Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 21 : Mengalah
16 March 2010 | 3:40 PM | 0 comments

karya:dak comot

“Akim...!!” Datin Fatimah dan Dato’ Ramli terkejut dengan bunyi tadi segera keluar dari bilik rehat itu.

Datin Fatimah terkejut melihat Akim yang terduduk di luar bilik dengan memegang tuala selepas keluar dari bilik air, Akim terdengar setiap perbualan ayahanda dan bondanya. Paling diingatinya ialah kenyataan bondanya tentang Aril yang bukan abangnya.


“Bonda....” suara Akim tersekat-sekat menahan marah dan sedihnya mendengar berita itu.

“Sayang, maafkan bonda...bonda terpaksa rahsiakan hal ini daripada Akim, bonda tak nak Akim terluka...bonda tak nak keluarga kita berpecah, maafkan bonda Akim” Datin Fatimah memeluk anaknya itu, tidak sanggup dia melihat Akim dalam keadaan sebegitu.

“Bonda, Akim sayangkan abang...Akim sayangkan abang bonda, ayahanda...Akim tak nak kehilangan abang, Akim tak sanggup ayahanda...” tatkala itu, air matanya mengalir dengan sangat deras. Dato’ Ramli dan Datin Fatimah memeluk anak kesayangannya itu.


*****


“Aril...merenung jauh nampak, apa yang diingatnya tu?” Ecah menegur Aril yang duduk ditangga.

“Owh Ecah, tak ada apa...Aril tak boleh tidur pula, tu yang Aril duduk kat luar ni...saja nak hirup udara malam, banyak bintang kat langit tu...tapi tak tahu sampai bila Aril boleh nampak semua ni” Ecah terkejut dengan kata-kata Aril.


“Ish, apa yang Aril cakapkan ni...sampai bila-bila pun Aril boleh tengok, kat KL pun ada bintang kat langit...hehehe” Ecah sengaja bergurau.


“hehe...Ecah ni kelakar ler” mereka sama-sama ketawa dengan lawak Ecah.

“tapi...bukan kelakar je, cantik..manis, berdikari..workholic dan saaaangat baik hati” Aril merenung wajah Ecah membuatkan Ecah terdiam.


“Aril..tak ada lah, Ecah biasa je ler” Aril mengusap rambut Ecah, tiba-tiba...

“Kak Chik...” Is mengosok-gosok matanya, berdiri di depan pintu.


“Uish, terkejut Kak Chik...nape tiba-tiba terpacul depan pintu ni?” Ecah hairan dengan kelakuan Is. Dengan baju tidur ‘Doraemon’, Is meletakkan kepalanya di ribaan Ecah.


“Is nak pergi tandas, tapi tak jadi ler...nengok Kak Chik dengan abang Aril sembang kat sini, Is nak join sekali ler” Is tersenyum sinis.


“Ish...budak ni kacau betul ler” Ecah menjugil-jugil dahi Is, geram rasanya.

“Ecah...Aril baru je puji tadi, tak baik buat Is macam tu...” Aril tersenyum.

“Abang Aril, Kak Chik jeles ler tuuu...abang Aril, kak chik ni kuat cemburu tau...lepas tu dia ni garang, cepat sangat melatah...kalau satu hari tak melatah, bukan kak chik ler tu” makin banyak Is bercakap, lama kelamaan matanya pejam.


“Ecah, Aril tanya sesuatu boleh?...Ecah sayang Aril tak?” muka Ecah berubah, hatinya berdegup kencang. Tidak mampu dia menjawap pertanyaan Aril.


“Emm...emm” tangan Ecah ditarik oleh Aril, digenggam Aril erat.

“Ecah, Aril sayangkan Ecah...sejak kali pertama kita jumpa, Aril dah mula suka pada Ecah...Aril sayang Ecah, Ecah...jawab pertanyaan Aril” Ecah hanya mampu terdiam, Aril melepaskan tangan Ecah.

“Aril...Ecah pun sayangkan Aril” Aril terkejut dengan jawapan Ecah, dipandang wajah Ecah. Diamati wajah Ecah, menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan. Walau Ecah dulunya gadis yang kasar dan lasak, sebenarnya adalah seorang yang lembut hati. Dia juga seorang gadis yang ingin dirinya dicintai dan disayangi.

Sedang itu, tiba-tiba...


“Kak Chik, jom kita tidur kat dalam...Is sejuk ler” Aril segera memalingkan mukanya, takut dikesan oleh Is. (“Mengacau betul budak kecik ni, hei....”)


“Ha? okey..jom, mari Kak Chik dukung Is...Uish, beratnya Is ni” Ecah berlalu dari situ, disuatu sudut...Hajah Semah memerhati mereka. Hajah Semah tersenyum memandang perlakuan dua anak muda itu, Hajah Semah tahu suatu hari akan ada seseorang yang mampu melembutkan hati anaknya yang keras, Ecah.


*****

Malam itu...

Selepas Akim terdengar perbualan ayahanda dan bondanya, diri Akim rasa tidak tenteram. selepas satu persatu rahsia abangnya terbongkar. Tatkala itu, dia berfikir betapa banyaknya pengorbanan Aril terhadapnya. Aril sentiasa berkorban untuknya, Aril berikan kasih sayang sepenuh padanya.

Akim teringat peristiwa suatu ketika dulu,


“Hey Akim, kau ingat mentang-mentang ler keluarga kau kaya...kau nak berlagak ler, pergi mampus ler wei” Akim ditolak jatuh ke tanah, baju sekolah putihnya dipenuhi lumpur padang sekolah.

“Hey Hafiz, apa yang kau dengki sangat dengan aku? keluarga kau juga kaya...apa kena mengena dengan aku?” Akim membela dirinya.


“Dengar sini Akim, aku takkan lepaskan sesiapa pun kacau awek aku...ko ni memang nak kena ler dengan aku, kau nak rasa penumbuk aku ke?” Hafiz menarik rambut Akim yang ala-ala kawai, rosak penampilan Akim. Beza dengan perwatakannya sebagai seorang yang sering menjaga keterampilan diri.

Cuba ler kalo berani, setakat dayana tu..ramai lagi awek kat sekolah ni aku boleh ngurat ler, dia yang nak kat aku..bukan aku yang cari dia, yang kau ni nak emo semacam apahal?” kemarahan Hafiz membara, tidak dapat dibendung lagi.


Mendengar kata-kata Akim tentang aweknya Dayana menyebabkan Hafiz melayahkan penumbuknya ke muka Akim, dan..

“Hoi, tak ada kerja lain ke?”

“Abang...”

“Wei, agak-agak ler...kitakan budak sekolah elit, takkan pasal benda macam ni sampai nak pukul-pukul...ntah-ntah, awek kau kat rumah tengah tepuk tangan bila kau buat macam ni...” Aril keluar dengan beberapa kawannya.


“Ni sape plak menyampuk, aku bengang betul ler...”

“Aku Aril, abang Akim...nak cari lawan pun, cari ler orang yang setanding dengan kau...buat malu ler wei!” Aril menepuk-nepuk bahu Hafiz.


“Kurang ajar!!...” satu penumbuk hinggap di muka Aril, Akim yang memandang terkejut mendapatkan abangnya.

“Abang, are u okay? stop abang, please!!...jom kita balik” Akim mendapatkan abangnya yang jatuh.

“hahahahaha....abang dengan adik sama je, lembik!! pergi balik belajar masak lagi bagus ler wei” sedang Hafiz sibuk meninggikan dirinya sendiri, dua beradik itu sudah pun berdiri. Pabila dia menoleh, satu lintang sepakan dari kedua-duanya hinggap ke muka Hafiz.


“Aduh!!...kurang ajar dua beradik ni, hoi!!”

“Apa hoi2?? kitorang ada nama ler...kau belum tahu lagi sapa kitorang, aku bagi chance je kat kau sampai abang aku datang...baru nampak gah sikit, betul tak abang?” Akim berdiri mencekak pinggang selepas berjaya jatuhkan Hafiz. Aril memerhati dan mengangkat keningnya tanda setuju dengan kata-kata Akim.


“Geng, belasah budak dua ni..hati aku panas betul ler” Hafiz memberi arahan, arahannya hanya dituruti.

Seorang demi seorang menyerang dua beradik itu, lagak lawan setiap orang tidak mahu kalah. Seperti lagak lasak dalam ‘Gerak Khas’, sesekali hinggap juga penumbuk di muka Akim dan Aril. Sampai satu masa, hanya tinggal Hafiz seorang diri, tatkala itu dia tidak mampu lagi menentang gabungan dua beradik Akim dan Aril.

“Tak pe, ini masa korang lepas ni kita jumpa kat luar..jangan ingat korang boleh lepas” Hafiz berlari meninggalkan dua beradik itu yang masih berdiri gah, namun tetap ada darah yang mengalir pada badan mereka.

“Ek eler, kalau takut...cakaplah!!” Akim cuba mencabar kembali namun ditahann oleh Aril.


“Kim, sudah-sudah ler tuu...” mereka terduduk di situ membelakangi badan masing-masing, seketika terdengar gelak tawa mereka.

“Hahahaha...apa kerja bodoh yang kita dah buat ni Akim, habislah kalau ayahanda dan bonda tahu” Aril baru teringat pada bondanya jika melihat mereka dalam keadaan begini.

“A’ah ler abang, habislah kita...macam ni abang??”


“Olor, tak apalah...kita tengok nanti bonda lebih sayangkan sapa? abang atau Akim? hahaha...mestilah abang no.1 di hati bonda...”

“hahaha...tak ada maknanya, Akim confirm bonda lebih sayangkan Akim...sapa kalah kena basuhkan kasut masing-masing selama seminggu”

“Okay...set!! hahahaha...” keduanya gelak ketawa bersama.

‘Abang....besarnya pengorbanan abang pada Akim, abang jangan risau..ternyata bonda lebih sayangkan abang, Akim mengalah abang...Akim mengalah” Akim terduduk sendirian di biliknya mengenangkan peristiwa lalu.

“Abang....Abang....Akim perlukan abang, I need you”

“Akim, maafkan bonda..maafkan bonda Akim, perkara seperti inilah yang bonda tak nak berlaku pada keluarga kita...bonda sayangkan kamu berdua” deraian air mata mengalir di pipi Datin Fatimah yang termenung di balkoni seorang diri selepas melihat Akim bersedih selepas mengetahui perkara yang sebenar yang telah disimpan selama ini.


“Aril...Akim...maafkan bonda”


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries