Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 23 : 3 Malam
25 March 2010 | 10:00 AM | 0 comments
karya:dak comot

“Abang, bangun abang...abang, ayahanda...bonda, apa dah jadi pada abang ni?” Dato’ Ramli segera menelefon Dr.Obri.


“Pak Aris, tolong saya....” Pak Aris terkejut melihat Akim yang mngendong Aril di belakangnya.


“Tuan Hakim, apa dah jadi?” sempat lagi pak Aris bertanya.


“Pak Aris, lekas...kita bawa abang ke hospital Uncle Obri” dengan kelajuan tahap maksima, Pak Aris memecut laju ke hospital dengan segera.


*****


Setibanya di hospital, Aril di tempatkan di bilik kecemasan.


“Ramli, sudah sampai masanya...Aril akan jalani pembedahan dia yang pertama dalam masa lagi 2jam, aku dah sediakan persiapan untuk pembedahan. Sebelum itu, aku kenalkan Dr.Shieperd dan Dr.Meredith yang akan jalankan pembedahan ke atas Aril”


“Obri, thanks a lot for ur help...i’m really appreciate it” Dato Ramli berjabat tangan dan memeluk kawan baiknya itu, harapan tinggi diletakkan di atas bahu Dr.Shieperd dan Dr.Meredith yang diterbangkan khas dari New York.


“Don’t worry, ur son will be okay...” Dr.Meredith bersalaman dengan Dato’ Ramli.


“Aku harap kau berdoa agar Aril kuat, aku hanya merancang dan berharap pembedahan ini akan berjaya” Dr. Obri menoleh kiri dan kanan seperti mencari sesuatu.


“Mana Akim?” Dato’ Ramli juga hairan, kemana Akim hilang. Selepas hantar Aril ke hospital, terus hilang entah ke mana. Melihat isterinya seorang diri terduduk di bangku menunggu dalam keadaan yang sangat resah, mukanya terpapar kerisauan seorang ibu. Kadangkala beliau duduk dan bangun, kembali duduk berulang kali. Dato Ramli risau melihat keresahan isterinya.


*****


“Akim, kau kena cepat...sabar Akim, sabar” Akim berbisik sendirian dengan membawa laju Toyota Wish nya menuju ke rumah Ecah.


“Emm, macam mana nak bagitahu Ecah ni.....alamak!!” Akim segera memberhentikan keretanya, betul-betul di hadapan rumah Ecah setibanya di sana.


“Ishh...Akim, relaks...abang tengah sakit, aku kena bagitahu juga kat Ecah...tapi macam mana?”


“Akim, apa kau buat kat sini?”


“Ha??...woi Ecah, terkejut aku...bila kau ada kat depan aku ni?” Akim melihat Ecah yang menyuluh cahaya dari lampu suluhnya.


“Isshh, apa lah kau ni...aku dah lama panggil nama kau, kau je yang tak perasan...apa yang kau buat depan umah aku ni?” Ecah musykil dengan kehadiran Akim di depan rumahnya.


“Kau skodeng rumah anak dara orang yer, hey...apa nak jadi dengan kau ni? tak tahu malu ke?” Ecah sengaja mengusik Akim.


“Ecah!! diam boleh...aku nak bagitahu kau yang abang Aril masuk hospital, kritikal...”


“APA DIA???” lantas itu jatuh lampu suluh dari tangannya.


“Apa yang kau merepek ni Akim, aku baru je dengan dia pagi tadi?? apa yang dah jadi?”


“wei, cepatlah...kau nak pergi ikut aku tak?” Ecah segera masuk ke dalam kereta, ditahan air matanya tapi raut wajahnya penuh dengan kerisauan terhadap keadaan Aril. Akim segera memecut laju keretanya.


*****


Selepas 4jam pembedahan berjalan, masih tiada berita tentang keadaan Aril.


“Timah, bawa bersabarlah yer...kita doakan Aril selamat, aku rasa lama lagi pembedahan tu..kita pergi sarapan dulu yer, kau pun kena jaga kesihatan” Datin Jamilah membawa Datin Fatimah menuju ke kantin, Datin Fatimah sempat mengerling ke arah Ecah yang masih menunggu di depan bilik pembedahan.


“Ecah, kau tak nak sarapan dulu ke? jom aku temankan...” Akim mempelawa Ecah untuk bersarapan.


“Takpe lah Akim, aku tunggu kat sini...kau pergilah dulu” Ecah menjawab dengan terketar-ketar, mungkin kesejukan kerana menunggu semalaman di dalam tempat yang berhawa dingin dan mungkin juga kerana kesejukan pagi.


“Aril...cepat sembuh ok, Ecah belum lagi luahkan perasaan pada Aril. Aril kena kuat, Ecah percaya Aril mampu” terdengar pintu bilik dikuak, lantas Ecah berdiri dan melihat siapa.


“Eeeh, Ecah...” Adila yang baru keluar dari bilik pembedahan menyapa Ecah.


“Adila, macam mana keadaan Aril? dia ok ke? lama lagi ke pembedahan ni...Ecah nak jumpa Aril” Ecah menjadi kelam kabut, seperti tiada lagi esok hari untuk Aril.


“Don’t worry, we will try our best...Adila tengok Ecah pucat je ni, tak makan ke? Ecah pergi rehat dulu yer...Adila tak nak seorang lagi pesakit masuk hospital ni, hehe” Adila sempat bergurau dengan Ecah.


“Emm ok...Adila tak payah risau, Ecah ok je...” Ecah kembali duduk di kerusi menunggu.


“Ecah, lebih baik Ecah pergi sarapan then solat subuh sekali...Ecah doakan agar pembedahan Aril akan selamat, apa kata Aril bila tengok keadaan Ecah macam ni...” Ecah lemah dengan kata-kata Adila, setelah difikir Ecah bangun dan mengikut Adila ke kantin hospital.


Selepas 8jam pembedahan...


“Ecah, kau ok? aku hantar kau balik rumah yer...kau dah letih sangat ni, semalaman kau tunggu abang kat luar...langsung tak tidur, nanti kau sakit” Akim risau melihat keadaan Ecah.


“Akim, tak payah risau pasal aku...aku ok” Ecah melihat pintu bilik pembedahan di buka, 2 – 3 orang jururawat keluar masuk dengan terburu. Ecah kehairanan.


“Obri, what’s happen...Aril ok?” Dato’ Ramli menegur Dr. Obri yang keluar dari bilik pembedahan terburu-buru.


“Ramli, minta maaf...aku cuma harap kau berdoalah banyak-banyak pada Tuhan, Aril dalam kondisi yang bahaya...tekanan darah dia makin rendah, badan dia lemah....kami akan cuba sedaya upaya kami, bertenang ok” Dr.Obri segera berlalu dari situ meninggalkan Dato’ Ramli yang terpinga-pinga.


“Aril....jangan tinggalkan bonda, bonda sayangkan Aril...Aril anak bonda” Datin Fatimah tak dapat menahan perasaannya, waktu pembedahan sudah berjalan 8jam. Tidak sangka ini keputusannya akan jadi begini.


“Aril...be strong, be strong for me...I need you, really need you” Ecah hanya mampu mengalirkan air matanya, Akim hanya mampu melihat dari jauh kerna dia juga berasa sangat sedih memikirkan keadaan abang yang disayang.


“Abang...Ecah perlukan abang, berikan Ecah kebahagiaan yang ditunggu...Akim tahu abang mampu” Akim menekup mukanya, letih baangkali. Tak dapat dibendung lagi perasaan kesal dan kasihannya pada Aril kerana membuat Aril susah hati sebelum ni.


Selepas 30minit keadaan kecemasan tadi berlalu,


“Ramli, Aril....” wajah sugul Dr.Obri selepas keluar dari bilik pembedahan bersama Adila.




Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries