Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 29 : Hari Perkahwinan
24 April 2010 | 11:14 AM | 0 comments

karya:dak comot



Selepas sebulan membuat persiapan perkahwinan Akim dan Ecah, kini Aril lega melihat segalanya sudahpun sempurna. Semalam, Akim dan Ecah telah pun selamat diijab kabul.

Selamat pengantin baru
selamat berbahagia
selamat ke anak cucu
selamat sejahtera

Semoga berkekalan
semoga berpanjangan
semoga satu tujuan
semoga aman

Hidup mestilah rukun
sabar paling perlu
cinta setiap hari
senyum mesti selalu..
oh..oh..oh..

Credit : Selamat Pengantin Baru (Saloma)

“Sayang...kenapa muka sedih ni? Ecah dah pun jadi milik Akim tau...patutnya hari ni hari bahagia untuk Ecah” Zizi merapi-rapikan selendang Ecah di kepala.

“Akak...Ecah sedih bila kenangkan Aril” Ecah teringat dengan kata-kata Adila di Pavillion satu waktu dulu.

“Akim...Ecah...maaf untuk Adila cakapkan perkara ini, selepas pembedahan Aril yang lepas...Dr.Shieperd dan Dr.Meredith menyatakan yang Aril tak boleh tahan lama, Uncle Obri juga membuat kesimpulan yang sama...tapi selepas 2minggu ini, Adila lihat Aril semakin pulih. Tapi sebenarnya, Aril sedang memaksa dirinya untuk sihat hingga Akim dan Ecah diijab kabul kelak. Aril hanya tinggal beberapa minggu untuk hidup dengan kita, dan teringin sangat untuk melihat Akim mengahwini Ecah”

“Apa? betul ke apa yang ecah cakapkan ni?” Zizi terkejut mendengar perkara yang Ecah ceritakan.

“Emm..akak, macam mana kalau betul apa yang dikatakan Adila tu...Ecah tak dapat nak terima, Ecah dah anggap Aril macam abang Ecah...dia banyak menasihati Ecah, dia banyak mengubah Ecah” air mata Ecah mengalir di hari bahagianya.

“Ecah..cukuplah tu, jangan dikenang perkara yang lepas...Insyaallah, akak doakan Ecah akan berbahagia dengan Akim. Akak percaya Akim mampu untuk menjaga Ecah sebaiknya, jangan nangis lagi ok...” Zizi memeluk adiknya.

“Akak....” dua beradik itu saling berpelukan, sambil disaksikan Aril yang berada di luar bilik pengantin.

TOK!! TOK!!

Pintu bilik pengantin perempuan diketuk, Aril berdiri di luar bilik dengan senyuman manisnya.

“Aril??” Ecah terkejut melihat Aril yang kini sudah menjadi abang iparnya berdiri didepannya.

“Ecah, boleh Aril cakap personally dengan Ecah?”

“Emm...boleh” Ecah memberi isyarat pada Zizi dan mak andam untuk keluar sebentar, pintu bilik dibiarkan terbuka.

“Ecah...terima kasih kerana menerima Akim dalam hidup Ecah”

“Aril..”

“Aril tahu Akim sangat sayangkan Ecah dan sangat mencintai Ecah, dan Aril juga tahu Ecah juga rasa begitu pada Akim” Ecah mendengar kata-kata Aril.

“Aril berharap Ecah dapat menjaga Akim dan keluarga Aril dengan baik kelak” Ecah mula mengalirkan air matanya, dia teringat akan kata-kata Adila.

“Aril...kenapa cakap macam ni? biar kita sama-sama jaga ayahanda dan bonda...Ecah tahu Aril kuat, Aril boleh menghadapi segala cabaran dan dugaan yang datang. Aril kena kuat yer...”

“Ecah...Aril sayangkan Ecah sepertimana Aril sayangkan Akim, Ecah harus jadi kuat disamping Akim...dia tu keras kepala, mengada-ngada, suka membuli...hehehe” keduanya gelak ketawa mendengar kata-kata Aril, apa yang dikatakan Aril sama dengan dalam fikiran Ecah.

“Ecah...Aril doakan Ecah bahagia disamping Akim, diharap Ecah dapat membahagiakan Akim” Aril mengusap rambut Ecah, jatuh titisan air mata Aril di pipi Ecah. Ecah terasa makin sayu.

“Ecah...pengantin lelaki dah sampai, jom turun..” suara kedengaran diluar bilik, bunyi kompang sudah dimainkan diluar rumah.

“Emm..pergilah, Akim dah sampai” Ecah bangun dan memegang pipi Aril, dia sudah menganggap Aril sebagai abangnya selama ini. Mungkin kasih sayang yang dirasa selama ini bersama Aril adalah kasih sayang seorang abang terhadapa adiknya, kasih sayang yang diberikan takkan pernah dilupakan kerana kasih sayang itu yang telah mengubah dirinya yang selama ini berhati keras.

“Aril...” Ecah menoleh ke arah Aril sebelum keluar dari biliknya, Aril masih lagi tegak berdiri di situ melihat Ecah yang kini sudah pun menjadi milik Akim.

*****

Di perkarangan rumah Dato’ Ramli penuh dengan khemah, majlis menyambut menantu yang pertama ini diadakan dengan sangat meriah. Segala persiapan datangnya dari idea Akim dan Aril, sementalah kadangkala bonda juga turut memberi teguran jika sesuatu persiapan itu telah melebihi adat atau budaya masyarakat kita.

“Mana Ecah ni? tak turun pun...dah panas aku kat sini, tak jadi nak bersanding dengan aku ke?” Akim risau, seluruh tubuhnya dah mula berpeluh. Kipas yang mengipasnya tidak dapat mengurangkan rasa panas Akim dan gelisahnya menunggu Ecah di depan pagar rumah yang tidak muncul-muncul.

“Wei Akim, relaks ler...gelojoh ler kau, sabar ler...kejap lagi Ecah turun ler tu, yang kau ni berpeluh macam air terjun...kenapa? dah ler mak andam tu bagi aku berapa helai tisu je...tak cukup ni, aduyai..mak andam ni pun satu, bayar perkhidmatan nak mahal-mahal...nak vogue ler konon, bagi tisu 3helai je...dah tentu-tentu untuk aku tak cukup, untuk Akim lagi ler tak cukup...haha, baik guna kain je..boleh aku perah atas pelamin kang” Yazid selaku pengapit Akim pada hari itu membebel tak henti, bebelan itu merimaskan Akim yang berdiri di sebelah.

“Woit Yazid, apa yang kau bebelkan ni? kipaskan ler aku, dah panas aku ni...aku debik gak kau kat depan tetamu aku ni kang” Akim memandang Yazid tajam.

“Woo woo...sori bro, aku panas ni...saje nak lawak sikit, mana bini kau ni Akim...lambatnya turun, panas dah ni...haaaaaa, tu pun dia” Yazid menjenguk-jenguk pintu rumah Akim, dilihat Zizi yang tampak cantik dengan baju kurung biru muda (baby blue).

“Itu Zizi, bukan Ecah...” sempat lagi Yazid diusik Akim.

“Memang ler Zizi, takkan aku nak excited bila nampak Ecah...kang kau marah lak, hahaha” Akim sudah tak tahan mendengar lawak Yazid, sempat dia menyiku pinggang Yazid sebelum bergerak ke hadapan untuk bertemu Ecah.

“Ouch!! kurang asam jawa budak Akim ni...nasib baik kau kawan merangkap bos aku, kalau tak dah lama kau makan siku aku, huh!!” Yazid mengejar kembali Akim yang dah pun berjalan ke depan.


“Padan muka kau, tu ler membebel lagi...baru jadi pengapit aku, kalau kau kawin ngan Zizi...tak tahu ler macam mana Zizi nak layan cakap kau, hehe” Akim senyum sinis.

Perjalanan Akim terhenti bila sampai di samping Ecah, tangan mereka disatukan...berjalan seiringan ke hadapan. Pelamin dengan lace putih, dipenuhi dengan rose putih dan biru tersergam indah di atas pentas yang dibina di tengah-tengah halaman banglo Dato’ Ramli. Hasil tangan kecil bentuk rama-rama menghiasi latar belakang dua pengantin. Konsep alam menjadi tema perkahwinan dua pasangan ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh pengacara majlis kepada tetamu VIP, dan tetamu VVIP serta rakan-rakan keluarga Dato’ Ramli. Disusuli dengan marhaban yang mengiringi pengantin naik ke atas pentas selepas kompang dipalu. Kemudian, di rahmati lagi majlis ini dengan bacaan doa oleh Ustaz Munir.

“Abang....akhirnya, Akim dan Ecah dah pun kita satukan. Saya merasa sangat bahagia” Datin Fatimah yang sibuk melayan tetamu sempat lagi bersembang dengan suaminya tentang anak mereka.

“Ye ler sayang, kita doakan kebahagiaan mereka ya...terima kasih sayang kerana mendidik dan menjaga anak kita dengan baik, abang bersyukur dikurniakan anak yang baik dan isteri yang sangat penyayang” Dato’ Ramli memeluk isterinya, dikucup dahi isterinya. Inilah ketentuanNya, setiap perkara yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

“PERHATIAN!!”

Kedengaran suara pengacara majlis meminta perhatian tetamu, dijemput ibu bapa kedua-dua pengantin untuk menepung tawar. Dimulakan oleh Dato’ Ramli dan Datin Fatimah.

“Sayang...bonda nak Akim jaga Ecah dengan baik, bonda dan ayahanda sangat menyayangi kamu berdua” Datin Fatimah mengucup pipi Akim dan Ecah, ada air mata yang mengalir di hujung matanya. Ada sendu di hati Datin Fatimah, kini anak kesayangannya sudah menjadi suami orang. Mempunyai tanggungjawab yang lebih besar selepas ini.

Giliran Haji Zulkifli dan Hajah Semah...

“Kak Chik, ayah harap kak chik dapat menjadi isteri yang solehah...mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh kelak, sepertimana ayah telah mendidik kak chik. Ayah mendoakan kak chik bahagia hidup bersama dengan Akim ya” Haji Zulkifli berlalu selepas memeluk anak dan menantunya, tidak sanggup dia berdiri lama disitu. Sedih bercampur gembira mengenangkan anak dara yang amat disayanginya dan akan dilepaskan tanggungjawab selama ini kepada orang lain.

Kini, tiba giliran Aril...

“Aril...dah sampai giliran Aril tu” Adila menegur Aril yang duduk di meja tetamu sambil melihat Akim dan Ecah di atas pelamin.

“Emm...tak payah kot, Aril rasa tak sedap badan ler” kata-kata Aril menarik perhatian Adila.

“Ha, tak sedap badan? Aril ok tak ni? kalo Aril tak sihat, jom kita masuk dalam rumah...lagipun kat luar ni panas” Adila menarik tangan Aril, tapi ditahan.

“Dr.Adila, Aril ok ler....Adila ni yang risau sangat, ok ler Aril pergi tepung tawar untuk diorang” Aril bangun dari kerusinya.

“Aril...” Adila tegas, namun...tidak dipedulikan oleh Aril. Melihat Aril yang berjalan menuju ke pelamin dengan muka yang pucat dan lesu. Mungkin keletihan membuat persiapan untuk majlis pada hari ini.

“Abang??” “Aril??” Akim dan Ecah terkejut melihat Aril yang naik ke pelamin dengan muka yang lesu.

“Eh? kenapa dengan kamu berdua ni? macam nampak hantu pula..abang ok ler, MC tu sengaja je jemput abang naik atas ni...tapi takpe bila lagi abang nak tepung tawar untuk kamu berdua kan? mana tahu tak sempat kan nak jumpa anak buah abang lepas ni, hehehe...” Akim dan Ecah turut tersenyum dengan kata-kata Aril, ANAK BUAH?? hemm...dalam senyuman Akim dan Ecah, keduanya bimbang dengan keadaan Aril. Untuk menyiapkan persiapan kahwin, Aril adalah orang yang paling bersungguh dari mereka. Ada titisan air mata Ecah yang jatuh di pipi, tak tahan lagi untuk dibendung. Aril mendekati Ecah.

“Ecah, jangan menangis lagi...cukuplah dengan air mata Ecah selama ni, Aril tak sanggup nak lihat air mata Ecah jatuh lagi...maafkan Aril” Aril mengusap pipi Ecah sambil diperhatikan Akim, perasaan sayang Aril masih ada lagi untuk Ecah...ianya diakui oleh Akim.

“Abang...” Akim memanggil abangnya.

“Akim, tolong jaga Ecah dengan baik...jangan sakitkan hati dia, dan yang paling penting jangan cuba-cuba nak buli dia...dia garang tau, Akim juga jaga diri dan keluarga kita dengan baik”

“Abang!...” Akim pantas memeluk abangnya, tetamu yang hadir turut menyaksikan perkara yang berlaku di atas pelamin. Dato’ Ramli, Datin Fatimah, Adila dan kedua ibu bapa Ecah turut menitiskan air mata menyaksikan keakraban dua adik beradik ini.

“Akim..jangan menangis, tak elok tau pengantin lelaki menangis di hari bahagianya...Akim kan dah jadi raja hari ni, RAJA SEHARI je...hehehehe” kedua beradik ini saling bergelak ketawa.

“Akim....abang rasa letih ler, akk....” Akim hairan kenapa abangnya senyap. Dilepas pelukannya, dilihat Aril....

“ABANG!!.....”


Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries