Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : Jom ke Showcase Bintang AF!
06 April 2010 | 2:03 PM | 0 comments

credit:murai

KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2010: Bagi memeriahkan lagi Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) akan menampilkan sesuatu yang lebih istimewa buat penonton yang hadir menyaksikan siaran langsung Debaran AF8 di Dewan Sri Putra Bukit, Jalil pada setiap Ahad jam 9 malam.

Selain berdebar menyaksikan siapakah pelajar AF8 yang tersingkir pada setiap minggu, penonton juga berpeluang untuk menyaksikan rakaman showcase beberapa bintang AF seperti Aril, Hafiz, Stacy, Isma, Yazid, Mawi, Dafi dan Akim secara live.

Rakaman showcase ini akan bermula pada Ahad ini (11 April 2010) bersama Hafiz dan Aril. Difahamkan, Aril akan membawakan lagu popularnya yang digemari ramai iaitu Menatap Matamu dengan diiringi penari cilik.

Selain itu, Aril juga bakal beraksi dengan lagu lain seperti Biar Begini dan Semua Tak Sama yang pernah dipopularkan kumpulan Padi.

Sementara Hafiz pula akan tampil dengan lagu Ku Akui, Noktah Cinta dan Masih jelas yang akan turut diiiringi sekumpulan penari.

Apa yang pasti, tiket untuk menyaksikan Debaran dan showcase ini adalah tiket yang sama yang boleh digunakan sewaktu konset mingguan AF8 setiap Sabtu. Jadi, jangan lepaskan peluang menonton rakaman showcase ini di DEwan Sri Putra, Bukit Jalil.

Rakaman Shoecase ini juga bakal ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.

Berikut adalah jadual showcase bintang AF.

1) Aril & Hafiz- 11 April 2010
2) Stacy, Isma & Yazid- 18 April 2010
3) Akim- 16 April 2010
4) Mawi & Dafi- 25 April 2010

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries