Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 28 : Kebenaran
17 April 2010 | 11:04 PM | 0 comments

karya:dak comot


Petang itu, selepas Ecah bertemu dengan keluarga Akim. Akim menghantarnya pulang ke rumah.

“Thanks sayang sebab sudi jumpa family Akim...”

“Sama-sama, terima kasih juga sebab sudi jemput Ecah luangkan masa dengan family Akim..Ecah rasa seronok sangat, nanti ada masa..kita pergi jumpa ibu dengan ayah kat kampung yer” Ecah mengukirkan senyumannya sebelum menutup pintu kereta.

“Bye sayang...” Akim mengucapkan selamat tinggal sebelum dia berlalu dari situ.

“Bye...”

Ecah memasuki biliknya, dihempaskan badan kecilnya diatas katil. Letih lesu badannya hari ini meluangkan masa bersama keluarga Akim. Setiap satu wajah keluarga Akim muncul didalam fikirannya....Datin Fatimah, Dato’ Ramli, bibik, Pak Aris, Tok Wan, Opah...dan....Aril, Adila...fikirannya terhenti. Tak tahu mengapa, hatinya sakit tatkala orang yang disayang akan menjadi hak orang lain.

“Ya Tuhan...apa yang aku fikirkan ni? kini...hati aku hanya untuk Akim, hanya AKIM..tiada orang lain, yang sudah pergi..biar dia pergi, aku hanya berharap Adila bisa membahagiakan Aril” Ecah menekup mukanya, lantas bangun dan mencapai tuala untuk membersihkan diri.

*****

You know you love me, I know you care,
just shout whenever and I’ll be there.
You are my love, you are my heart
and we will never ever ever be apart.
Are we an item? girl quit playing,
we’re just friends, what are you saying.
Said there’s another, look right in my eyes,
my first love broke my heart for the first time.
And I was like…
Credit : Baby (Justin Bieber)

Nada dering telefon bimbit Ecah berbunyi, tertera nombor telefon pemanggil yang tidak dikenali. Pantas Ecah keluar dari bilik air untuk menjawab tapi tidak sempat kerana pemanggil sudahpun meletakkan panggilannya. Ecah kehairanan berdiri di situ seorang diri.

“E’eh...sapa pula yang telefon aku petang-petang ni?pelik betul...”

Sekali lagi, nada dering telefon bimbit Ecah berbunyi...

“Hello, sape ni?” Ecah menjawab panggilan yang masuk.

“Hello, Assalamualaikum...Ecah ke ni?” Ecah tersentak serentak mendengar suara pemanggil, tidak syak lagi kelembutan suara itu cukup dia kenali. Satu hari bersama keluarga Akim, suara ini juga turut dia dengar sepanjang hari...ADILA.

“Waalaikummussalam...Adila ke ni??” Ecah bertanya kembali pada pemanggil.

“Ya, ini Adila...Ecah, kita kena berjumpa..Adila harap Ecah sudi untuk berjumpa dengan Adila esok tengahari di Pavillion”

“Tapi macam mana Adila boleh dapat nombor telefon Ecah ni? Ecah hairan...”

“Emm...Adila dapat dari Akim, esok Ecah datang dengan Akim yer...ada perkara penting Adila nak ceritakan pada kamu berdua” tidak sempat Ecah berkata apa-apa Adila sudah pun mematikan panggilannya.

Malam itu, di bilik Datin Fatimah dan Dato’ Ramli..

“Aril...apa yang Aril cakapkan ni? macam mana dengan Adila?” Datin Fatimah memandang Aril selepas mendengar kata-kata Aril yang memeranjatkannya, dilihat suaminya tenang.

“Abang...dengar tak apa yang Aril cakapkan tadi? kenapa boleh jadi macam ni?”

“Bonda...maafkan Aril, Aril terpaksa rahsiakan perkara ni...kalau Aril tak buat macam ni, Akim dan Ecah takkan bersatu”

“Akim? Ecah? apa kena mengena perkara ni dengan mereka? Abang...tolonglah saya, permainan apa yang budak-budak ni sedang rancangkan?” Datin Fatimah mengurut-urut kepalanya yang tidak pening.

“Sayang...cuba dengar apa yang Aril nak terangkan, awak ni terlalu cepat sangat melatah” Dato’ Ramli cuba memujuk isterinya yang dalam kebingungan.

“Bonda makin tak faham dengan kamu Aril, semakin banyak pula rahsia yang kamu nak bongkarkan..”

“Bonda...Ar..uhuk!! uhuk!!” belum sempat Aril menjelaskan perkara sebenar pada bonda dan ayahandanya, Aril batuk tidak henti...ada ketulan darah yang keluar dari mulut dan hidungnya, kejadian itu membimbangkan Datin Fatimah.

“Aril sayang...kenapa ni? kenapa boleh jadi macam ni? apa yang jadi pada Aril ni...” Datin Fatimah panik melihat Aril dalam keadaan begitu.

“Abang...tolong Aril!!”

“Bonda...ayahanda..tak mengapa, ini cuma perkara biasa...nanti redalah” Akim mengelap mulutnya, banyak darah yang keluar tapi Aril masih gagah untuk menjelaskan perkara yang sebenar pada bondanya.

“Bonda...sebenarnya” Aril mula berbicara, dia menjelaskan semua perkara pada bonda dan ayahandanya. Setiap perkara yang terjadi adalah rancangannya, dia merancang untuk kebahagiaan Akim dan keluarganya kelak. Setiap perkara yang dia lakukan ada sebabnya, ada penjelasannya yang memeranjatkan Datin Fatimah menyebabkan Datin Fatimah tidak tahan untuk mengalirkan air matanya. Dato’ Ramli mendengar dengan tekun.

“Aril..Aril tak sepatutnya buat begitu” Dato’ Ramli berbicara selepas mendengar semua penjelasan Aril.

“Yer sayang, Aril tak perlu berkorban sampai begini...bonda dan ayahanda juga ingin melihat Aril bahagia”

“Tapi bonda, ini saja cara untuk Aril membalas budi ayahanda, bonda dan Akim kerana menerima Aril dalam keluarga ni...Aril sayang keluarga kita, tanpa ayahanda dan bonda...Aril bukan sesiapa didunia ni, terima kasih bonda...ayahanda..” Datin Fatimah dan Dato Ramli memeluk anak sulung kesayangan mereka, walaupun Aril bukanlah darah daging mereka tetapi Aril lah yang menjadi penyeri rumah itu tidak lama dahulu sebelum kelahiran Akim di dunia ini.

“Bonda...ayahanda...Aril berharap sangat Akim tak mengetahui perkara ini”

“Tapi sayang...” Datin Fatimah melepaskan pelukannya.

“Bonda...please...Aril merayu pada bonda” Aril mencium tangan bondanya, air mata Aril menitis bersama luka hatinya. Jantungnya kencang, tidak sanggup rasanya untuk dia meninggalkan keluarga ini untuk bertemu PenciptaNya.

“Aril....” Dato’ Ramli mengusap rambut anak lelakinya itu, dia redha jika itu adalah kehendak Aril. Dia faham benar akan sikap anaknya itu.

*****

“Hai Adila...” Akim menyapa Adila yang sedang minum seorang diri di sebuah restoren di Pavillion. Ecah juga ada datang bersama Akim.

“Hai Akim...Ecah...dah sampai pun, Adila ingat korang tak nak datang” Adila menjemput Akim dan Ecah duduk turut serta.

“Adila...hal apa yang penting sangat sampai Adila nak jumpa kitorang kat luar ni? kenapa tak cakap dekat rumah Akim semalam?” Akim memulakan bicaranya.

“Sebenarnya....” Adila gagap. Tiba-tiba...

“Hai sayang...mana kengkawan U yang U nak jumpa tu?” Akim dan Ecah terkejut dengan lelaki tersebut yang datang secara tiba-tiba dan memanggil Adila ‘Sayang’.

“Emm...u, kenalkan ini Akim dan ini bakal tunang dia...Ecah”

“Adila, sapa ni? siap panggil sayang lagi...” Ecah memerli Adila dan lelaki tersebut.

“Ini Dr. Emirza, dia doktor di bahagian pembedahan khas di HUKM...Akim, takkan Akim tak kenal?” Akim meneliti raut wajah lelaki itu, di renung atas dan bawah.

“Eh, ini kawan abang Aril....abang Iwan kan? satu rumah sewa dengan abang Aril dekat oversea dulu kan?” Emirza hanya tersenyum.

“Yup! satu rumah tapi selalu suka buat hal masing-masing...lain course kan, ur brother love business so much”

“Apa hubungan kamu berdua?” Akim hairan.

“Emm...Akim, sebenarnya...Dr.Emirza is my future husband”

“What??” Akim dan Ecah terkejut.

“Ape cerita ni?abang cakap dia nak bertunang dengan Adila dan kahwin dengan Adila...sekarang, apa pulak ni?korang ingat ni benda memain ke?Ecah, jom kita balik...Akim dah malas nak layan benda merepek macam ni” Akim bangun dari tempat duduknya.

“Sayang...relaks, kita dengar apa yang Adila nak ceritakan pada kita...ok sayang” Ecah menarik tangan Akim dan memujuk Akim duduk kembali untuk mendengar penjelasan Adila.

“Sudah lama sebenarnya Adila berdiam..ada perkara yang Adila nak ceritakan pada kamu, tapi Adila tak mampu sebab Adila dah berjanji pada seseorang. Dan kini, Adila dah tak boleh nak simpan lagi perkara ni sebab Adila sayangkan dia...tak mahu nak lihat dia menderita lagi, menanggung sakit seorang diri...membuat pengorabanan yang sebenarnya memakan diri dia sendiri. Adila kenal dengan Dr. Emirza melalui Aril, Aril yang kenalkan Emirza pada Adila lepas beberapa kali kami berjumpa di hospital”

“Aril yang kenalkan? Ecah tak faham ler...” Akim dan Ecah memandang satu sama lain.

“Ada satu perkara lagi yang Adila rahsiakan dari kamu berdua, sebenarnya...selepas Aril balik dari London, dia sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan penyakit yang dihadapinya tapi dia tak benarkan Adila beritahu pada keluarga Akim. Dia tak mahu uncle dan auntie risau dengan keadaannya, Aril dalam keadaan kritikal. Adila tak tahu berapa lama lagi dia boleh bertahan”

“Dan...kenapa Aril kenalkan Dr.Emirza pada Adila?” Akim mempersoalkan lagi kehadiran Emirza di sisi Adila.

“Mama Adila berpesan pada Aril untuk menjaga Adila, disebabkan itu Aril kenalkan saya untuk menggantikan tempatnya disisi Adila bila dia sudah tiada kelak. Aril yang saya kenal adalah seorang yang amat menyayangi orang yang rapat dengan dirinya. Saya gembira kerna Aril perkenalkan saya dengan Adila, saya amat berterima kasih dengannya. Tapi...” Dr.Emirza henti dalam penjelasannya, sukar untuk dia ucapkan.

“Tapi apa?” Akim tegas.

“Akim...Ecah...maaf untuk Adila cakapkan perkara ini, selepas pembedahan Aril yang lepas...Dr.Shieperd dan Dr.Meredith menyatakan yang Aril tak boleh tahan lama, Uncle Obri juga membuat kesimpulan yang sama...tapi selepas 2minggu ini, Adila lihat Aril semakin pulih. Tapi sebenarnya, Aril sedang memaksa dirinya untuk sihat hingga Akim dan Ecah diijab kabul kelak. Aril hanya tinggal beberapa minggu untuk hidup dengan kita, dan teringin sangat untuk melihat Akim mengahwini Ecah”

“APA???”

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries