Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 18 : Dunia Baru
06 March 2010 | 10:05 AM | 0 comments

karya:dakcomot


Keesokan paginya, selepas Akim menjemput Ecah, mereka ke rumah Akim semula untuk mengambil Tok Wan dan Opah. Sesampai di sana...

“Akim, nah...amik ni” Aril memberi beg bimbitnya pada Akim.

“Mulai hari ini, Akim akan ambil tempat abang kt ofis tu..OK?” Aril memegang bahu adiknya.

“Tapi bang, Tok Wan...”

“Nope! tak ada tapi-tapi...Tok Wan dengan Opah, biar abang yang hantar diorang balik..”

“Kan abang tak sihat...” Akim hairan dengan tingkah laku Aril.

“Tak apa, Ecah boleh jaga abang...ok lah, jom kita bertolak”

“Kim...pe cerita ni?” Ecah mengumam mulutnya dari jauh pabila Aril pula yang mengambil alih tempat Akim. Akim menjungkitkan bahunya.

“Ecah jangan risau, Aril takkan buat pape kat Ecah...Tok Wan dengan Opah kan ada, betul tak Tok Wan?”

“Emm...betul betul betul” seperti Ipin lagaknya Tok Wan.

“Kami gerak sekarang ya, Assalamualaikum...” Tok Wan melambai tangannya pada anak dan cucunya yang masih lagi terkejut melihat tindakan cucu sulungnya itu.

“Ayahanda...bonda...kenapa ni? Akim tak bersedia lagi nak masuk syarikat ayahanda...macam mana dengan galeri Akim?” Akim memuncungkan mulutnya.

“Tak mengapa, ayahanda dah suruh Yazid tengok-tengokkan galeri Akim tu” Datin Fatimah hanya mampu tersenyum tanda setuju dengan tindakan suami dan anak sulungnnya pada Akim. Ini akan memberikan Akim peluang untuk belajar selok belok syarikat milik suaminya supaya Akim dapat menyesuaikan diri apabila tiba masa dia mengambil alih pengurusan syarikat suaminya kelak.

Dalam perjalanan ke Lumut, Perak Darul Ridzuan. Ecah mengelamun sendirian, kadangkala dia tidak faham dengan tindakan dua adik-beradik ni. Dia yang terpaksa menurut segala rancangan mereka berdua, apa niat Aril menggantikan tempat Akim? pelbagai persoalan bermain di fikirannya.

“Arghhhh...!!!” suara Ecah memeranjatkan Aril, Tok Wan dan Opah.
“Ecah, kenapa ni? ada masalah ke? nak Aril berhenti mana-mana RnR?” Aril mula risau melihat kelakuan Ecah.
“Emm, tak ada apa-apalah...Ecah teringat ‘something’ sikit, geram pula bila difikirkan balik..hehe” Aril mengelengkan kepalanya, kurang faham apa yang diperkatan oleh Ecah.

*****

Sampai di Lumut Water Front,

“Tok Wan, sampai sini sahaja ler yang Aril boleh hantar yer...nanti sampai pukul berapa pulak kan, Tok Wan dengan Opah jaga diri yer...”

“Emm, ye ler...jangan lah risau, nanti Tok Wan suruh Abang Alam jemput kami di seberang...bawa kereta tu hati-hati sikit, kamu tu bawa anak dara orang...kamu jaga Aril yer Ecah”

“Apalah Tok Wan ni, dah tentu2 ler Ecah ni anak dara orang...hehe ye ler Tok Wan, jangan risau...Ecah akan jaga Aril, kalo dia tido tengah jalan...Ecah siku pinggang dia, Tok Wan janganlah sedih yer...”

“huhu...emm, tak tahu ler..tetiba plak Tok Wan rasa sedih, macam tak boleh jumpa korang pula lepas ni...”

“Entah atoknya pun, lebih plak dari saya...hehe, Ecah...kalo ada masa datang ler umah Opah yer, Opah suka nak bersembang dengan kamu” badan kecil Ecah dipeluk Opah dan Tok Wan.

“E’eh, sapa cucu Tok Wan dengan Opah ni?? Aril ke Ecah?? konfius Aril...hehe” Tok Wan menarik badan cucunya itu dan dipeluk erat dan berbisik.

“Aril, kalau betul Aril nak Ecah...beri dia kasih sayang Aril, ingat pesanan Tok Wan”

*****

Di satu ruang dalam hati Aril, terdengar suara hatinya...

“Tok Wan, Aril memang sayangkan Ecah...Aril sayangkan dia sejak pertama kali lagi kami jumpa, Aril nak berikan dia kasih sayang Aril tapi Aril tak mampu...Aril tak dapat nak bahagiakan Ecah, Aril tak mampu Tok Wan...” hatinya sedih mendengar kata-kata Tok Wan, suara hatinya itu tidak dapat diluahkan secara lisan.

“Aril, Aril...Aril!!’ suara Ecah mengejutkan Aril dari lamunan dan tidak disangka seekor ‘kambing’ melintas jalan. Aril segera memusingkan stereng keretanya dan menekan brek dengan kuat menyebabkan kereta BMW Series itu berhenti di tepi jalan.

“Ecah....Ecah ok ke? ada cedera? Ya Tuhan....” Aril menekup mukanya tanda bersyukur Ecah dalam keadaan selamat.

“Ecah ok, Aril ok tak? Aril mungkin penat ni, kita rehat mana-mana kedai tepi jalan dulu yer....” Bagaimana dirinya boleh tidak sedar semasa memandu tadi, Aril melepaskan keluhan kecil. Mungkin kerana letih memandu seharian, dihidupkan semula keretanya. Namun, tidak boleh. Dicuba berulang kali, tidak juga boleh. Aril mati akal.

Aril turun dari keretanya, dia pergi melihat keadaan enjinnya...berkepul asap keluar, Aril buntu...dimana dia nak mencari mekanik di tengah-tengah jalan raya yg kiri kanannya sawah padi, Aril terduduk di situ...seketika, Ecah keluar dari kereta.

“Aril, kejap lagi ada orang akan datang jemput kita...tak payah risau ok” Aril bingung.

“Ada orang jemput kita? sape? macam mana Ecah.....” kedengaran seperti bunyi kenderaan traktor di belakang mereka.

“Kak Chikkkkk.....” seorang anak kecil memanggil Ecah, dipalingkan mukanya.

“Is....hehehe, macam mana Is boleh ikut abang Qhaud jemput Kak Chik ni...” Ecah bermain dengan rambut adiknya itu.

“Olor, abg Qhaud ni kan ‘spy’ Is...mestilah dia akan bagitahu Is kalau ada sesapa yang bermasalah kt kampung kita ni” Is tiba-tiba tertarik melihat tubuh seorang lelaki dihadapannya.

“Ehem2, sape ni Kak Chik? Boyfriend yer...” Is menunjukkan jari telunjuknya ke arah Aril.

“Eeh, bukanlah...ni kakaka..wan, kawan Kak Chik, memandai je Is ni...Aril, kenalkan ni Ismahani...adik bongsu Ecah dan ini Abg Qhaud, pembantu ayah Ecah menguruskan semua sawah padi kat sini” Aril membulatkan matanya, dia yang masih ‘kaget’ dengan berita itu hanya mengangguk tanda faham. Tidak disangka, rupa-rupanya kampung halaman Ecah dekat dengan rumah Tok Wan dan Opahnya.

“Abg Aril, jom ikut Is pergi rumah Is...abg Aril ni hensemlah, hehehe” Is menarik tangan Aril dan duduk di atas traktor itu.

“Is, Is ni jahat ler..Kak Chik macam mana plak? takkan Kak chik nak kena tinggal sini...tak aci lah kalau macam ni”

“Ya ler, kejap lagi...ayah datang bawa kawan dia, nanti kalo ayah tahu Kak Chik tak ada kat sini...ayah marah padan muka!” Is serius bercakap.

“Eeh, nanti dulu...takkan nak tinggal Ecah kat sini? kesian dia sorang-sorang...”

“Hep! Abg Aril diam...olor Kak Chik tu ada silat, jangan risau..tak ada sapa lagi kat kampung ni yang berani ganggu Kak Chik, kan Abg Qhaud??? ok Abg Qhaud...Let’s Go!!” Aril hanya menurut kata-kata Is, dia tersengih melihat Ecah yang ditinggal seorang diri.

“Is....Is....Ishhh!! budak ni, siap ler...kalo aku dapat, tahu ler aku nak buat apa ngan kau...ISMAHANI!!!!!”

“ehem2...dah biasa menjerit ke?” satu suara lelaki yang cukup dikenalinya menyapa Ecah.
“Alamak!hehehehe....ayah, Is tu...dia tinggal kak Chik kat sini, siap ler dia!” Ecah mengadu pada Haji Zulkifli.

*****

Sementara itu,

“Sampai di sini sahaja perbincangan kita untuk hari ni, semua boleh bersurai. Sebelum itu, ingin saya perkenalkan, ini anak lelaki bongsu saya...namanya AFIQ HAKIM, boleh panggil dengan En. Hakim” Akim berdiri selepas diperkenalkan oleh ayahandanya di dalam bilik Mesyuarat.

“Tempat En.Khairil akan digantikan olehnya. Selepas ini, saya berharap anda semua akan membantu En.Hakim pada masa akan datang. Terima kasih semua” semua ketua untuk setiap jabatan bersalaman dengan Akim, dia diserbu seperti artis. Peminat berpusu untuk bersalaman dengannya.

“Ayahanda, Akim ganti tempat abang?? apa ni ayahanda?? ayahanda tak bincang dengan Akim pun, belum sampai masanya lah ayahanda” Akim bersembang sebentar bersama ayahandanya selepas semua kakitangan syarikat keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

“Akim, ‘Fast Dev Trading Sdn.Bhd’ adalah sebuah syarikat yang ayahanda tubuhkan selama ini untuk menjamin masa depan anak-anak ayahanda dan bonda...berapa masa lagi yang Akim perlu untuk persiapkan diri? 2tahun? 3tahun? atau 5tahun?” tiba-tiba suara Dato’ Ramli bertambah tinggi.

“Tapi ayahanda?” Akim tertunduk.

“Tak ada tapi-tapi lagi, this is final decision from me annnddd...ur brother” ada sedikit kekesalan pada kata-kata Dato’ Ramli. Dia juga tidak rela untuk lepaskan Aril, tapi dia tahu dia terpaksa lepaskan Aril satu hari nanti.

Dato’ Ramli termenung, bilik ‘Managing Director’ itu telah didudukinya sejak syarikat ini ditubuhkan. Dia teringat kata-katanya pada Akim di bilik mesyuarat tadi, harapannya untuk melihat kedua anaknya bersama memajukan syarikat keluarga mereka terpaksa dilupakan.

*****

“Is...Is....Is....” Ecah mencari adiknya satu rumah tapi tidak dijumpai.
“Ibu, Is mana? Ecah cari satu rumah...tak jumpa pun” Ecah mencekak pinggangnya.
“Owh, tadi Is ajak kawan hang gi mana...ibu tak tau, sapa nama dia? Arul ke Aril?” Hajah Semah menjawab pertanyaan Ecah sambil memukul adunan untuk membuat bahulu.
“Aril ler ibu, ishhh budak ni....pantang nengok laki ensem, dia pun ngada-ngada” terdengar bunyi motor di luar rumah Ecah, dia segera ke pintu utama umahnya.

“ha, dari mana ni? Kak Chik cari satu rumah tau...Is pergi mana? sape bagi kebenaran guna motor ayah ni? ayah marah baru tahu! ngada-ngada betul ler...” Ecah pelik bila melihat Aril dan Is tersenyum dengan sinis tatkala memandangnya.
“Hahaha...Kak Chik ni janganlah marah, Is dah minta kebenaran dari ayah ler...Is ngan Abg Aril pergi sarapan kat warung Tok Nil kat hujung simpang tu...Nasi Lemak dia sedap kan Abg Aril” Aril hanya mengangguk dengan kata-kata Is.

“A’ah Ecah, sedap juga nasi lemak kat situ...kalo Ecah bangun awal sikit, boleh join kitorang sekali” Aril menunjukkan thumbs up pada Ecah.
“Tak malu ke pergi ngan budak laki? kecik-kecik dah gatai...Kak Chik bagitau kat ayah, huh!” Ecah menjelirkan lidahnya.
“Eleh, cakap Is...Kak Chik tuuuuuu, ngan baju tido tak tanggal lagi siap berkain batik lagi...tak malu pulak ngan abg Aril?? Is bagitau kat ayah....Ayah!!!” Ecah tidak sedar baju yang dipakai olehnya bangun tido tadi tidak diganti. Berlari Ecah ke biliknya, Is dan Aril yang masih disitu hanya tergelak dengan kelakuan Ecah.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries