Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 19 : Rahsia Terbesar
10 March 2010 | 10:08 AM | 0 comments
karya:dak comot


“Ya Tuhan, macam mana aku tak boleh perasaan...malunya!!!” Ecah bertinggung di sisi katilnya.
“Owh..diorang gelakkan aku yer, siap ler diorang lepas ni” Ecah tersengih seorang diri, sangsi dengan perlakuannya.

*****

Di ruang tamu...

“Pak cik, boleh saya bertanya...bila agaknya kereta saya boleh siap??” Aril bertanya pada Haji Zulkifli yang sedang tekun membaca suratkabar.
“Owh ye, lupa pak cik nak bagitahu kat hang...Apek Leong tu kata, esok petang baru boleh siap kereta hang tu Aril”
“Owh ye ke? emm..terima kasih pak cik sebab tolong saya” terdengar bunyi tapak anak kecil berlari, rupa-rupanya Is.
“Ayah, kiranya abang Aril akan duduk dengan kita lagi sehari kat sini? yeah!!!” Is melompat keriangan.
“Kalau macam tu, apa kata pergi mandi air laut di Teluk Senangin?? tempatnya best tau walau pedalaman sikit, air laut pun bersih je...bolehkan ayah??” tiba-tiba wajah Ecah terpacul didepan pintu membawa sedulang air, lengkap dengan baju kasual tidak lagi berkain batik.
“Eeh Kak Chik, macam tau je apa ada dalam kepala Is ni...ni yang Is makin sayang kat Kak Chik tau” Is memeluk Ecah seeratnya, dibalas senyuman dari Ecah.
“Kak Chik pun sayang kat Is, sayang sangat...hehehe” tapi senyuman itu seperti ada seribu makna, positif atau negative? Ecah je yang tahu.

*****

“Selamat pagi, bonda...ayahanda” Akim muncul di meja makan, mukanya ceria pagi ni. Mungkin sudah bersemangat agaknya untuk menjalankan tugas di pejabat barunya.
“Hai Akim, bonda nampak Akim ceria je hari ni...bersemangat betul rasanya anak bonda ni” Datin Jamilah menghulurkan nasi goreng kepada Akim.
“Akim kan memang bersemangat bonda, hehehe...”
“Kalau macam itu, ayahanda anggap Akim dah sedia nak lepaskan M’raz Galeries” Dato’ Ramli menghirup teh panas yang dihidangkan kepadanya.
“Tapi ayahanda, Akim sayangkan M’raz Galeries...Akim sayangkannya macam anak sulung Akim, Akim dengan Yazid sama-sama bangunkan galeri tu...boleh tak kalau Akim jadikannya sebagai tempat Akim jalankan hobi Akim, bolehkan ayahanda??”
“Baiklah, ayahanda ikut je kata Akim...mana yang baik untuk Akim, baik juga untuk ayahanda”
“Oh yer, mana abang bonda? semalaman Akim tak jumpa dia...dia dah keluar pergi kerja ke?”
“Abang Aril tak balik lagi lepas hantar Opah ngan Tok Wan semalam, ada masalah katanya”
“Ha?? masalah? masalah pe? abis tu abang kat mana sekarang? Ecah? diorang ok ke bonda?” soalan bertalu-talu keluar dari mulut Akim.

*****

“Abang Aril tak balik lagi? macam mana aku tak boleh tahu, ayahanda dan bonda pun tak bagitahu aku...yang abang ngan Ecah pun langsung tak call, pe cer?” Akim termenung duduk bersendirian di sofa bilik pejabat milik abangnya.

“tok tok tok!!...” pintu diketuk dan dikuak, seorang anak gadis memakai seluar slack hitam dan berkemeja merah dengan vest hitam memasuki bilik pejabat Aril.
“Selamat pagi En. Hakim, saya Angie pembantu peribadi En.Hakim” Akim terkejut dengan kemasukan PAnya sendiri.
“Emm, Ms. Angie...ya, ada apa-apa yang saya boleh tolong?”
“Sepatutnya, saya yang tanya En.Hakim...ada apa-apa yang saya boleh tolong?” Akim tersenyum sendirian. (“A’ah ler, patutnya dia yang tanya aku...hehehe Akim, Akim...”)
“En.Hakim, pagi ini pukul10.00pagi En.Hakim ada mesyuarat dengan staf tentang pelaksanaan projek baru tentang import eksport barangan Adnan’s Holding, pukul12.30 tengah hari
lunch bersama Miss Adila Dato’ Adnan di Hotel Marriot”
“Ha?? Adila? kenapa pula dia buat appointment dengan aku bagai...” Akim termenung sendiri, mempedulikan kata-kata Angie yang berada di situ.
“En Hakim, En. Hakim...ada masalah ke?” Angie menghampiri Akim.
“HA?? pe dia...maaf, saya kurang sedar..”
“Selepas berjumpa dengan Ms. Adila, En.Hakim akan membuat pembentangan di PWTC tentang perkembangan syarikat kita untuk dapatkan tender baru tahun ni di dalam sektor kerajaan”
“Emmm, Angie...tolong tangguhkan presentation tu, boleh? saya ada hal penting petang ni”
“Tapi En.Hakim, Dato’ Ramli.....”
“sorry, Angie...never what happen, please postpone that presentation...ok?”
“Ok, En.Hakim...I will try, ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?”
“Oh, nothing..thanks for ur help” Akim memandang Angie dan hanya tersenyum.

*****

“Kak Chik.....Abang Arilll!!! cepat ler sikit, Is dah tak sabar nak mandi laut ni”
“Is, jangan ler lari jauh...penat ler Kak Chik nak kejar, ayah..tengok anak manja ayah tu, macam tak hengat dunia dah...IS!!!!!”
Tatkala Is berlari, kakinya tersadung dengan sebatang kayu dan terjatuh. ‘Aduiiii....!!!!”
“Is...” Aril dan Ecah berlari mendapatkan Ismahani yang tak jauh dari situ.
“Kak Chik...huhu, sakit kak Chik...” Is mengerang kesakitan.
“Itulah, Kak Chik dah cakap tadi kan...padan muka! hehehehe....ekeke” Ecah tersenyum sinis pada Is yang masih terduduk di situ.
“Abang Aril...sakit ler, jahat ler Kak Chik ni”
“Ecah...sudah ler tu, kesian tengok si Is ni...meh abang Aril dukung Is” Aril mengangkat Is di pelukannya.
“huhu...Kak Chik ni jahat tau” Aril hanya tersenyum melihat keletah dua beradik tu.
“Olor, mengada-ngada ler tu...nak kena budak Is ni” Ecah melihat Aril yang berlalu dengan menggendong Is.
“Wek!!....” Is menoleh ke belakang, menunjukkan ‘thumbs up’ pada Ecah dan menjelirkan lidahnya.
“Abang Aril, Kak Chik jelous ler...hehehe”
“Is...chantek!! give me 5, hahahaha” bagaikan ada rancangan mereka ini..tapi, apa yer.

*****

“Assalamualaikum...”
“Waalaikummussalam...” Akim menoleh dan melihat Adila berdiri disebelahnya selepas beberapa minit menunggu.
“Is it I’m late?, so sorry...have an emergency” Adila memohon kemaafan daripada Akim.
“It’s okay...silakan duduk Miss Adila” Adila tersenyum dengan pelawaan Akim.
“e’eh, kenapa ber ‘miss’2 lak ni...? perli Adila yer..”
“Tak adalah, Akim teringat dengan peristiwa siang tadi...u make an appointment to see me? haha...lepas ni call je Akim, Akim tak kisah...what’s important yang membuatkan Adila nak jumpa Akim ni, owh ya...pasal abang Aril ya?” Akim sengaja mengusik Adila.
“Yup! sebab Aril...Adila kena ceritakan sesuatu tentang Aril pada Akim” air muka Adila berubah, muka manis tadi masam mencuka. Ada perkara serius yang ingin disampaikan pada Akim.
“Adila, what’s happened?? nampak macam serius je...” Akim menegakkan badannya.
“Actually, Aril sedang sakit...” belum sempat Adila menghabiskan ayatnya, Akim mencelah.
“Owh...itu Akim pun tahu, pasal abang Aril jatuh hari tu kan?? olor, dia pening je tu...tak adalh serius sangat pun, Adila ni saja nak takutkan Akim...ayahanda dan bonda pun tahu” Akim mengambil garpu dan pisau yang diletakkan di sisi pinggan yang terhidang ‘Beff Steak with Asparagus sauce” diatasnya.
“Bukan Akim, itu hanya pandangan Akim...Aril menghidap kanser otak, in a final stage...” Akim terkejut dengan kenyataan Adila. Akim meneruskan potongannya.
“Aril dah lama simpan rahsia ni, ayahanda dan bonda Akim pun tahu...tapi mereka tidak mampu untuk nyatakan pada Akim” Akim mengendahkan kata-kata Adila, hanya tertunduk.
“Akim, please!!!.....listen to me” Akim tersentak dengan suara Adila, Akim tidak mampu untuk mengangkat mukanya. Dia melepaskan pegangannya pada garpu dan pisau tadi.
“Akim dah agak, Akim dah dapat agak....” Akim menggenggam tangannya di atas meja, muknya diangkat. Basah pipinya tidak dapat lagi dielakkan dari pandangan Adila.

*****

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejatiTidak hati iniSemenjak dari mulaKu yakin ada cintaCintalah yang memungkinkan segalaKu rela biar betapa pun perit tertusuk duriJalan berliku tiada bertepiKu percaya tidak sia-sia aku diujiDemi cinta tersembunyi hikmahNya pastiPandang-pandang alam iniSambil pandang difikiriMana bumbung langit tinggiMana lantai bumiTiap satu yang terjadiTidak mungkin tersendiriCuba cari jawapannya andai meragui

Credit : Ku Percaya Ada Cinta (Dato’ Ct Nurhaliza)
“Ecah...mana hang jumpa dak laki ni? Ayah berkenan lak nengok...”
“Hai, nak amik jadi menantu ka?” Hajah Semah mengusik suaminya, Ecah yang mendengar hanya tersenyum mendengar kata ayahnya sambil memandang Aril dan Is bermain di pantai.
“Ish, ayah ni...jangan dok berangan ler, Ecah tak mau kawen lagi..Kak Zizi pun belum, takkan Ecah dulu...hehehe”
“Kak Chik, mai ler sini...abang Aril bina istana pasir untuk Is, lawa tau” Is melambai tangannya pada Ecah.
“Ish, bina istana pasir untuk budak kecik ni pulak..binalah untuk aku, kan bagus...?” Ecah membebel sendirian, geram dengan sikap Is.
“Eeh, aku ni..jealous pulak, hahahaha...” Ecah mendekati Aril dan Is.
“Amboi3....cantik istana pasir, ada bakat ler Aril ni...untuk Ecah tak ada ke?” Ecah tersenyum sipu malu di depan Akim dan Is.
“E’eh Kak Chik, nak...bina lah sendiri, abang Aril buat untuk Is je...hehehe” Is menjelirkan lidahnya.
Dengan perasaan geramnya, Ecah....
“Kak Chik!!!!!!...........”









Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries