Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Kemuncak Cinta Milik Kita
04 February 2010 | 9:42 AM | 0 comments

karya:white lily

Aishah memandang sayu pusara di hadapan. Batu nisan yang tertera nama Hakim Najmi benar-benar menyentap hatinya. Lelaki yang dicintai telah pergi menemui Allah yang Maha Esa. Meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya dan tak mungkin akan kembali.

Dah kering air matanya menangisi pemergian Akim. Sungguh, dia menyalahkan dirinya atas segala yang berlaku.

(Akim, kenapa cepat sangat you tinggalkan I…)

“Semua ni salah sis. Sampai hati sis buat abang macam tu. Ika dah hilang satu-satunya abang yang Ika ada. Puas la hati sis kan! I hate you…I hate you!!!!”

Jeritan Ika menambahkan hiba di hati Aishah. Aril yang berada di sebelahnya, memegang bahu adiknya. Memberi semangat. Begitu juga dengan Marsha, Akma, Felix, Qhaud dan Lufya yang setia menemani. Mereka turut bersedih dengan kehilangan Akim.

“Uncle, Aishah minta maaf. Semua ni salah Aishah.”

“Aishah, jangan salahkan diri sendiri. Itu dah perjanjian dia. Kita tak mampu melawan takdir. Tabahkan hati Aishah. Tak guna bersedih macam ni. Akim tak tenang kat sana nanti. Aishah faham kan.”

Tan Sri Kamil memegang lembut kepala Aishah. Dia juga turut bersedih di atas pemergian anak lelakinya. Tapi untuk menyalahkan Aishah itu bukan satu tindakan yang wajar. Apatah lagi dia mengetahui kedegilan Akim yang tak boleh dihalang.

“Uncle balik dulu. Malam nanti Aishah datang la kenduri tahlil kat rumah.”

Ibu bapa Akim bersalaman dengan ibu bapa Aishah. Masing-masing dalam keadaan kesedihan. Beransur-ansur mereka meninggalkan kawasan perkuburan.

Aishah masih lagi tidak beranjak. Hatinya masih belum bersedia melepaskan Akim pergi sepenuhnya.

“Babe, jom kita balik. You jangan la macam ni. Tak baik tau meratapi orang yang dah pergi.”

Aishah hanya memandang Akma. Reaksi Aishah meresahkan mereka.

“You all balik dulu. I nak stay sini sekejap. Nanti I balik. Jangan risau ok.”

“Takpelah, kita tunggu dia kat kereta. Just give her space. Ecah, dah selesai nanti Ecah cari abang…”

Aishah mengangguk.

“Aishah, I sayangkan you. Cinta dan kasih I hanya untuk you.”

Aishah mencari-cari suara yang didengarinya.

“Akim!” Melilau Aishah mencari suara itu.

“Akim!!! I tahu tu suara you. Akimmmm!!!!!!!”

Terjelepok Aishah di pusara Akim. Segera mereka berenam berpatah balik apabila mendengar jeritan Aishah memanggil-manggil suara Akim.

“Ecah…Ecah…” Aril menepuk lembut pipi adiknya. Cuba untuk membuatkannya sedar.

Perlahan-lahan Aishah membuka matanya.

“Abang, Akim dah tinggalkan Ecah…” Pantas dia memeluk Aril. Melepaskan kesedihan dalam rangkulan abangnya.

“Ecah kena terima hakikat. Jom kita balik. Tak baik la meratapi macam ni. Tak aman nanti Akim kat sana. Ecah jangan siksa dia.”

Aril memegang bahu adiknya. Cuba untuk membuatkan Aishah berdiri. Namun, adiknya itu benar-benar kesedihan. Dia menggelengkan kepalanya dan hanya memandang pusara Akim. Akma dan Lufya turut menangis. Tapi mereka juga tak mampu untuk melakukan apa-apa. Melihatkan dari reaksi Aishah, benar-benar menunjukkan pemergian Akim satu tamparan hebat untuknya.

Pantas Aril mendukung adiknya. Menggunakan kuasanya sebagai abang. Dalam keterpaksaan Aishah di bawa pergi.

*****

“Ecah, jangan la macam ni. Ecah kena kuat semangat. Semua ni ketentuan Dia.” Aril duduk di sebelah Aishah.

Adiknya itu sedang menatap gambar Akim. Kotak yang pernah diberikan pada Akim berada padanya sekarang. Begitu juga dengan beberapa barang peribadi Akim yang di ambil dari rumahnya di biarkan berselerakan di atas katil. Handphone Akim yang tersimpan segala sms yang diterimanya. Bahkan sms ketika Aishah memujuknya turut di simpan meskipun tidak dibalas sama sekali. Wallet yang dihadiahkan oleh Aishah ketika hari jadinya dan yang paling penting, gitar yang menjadi saksi ketika Akim mendendangkan lagu untuknya. Bingkai yang berisi cupcakes dan baju terakhir yang dipakai Akim pula menjadi teman tidurnya.

“Abang, kalau la Ecah dengar cakap abang hari tu Ecah takkan kehilangan Akim kan. Ika pun tak kehilangan abangnya. Betul cakap Ika, semua ni salah Ecah. Ecah ni degil sangat. Ecah punca semua ni.” Air mata menjadi teman setia Aishah sejak pemergian Akim.

“Ecah, semua ni bukan salah Ecah la.” Aril cuba untuk memujuk.

“Tak! Semua ni sebab Ecah. Kalau la Ecah tahu yang dia pernah ada sejarah penyakit paru-paru berair tu…”

“Tapi, kan dia dah ok dari penyakit tu. Parents Akim pun dah sahkan. Cuma, lately tu Akim tak jaga kesihatan dia sendiri. Tidur entah ke mana, makan lagi la tak dipeduli langsung. Mana badan tak sakit. Dia sendiri tau yang dia tak boleh mandi malam-malam tapi dia langgar pantang larang tu. Dah puas parents dia nasihat. Sikit pun dia taknak dengar.” Aril menyampuk.

“Semua tu sebab Ecah. Ecah tinggalkan dia tanpa berita. Kalau tak sebab dia berhujan, sakit tu takkan semakin teruk. Tentu dia boleh selamat. Ecah la punca Akim pergi.Ecah la yang patut dipersalahkan. Ecah!!!” Aishah menjerit.

Aril menghela nafasnya. “Hujan tu sebagai penyebab je. Allah dan tentukan itu cara dia pergi. Semua ni dah di aturkan. Siapa la kita untuk menidakkan aturan-Nya.”

Aishah memandang abangnya. Pandangannya kosong. Matanya memancarkan kesedihan yang teramat sangat.

“Ecah nak pergi tengok Akim.” Selendang yang tersangkut di capainya lalu dia mengenakan di atas kepalanya. Surah Yassin di bawa bersama.

Seminggu pemergian Akim, Aishah setia mengunjungi pusara. Setiap hari dia akan ke situ. Meski pun di tegah oleh keluarganya, sedikit pun tak dipedulikan. Bagi Aishah, tulah satu cara dia dapat merasakan kehadiran Akim.

“No!!! Abang tak benarkan Ecah pergi..” Suara Aril tegas membuatkan Aishah terkejut. Tepat dia memandang abangnya yang masih lagi duduk di atas katil.

“Abang kejam!!!’

“Abang bukan kejam dik. Ni untuk kebaikan Ecah juga. Ecah kena redha. Kalau Ecah berterusan macam ni, seolah-olah Ecah tak meredhai pemergian dia. Dia takkan tenang kat sana kalau tengok keadaan Ecah macam ni. Ecah dah siksa dia.”

“Abang….please. Ecah nak pergi tengok Akim. Sekali ni je. Lepas ni Ecah janji takkan pergi lagi ke sana. Boleh la.” Aishah memohon pengertian abangnya.

Aril mula bangun. Meninggalkan Aishah yang masih lagi menanti jawapan. Matanya menyorot langkahan Aril.

“Abang tetap tak benarkan!”

Pintu bilik Aishah di tutup.

Terduduk Aishah mendengar kata-kata abangnya. Kalau sebelum ni Aril menyebelahinya, kali ni abangnya itu bertukar sifat.

“Abang kejam!!! Ecah benci abang!! Ecah benci semua orang! Ecah benciii…!!!!!” Tangisan Aishah semakin kuat. Pilu hatinya bila mengenangkan reaksi mereka terhadapnya.

“Akim….” Masih lagi nama itu terpacul dari mulutnya.

*****

Perlahan-lahan pintu bilik Aishah di kuak. Dari tengah hari tadi adiknya itu tak bercakap dengannya langsung. Tahu benar akan Aril perangai adiknya itu. Cahaya lampu masih menerangi bilik. Aril melihat adiknya tertidur di bucu katil dengan hanya berbantalkan lengan. Barang-barang peninggalan Akim berselerak di atas katil. Lap top Vaionya masih terpasang. Skrin memaparkan facebook Akim. Dengan berhati-hati Aril menghampiri adiknya. Perlahan dia duduk mengadap Aishah yang lena tidur sambil mendakap baju dan gambar Akim. Sesekali Aishah membetulkan kedudukannya barangkali lenguh dengan posisi tidurnya yang dalam keadaan duduk. Tubir matanya masih lagi bergenang air mata. Sejak pemergian Akim, air mata menjadi sahabat baik adiknya itu.

Aril mengeluh. (Kenapalah ceritera cinta dorang berakhir macam ni)

Aril menutup lap top. Kemudian, dia mengemaskan barang peninggalan Akim sebelum mengangkat Aishah lalu membaringkannya di atas katil. Rambut adiknya di usap. Selimut di tarik. Sempat Aril mengucup dahi Aishah. Tanda kasih seorang abang yang simpati dengan nasib yang menimpa adiknya.

“Akim!!!!”

Jeritan Aishah mengejutkan Aril yang baru saja ingin menutup pintu sebelum melangkah keluar. Cepat-cepat dia mendapatkan Aishah yang kemudiannya menangis.

“Kenapa ni?” Aril duduk di sisi Aishah. Air mata adiknya di usap.

“Abang, Ecah rindu kat Akim. Rindu sangat-sangat. Kenapa dia tinggalkan Ecah. Dia dah janji takkan tinggalkan Ecah. Dia tipu. Ecah benci Akim!!”

Aril merangkul adiknya. Cuba untuk menenangkannya yang tampak terganggu emosi.

“Cuba Ecah bawa mengucap. Istifar banyak-banyak. Dari gaya adik abang ni macam orang dah tak beriman pula. Ecah kena terima kenyataan. Redhakan pemergian dia.”

Aril mengusap lembut rambut adiknya.

“Tapi Ecah rindu Akim. Rindu sangat.” Keluh kesah Aishah tenggelam dalam tangisannya.

“Tu abang tahu. Macam ni la. Setiap kali Ecah ingat kat Akim, Ecah sedekahkan Al-Fatihah. Biar rohnya aman kat sana. Tu juga cara untuk Ecah tunjukkan kasih Ecah pada dia.”

Aishah mengangguk. “ Abang…” Ecah melepaskan rangkulan abangnya. Dia memandang Aril, tepat ke matanya.

“Kenapa?”

“Seumur hidup, Ecah tak pernah minta apa-apa pun kan. Baik dengan mummy, daddy mahu pun abang sendiri. Kali ni Ecah nak minta satu je dari abang. Just once!”

“Ecah, minta je la apa pun. Asalkan ianya boleh buat adik abang ni tersenyum. Kalau mampu, abang akan tunaikan. Cakap la, apa dia?”

“Ecah nak tengok Akim. Sekali ni je. Lepas ni, kalau mummy, daddy dengan abang tak izinkan pun Ecah tak la terkilan sangat. Please, bang…”

“Kalau itu la boleh buatkan adik abang ni happy, ok. Esok kita pergi.”

“Betul ni?” Aishah mula tersenyum.

“Betul la. Pernah ke abang tipu adik abang ni?”

Aishah menggelengkan kepalanya.

“Janji, esok kita pergi?” Sekali lagi Aishah bertanya.

Aril mencuit hidung adiknya. “Abang janji.”

Aishah terus tersenyum melebar.

*****

Seperti yang dijanjikan, Aril membawa Aishah menziarahi pusara Akim. Marsha turut menemani mereka berdua.

(Assalammualaikum sayang, I dah datang…)

Aishah memandang pusara Akim dengan hati yang tenang. Dia mula bermonolog sendirian…

Biarlah ku simpan

Sampai nanti aku kan ada di sana

Tenanglah dirimu dalam kedamaian

Ingatlah

Cintaku kau tak terlihat lagi

Namun cintamu abadi

Monolog Aishah terhenti tatkala dia mendengar Aril mengalunkan bait-bait suci surah Yassin. Dia juga ingin berbuat demikian. Mengirim ayat-ayat cinta untuk si kekasih yang telah pun pergi menemui Penciptanya. Dia mencari-cari surah Yassin yang dibawanya tadi.

“Ecah cari apa?” Soal Marsha yang terlihat adik iparnya itu seolah-olah mencari sesuatu.

Aril menghentikan bacaannya sejenak.

“Ala, surah Yassin Ecah tertinggal dalam kereta pulak. Abang, bak kunci kereta. Aishah nak pergi ambik sekejap.”

“Kan Ecah boleh kongsi dengan sis Marsha.” Aril memberi cadangan.

Namun, cadangan Aril dibalas gelengan oleh Aishah.

“Ecah pergi amik sekejap je. Boleh la.”

“Ok. Ni kunci kereta. Baby, you temankan Ecah ye.”

Aril menghulurkan kunci kereta pada Marsha.

“Eh, takpe la. Ecah pergi sendiri.” Pantas kunci di ambil.

“Be careful ya!”

Aishah tersenyum. “Abang, thanks for this. Ecah sayang abang!” Terus dia mencium pipi abangnya. Aril terpinga-pinga dengan reaksi adiknya itu.

Aishah berlalu pergi menuju ke kereta. Aril pula meneruskan bacaannya meski pun hatinya tertanya-tanya. Namun, sekali lagi bacaan Aril terhenti tatkala mendengar dentuman kuat. Dia berpaling. Hatinya mula berdetak. Tanpa berlengah, Aril bergegas ke kereta mereka diikuti oleh Marsha.

“Ecahhhhh……!!!!!!!!!!”

Aishah yang berlumuran darah di pangku oleh Aril. Marsha yang terkejut, tergamam melihat insiden yang berlaku di depan matanya.

Beberapa orang yang berada di situ mula menghampiri lokasi kejadian.

“Brader, better bawak pergi hospital cepat. Biar kitaorang uruskan si bedebah ni.”

Kata-kata itu tidak dipedulikan Aril. Dia terus merangkul Aishah sambil cuba untuk membangunkannya.

Marsha mula menjerit. “Sayang, wake up!!! Kita kena bawak Ecah pergi hospital secepat mungkin!!”

Aril tersentak. Spontan dia mendukung Aishah untuk di bawa masuk ke dalam kereta.

Marsha yang mengerti bersuara, “Let me drive.” Marsha mengambil kunci kereta yang berada di atas tanah. Enjin kereta di hidupkan. Sempat dia menghulurkan kadnya pada lelaki yang membantu mereka tadi. Segera dia memandu.

*****

Aril termangu di luar wad. Sesekali air matanya jatuh. Apatah lagi apabila melihat kesan darah Aishah di bajunya.

(Dik, kuatkan semangat!)

“Sayang, I tahu Ecah kuat semangat. Dia mesti sedar nanti.”

“I pun harap macam tu juga. Entah la. I takut kehilangan dia.” Aril resah.

“Abang Aril!”

Aril berpaling ke arah suara yang memanggilnya.

“Apa Abang Aril buat kat sini?”

“Qhaud pula buat apa kat sini?” Soal Aril tanpa menjawap soalan Qhaud.

“Saya ada rawatan susulan kat sini. Abang Aril?”

Pelik dia melihat abang Aishah dalam keadaan seperti itu. Bajunya di penuhi darah. Marsha pula kelihatan sedih.

“Ecah accident! Sekarang ni dia kat I.C.U. She’s in coma. Mummy dengan daddy ada kat dalam. Doktor cuma hadkan dua orang je yang boleh lawat dia.”

“Hah! Bila?Kenapa? Apa yang dah jadi?” soal Qhaud bertalu-talu. Terus dia duduk di sebelah Aril. Lufya pula cuba untuk menenangkan Marsha. Sempat dia menghantar sms kepada Felix dan Akma.

“Dia nak ambik surah Yassin yang tertinggal dalam kereta. Tiba-tiba ada kereta terbabas. Polis dah sahkan driver keparat tu di bawah pengaruh alkohol. Kereta laju, so driver tu tak dapat nak handle. Tu yang…” Aril tak mampu menghabiskan kata-katanya.

“Abang Aril, kita sama-sama berdoa.” Qhaud menepuk bahu Aril.

*****

Benar kata Aril. Siapalah kita untuk menidakkan segala aturan dari-Nya. Segala kejadian dalam kehidupan hamba-Nya telah tertulis di Luh Mahfuz. Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya telah di tentukan. Itulah perjanjian antara kita dengan-Nya.

Aishah menyusuri langkah Akim. Pergi meninggalkan mereka yang menyayanginya untuk selama-lamanya.

Seminggu berada di dalam keadaan koma, akhirnya Aishah menghembuskan nafas terakhir.

Aril menabur bunga di pusara adiknya yang bersebelahan dengan pusara Akim. Sekali lagi mereka berada di situ. Hujan renyai-renyai seolah-olah menangisi pemergian Aishah. Empat sahabat memandang sayu kedua pusara teman baik mereka. Mereka masih terkejut dengan pemergian Akim dan kini terpaksa pula berhadapan dengan satu lagi kehilangan.

Hafiz yang turut mengiringi jenazah, jelas tak mampu menahan emosinya.Apatah lagi dia berasa bersalah di atas kejadian yang menimpa perhubungan Akim dan Aishah.

Apa yang pasti dia percaya, cinta Aishah Najwa hak milik mutlak untuk Hakim Najmi. Begitu juga sebaliknya. Cinta itu tetap milik mereka meski pun takdir menentukan mereka tidak bersatu.

Perginya mereka membawa sekali cinta yang selama ini cuba dipertahankan. Dan kini, tiada siapa yang mampu merampas cinta milik mereka berdua kerana cinta itu telah dibawa bersama sehingga ke akhir hayat.



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries