Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 16 : Kebahagiaan
03 March 2010 | 10:24 AM | 0 comments
karya:dak comot

“Akim...!”
“Ya Allah....” Akim terkejut dengan jeritan bondanya.
“Bonda, kenapa bonda?terkejut Akim dibuatnya” Akim melihat apa yang ditunjukkan oleh jari bondanya.
“Abang Aril, kenapa dia ada dekat sini? dia kata dia di Sampoerna...abang Aril nampak pucat ler Akim, bonda hairanlah” Datin Fatimah meneliti setiap gerak geri tubuh yang dilihatnya.

*****

Aril telah pun keluar dari hospital selepas beberapa hari menjalani pemeriksaan dan pemulihan di hospital. Adila membawa Aril pulang ke rumahnya, sesampai di rumahnya Datin Jamilah menunggu di depan pintu bersama Dato’ Adnan.
Dengan keadaan yang kurang sihat, Aril berkeras ingin keluar dari hospital. Kerana dia sudah berjanji pada bonda yang dia akan pulang ke Malaysia esok hari. Dia perlu segera pulih, supaya bonda tidak mengesyaki apa-apa terhadapnya.

“Assalamualaikum...” satu suara lembut memberi salam dihadapan rumah Dato’ Adnan dan Datin Jamilah. Adila yang cukup mengenali suara tersebut menoleh ke belakang, tidak disangka pemilik suara itu adalah Datin Fatimah. Lebih mengejutkan Akim juga turut ada berdiri di sebelahnya.

Aril tidak mampu menoleh, badannya masih lemah. Melihat wajah Dato’ Adnan dan Datin Jamilah yang seperti terkejut membuatkan Aril menoleh ke belakang ingin melihat siapakah gerangan yang memberi salam sehingga membuatkan kedua ibu bapa Adila membatu tanpa kata-kata.

“Bonda...” Aril hanya mampu tersenyum, namun dirasakan seperti bondanya tidak memberi kata balas. Keliling dilihat menjadi kabus, wajah bondanya yang dilihat semakin hilang dari pandangan. Orang sekeliling memanggil namanya, seperti suatu kekecoohan telah meletus.

“Dimanakah aku sekarang?”

“Apa yang terjadi pada diriku?”

“Bonda....bonda...” tubuhnya terus rebah ke bumi, Adila yang menyokong tidak cukup kudrat untuk menahan Aril daripada jatuh.

*****

“Aril...Aril, bangun sayang...bonda ada di sini” Aril membuka matanya perlahan-lahan, dilihat bondanya dan Akim ada disebelah...keluarga Adila juga turut berada di situ.
“Bonda...” Datin Fatimah memukul Aril di tangan, Aril hairan melihat perlakuan bondanya.
“Kenapa Aril tak beritahu bonda, Aril sampai lebih awal ke Malaysia??” ditenung Adila dari jauh, Adila tersenyum. Aril dapat mengagak Adila sudah memberi alasan kenapa Aril berada dirumahnya.

“Bonda, Aril sengaja nak bagi surprise pada bonda...” Aril tersenyum.
“Agak-agak ler bang, takkan bagi surprise macam ni sekali...nak gugur jantung tengok abang pengsan” Akim mencelah.

“Ntah Aril ni, auntie...Adila dah pesan pada dia jangan buat, dia nak buat juga...tengok sekarang diri sendiri yang susah”

“Aril, lainkali jangan buat macam ni lagi...ok?” Datin Fatimah beriya inginkan jawapan dari Aril.
“Baik bonda, I’m promise...” Aril mengangkat tangannya, berjanji. Tapi dia tahu, satu hari janji itu akan dilanggar olehnya. Dia tidak sanggup melihat bondanya risau dan susah hati.
“Macam mana Aril boleh pengsan, ibu hairan..kenapa tak balik je rumah kita?” Aril tidak tentu arah, jawapan apa yang perlu diluahkan pada bondanya.

“Emm, owwwhhh...iiii tu, emm..Aril mabuk kapal terbang bonda”
“Ha! mabuk kapal terbang? abang ni biar betul...bukan abang dah biasa ulang alik naik ‘fligt’ ke Malaysia?”

“Owh..ye ke?he3...tak tahu ler kenapa, turun dari kapal terbang tadi memang rasa nak pitam..tak sangka pula sampai umah Adila nak pengsan, terkejut tengok muka Akim kot...hahaha”

“Buat lawak pula abang ni, dah ler..jom kita balik, ada rumah sendiri nak tinggal umah orang lain...Akim malu, ngada-ngada ler tu”
“Eh tak mengapalah, biarlah Aril tinggal disini malam ni...biar dia berehat dulu, apa tujuan kau datang sini Timah...terkejut juga aku”

“A’ah ler, aku pun lupa lah Milah...aku ada nak buat kenduri doa selamat sikit esok, aku datang ni nak jemput kau sekeluarga”
“Kenduri doa selamat? untuk sapa?”
“Untuk Aril...” jawapan Datin Fatimah memeranjatkan Datin Jamilah, Dato’ Adnan juga Adila.
“Untuk Aril???”

“Dia yang minta, aku pun tak tahu ler milah...” Aril hanya tersenyum pada Adila. Adila tidak dapat mengerti rencana apa yang dirancang oleh Aril.
“Ya Allah, Ya Tuhanku...rencana apa yang Aril cuba lakukan, Kau lindungilah dia Ya Allah...” Adila berbisik di hatinya.

“Ok lah, Aril rehat kat sini yer...esok pagi, bonda suruh Pak Cik Aris jemput Aril”
“Tak apalah bonda, biar Akim je yang jemput abang esok pagi...” Aril dapat merasakan yang pembohongannya tidak berjaya di mata Akim. Dia perlu bersiap sedia dengan soalan yang bakal diutarakan oleh Akim esok.

Petang itu, selepas bersembang dengan Dato’ Adnan dan Datin Jamilah...Akim dan Datin Fatimah pulang ke rumahnya.

*****

“Hello, nak bercakap dengan siapa?” Ecah menjawab panggilan yang masuk di telefon bimbitnya.
“Wei Ecah, aku nak jumpa kau boleh?”
“Nak buat apa? tak nak ler aku...”

“Ecah, ko jumpa aku kat Mid Valley malam ni lepas maghrib ok? pukul 8.00 malam...kau mesti datang kali ni” Akim mematikan panggilannya.

*****

“Ecah....Wargh!!”
“Oop..mak kau!!” Ecah melatah dihadapan Akim.
“Eeh, kau melatah ke?hahaha...Ecah, jom!” Akim menarik tangan Ecah berjalan masuk ke Mid Valley. Dibawanya Ecah ke Baskin Robbin’s, ditempah aiskrim 7 perasa (e’eh, lagi sekali??). Mereka duduk berdua di sebuah meja, menghayati aiskrim masing-masing tanpa sepatah kata. Akhirnya Ecah bersuara...

“Oit Akim, apa mimpi kau ajak aku keluar?”
“Ini sebagai tanda maaf aku hari tu kau tak ingat ke?” “E’eh dak ni, ingat lagi rupanya..ingatkan dah lupa” Ecah berkata dalam hatinya.
“Sekarang kau dah tak marah aku kan?”

“E’eh, lain macam je kau ni Kim...apahal? tetiba je baik dengan aku, mesti ada pape ni...” Ecah senyum sinis pada Akim.
“Aku nak ajak kau datang rumah aku, ada kenduri doa selamat sikit...kau datang ya, aku jemput kau tengah hari esok kul12 tengah hari...awal sikit, boleh kau berkenalan dengan bonda dan ayah aku” kata-kata Akim memeranjatkan Ecah.

“Kau gila ke apa Kim, kau mimpi yer...” Ecah memetik-metik jarinya didepan Akim kononnya untuk mengejutkan Akim.
“Hish!!...tak adalah, aku serius ni..aku jemput kau esok, okay...”
“Tapi...”

“Nope, tak ada tapi-tapi...aku datang jemput kau esok pukul12 tengah hari, pakai baju kurung...kenduri doa selamat, bukan ‘photoshoot’ nak pakai baju-baju biasa...” Ecah hanya mengangguk dengar desakan Akim.

*****

“Wei, ramainya orang...kau biar betul Akim nak bawa aku masuk, malu ler aku” Ecah dengan memakai baju kurung berwarna kuning, dengan taburan manik di hujung baju menampakkan wajah manis Siti Aisyah.
“Olor, ni sikit je ni...kalo kenduri kahwin kita nanti lagi ramai, hehehe...” Akim membuka pintu untuk Ecah.

“Kenduri KAHWIN? KITA? apalah yang kau merepek ni Akim...tak fahamlah aku” Ecah melihat masih ramai lagi tetamu yang berjalan masuk ke perkarangan rumah milik Dato’ Ramli dan juga Datin Fatimah.

Memasuki pagar rumah agam 3tingkat itu, Ecah telah disambut oleh bonda Akim. Di satu sudut, terlihat Aril dan Adila sedang melayan anak-anak yatim dari ‘Rumah Anak-Anak Yatim Nur Kasih’, hatinya tidak keruan. Adakah kerana melihat keakraban anak-anak yatim itu bersama Adila dan Aril atau dirinya cemburu Aril bersama Adila.

~ Tiba saatnya kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap
Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
Memenuhi mimpi-mimpimu malam kita
Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat di keabadian Credit: Aku Dan Dirimu (Bunga Cinta Lestari ft Ari Lasso)

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries