Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : MAHU BUKA KILANG BATANG BURUK
18 March 2010 | 2:01 PM | 0 comments
credit:mymetro

MENGINJAK angka 19 tahun, pada usia sebegini, kebanyakan remaja begitu ghairah mencuba bermacam perkara baru.

Begitu juga langkah jejaka popular bernama Afiq Hakim Ahmad atau Akim dalam merencanakan kehidupan remaja penuh glamor di kota metropolitan.

Kebelakangan ini pelbagai cerita kurang enak menerjah bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) ini.

Antara isu yang berlegar ialah dakwaan kononnya Akim semakin besar kepala, tidak berdisiplin dan paling hangat wajahnya sering tersidai di kelab hiburan pada lewat malam.

Begitu juga langkah jejaka popular bernama Afiq Hakim Ahmad atau Akim dalam merencanakan kehidupan remaja penuh glamor di kota metropolitan.

Kebelakangan ini pelbagai cerita kurang enak menerjah bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) ini.

Antara isu yang berlegar ialah dakwaan kononnya Akim semakin besar kepala, tidak berdisiplin dan paling hangat wajahnya sering tersidai di kelab hiburan pada lewat malam.


Sewaktu pertanyaan itu diusulkan kepada Akim, nyata dia tidak lari daripada kenyataan kerana baginya itu kerja orang yang tidak bertanggungjawab yang suka menjaga tepi kain orang.

"Saya mengaku saya memang pergi kelab hiburan, tetapi saya meminta izin daripada ibu saya supaya ibu tahu ke mana saya pergi, dengan siapa saya berkawan dan apa saya buat. Ya, saya dibebaskan, tetapi masih bersyarat.

"Ibu saya tidak melarang kerana dia tahu saya bukannya mengambil dadah atau mabuk, cuma dia menasihati saya supaya berhati-hati menjaga diri serta maruah keluarga. Bagi saya tidak semua orang yang pergi kelab malam itu jahat.

"Saya sendiri ke sana bersama kawan-kawan kerana suka menonton 'live band'. Cara ini turut membantu saya mendapatkan inspirasi menghasilkan lagu untuk didendangkan," katanya.

Akim yang turut menjayakan konsert Hot FM Big Jam di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, baru-baru ini sempat meluangkan waktu buat sisipan Rap yang mahu merakamkan gaya santainya di tepian pantai.


Berbual lanjut mengenai kerjaya seninya, Akim baru saja selesai menjayakan filem animasi Jumbo Gajah Biru yang mana suaranya dipinjamkan untuk watak utama sebagai Jumbo.

Akui Akim, ia satu lagi pengalaman berharga yang ditimbanya dan dalam animasi berkenaan, Akim sekali lagi bergandingan dengan Mila - pasangan heroinnya dalam drama muzikal Kau dan Aku.

"Jumbo adalah watak bapa gajah. Saya bukan saja pertama kali meminjamkan suara untuk animasi, tetapi berhadapan dengan cabaran menjiwai watak matang.

"Sebagai orang belum berkahwin dan tidak pernah ada pengalaman itu saya merasakan watak Jumbo ini benar-benar mencabar. Bagaimanapun, saya bersama pelakon yang lain dibantu oleh pengarah yang sentiasa memantau dialog kami," katanya.

Selepas membina platform menerusi lagu Bengang kini Akim muncul pula dengan single terbaru, Nilai Cinta ciptaannya sendiri.

Tambah membanggakan lagu ini digunakan sebagai lagu tema iklan Cornetto yang turut menampilkan Akim sebagai model dan duta jenamanya.

Menyentuh isu menghadapi saingan daripada bintang Akademi Fantasia 8 (AF8) yang baru saja bermula, pemuda yang dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) menerusi dua kategori iaitu Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular, akui dia tidak tercabar.

"Rezeki ada di mana-mana. Pada saya kehadiran bintang AF8 merancakkan lagi industri hiburan. Sejak dari mula lagi saya sudah mempersiapkan diri menghadapi saingan daripada bintang AF8 dan seterusnya.

"Bagi saya artis perlu ada perancangan teliti demi memastikan kerjaya seni berterusan.

"Antara usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan nama saya dalam industri seni ialah dengan mempertingkatkan kemampuan vokal kerana nyanyian adalah mata pencarian saya.

"Apa yang paling penting berfikiran positif, terus bersemangat dan jangan cepat mengalah," katanya.

Pada temubual itu, Akim turut menyuarakan hasrat hatinya untuk mengembangkan perniagaan keluarga yang diusahakan sejak 23 tahun lalu.

"Saya cadang hendak membuka kilang memproses kuih batang buruk, sekali gus membantu keluarga membesarkan perniagaan kami.

"Sebelum jadi artis bahkan sejak kecil lagi saya sudah diajar membuat kuih batang buruk. Lazimnya kami akan terima banyak tempahan pada Ramadan.

"Melihatkan perniagaan ini mempunyai potensi besar untuk dipasarkan ke luar negara saya terfikir sebagai permulaan kami memerlukan sebuah kilang dilengkapi mesin memproses kuih batang buruk," katanya.


Profil
NAMA: Afiq Hakim Ahmad
PANGGILAN: Akim
TARIKH LAHIR: 18 Januari 1991
USIA: 19 tahun
BINTANG: Capricorn
HOBI: Menonton live band
WARNA: Biru laut
BAND KESUKAAN: Armada, The Click 5 dan Plain White T's
AKTOR PUJAAN: Jude Law
AKTRES PUJAAN: Jessica Alba
LAGU POPULAR: Bengang
SIRI POPULAR: Kau & Aku


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries