Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 17 : Pasrah
04 March 2010 | 9:43 AM | 0 comments

karya:dak comot


“Eeh...Ecah, Ecah datang? dengan siapa?” Aril menegur Ecah yang berdiri tegak tidak jauh dari situ.

“Ha? deee...” Ecah masih lagi memandang Adila yang turut mengekori Aril kearahnya.

“Dengan Akim...dia yang jemput. Hai Aril, muka Aril nampak pucat...sakit ke?” Ecah berteka-teki dalam pemikirannya tentang Adila. Aril yang mendengar pertanyaan Ecah mengalih ke topik lain, tidak mahu dia menjawab persoalan itu.

“Oh ye Ecah...Aril kenalkan kawan Aril, Adila...dan Adila, inilah Ecah”

“Owh, inilah Ecah...Siti Aisyah, saya Adila...kawan Aril dan Akim”

(“Apa istimewanya dia ni, kat sini pun dia ada?”)

“Adila....” Datin Jamilah memanggilnya di hadapan pintu rumah.

“Adila, tolong mama serah cenderahati ni kat auntie...”

“Ya mama, Adila datang...” Adila berlalu pergi untuk membantu mamanya meninggalkan Ecah bersama Aril dengan seribu persoalan.

“Itu adalah Adila, teman kami sejak kecil lagi...ibu bapanya dengan ayahanda bonda Aril berkawan baik, kerna itu kami dilihat sangat rapat” Ecah hanya mengangguk mendengar penjelasan Aril.

“Mari Aril kenalkan Ecah pada ayahanda dan bonda Aril, jom!...” Aril menarik tangan Ecah, mukanya kemerahan menahan malu pabila orang di sekeliling memandang perlakuan mereka. Akim yang melihat dari jauh tindakan Aril hanya terdiam di suatu sudut. Diekori mereka berdua, setibanya mereka dihadapan Dato’ Ramli dan Datin Fatimah.

“Ayahanda, bonda..kenalkan kawan Aril, Siti Aisyah Binti Zulkifli”
“Assalamualaikum Dato’, Datin...panggil saya Aisyah” Ecah bersalam dengan Dato’ Ramli dan Datin Fatimah.

“Owh, jadi inilah Ecah yang Akim ceritakan dulu tu...tapi kenapa dia dengan Aril??” Datin Fatimah kehairanan, bukankah ini gadis yang diceritakan oleh Akim padanya dulu.

“Ha!..” kedua-duanya terkejut mendengar kenyataan Datin Fatimah. (“ee’eh...apa yang Akim cerita pasal aku kat keluarga dia”)

“Emm bonda, Ecah ni kawan abang Aril dengan Akim” tiba-tiba Akim keluar di belakang Aril dan Ecah.

“Ah Ecah, jom makan...kau tak makan lagi kan?” Akim menarik Ecah keluar dari suasana itu.
“Akim...” Ecah senyum dan berlalu dari situ, Ecah keliru dengan perlakuan kedua adik beradik itu. Dirinya diperlakukan seperti troli yang ditarik ke sana ke mari, saling bertukar tangan untuk membawanya.

*****

“Akim, apa yang kau buat ni? kan ada bonda dan ayahanda kau tadi, tak malu ke?” Akim menarik Ecah ke beranda yang terletak di halaman tepi rumahnya.

“Owh....kalau aku tarik kau tak boleh, kalau abang aku yang tarik..kau ikut je kan? ko ni kan...hishh!! geram aku...”

“Yang kau tiba-tiba nak marah kenapa?” satu bunyi seperti tapak kaki manusia jalan ke arah mereka.

“Hey, yang korang berdua bergaduh pasal apa?”

“Tok wan, sakitt...Aduh! sakit Tok wan..” Tok wan Akim yang datang dari Perak tiba dirumahnya malam semalam menarik telinga kedua-duanya.

“Ha! nak gaduh lagi tak? bising Tok wan dengar...aku nak hisap rokok pun tak jadi, mengacau je..” Tok wan Akim memberi amaran pada mereka.
“Tak....takk..tak, kami tak gaduh lagi” dilepaskan telinga mereka berdua.

“Aduh, sakitnya...Akim ni sapa pulak??” Ecah bertanya.

“Ni Tok Wan aku, Tok Wan Janggut...”

“HA! Tok Wan Janggut??? hahaha...” Ecah ketawa kecil, sekali lagi telinganya ditarik.

“Aduhhh...Tok Wan, sakitlah...Tok Wan” Tok Wan melepaskan telinga Ecah.

“Tok Wan, kenapa Ecah kena tarik telinga? Ecah bukan cucu Tok Wan..Akim ni yang nakal, bukan Ecah”

“Bukan kamu bercinta dengan cucu aku ke? jadi kamu pun cucu aku ler juga” (“E’eh, sejak bila aku bercinta dengan cucu dia? patutlah dua-dua telinga capang, mesti waktu kecik-kecik dulu nakal kena tarik telinga”) Ecah tersenyum sendiri.

“Eh Ecah, yang kamu ni tersengih sorang-sorang kenapa?” (“Uit, macam mana dia boleh tahu nama aku? mesti kerja cucu-cucu dia menjual nama aku, hampeh betullah!”)

“Owh, tak ada apa-apalah Tok Wan...Tok Wan, mana ada Ecah bercinta dengan cucu Tok Wan...kami berkawan je lah, kan Akim?” Ecah senyum terpaksa ke arah Akim.

“Entah, aku tak tahu...” satu sepakan kecil mengena lutut Akim. “Ouch, Argh!!..ha!, yer Tok Wan kami berkawan saja” Akim menahan kesakitan, sudah dua kali Ecah menedang lutut Akim.

“Emm, macam-macam hal ler kamu berdua ni...Akim, mari sini kau...Tok Wan nak cakap ‘something’ dengan kau” Akim merapati Tok Wan Janggut.

“Esok Tok Wan nak balik, kau hantar yer...boleh??”

“Awalnya Tok Wan nak balik, Opah macam mana?”

“Olor, aku tak selesa ler nak duduk sini lama-lama...Opah ikut aku balik ler, takkan nak tinggal sini..mana boleh, huh!” Tok Wan menggulung rokok tembakaunya.
“Owh, Tok Wan tak boleh hidup tanpa Opah yer...” Ecah cuba mengusik Tok Wan Janggut.

“Itu sudah mesti, isteri aku...biarlah” Tok Wan bercakap mendongak ke langit. (“Tok Wan dengan cucunya sama je, berlagak!!”) Seperti bertemu musuh pula lagak mereka berdua. Tok Wan berjalan ke arah Ecah, Ecah hanya terdiam melihat perlakuan Tok Wan

“Esok, Ecah pun ikut Akim hantar Tok Wan...faham?? hehehe..” orang tua itu berjalan melepasi Ecah selepas berbisik di telinganya.

“Taaapi....”

Sekali lagi dia menoleh ke arah Ecah, “tak ada tapi-tapi, Akim...esok kau jemput Ecah hantar Tok Wan dengan Opah balik ke Pangkor, cukup...tamat di sini” Akim yang mendengar arahan Tok Wannya hanya mengangguk.

“PANGKOR???”

*****

Semalaman mereka mengemas rumah, melayan semua tetamu yang datang. Acara doa selamat juga berjalan dengan lancar. Sebelum maghrib, Akim telahpun hantar Ecah pulang. Disebabkan keletihan, Akim berbaring di katilnya menunggu azan maghrib.

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak, Aril yang berdiri di pintu memeranjatkan Akim.

“Owh, abang...Akim ingatkan siapa tadi” Akim bangun dari baringannya.

“Akim, esok Akim nak hantar Tok Wan balik yer...emm, dengan Ecah??” Aril duduk disebelah Akim, dan memegang bahu adik kesayangannya itu.

“E’eh, mana abang tahu...Tok Wan bagitahu pada abang?”

“Eh, tak ler..Ecah yang bagitahu abang, Akim..abang ada suatu perkara nak bagitahu Akim, apa perasaan Akim kalo abang cakap abang suka pada Ecah??” pertanyaan Aril mengejutkan Akim.

“Ha! apa?...abang suka Ecah? abang ni demam lagi ke? Akim rasa Ecah bukan ler taste abang kan?” Akim sengaja bergurau dengan abangnya walaupun dia sendiri sakit hati dengan pertanyaan Aril.

“Siapa kata? Ecah tu cantik, comel...cute, hehe...ada cirri-ciri yang abang suka lah”

“Abang jangan main-mainkan dia...” Akim bertegas.

“Woohhooo...relaks ler, kenapa abang nak main-mainkan dia...serius!!” Aril mengangkat tangannya. “Kenapa?? Akim suka kat dia yer....” Aril menduganya lagi.

“Apa? Akim? Akim suka kat Ecah...tak ada maknanya, dah ler besar kepala..degil, comot lagi...sape nak kat Ecah, tak ada maknanya” Akim bangun dan hidupkan TV LCD di hadapannya.

“Kalau abang suka kat Ecah, ambillah dia...Akim ada lagi yang lebih bagus dari Ecah” Akim tergagap-gagap.

“Betul? tak menyesal kalau abang boleh buat Ecah jatuh cinta pada abang....”

“Emm, betullah...”

~ Beralih musim ke musim,
Hati tetap serupaTiada yang berubah,
Dari hari dikau pergiDikau pergi
Penjara...
Hidup ini penjara,
Tanpa ada simpatiKepada sang kekasih,
Yang dilanda...
Yang dilanda
Kehilangan
Masih jelas
Setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan
untukku

Credit: Masih Jelas (Hafiz)

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries