Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 24 : Kesakitan
31 March 2010 | 8:36 PM | 0 comments
karya:dak comot

“Ramli, Aril....” wajah sugul Dr.Obri selepas keluar dari bilik pembedahan bersama Adila.


“Obri, macam mana dengan keadaan Aril? dia ok ke?” Dato’ Ramli segera mendapatkan rakannya itu bertanyakan khabar Aril.


“Ramli, Aril dalam keadaan kritikal sekarang ni kerana sedikit komplikasi yang terjadi tadi...tapi jangan khuatir, ianya hanya dalam masa yang singkat...bagilah ruang untuknya berehat”


“Syukur, Alhamdulillah...anak bonda selamat, aku bersyukur padamu ya Allah” Datin Fatimah memeluk Akim yang memegang erat tangan bondanya, diperhatikan oleh Ecah tidak jauh dari situ yang turut bersyukur mendengar keadaan Aril dalam keadaan selamat.


Dalam suasana kesyukuran itu, Dr.Obri menarik Dato’ Ramli bergerak jauh dari situ berjumpa dengan Dr.Shieperd dan Dr.Meredith “we’re sorry Dato’, we can’t do anything...we hope that your daughter will be fine and strong enough to fight the disease, we only can try and we hope that you will be fine to accept this news”


Dr.Obri turut menggelengkan kepalanya “Ramli, dalam masa sekarang...aku akan serahkan Aril pada Adila untuk menjaganya, dalam jangka masa itu biarlah Aril berehat di hospital”


“Thanks Obri...kaulah sahabat yang membantu aku selama ni” Dato’ Ramli bersalaman dengan rakannya dan juga berterima kasih pada Dr.Shieperd dan Dr.Meredith.


“Uncle, jangan risau yer...Adila akan jaga Aril dengan baik, kerna kita semua sayang dia” lantas itu Adila meletakkan kepalanya didada Dato’ Ramli, dia juga turut merasa sedih dengan berita itu, tapi apakan daya...kita hanya merancang, tapi Dia yang tentukan.


*****


Malam ke2 selepas pembedahan ...


“Aril...bangun cepat ya, Adila ada masakkan bubur nasi untuk Aril ni...sedap taw”


“Adila dah sediakan semuanya untuk Aril, Adila ada bawakan majalah untuk Aril baca...’METROPOLITAN” tajuk utamanya : seorang anak muda Khairil Azam Dato’Ramli berjaya menjadi usahawan muda dalam bidang import dan eksport”


“Banyak cerita Aril dalam ni, tentang famili Aril...gambar-gambar Aril pun bagus, segak Aril bila pakai baju kot ni...Aril tak nak baca ke?”


‘Adila pun ada bawa buah-buahan untuk Aril, Aril makan banyak-banyak buah-buah ni untuk cepat sembuh...boleh main futsal dengan Adila lagi” kata-kata Adila tidak diendahkan Aril, tubuh Aril baring dihadapannya tapi tidak bergerak...tidak ke kiri mahupun ke kanan.


“Aril, tak dengar ke Adila cakap ni...” Adila menggoncang tubuh Aril, tapi tiada refleksi yang terjadi...seperti mayat hidup Aril di hadapannya. Tiub melingkar di setiap tubuhnya, denyutan nadi melalui mesin dapat didengar perlahan.


“Aril...nak tahu satu cerita? tadi petang Adila pergi pasar dekat chow kit...Adila teringat waktu dulu-dulu kan kita selalu makan cendol kat sana, ada lagi tau kedai tu...bila kita nak pergi sana lagi yer, hehehe...Aril suka sangat kacau pak cik tu sebab nak cendol lebih, hehehe” Adila ketawa seorang diri, diletak kepalanya ke katil...dipandang wajah Aril, kasihan..rindu rasanya hendak berbual dan melihat Aril tersenyum, tanpa disedari air matanya mengalir.


“Aril, bangunlah...Adila rindu pada Aril, Aril jangan tinggalkan Adila” diusap rambut Aril. Dibetulkan setiap lipatan selimut yang berada di atas badan Aril. Di genggam jari-jemari Aril, didekatkan ke mukanya.


“Aril ingat ya, Adila akan sentiasa sayang dan cintakan Aril” air mata Adila makin deras, dia bangun dan keluar dari bilik Aril yang masih dalam pemerhatian.


Tak disangka, air mata Aril turut mengalir tatkala Adila keluar dari biliknya.

“Adila.......”


*****


Pagi itu hari ke3 selepas pembedahan...


“Assalamualaikum Aril, selamat pagi....Aril tak bangun lagi, Ecah datang ni...” Ecah membuka pintu bilik Aril dengan membawa sarapan pagi, dilihat ada bubur yang masih belum dijamah di sisi katil Aril. Buah-buahan juga tidak disentuh.


“Aril...berapa lama lagi Aril nak baring macam ni? Aril bangun ler...rugi tau, Ecah bawakan Aril PSP...ada game baru” Ecah mengeluarkan PSP nya.


“Aril, nengok ni...hahaha, best tau game ni...hari tu Ecah fight ngan Akim pun dia kalah, tapi tak nak terima...hahaha, memang dasar dak telinga capang...bukan nak dengar orang len cakap, ikut suka dia jek!” Ecah berhenti membebel selepas bosan bersembang dengan Aril tanpa ada tindak balas darinya.


“Aril...bangunlah, sampai bila Ecah nak tunggu Aril. Ecah sayangkan Aril, tiada lelaki yang ada dalam hati Ecah sekarang ni selain Aril...of coz nombor satu ayah Ecah, hehe” sempat lagi Ecah menggembirakan hatinya sendiri.


“Aril, bangun yer...Ecah sayang Aril” Ecah melepaskan tangan Aril dan ingin berlalu dari situ, tetapi...


“Adila.....” Ecah terkejut dengan suara itu, suara yang ditunggu selama beberapa hari ini dapat juga didengar akhirnya.


“Adila...Aril haus” Aril membukakan matanya sedikit demi sedikit, pantas Ecah menuangkan air untuk Aril. Ecah menghulurkan gelas yang berisi air ke arah Aril.


“Ecah??? huh...”


PRANGGG!!!!


Dicampak gelas berisi air itu ke lantai, berkecai...bertaburan kaca di lantai, air tumpah di serata tempat. Ecah kehairanan.


“Aril, kenapa ni? apa dah jadi ni....??” Ecah mendekati Aril.


“Pergi, pergi kau dari sini...” Aril menolak Ecah, sekali lagi Ecah cuba mendekati Aril.


“Jangan, jangan dekat dengan aku...aku tak suka, aku benci kau...PERGI!!!” Ecah menjauhi Aril, mendengar teriakan Aril...seorang jururawat masuk bersama dengan Adila untuk memeriksa Aril.


“Aril??...” Ecah diam membisu di luar bilik Aril, dia kehairanan dengan tindakan Aril. Pelbagai persoalan di mindanya, kacau bilau pemikirannya. 3hari dia menunggu Aril ini balasannya.


“Kenapa? kenapa? kenapa jadi macam ni? apa salah aku? ya Tuhan besarnya dugaanmu...” Ecah berpeluk tubuh menahan kesedihannya. Dia bangun ingin berlalu dari situ, badannya lemah lesu. Beberapa hari ni, tidurnya tak lena hidupnya serba tak kena memikirkan keadaan Aril.


Dari jauh kelihatan Akim berjalan menuju ke arahnya, lambaian tangan Akim dibalas dengan senyuman oleh Ecah. Dia bingkas bangun untuk mendapatkan Akim, tubuhnya seakan tidak membenarkan dirinya bergerak. Tubuh Ecah rebah ke bumi.


“ECAH!!!!....” laungan Akim hanya samar didengar oleh Ecah.


“Akim...........”




Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries