Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 27 : Persiapan
14 April 2010 | 4:40 PM | 0 comments


karya:dak comot

“AKIM!!!”


Ecah lantas membuka pintu rumahnya, dilihat Akim sudah tiada. Ditegur Tok Sidi yang baru saja ingin melangkah masuk ke rumahnya.


“Tok Sidi, mana Akim?...”


“Akim?? sapo budak Akim? anak sapo dia tu...” Tok Sidi hairan.


“Budak lelaki yang bersembang dengan Tok Sidi tadi tu...” Ecah cuba menerangkan pada Tok Sidi.


“Owhh...budak tinggi telinga capang tu ka, nama dia Akim rupanya..tak sempat Tok Sidi nak kenal, bagus budak tu Tok..”


“Tok....Ecah tanya, mana dia pergi??” Ecah berang bila melihat Tok Sidi yang mahu mula membebel.


“Emm...dia baru je gerak dengan kereta besar dia tu, bagus budakkkk...erk?!” Tok Sidi hairan bila ditoleh Ecah sudah tiada dihadapannya, dilihat Ecah berlari mengejar kearah kereta Akim pergi tadi.


Kan aku dah kata, dak Ecah ni suka kat budak laki tu...syukur” Tok Sidi tersenyum sebelum menutup pagar rumahnya.


Tatkala itu,


“Akim....Akim....Akim...”


“Ecah, kenapa kau tolak cinta aku?? Aku sayangkan kau...” Akim membebel sendiri, sambil memasang lagu ‘Noktah Cinta’.


“Akim....Akim....Akim...” Ecah masih berlari mengejar kereta AFQ 3709 dihadapannya, tuan punya tidak sedar laungan Ecah.


“Ish...Akim, sudah ler...dah orang tak nakkan kau, takkan kau nak terhegeh-hegeh lagi...pedulikanlah” Akim membebel sendirian, ditekan pedal minyak keretanya menambah lagi kelajuan kereta Toyota Wish miliknya.


“Akimmm.....” Ecah sudah letih mengejar, terduduk dia ditengah jalan. Lampu jalan menjadi peneman Ecah, kesal hatinya tidak sempat untuk mendapatkan Akim.


“Ishh...bodohlah kau Ecah, lelaki baik depan mata pun kau tak nampak...ishh!!” Ecah menampar jalan tar itu berkali, jika jalan itu boleh bercakap sudah lama dia menjawab.


“Ecah, bukan bodohlah...cuma kurang pintar, hehehe...” Ecah terdengar satu suara, seperti sudah biasa mendengar suara itu dan Ecah menoleh kearah gerangan suara itu.


“Akimmm.....” pantas Ecah memeluk Akim, Akim terkejut dengan tindakan Ecah.


“Ecah??....” Akim hanya tersenyum.


“Akim...aku sayang kau, aku CINTAkan kau...maafkan aku” Ecah memeluk Akim seeratnya dan dia pasti pilihannya adalah tepat.


“Ecah...kau tak menyesal pilih aku? aku kan budak degil, suka membuli...” Akim cuba mengusik Ecah.


“Kalau kau buli aku, aku tending kaki kau...”


“Ish, tak mahulah...garangnya, hahaha...” gelak tawa keduanya silih berganti, hati mereka kini dipenuhi dengan perasaan cinta dan sayang.


“Emmm...Ecahhh”


“Yer Akim...” Ecah mendongak merenung Akim.


“Emm...sampai bila kau nak peluk aku ni, tak malu kat jejiran ke?” pantas Ecah melepaskan pelukannya, malu dia bila Akim cakap macam tu.


“Emm..maaf” Ecah tertunduk malu, mukanya merah.


“Tak pe...aku suka, bukan sekali ni kau peluk aku...dah masuk tiga kali, pertama waktu di Kuala Woh dulu...kedua, kat hospital hari tu dan ini kali ketiga” Akim mengusik Ecah.


“Maaf, aku tak sengaja...” Ecah cuba melindungi dirinya.


“Orang kata, kalau pertama dan kedua mungkin sengaja tapi ini dah kali yang ketiga...ini bukan sengaja, tapi nak manja...hahahaha” Akim ketawa bangga.


“Akim.....memang nak kena kau ni, ishhh...” Ecah pantas mengejar Akim yang berlari meninggalkan Ecah.


“hahaha..aku tahu, kau memang suka kat aku...aku tahu, kau sayangkan aku...hahaha” Akim berlari meninggalkan Ecah sendiri.


“hehe...menyesal plak aku cakap aku sayangkan dia, perasan ler tu...hehehe” Ecah henti dari lariannya, tak sanggup lagi nak mengejar Akim, dengan kakinya yang panjang tu sah Ecah tak dapat mengejarnya. Berdiri tegak dia kat situ, tanpa disedar air matanya mengalir.


“Aril...kau bukan untuk aku, dan aku redha jika memang aku bukan untuk kau...” air matanya mula deras, diusap air matanya yang mengalir.


“Ecah...kenapa kau nangis? takkan gembira sangat sampai menangis...hehe, iyer ler sayang...Akim sayang Ecah, sampai bila-bila pun Akim akan sayang dan jaga Ecah selamanya” Akim mengusap pipi Ecah, romantisnya.


“Akimm...terima kasih” makin deras tangisan Ecah, esakannya makin kuat.


“Eh Ecah, janganlah macam ni...nanti apa pula kata orang kat sini, kang diorang ingat aku pukul kau pulak...dah ler tu, berhenti nangis” Akim memujuk Ecah.


“Ecah...kita tunang? aku tak nak kita bercinta lelama...kalau boleh esok gak aku nak kahwin dengan kau” Ecah mencubit pinggang Akim.


“Ouchh...sakit ler Ecah”


“Tu ler gatal sangat...wek!” Ecah berlalu dari situ berjalan masuk ke rumahnya.


“Ecah, kau nakkan tunang dengan aku?” Akim menjerit sebelum Ecah masuk ke rumahnya.


“Ecahh...!!” lantas itu Akim melihat Ecah menoleh dan mengangguk tanda setuju.


“Yeay!! yeehaaa....akhirnya, Ecah aku punya” Akim melompat keriangan.


“Ehem2...ekau tak mau balik ka?”


“Uih, Tok Sidi..terkejut saya, ada je Tok Sidi ni kat mana-mana kan? hehehe” terkejut Akim melihat Tok Sidi berdiri tegak disebelahnya. Lantas dia memeluk Tok Sidi.


“Eeh, gilo ko budak ni??”


*****


“Bonda....ayahanda....abang....” Akim baru saja pulang ke rumah.


“E’eh abang, itu macam suara Akim...kenapa dia memekik memalam ni?” Datin Fatimah dan Dato Ramli terkejut mendengar suara Akim.


“Abang...” Aril dipeluk Akim bila melihat Aril turun menuruti tangga mendapatkannya.


“Abang, Akim dah dapat dia...Akim dah dapat dia...Akim dah dapat Ecah”


“Ha...??” Aril terkedu.


“Bonda...ayahanda...Akim nak kahwin dengan Ecah” Datin Fatimah dan Dato’ Ramli tersenyum melihat Akim yang kelihatan sangat gembira.


“Alhamdulillah...akhirnya” Aril berbisik di hatinya.


Deringan lagu ‘Baby’ oleh Justin Bieber berkumandang di telefon Aril.


“Assalamualaikum Aril...” kedengaran suara Adila di telinga Aril.


“Waalaikummussalam...”


“Betul ke apa yang Aril mesej kat Adila tadi, Akim dah bersatu dengan Ecah?”


“yer, Akim yang cakap tadi...gembira betul dia, akhirnya..gadis yang diimpikannya selama ni akan menjadi milik dia”


“Dan Aril...??” Adila menduga Aril.


“Aril ok Adila, Adila jangan risau...Insyaallah, takkan ada apa-apa perkara pun yang akan menghalang rancangan Aril...”


“Tapi Aril...”


“Adila, esok pagi Aril jemput Adila datang rumah Aril yer...Akim nak kenalkan Ecah pada ayahanda dan bonda, Adila turut serta k..”


“Okey..Ar..” belum sempat Adila menghabiskan ayatnya, Aril sudah mematikan panggilan.


“Aril...Adila tahu perasaan Aril terseksa, Adila tahu Aril sayangkan Ecah...sangat sayangkan Ecah, Aril...” air mata Adila jatuh lagi kerana memikirkan perasaan Aril.


*****


“Akim...Ecah takut ler”


“Ecah...nak takut apa, bonda dan ayahanda aku bukan makan orang...jom ler masuk” Akim menarik tangan Ecah keluar dari kereta.


“Assalamualaikum....”


“Waalaikummussalam...emm, Ecah...masuk ler” Datin Fatimah dan Dato’ Ramli menyambut kedatangan Ecah didepan pintu.


“Terima kasih Dato’...Datin...sebab menjemput Ecah datang ke rumah Dato’ dan Datin”


“Ecah...tak payahlah panggil kami Dato’ dan Datin, panggil bonda dan ayahanda...tak lama lagi kan Ecah akan jadi menantu rumah ni” Datin Fatimah mengusap pipi Ecah yang gebu itu.


“Emm..baek Da...ee’eh, bonda...ayahanda”


“Bonda...ayahanda, makanan tengahari dah siap...” Aril muncul memanggil mereka ke ruang makan untuk makan tengah hari.


“Hai Ecah...” Adila tiba-tiba muncul membawa nasi untuk tetamu.


“Adila??...” Ecah hairan.


“Ecah...mesti Ecah dah kenal kan? ini Adila, anak kawan bonda...dia juga akan bertunang, dengan Aril...seminggu selepas Ecah dan Akim bertunang”


“Ha??!!...” Ecah tersedak mendengar kata-kata Datin Fatimah, terbeliak matanya memandang Aril yang sedang asyik menuang air sirap di dalam gelas tetamu.


“Ecah...kenapa ni? Ecah ok?” Adila menghulurkan tisu kepada Ecah.


“Emm...ok, Ecah ok...maaf bonda..ayahanda”


“Ecah...” Akim merenung Ecah di sebelahnya, raut wajahnya penuh kebimbangan, resah...gelisah perilakunya, bagaikan tidak senang duduk selepas mendengar kata-kata bondanya.


“Akim...ayahanda dah pun bincang dengan Aril, persiapan pertunangan kamu berdua kita buat serentak..cuma hari perkahwinan kamu berdua berbeza, Akim akan akad nikah terlebih dahulu”


“Apa??..kenapa Akim ayahanda, sepatutnya abang dulu...abang, ape cerita ni?” Akim bingung, kenapa Aril membuat keputusan seperti ini.


“Akim...abang nak Akim yang naik pelamin dulu, abang nak lihat Akim akad nikah...barulah abang tak rasa gelisah nanti” Aril mengukir senyuman manisnya.


“Sepatutnya abang dulu, abang kan abang yang sulung...” Akim mencebik bibirnya.


“Apa salahnya kalau Akim yang nikah terlebih dahulu, bolehkan bonda...” Datin Fatimah hanya mengangguk tanda setuju.


“Bonda....” Akim memuncungkan mulutnya, gelagatnya menarik gelak tawa. Kemeriahan dapat didengar di setiap ruang makan rumah Dato’ Ramli dan Datin Fatimah, tapi tiada siapa yang mendengar degupan jantung Ecah dan Aril yang sedang menerima hakikat bahawa mereka berdua tiada lagi jodoh.


Dari jauh, Ecah melihat keakraban Adila dan Aril. Hatinya sedikit terdetik, tidak tahu apa jenis perasaan yang dirasanya itu. Samaada perasaan cemburu atau syukur kerana Adila boleh menjaga Aril sebaik-baiknya sehingga sembuh.


“Ecah...Ecah..Sayang...”


“Ha??!!...apa dia?” Ecah terkejut bila melihat Akim duduk disebelahnya.


“Wahh...perasan ler tu, bila Akim panggil sayang baru nak menyahut...hehehe, sayang juga Ecah pada Akim kan..” Akim mengeyitkan matanya, comel.


“Ishhh...mengada-ngada, Emmm....Akim, boleh Ecah tanya sikit?”


“Yer sayang...” Akim mengukirkan senyumannya lagi, manja.


“Eeee...tak mau ler mengada-ngada ngan Ecah sekarang, bonda dengan ayahanda nampak nanti baru tahu, cuba serius sikit” Ecah mencubit pinggang Akim.


“Ouch...sakit ler sayang”


“Padan muka, tu ler...mengada-ngada lagi, Akim...Ecah nak tanya ni, betul ke Akim dah fikir masak-masak pasal hubungan kita ni? Akim takkan menyesal?” Ecah memandang Akim serius.


“Yer Ecah, sampai bila pun Akim takkan menyesal memilih Ecah sebagai teman hidup Akim...untuk selamanya” Akim mengukirkan senyumannya, ikhlas.


“Terima kasih sayang...”


“Sayang???....hehehe” Akim senyum lagi, gatal.


“Suka ler tu...” Ecah senyum, bahagia rasanya. Berharap pilihannya adalah tepat, Akim adalah orang yang akan membahagiakan hidupnya dengan penuh kasih sayang dan cintanya. Satu-satunya adalah dia, AFIQ HAKIM.




Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries