Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 26 : Pemulihan
12 April 2010 | 10:21 PM | 0 comments


karya:dak comot

“KAHWIN???”


“ya, kahwin...Aril dah buat keputusan yang Aril akan kahwin dengan Adila”


“Aril..??”


“Abang??”


“Aril, kahwin ni bukan mainan tau...Aril betul-betul dah sedia? Aril baru je lepas pulih...tiba-tiba je buat keputusan macam ni, terkejut bonda dibuatnya”


“Aril dah lama buat keputusan ni, dan Aril rasa dah sampai masanya Aril beritahu pada ayahanda dan bonda”


“Kenapa abang ni? tetiba je...apa ler rancangan dia ni? Ecah macam mana?” Akim berbisik sambil melihat Aril yang rancak bersembang tentang rancangannya untuk berkahwin pada ayahanda dan bonda.


“Kalau macam tu, kita kena buat persiapan awal. Banyak perkara kita nak selesaikan dan...” tidak sempat Dato’ Ramli menghabiskan ayatnya, Aril bersuara.


“Tapi sebelum tu, Aril ada permintaan...”


“Permintaan??” Datin Fatimah dan Dato’ Ramli terkedu.


“Aril nak....Aril nak...Aril nak Akim betunang juga” Akim yang asyik menonton tv melatah dengan tiba-tiba.


“Ha?? bertunang? eh..tunang? apa? BERTUNANG???” Akim berdiri tegak dihadapan mereka.


“Tapi Akim??” Akim terbeliak melihat bonda dan ayahanda yang tersenyum melihat Akim.


*****


“Ecah, akak dah lama tak dengar cerita dua beradik telinga capang tu...gaduh ke?” Ecah hanya terdiam.


‘Ecah, kamu bergaduh dengan Akim?” Ecah diam.


“Atau kamu bergaduh dengan Aril” Ecah diam lagi.


“Ecah, kamu dengar tak akak cakap ni?” Zizi buntu melihat Ecah yang hanya diam membisu sambil menonton tv dihadapannya.


“Akak....” akhirnya Ecah bersuara.


“Ya Ecah...” Zizi merenung adiknya.


“Boleh tolong tak?”


“Tolong apa?”


“Tolong SENYAP!, Ecah tengah kusyuk nengok tv ni...” Zizi geram dengan Ecah, nak dicucuk adiknya kang melatah tak berhenti pulak. Sabar Zizi...


“Eh Ecah, akak tanya ni...kamu buat diam pulak, kamu dengar tak ni?” Zizi menekan sedikit nada suaranya.


“Ecah dengar ler akak, malas ler nak citer pasal dua ekor beruk tu...sorang keras kepala, mengada-ngada, suka membuli...yang sorang lagi,pandai berpura, nampak je bijak tapi suka mungkir janji..”


“Ehhh...cop cop cop” Zizi memberhentikan kata-kata Ecah.


“Ecah cakap sape ni? keras kepala, mengada-ngada, suka membuli,pandai berpura, suka mungkir janji..sape ni? Akim atau Aril...apa yang Ecah merepekkan ni?” Zizi menggaru-garu kepalanya tidak faham.


“Ishh...akak ni, bila Ecah senyap suwuh bercakap. Bila Ecah bercakap, akak cakap Ecah merepek pulak” Ecah mencampakkan bantal yang dipeluk ke arak kakaknya.


“Ecah...ishh, budak ni...bertuah betul ler” Zizi memandang Ecah yang berjalan menaiki tangga ke biliknya. Dikejar adiknya.


“Ecah, ishhh...pelan ler sikit, letih ler nak kejar” Zizi menurut Ecah kebiliknya dan berbaring disebelah Ecah.


“Ee..akak ni, kan Ecah dah cakap tadi..rimas ler, akak...” Ecah memuncungkan mulutnya.


“Ecah, citer ler..lepas-lepas operation Aril tu akak nengok Ecah lain macam je, ada apa-apa jadi ke?” Zizi mula menyoal Ecah selepas melihat adiknya murung dalam beberapa minggu ni.


“Yang keras kepala, mengada-ngada, suka membuli tu Akim....yang pandai berpura, suka mungkir janji tu abang dia..Aril” Ecah menepuk-nepuk bantalnya tanda geram pada keduanya.


“Owhh...ye ke? yang kamu marah sangat kat diorang ni kenapa?” Zizi ingin mengorek rahsia lagi.


“Akak ni kan, kalo nak tahu rahsia orang memang suka kan? kakak sape ler ni...???”


“Akak Ecah ler...” Zizi mengeyitkan matanya pada Ecah.


“Ecah, akak nak tanya sikit...sebenarnya Ecah suka pada sape? Akim atau Aril?”


“Emmm...mana ada Ecah suka kat dua ekor beruk tu, tak mahu ler Ecah...baik Ecah amik Rosyam Nor ke, Hans Isaac ke, Afdlin Shauki pun ok gak...hehehe”


“Ecah...akak serius ni, cuba tengok muka akak ni...ada macam muka main-main ke?” Ecah menoleh memandang akaknya.


“A’ah, ada...” Ecah tersenyum melihat kakaknya.


“Ecah...budak ni memain ler, ishh!!”


“Ecah tak tahu ler akak, Ecah tak tahu...bila Ecah dengan Aril, Ecah rasa bahagia sangat...tak payah dia cakap banyak, bila Ecah nengok dia senyum hati Ecah rasa tenang je...tapi Aril suka mungkir janji dengan Ecah”


“Dan Akim??”


“Akim? Ecah selalu gaduh dengan dia..semua yang dia cuba lakukan, buat Ecah geram je...tapi, bila Ecah ada masalah, dia selalu dekat dengan Ecah...dia tahu macam mana nak tenangkan Ecah, dan dalam setiap kata-kata dia yang lepas tu sumenya ikhlas, Ecah tahu...”


“Emm...banyak yang Ecah tahu pasal Akim yer, Ecah suka Akim kot”


“Apa?? budak degil telinga capang tu? nnnnnooooo...!!!”


“PON!!...PON!!...”


“E’eh, sape pula yang datang memalam ni??...” perbualan Ecah dan Zizi terhenti bila mereka terdengar bunyi hon kereta di luar rumah. Mereka berdua menjenguk ke luar tingkap, rupa-rupanya Akim.


“Eh, apahal budak telinga capang ni?? baru cerita sikit pasal dia, dia dah terpacak depan pagar rumah orang...memang panjang umur betul ler” Ecah hairan dengan kedatangan Akim siap dengan berkot hitam LV kerumahnya dengan bunga ros sejambak ditangan.


“Apa ke mimpi si budak Akim ni?” Zizi turut hairan.


“Assalamualaikum...ish, dah berapa kali aku bagi salam ni? tak ada orang jawab pun...tak ada orang kat rumah ke? motor dan kereta diorang semua ada, mana pergi tuan rumah? pengsan ke? ishh...cepatlah buka pintu pagar ni, aku dah naik segan dah ni tunggu lelama kat luar rumah anak dara orang” Akim berjalan ke hulu hilir tak keruan, wangian Dolce Gabbana yang melitupi tubuh Akim dapat dihidu harum.


“Waalaikummussalam....wei Akim, apahal kau tercegat depan rumah aku ni?” tetiba muka Ecah terpacul di depan pintu.


“ha! Ecah..emm...Ecah...emm...” Akim gagap.


“Wei, ko ni pehal? gagap plak tetiba..aduyai” Ecah berambah runsing tengok gelagat Akim.


“Ecah...Ak..Aku..Akuuu”


“Ya Tuhan, kenapa dengan kau ni Akim...arghhh, malas ler aku nak layan...” Ecah menoleh dan masuk kembali.


“Aku sayangkan kau...” langkahan Ecah terhenti, kurang pasti apa yang di dengar.


“APA???...apa yang kau cakapkan ni??” Ecah melihat Akim yang berdiri tegak di hadapannya.


“Aku...Aku sukakan kau, Aku sayangkan kau dan Aku CINTAkan kau” Akim bercakap sambil menghulurkan sejambak bunga kepada Ecah, berharap cintanya akan disambut oleh Ecah.


“Akim??...tapi aku” Ecah pula yang gagap.


“Akim....maafkan aku, aku tak dapat terima kau. Aku takut aku salah buat pilihan, maafkan aku” Ecah terus berlalu masuk ke dalam rumah, ditutup pintu rumahnya...tapi Ecah masih lagi disitu mengenangkan Akim. Dia sendiri tidak pasti pilihannya, wajah Akim dan Aril muncul bersilih ganti di pemikirannya. Dan diluar...


“Ecah....??” Akim berlalu dengan kecewa dan perasaan yang sangat hampa, cintanya tidak dibalas. Bunga tadi diletak dihadapan rumah Ecah. Akim berlalu menuju ke kereta, tiba-tiba muncul Tok Sidi dengan bertongkat menahan Akim.


“Nak...kenapa dengan ekau ni? aku nengok hari tu bukan main gembira lagi kau main gitar depan rumah budak Ecah ni dan sekarang ekau nak balik dengan sedih pulak?” Tok Sidi menyoal Akim.


“Tok...dia tak nakkan saya, saya nak buat apa lagi?”


“Ishh...kang aku cakap ekau ni bodoh, kau kata aku tua...aku muda lagi tau, kau tak perasan ke dia sebenarnya suko kat kau...cuma dia tak tau nak buat pilihan”


“Tapi tok...”


“Ishh budak ni, aku pukul jugak dengan tongkat aku ni...”


Sementara itu, di dalam rumah Ecah...Ecah merenung Akim yang berdiri diluar bersama Tok Sidi, Zizi dan Mak CT mendekati Ecah.


“Sayang...” Mak Ct memanggil Ecah, terus dipeluk Mak Ct oleh Ecah.


Mak Ct, Ecah tak tahu pilihan Ecah betul atau tidak...tolong Ecah Mak Ct, akak...”


“Ecah, akak tak boleh nak buat keputusan untuk Ecah...Ecah sendiri tahu siapa pilihan Ecah”


“Yer sayang, Mak Ct dan kak Zizi tak boleh nak buat keputusan untuk Ecah...ini adalah kehidupan Ecah, masa depan Ecah...Ecah fikir baik-baik, dengar apa yang hati Ecah inginkan” Mak Ct dan Zizi membiarkan Ecah seorang diri di situ, fikiran Ecah mengimbas kembali detik-detik tatkala dia bersama Akim dan Aril dahulu. Terlalu banyak perkara yang terjadi antara mereka bertiga.


“AKIM!!!”



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries