Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 22 : Pertama
17 March 2010 | 12:23 PM | 0 comments
karya:dak comot

Ayah, ibu...Ecah balik dulu ya, ibu dengan ayah jaga diri tau...” Ecah bersalaman dengan ayah dan ibunya.


“Abang Aril, mai sini sat...” Is menarik seluar Aril menyuruhnya tunduk ke arah Is, satu ciuman dari Is pada pipi Aril. Aril terkejut dengan tindakan Is.


“Terima kasih Is...” Haji Zulkifli dan Hajah Semah juga terkejut dengan tindakan anak kecil itu.


“Ewah-ewah, beraninya dia...” Ecah menggumam sendirian, geram betul dia pada adik manjanya itu.


“Abang Aril, kalau Kak Chik tak mahu kahwin dengan abang Aril...Is kan ada” Is bersalam dan mencium tangan Aril.


“Hey Is, dah lebih ler ni...Kak Chik tarik telinga tu kang” Ecah mencekak pinggangnya, Is menjelir lidah kearah Ecah.


Selepas mereka bersalaman, Ecah dan Aril bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kali ini, Zizi menuruti mereka balik ke Kuala Lumpur. Mungkin rindu pada Yazid agaknya, hehehe...Perjalanan mereka mengambil masa selama 2jam setengah.


*****


Di beranda luar rumah Dato’ Ramli, Datin Fatimah duduk sendirian. Teringat peristiwa malam semalam, dia terasa bersalah pada kedua anaknya kerana menyimpan rahsia besar dalam rumah tersebut selama beberapa tahun.


“Bonda..” Akim mendekati bondanya, Datin Fatimah menyeka air matanya yang mengalir.


“Akim..maafkan bonda, bonda terpaksa rahsiakan perkara ini dari Akim. Ini semua permintaan abang Aril sendiri, dia tidak mahu ada perbezaan antara Akim dan abang Aril. Dia sayangkan Akim” Datin Fatimah memberi penjelasan pada Akim mengapa beliau merahsiakan perkara ini daripada Akim.


“Tapi kenapa bonda? kenapa abang tak mahu beritahu pada Akim...kenapa bonda?” Akim bertanya tanpa henti, dia tidak puas hati dengan penjelasan bondanya. Pintu pagar terbuka, seperti ada tetamu yang datang. Kereta BMW series metallic hitam berhenti di halaman depan rumah Dato’ Ramli, dilihat rupa-rupanya...


“Assalamualaikum bonda...” Aril memberi salam pada bonda.


“Aril???....yer sayang, waalaikummussalam” Datin Fatimah menyambut anak terunanya dengan pelukan tapi Akim, Akim terus berlalu memasuki rumah.


“Akim....???” Aril memanggil Akim tapi tidak disambut baik oleh Akim.


“Bonda, kenapa dengan Akim? bad mood ke...takkan Aril tak balik 2hari dah marah-marah, pelik!” Aril pelik dan agak geram melihat tindak tanduk Akim.


Malam itu...suasana malam agak dingin, Aril merenung langit di luar. Kosong, itulah yang mampu digambarkan oleh Aril. tidak seperti berada di rumah Ecah. Kedamaian yang cukup di rasai sangat menyenangkan, sejenak itu...Aril melihat kereta Akim memasuki pagar rumahnya. Dilihat jam pukul 1.30pagi. Tidak lama selepas itu, Akim melalui biliknya...ditegur Akim.


“Akim...lambat balik, kerja banyak ke di pejabat? dah lewat sangat ni rasanya...” Aril bertanya pada Akim, tidak diendah oleh Akim.


“Akim, tak dengar ke abang tengah cakap dengan Akim ni...” suara Aril makin tinggi, mengejutkan Dato’ Ramli dan Datin Fatimah.


“Akim, kenapa dengan Akim ni...abang bercakap dengan Akim, tak dengar ke? Akim ada masalah yang Akim nak kongsi dengan abang?” Aril mendekati Akim yang berdiri di depan pintu biliknya. Disentuh bahu Akim.


“Akim...kenapa abang tengok sejak abang balik dari hantar Tok Wan dan Opah, Akim tak nak bercakap dengan abang? Akim marahkan abang sebab ambil tempat Akim? abang minta maaf...jangan ler macam ni, abang minta maaf” Aril mendekati Akim, cuba memeluk Akim..tapi


“Argh!! kenapa dengan kau ni? jangan cuba nak dekat dengan aku...sape kau? apa sebenarnya kau nak dari aku?” Aril terkejut dengan tindak balas Akim.


“Akim...abang cuma” Aril bersuara.


“Apa abang-abang...hey! Aku tak ada abang ler, kau ingat kau dah jadi anak Dato’ Ramli...nama kau dah berbinkan Ramli, kau nak jadi abang aku?” Akim makin meninggi suara, Datin Fatimah yang melihat dari jauh tidak mampu menahan sendunya, air matanya mula mengalir. Cuba ditenangkan oleh Dato’ Ramli.


“Apa yang Akim cuba cakapkan ni...” Aril berundur dari Akim.


“Jangan ler buat-buat tak tahu, kau ingat aku tak tahu...apa hak kau nak tanya aku macam-macam, ha??” Akim menolak bahu Aril.


“Apa yang Akim merepek ni? Akim gila ke?” Aril bingung seribu persoalan.


“Gila?? memang, memang aku gila...aku gila sebab kau!!!” Akim mencampak pasu bunga yang dekat dengannya ke lantai.


“Akim!!” suara Datin Fatimah mengejutkan dua beradik yang sedang berbalah.


“Hey, sedarlah...kalau bukan disebabkan bonda dengan ayahanda, kau takkan ada kat sini...tempat kau kat tepi jalan jer, sedar sikit!!” Aril geram dengan kata-kata Akim, tidak sangka adik yang selama ini dia sayang boleh berubah sebegini dalam sekelip mata.


“Akim...apa yang Akim cakapkan ni, bawa bersabar”


“Jangan nak tunjuk baiklah, tolonglah sedar yang kau tu anak pungut...cuma” satu hayunan tangan hampir hinggap ke pipi Akim, tapi di tahan oleh Dato’ Ramli.


“Aril...Akim...sudah lah tu, pergi bilik kamu” Dato’ Ramli memberi arahan pada kedua-duanya.


“Memang dasar anak pungut!!!” Akim menguatkan suaranya di depan Dato’ Ramli, lantas itu tamparan betul-betul hinggap pada muka Akim oleh Datin Fatimah.


“Akim...apa yang Akim cakapkan ni? Akim sedar tak yang selama ini abang Aril sangat sayangkan Akim? Akim sedar tak...kenapa Akim jadi macam ni?” suasana rumah Dato’ Ramli bertukar menjadi senyap, Aril hanya mampu berdiri membatu tanpa kata-kata.


“Bonda dan ayahanda tak pernah ajar Akim jadi kurang ajar macam ni, selama ini abang Aril yang jaga Akim...mengalah dengan Akim, bonda tahu ini semua salah bonda sebab rahsiakan perkara ini...bonda minta maaf”


“Akim...abang minta maaf, bukan niat abang menyuruh bonda rahsiakan perkara ni. Tapi abang terpaksa, abang tak nak sesuatu perkara terjadi seperti sekarang...Akim membandingkan abang dengan Akim, abang tahu abang cuma anak pungut...abang tahu pengorbanan ayahanda dan bonda, abang takkan pernah lupakan jasa mereka yang telah membesarkan abang selama ni”


“Akim, ayahanda juga rahsiakan perkara ini dari pengetahuan kamu...sebenarnya selepas 3tahun ayahanda dan bonda berkahwin, kami tak dikurniakan anak...bonda sukar untuk menghadapi tekanan, setiap bulan kami pergi ke hospital dan klinik membuat rawatan...sehinggalah satu ketika, kami terserempak seorang ibu dengan anaknya di tepi jalan” Dato Ramli mengimbas semula peritiwa waktu itu.


Pada waktu itu...


“Abang, apa tu...abang, berhenti...Pak Aris tolong bentikan kereta, Pak Aris!!” lantas itu Pak Aris memberhentikan kereta di tepi jalan.


“Puan, kenapa ni puan..puan sakit ke? kenapa badan puan lebam-lebam ni...puan kemalangan ke? saya hantarkan puan ke hospital yer” Datin Fatimah menegur wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an.


“Cik Puan, tolong saya cik puan....suami saya, dia nak bunuh saya..” biji mata Datin Fatimah dan Dato’ Ramli ketika itu seperti ingin tersembur keluar. Kes pembunuhan??


“Puan, sabar puan...mari saya hantarkan puan ke hospital yer” Datin Fatimah dan Dato’ Ramli memapah wanita itu masuk ke dalam kereta.


Sesampai di hospital, wanita itu diletakkan di wad kecemasan kerana luka teruk yang ada pada badannya perlu dirawat segera.


“Obri, what’s happen? any serious injury...” Dato’ Ramli bertanya keadaan wanita tadi pada rakannya, Dr. Obri.


“Ramli, mana kau jumpa perempuan ni...keadaan dia teruk sangat, tulang rusuk dia patah...badan dia penuh dengan lebam, macam kena tumbuk terajang beberapa kali...badan dia banyak dengan kesan cucuh rokok, aku tak tahu berapa lama lagi dia boleh bertahan”


“Aku jumpa dia tepi jalan tadi, aku tak tahu dari mana dia datang...” Dato Ramli cuba terangkan pada Dr.Obri.


“Ramli, ini dah boleh jadi kes polis...ini dah macam kes dera kau tahu? apa kita nak buat ni?” tak lama selepas itu, Datin Fatimah muncul di pintu.


“Obri, tolong selamatkan dia...” Dr.Obri yang mendengar panggilan Datin Fatimah gesa meluru ke dalam wad.


“Puan...puan dengar suara saya?” badan wanita itu beberapa kali di goncang, dirasa nadinya masih berdenyut. Dr. Obri memandang Dato’ Ramli dan Datin Fatimah dengan muka hampa.


“Cik Puan...Tuan...tolong saya, tolong selamatkan anak saya daripada suami saya” perempuan itu merayu pada Dato’ Ramli dan Datin Fatimah, air matanya membasahi pipi yang penuh dengan kesan luka.


“Tapi puan...” Datin Fatimah menyelah.


“Cik Puan...Tuan...tolonglah jaga anak saya seperti anak sendiri, berikanlah kasih sayang pada dia secukupnya...saya tak mampu untuk menjaganya, saya banyak buat dosa di dunia ini...mungkin inilah balasan Tuhan pada saya” pernafasan perempuan itu makin lama tersekat sehingga tidak kedengaran dan tiada nafas lagi yang mengalir di badannya.


“Puan...puan” Datin Fatimah memeluk suaminya, tidak dapat dia menahan melihat seorang ibu dalam keadaan begitu. Bertarung nyawa untuk seorang anak, anak yang dikandung selama 9bulan terpaksa ditinggalkan didunia ini seorang diri.


“Dan ketika itulah, ayahanda dan bonda mengambil keputusan untuk mengambil abang Aril sebagai anak kami. Selepas sebulan, dalam sekatan jalanraya sekumpulan lelaki ditangkap kerana membawa masuk bekalan dadah, ganja dan heroin. Orang itu adalah ayah abang Aril dan telah dikenakan hukuman gantung sampai mati” Dato’ Ramli menceritakan perkara sebenar pada Akim.


“Ayahanda dan bonda pernah berbincang dahulu bahawasanya takkan timbul satu hari pun tentang perkara ini. Sehinggalah pertama kalinya Akim dengar semalam, bonda minta maaf banyak-banyak pada kamu berdua...bonda sayangkan Aril dan Akim, bonda tak mahu kehilangan kamu berdua...kamu berdua permata hati bonda, sampai bila-bila” serta merta Akim memeluk bondanya, air mata Akim mengalir dengan deras.


“Abang....” Akim memanggil Aril mendekatinya bersama. Aril juga mengalirkan air matanya, tapi entah mengapa wajah Akim semakin hilang dari pandangan. Namun, tetap diteruskan perjalanannya bersama ayahanda ke arah bondanya ingin bersama Akim.


“Aril, kenapa ayahanda rasa Aril makin berat ni....” ditoleh mukanya ke arah Aril, anak yang seiring berjalan dengannya makin lama hilang langkahan kaki. Aril jatuh ke lantai dan disambut oleh Dato’ Ramli.


“ABANGG!!!”


“ARILL!!”


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries