang akan diadakan pada Sabtu, 27 Februari di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.Konsert mini KDA yang bakal bermula dari jam 3 hingga 5 petang itu bakal dijayakan bintang-bintang KDA yang sensasi dan hebat-hebat seperti Akim, Aril, Mila, Amar dan Noni.
Dijayakan dalam bentuk lakonan muzikal, konsert mini KDA ini akan menampilkan pelbagai lagu yang menarik seperti Menatap Matamu daripada Aril, Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Bengang (Akim). Difahamkan Mila, Akim dan Aril buat pertama kalinya berganding secara langsung menerusi lagu Kisah Kita Berdua yang menghiasi drama tersebut.
Selain itu, Amar Anak Wayang juga bakal bergandingan dengan Mila melalui lagu Kau dan Aku.Bukan setakat itu saja, konsert mini KDA ini akan turut dijayakan bintang-bintang KDA yang lain yang akan mengiringi persembahan bintang utamanya iaitu Akim, Aril, Mila, Amar dan Noni. Selain menonton serta berhibur dengan persembahan eksklusif mereka, peminat juga berpeluang beramah mesra dengan mereka dalan satu sesi bertemu peminat nanti.
Bagi memeriahkan mini konsert ini, murai.com.my turut membuka gerai dengan memberikan hadiah-hadiah menarik sumbangan Maybelline. Lebih menarik, murai.com.my bergabung tenaga bersama radio rasmi Kau Dan Aku, Era FM dengan menjalankan permainan secara terbuka pada 2 sesi iaitu jam 11 pagi dan jam 2 petang.Apa yang pasti, murai.com.my turut membuka ruang kepada sesiapa saja yang berminat untuk menjadi krew murai.com.my serta mengadakan persembahan di pentas bersama Detektif Stailista iaitu Haswari Ali atau Ayie dan pengacara Apa Kata M? iaitu Ajieb.
Bagi yang berminat untuk menjadi krew dan mengadakan persembahan bersama Ayie dan Ajieb, anda boleh menghantarkan foto, profil dan nombor telefon ke webmaster@murai.com.my sekarang. GengMurai yang terpilih berpeluang memenangi t-shirt eksklusif Murai selain berpeluang untuk berjumpa bintang-bintang KDA. Apa tunggu lagi, hantarkan penyertaan sekarang.
Dalam pada itu, Plaza Alam Sentral turut dimeriahkan dengan Hari Astro 2010 yang akan diadakan pada keesokan harinya. Ia akan dimeriahkan dengan pebagai aktiviti menarik. Malah, pengunjung juga beerpeluang bertemu dengan ramai selebritri terkemuka. Antaranya ialah seperti Aznil Nawawi, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Johan dan Zizan, Sepah, Shila Iskandar, Pierre Andre, Dynas, Radhi Khalid, Harun Salim Bachik, Din Beramboi, Sazzy Falak dan Nazril serta Sein dan Nana. Jangan ketinggalan untuk mengunjungi Plaza Alam Sentrak untuk Konsert Mini Kau dan Aku pada 27 Februari 2010 serta serta Hari Astro 2010 (28 Februari 2010).


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries