Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : 'Dia Istimewa'
01 April 2010 | 9:59 AM | 0 comments

credit:berita harian



Akim akui senang dekati Stacy, tetapi nafi mereka sedang hangat bercinta


MEMANG benar, kalau ditanya Akim, siapa Stacy di hatinya, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh ini tidak menafikan betapa juara AF6 itu cukup istimewa. Lalu, apakah pengakuan itu membuktikan kebenaran kepada gosip yang bertiup kencang mengatakan mereka sedang bercinta?

Barangkali keserasian mereka menterjemahkan sesi fotografi bersama Hip ini dengan persalinan rekaan Farlez Iskandar mengukuhkan lagi apa yang didengari itu. Renungan mata Akim, 19, saja sudah membuatkan Stacy, 20, gemuruh. Sekali gus, gandingan mereka memang memudahkan kerja lensa kamera jurugambar.

Kedua-duanya memang cukup berahi dan bersemangat memastikan pose yang ingin dipersembahkan menepati kehendak Hip. Akim sebenarnya wajar dipuji kerana prestasinya di hadapan kamera cukup membanggakan mengalahkan model berpengalaman. Begitu juga Stacy yang kini tampil comel dengan potongan rambut pendek.

Berbalik kepada persoalan benarkah cinta sudah mula tersulam di antara mereka, Peminat Selebriti Wall’s Cornetto itu hanya ketawa saat diaju perihal itu. Kata calon finalis Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 itu menidakkan kisah terbabit.

“Tidak semestinya kalau kita rapat dengan seseorang, ia ditafsir sebagai bercinta. Kadang-kadang Akim sendiri pelik kenapa cepat menjatuhkan hukum begitu dan begini sedangkan semuanya masih berlandaskan ikatan persahabatan.

“Tak Akim nafikan dia (Stacy) memang istimewa dan hakikatnya semua kawan-kawan Akim menikmati klasifikasi yang sama. Ada masa kami ada juga menonton wayang atau lepak bersama. Akim juga rapat dengan Aril dan Hafiz. Kawan di Johor Bahru seperti Fazli, Am, Along dan Yal pun Akim masih berhubung,” katanya lewat pertemuan dengan Hip baru-baru ini.
Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi, Hip halakan lagi soalan mengatakan kenyataan yang diberi itu hanya sekadar ‘cover line’. Apakah mereka cuba berselindung di sebalik kebenaran yang menyakitkan kononnya cinta ini terhalang dek perbezaan agama.

Pintas Akim kembali, mereka tak perlu membuktikan apa kerana tiada keperluan dalam situasi itu. Buat apa berpura-pura kalau tiada rona cinta dalam diri. Biarpun sedar menjadi perhatian masyarakat, Akim yakin tidak semua tirai kehidupannya wajar dikongsi khalayak.

“Ada kalanya sesetengah hal peribadi ini memang terlalu sulit untuk dibicara. Jadi biarlah ia disimpan. Lagipun, Akim tidak mahu soal peribadi ini membelakangkan kerjaya. Fokus kerjaya seni itu tetap menjadi keutamaan,” katanya yang dalam rangka untuk muncul dengan single ketiga berjudul Sumpah selepas lagu Bengang dan Inikah Cinta.

Biarpun belum sampai setahun berkecimpung dalam dunia seni, jejaka bernama penuh Afiq Akim Ahmad ini bertuah kerana namanya terpahat dalam penganjuran acara berprestij tanah air kita. Januari lalu, Akim dan Stacy bersaing sesama sendiri dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) 24.

Malah kedua-duanya turut memenangi Anugerah Maxis. Jika lagu Pakai Buang persembahan Stacy memenangi Anugerah Artis Pilihan Hotlink yang dimuat turun paling banyak pada malam itu, lagu Bengang pilihan Akim memenangi Anugerah Muat Turun Nada Dering Tertinggi Hotlink.

“Sejujurnya Akim agak takut dengan perjalanan seni ini. Takut juga bila naik mendadak, maka akan cepat turun. Selepas AJL, Akim tersenarai pula dalam ABPBH 2009. Tapi Akim harus berterima kasih kerana AF7 terus membuka jalan kepada Akim untuk meneroka benda baru dalam hidup.

“AF8 pun sudah menjelma. Insya-Allah, Akim sekarang dalam proses mencadangkan lagu ciptaan Akim sendiri untuk dinyanyikan peserta akhir AF8. Kalau terpilih, Akim semestinya berbesar hati. Lagu yang Akim cipta ini belum berjudul dan ia sesuai untuk dinyanyikan peserta lelaki,” katanya yang turut terbabit meminjamkan suara untuk watak Jumbo dalam filem animasi dari Thailand berjudul Jumbo Gajah Biru.

Sibuk dengan status pelajar


STACY yang sejak 1 Mac lalu mendaftar di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya dalam bidang diploma Muzik dan Bunyi mengakui permulaan membiasakan diri sebagai pelajar berdepan dengan kesukaran. Bagaimanapun lama kelamaan, rutin pengajian penyanyi lagu Gagap itu kembali teratur.

“Peluang belajar ini akhirnya dapat juga diteruskan biarpun soal masa cukup mencemburui niat saya sebelum ini kerana komitmen seni. Saya bersyukur kerana akhirnya ia menjadi kenyataan. Saya tak nafikan di awal saya menjadi pelajar banyak masalah timbul.

“Saya pun susah nak memenuhi undangan membuat persembahan di luar Kuala Lumpur terutama pada hari Isnin hingga Jumaat. Ada kalanya sesi fotografi bersama rakan media pun tak dapat dipenuhi. Soal masa memang perlu berkompromi. Saya hanya bercuti pada hujung minggu saja,” katanya yang mengambil empat subjek untuk semester ini dan secara keseluruhannya pengajian terbabit mengambil masa selama dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Stacy bakal muncul dengan single terbaru yang dirakamkan Februari lalu. Lagu berjudul Jahat dan berkonsepkan pop dance itu mendapat sentuhan Edry Abdul Halim. Selain itu, Stacy masih memenuhi undangan membuat persembahan yang diuruskan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

Mengenai pencalonan ABPBH 2009 dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, penyandang Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2008 ini mengakui persaingan di antara calon lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mila, Yuna dan Jaclyn Victor memang sengit.

“Sejujurnya saya tak nafikan selain bersyukur dicalonkan, saya juga mengharapkan tuah supaya kategori itu menyebelahi diri sendiri. Ada rezeki adalah. Datuk Siti Nurhaliza sendiri diakui potensinya memang cukup kuat dalam kategori terbabit.

“Begitu juga yang lain kerana semuanya bergantung kepada kelompok peminat masing-masing. Saya sendiri berterima kasih kerana ini bukan saja tahun kedua saya dicalonkan sebaliknya diberi peluang untuk membuat persembahan bersama Adam,” katanya yang turut melobi kepada peminat untuk terus mengundi di laman sesawang.

Tak sah jika soalan mengenai Akim tidak ditanya kepada penyanyi bernama penuh Stracie Angie Anam ini. Kata Stacy, dia bimbang gosip cinta yang timbul itu akan menjejaskan ikatan persahabatan mereka yang. Malah, Stacy memohon pengertian masyarakat bahawa tidak semestinya rapat itu memberi kesimpulan sudah bercinta.

“Kalau boleh saya tak nak rosakkan ikatan persahabatan yang sedia terjalin antara kami sekali gus boleh mewujudkan situasi tak selesa. Buat masa sekarang Stacy rasa soal cinta itu masih terlalu awal untuk diperkatakan.'

“Apa yang boleh saya katakan, Akim seorang kawan yang baik. Dia pun ‘gila-gila’ macam saya. Kami serasi dalam banyak perkara. Saya selalu percaya kepada pepatah, berkawan biar seribu, berkasih biar setia pada yang satu. Musuh pula jangan dicari,” katanya yang sudah dua tahun berada di arus perdana.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries