Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 20 : Benarkah??
12 March 2010 | 9:39 AM | 0 comments

karya:dak comot


“Akim...” Adila merenung ke arah Akim.

“Adila, kenapa abang Aril buat Akim macam ni? kenapa dia nak rahsiakan sakit dia? dia tak sayangkan Akim ke? tergamak dia buat macam ni...” Akim tertunduk, mempersoalkan tindakan abangnya yang merahsiakan penyakitnya.

“Akim...sabar ok, kita tunggu je keputusan Aril. Should have an operation more 2weeks, hope yang Aril akan beritahu Akim dan keluarga sendiri...Adila dah tak mampu nak simpan rahsia ni lagi” Adila cuba mententeramkan Akim.

“Adila, thanks for your explanation...I didn’t expect abang sanggup rahsiakan hal ini dan tanggung kesakitan yang dia alami seorang diri” air mata jantan Akim mengalir di pipinya.

“Sebab dia sayangkan Akim dan ayahanda bonda Akim, kerana dia tahu semua orang tak sanggup untuk terima berita ini” Adila berpaling muka dari Akim, berbisik sendirian. “Termasuk aku...huhu” Adila turut mengalirkan air mata kasihnya yang tak pernah berubah untuk Aril.

*****

Terkadang aku bingung

Lelaki itu baik sangat

Padaku ramah pada teman ku ramah

Takut ada yang salah mengerti (oh ya?)

Gadis itu comel sangat

Buat aku tak kering gusi

Selalu confident yakin diri sendiri

Tapi kadang lupa diri (woi betulke?)

Kadang geram dan lucu ( kalau diingat-ingat )

Seronok kisahnya tentang kita berdua

tak terasa pun masa berlalu sangat cepat

tanpa kita sedari

tak habis cerita tentang kamu dan aku

melalui hari hari yang selalu kita lalui berkongsi dgn kamu

Credit : Kisah Kita Berdua (Akim ft Mila)

“Kak Chik....!!!!” Is mengejar Ecah sepanjang pantai, Aril hanya tersenyum melihat kenakalan Ecah dan Is. Sambil merenung istana pasir yang dibina hancur berderai dek kerana Ecah siramnya dengan air.

“Kak Chik ni jahat ler, jeles ler tu abang Aril bina istana pasir untuk Is...” Is menjelir lidahnya pada Ecah.

“Olor, Kak Chik tak heran pun...” Ecah bermain dengan rambut Is.

“Sudah-sudah ler tu, Is jangan kacau lagi Kak Chik...mari makan nasi ayam yang ibu masak ni, sedap tau” Hajah Semah memanggil Is dan Ecah untuk makan.

“Ibuuuu.....” Is berlari mendapatkan Hajah Semah.

“Eeh, jaga-jaga...berlari je kamu ni Is, jatuh kang sakit pulak...tak malu ke dengan abang Aril??” Hajah Semah menasihatkan Is.

“Tak ada apa-apa ler mak cik, saya tak kesah pun...” Aril mengukirkan senyuman manisnya.

‘Ibu, bila besar nanti...Is nak kahwin dengan abang Aril boleh tak, Ibu?” Is memeluk Hajah Semah. Terkejut Hajah Semah dengan pertanyaan Is.

“Amboi, gatalnya Is ni...mana boleh, Is kecik lagi ler...Ayah, nengok perangai anak manja ayah ni, kecik-kecik lagi dah gatai” Ecah menyampuk pertanyaan Is.

“Ismahani...” Haji Zulkifli mengusik, menambah menyokong kata-kata Ecah.

“Olor ayah, Kak Chik pun sama...Kak Chik tu sebenarnya suka kat abang Aril, tapi tak nak cakap...kan Kak Chik??” Aril tersedak mendengar pernyataan Is, terhenti kuyahannya. Memandang Ecah dari jauh yang sedang mengambil barang dari kereta milik Haji Zulkifli.

“Ecah suka aku? bukan dia suka Akim ke? Owh not now...” Aril menghirup air sirapnya.

“Is, apa yang Is cakap? Kak Chik tak dengar ler...” Ecah meninggikan suaranya dari jauh.

“Tak ada apa-apa ler Kak Chik, Is bersembang dengan ibu je...kan ibu, hehehe’ Is memandang Aril dan mengenyitkan matanya.

*****

Selepas berjumpa dengan Adila, Akim terus pulang ke rumah.

“Assalamualaikum...bonda, Akim dah balik”

“Waalaikummussalam tuan Hakim, Dato’ dan Datin ada diatas sedang berehat. Tuan Hakim mahu saya sediakan makanan malam?”

“Emm, tak mengapalah bibik...saya sudah makan diluar dengan kawan tadi, tolong bawakan beg saya ke bilik ya...”

“Baik tuan Hakim...”

“Terima kasih...” Akim berjalan ke sofa, berbaring dan membuka melihat siaran televisyen dihadapannya. Termenung sendirian mengingatkan kata-kata Adila.

“Akim, Adila harap Akim akan bersedia dengan keputusan yang akan kita terima kelak tentang penyakit Aril. Jika pembedahan kali ini tidak berjaya, kemungkinan besar...” Adila gagap dalam kata-katanya.

“Keputusan apa yang akan kita terima? berapa besar kemungkinan yang perlu kita hadapi...?? apa maksud Adila??” soalan bertalu-talu diberikan pada Adila oleh Akim.

“Kemungkinan besar kita akan kehilangan Aril, harap Akim dapat menerimanya...”Adila memegang bahu Adila.

“Noooooo....abang, huhu” Akim menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Sabar Akim, Aril perlukan Akim untuk dia teruskan hidup. Kita perlu sokong dia...Akim kena kuat” Adila meletakkan kepala Akim dibahunya.

“Akim...sayang, bangun sayang...kenapa Akim tidur di sofa ni, pergi mandi...lepas tu tido, jangan lupa solat ya” Datin Jamilah mengejutkan Akim yang terlelap diatas sofa.

“Bonda...” Akim memeluk bondanya erat. “Akim sayang bonda, sangat sayangkan bonda...tiada bonda, Akim tidak wujud di bumi tuhan ni bonda” Akim melepaskan pelukannya, direnung wajah bondanya. Teringat pada Aril.

“Bonda, bila abang Aril akan balik KL?” Akim bertanyakan perihal abangnya.

“Abang Aril cakap, besok pagi dia boleh gerak ke KL...kenapa? Akim rindukan abang Aril ke?”

“Mestilah, abang Aril tu satu-satunya abang yang Akim ada kat dunia ni tau...mestilah Akim sayang kat dia, sayang sangat-sangat macam Akim sayangkan bonda dan ayhaanda” Akim melepaskan pegangannya dengan Datin Jamilah, berlalu menuju anak tangga ke biliknya untuk membersihkan diri.

*****

Di kamar Dato’ Ramli dan Datin Jamilah..

“Sayang, kenapa ni?” Dato Ramli menegur isterinya yang baru sahaja masuk ke bilik dengan muka yang sedih dan masam mencuka.

“Abang, mungkin dah tiba masanya...kita harus berterus terang dengan Akim kedudukan dia yang sebenar dalam rumah ni” Datin Jamilah duduk bersimpuh di sebelah suaminya yang sedang menonton televisyen dikerusi dalam bilik rehat.

“Abang, kita tak sangka semua ini akan terjadi...ini semua salah saya abang, kalau saya bersabar dulu....kita tak akan hadapi kerumitan seperti sekarang, maafkan milah abang” Datin Jamilah meletakkan kepalanya dengan beralas tangan Dato’Ramli di ribaan Dato’ Ramli.

“Sayang, bukan salah awak dan bukan salah sesiapa...ini semua takdir Tuhan, dia ingin menduga sejauh mana hambanya kuat dalam menghadapi dugaannya...sayang, bawa bertenang...kalau Akim dengar, apa pula kata dia...” Dato’ Ramli cuba menenangkan perasaan isterinya.

“Segala rancangan kita tak menjadi abang, kita ingatkan bila Aril balik ke sini kita akan kahwinkan dia dengan Adila...tapi tak sangka yang Aril tidak mahu menerima Adila, apa kurangnya Adila abang...Adila boleh membahagiakan Aril” Datin Jamilah makin terasa sendu memikirkan perihal Akim dan Adila.

“Sayang, mungkin ada sebab kenapa Aril menolak Adila...sayang sendiri tahu kan?”

“Tapi bang, penyakit Aril boleh diubati kan? Aril masih mampu berikan waris kepada kita abang...Adila anak yang baik, keluarga dia juga baik...siapa yang tak kenal dengan Dato’ Adnan? banyak jasa yang dia telah beri pada kita...milah sedih abang” Dato Ramli memerhatikan isterinya, rambut isterinya diusap perlahan.

“Sayang, jangan terlalu mengikut perasaan...tak baik, nanti memakan diri...awak pun bukan sihat sangat” Datin Jamilah mendongakkan kepalanya.

“Abang, kita kena juga beritahu Akim yang sesungguhnya Aril bukanlah abang kandungnya yang sebenar” air mata seorang ibu mengalir deras di pipinya, tidak dapat ditahan lagi...sehingga

“Prrranggg!!!....” satu bunyi seperti barang jatuh di luar bilik rehat di rumah Dato’ Ramli.

“Akim...!!!”



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries