Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 25 : Perasaan yang Terseksa
07 April 2010 | 6:56 PM | 0 comments

karya:dak comot

“Ecah, Ecah bangun Ecah....” Akim menggoyangkan tubuh Ecah yang dibaringkan di atas katil dalam pejabat Adila.


“Akim...Aril....” Ecah terus memeluk Akim selepas matanya melihat Akim di depannya, perasaan yang di tahan dari tadi tidak dapat lagi disimpan.


“Ecah???” Akim hairan dengan tindakan Ecah.


“Akim...jangan lepaskan Ecah, biarkan Ecah...” semakin kuat esakan Ecah, makin kuat tangannya merangkul Akim. Air matanya juga mengalir deras.


“Akim, kenapa Aril jadi macam tu? dia dah lupa pada Ecah? dia dah lupa kata-kata dia pada Ecah? kenapa Akim? selepas kedua kalinya Ecah mempercayai dia...dia buat macam ni pada Ecah, Akim....sakitnya hati Ecah” Ecah melepaskan rangkulannya.


“Ecah, jangan macam ni...Akim sakit bila melihat Ecah dalam keadaan macam ni” ditenung wajah Ecah dengan air mata yang membasahi pipinya.


“Akim...” Ecah masih lagi teresak menahan sedihnya, air mata yang mengalir diusap oleh Akim. Tidak sanggup dia melihat gadis yang dicintainya mengalirkan air mata.


Kejadian yang terjadi oleh Ecah dan Akim itu dilihat seseorang dari luar pejabat Adila, perancangan yang dirancang berjalan dengan baik. Kejayaan bakal dicapai tidak lama lagi, orang itu tersenyum sinis sebelum berlalu dari situ. Apakah rancangan orang itu? samaada baik atau buruk?


*****


‘ABANG!!....”


Pintu bilik Aril ditolak kuat oleh Akim, jururawat di situ terkejut dengan tindakan Akim. Mukanya merah, perasaan marah pada abangnya membuak-buak selepas melihat apa yang terjadi pada Ecah.


“Akim, kenapa ni? tiba-tiba masuk macam orang naik hantu je, bertenang...kan Aril tengah sakit” Adila cuba menahan Akim dari mendekati Aril.


“Arghh!! sakit konon....sakit yang dibuat-buat??”


“AKIM!!!....” tangan Adila laju saja ingin hinggap di pipi Akim atas kata-katanya.


“Adila......” suara lemah Aril memberhentikan tindakan Adila. Dia menjatuhkan tangannya.


“Adila, tolong tinggalkan kami sebentar...” Aril membuat permintaan.


“Tapi Aril....Akim...” Adila menggelengkan kepalanya dan berlalu sari situ.


“Akim, kenapa dengan Akim? tiba-tiba nak serang abang ni...” Aril bertanya perihal pada Akim.


“Abang, apa salah Ecah yang sampai abang buat dia macam tu sekali? dia tak layak untuk terima layanan seperti itu dari abang” Akim mula menuturkan katidakpuashatiannya pada Aril.


“Abang tahu? dia tunggu abang seharian di hospital untuk menjaga abang....nak lihat abang bangun, nak lihat abang sihat seperti sedia kala, nak lihat senyuman abang....tapi!! ini layanan abang pada DIA??” Akim makin meninggi suara.


“Akim...” Aril memalingkan mukanya pada Akim.


“Akim sayangkan dia??” Akim diam, terkejut dengan pertanyaan Aril dengan tiba-tiba.


“Abang??”


“Abang tanya, Akim sayang Ecah??” Aril bertanya sekali lagi.


“Tapi abang....” kemarahan Akim mula reda, hairan dengan Aril.


“Abang tahu, abang tahu dan abang dapat rasa sayang Akim hanya untuk Ecah...” Akim makin membisu tanpa kata.


“Abang tahu kali pertama abang jumpa Ecah dengan Akim, abang dapat rasa yang Ecah dah pun mengambil hati Akim” Aril senyum kecil, sudah lama rasanya Aril tak memperlihatkan senyuman manisnya.


“Walaupun perangai Ecah kasar, suka melawan...abang tahu, Ecah yang Akim suka” sekali lagi Aril memerangkap Akim, Akim hanya mampu berdiam diri.


“Abang? abang tak mampu nak jaga Ecah...abang tak nak Ecah susah hati dengan penyakit abang, abang tak nak dia sia-siakan hidup menunggu abang...lebih baik dia cari lelaki yang lebih baik dari abang, abang ni hanya menyusahkan dia...” air mata Aril mula menitis, tertusuk hati Akim mendengar sendu abangnya yang disayang.


“Abang redha jika ini ketentuanNYA, DIA lebih mahukan abang dekat denganNYA..DIA uji abang dengan pelbagai dugaan, dengan itu....abang redha jika Ecah akan jadi milik Akim, abang lebih rela memberikan kebahagian Ecah untuk adik abang sendiri...AKIM” Akim menoleh ke arah abangnya, pantas dirangkul tubuh abangya yang berbaring.


“Abang....maafkan Akim, abang...Akim sayang abang, abang satu-satunya abang yang Akim ada...yang terbaek!!” sendu Akim makin kuat diiringi deraian air mata dari keduanya.


“Abang nak Akim jaga Ecah dengan baik, sampai akhir hayatnya....abang juga tahu yang sebenarnya di hati Ecah juga ada Akim, abang kenal Ecah...percayalah” Aril memberi pesanan terakhir sebelum Adila masuk untuk membuat pemeriksaan tekanan darahnya.


“Abang...” Akim bangun dari katil dan terus keluar dari bilik tersebut memberi laluan kepada Adila untuk membuat pemeriksaan.


Di ketika itu,....


“Arill.....”


“Shhh....Adila dah janji pada Aril kan?” Adila memandang Aril sayu, mendengar ucapan Aril yang tidak ingin dia dengar, JANJI...janji yang harus ditunaikan.


“Tapi Aril...” Aril menggelengkan kepalanya, mukanya penuh dengan harapan agar Adila setuju dengan rancangannya. Adila hanya mampu Akur.


*****


Selepas 2minggu di hospital, Aril dibenarkan pulang ke rumah.


“Aril, macam mana dengan keadaan Aril? bertambah baik? bonda risau melihat keadaan Aril macam ni, susah hati bonda dibuatnya” Datin Fatimah membawa sedulang air untuk Aril dan suaminya yang sedang menonton tv di ruang tamu.


“Bonda, janganlah risau...Aril ok bonda, inilah sebabnya Aril tak mahu beritahu bonda tentang penyakit Aril...Aril ni selalu menyusahkan bonda, Aril minta maaf ya bonda...ayahanda”


“Tak apa, tapi jangan buat lagi lepas ni...ok?” Aril hanya berdiam diri, dialihkan topik perbualan bondanya.


“Bonda, Akim mana?...tak nampak pun dia satu hari ni?” sambil menjenguk-jenguk ruang rumahnya.


Ada kat atas tu, bonda tengok Akim tu pelik 2minggu ni...ada masalah kot, nanti bonda suruh bibik panggilkan Akim turun...”


“Tak payahlah bonda, Akim dah turun pun...wahhh, rancaknya bersembang bonda...perkara apa yang disembangkan tu?” tiba-tiba Akim muncul dengan menuruti anak tangga.


“Akim...ada perkara abang nak cakap pada ayahanda dan bonda serta Akim” Aril mula menuturkan ayatnya.


“Ayahanda....bonda, Aril dah buat keputusan yang Aril nak kahwin”


“KAHWIN???” h dalam pemerhatianangun dan keluar dari wad tersebut., ada lagi tau kedai tu. sembuh...boleh main futsal dengan A“omahnya mencekak pinggang. di yang masih lagi tercegat di pagar




Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries