Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Stylo 30 : Akhirnya Cinta
06 May 2010 | 10:34 AM | 0 comments

karya:dak comot


“Abang...!!” Akim memangku Aril di atas pelamin, dikejut Aril tapi tiada tindak balas. Akim bingung.

“Aril...Aril...bangun Aril” Ecah disamping Akim turut cuba menyedarkan Aril, tetap tiada tindak balas. Ecah melihat Akim, air matanya mula mengalir laju.

“Bonda...ayahanda...” Dato’ Ramli yang kaget melihat tetamu berpusu ke arah pelamin terdengar Akim memanggil-manggil.

“Sayang..apa yang dah jadi, kenapa Akim?” Datin Fatimah kehairanan, Adila turut terkejut mengiringi Dato’ Ramli dan Datin Fatimah ke arah Akim.

“Aril???” Dato’ Ramli terkejut sekujur tubuh anaknya seperti tidak bernyawa di lantai pentas pelamin yang tersergam indah itu.

“Adila...tolong Aril” Ecah meminta pertolongan Adila, pantas Adila memeriksa keadaan Aril.

“Akim...denyutan Aril makin lemah, kita kena bawa dia hospital...cepat!!”. Dengan berpakaian segak pengantin, Akim menggendong abangnya di belakang.

“Abang...bertahan, Akim tak boleh kehilangan abang....ABANG....”

*****

“Bonda...ayahanda....” panggilan bonda dan ayahanda meniti di bibir Aril selepas dia sedar.

“Yer sayang....” Datin Fatimah duduk disamping Aril, tatkala melihat Aril sedar...air matanya jatuh di pipi.

“Bonda...Aril rasa penat ler bonda”

“Tak pe lah sayang, Aril berehat ya...jangan banyak bercakap”

“Bonda...kenapa bonda menangis? kenapa ramai orang dalam bilik Aril ni?” Aril hairan melihat setiap orang dalam biliknya dalam keadaan murung, dilihat satu persatu wajah yang ada didepannya. Tok Wan, Opah, Haji Zulkifli, Hajah Semah, Is...Yazid, Zizi, Mak Ct...Adila, Dr.Emirza, Ecah, Akim....ayahanda dan bondanya.

“Abang...” “Abang Aril...” Akim dan Ecah memanggil Aril.

“Hehehehe....Ecah dah panggil Aril dengan panggilan ‘abang’??” Aril mengusap air mata yang mengalir di pipi Ecah yang duduk berdekatan dengan Aril bersama Akim.

“Kenapa semua orang sedih ni? Aril ok ler...kan Emirza?” Aril memandang wajah Dr.Emirza, sugul.

“Aril...sebenarnya...” Dr. Emirza mulakan bicaranya.

“Shhhh...” Aril memandang setiap orang yang tersayang dalam hidupnya, sayu hatinya.Pilu perasaannya tapi dia harus redha, ini adalah ketentuanNya.

“Aril...Tok Wan dan Opah doakan Aril akan cepat sembuh ya, Insyaallah” Opah yang mendengar kata-kata Tok Wan menahan tangisannya daripada dilihat Aril.

“Opah...Aril akan rindukan Opah...” Aril menghulurkan tangannya dan disambut dengan pelukan oleh opahnya.

“Aril....”

“Is??...” anak kecil itu mendekati Aril dengan memegang sebuah cenderahati kaca yang mempunyai istana kecil di dalamnya.

“Abang Aril....” Is mula menangis bila melihat keadaan Aril dalam keadaan pucat, letih dan lesu.

“Abang Aril, bila lagi kita nak bina istana pasir?” Aril yang mendengar pertanyaan Is mula mengalirkan air matanya, tidak dapat lagi ditahan. Dia tidak mungkin lagi dapat bermain dengan anak kecil itu.

“Abang Aril..kenapa Abang Aril nangis macam Is, Kak Chik marah abang Aril yer...takpe Is kan ada, Is saaayang kat Abang Aril...” Ecah yang mendengar kata-kata Is mengalir deras air matanya, terkenang kenangan semasa di rumahnya dulu bersama Aril dan Is.

Is berlalu selepas memberi satu kucupan di pipi Aril, Yazid dan Zizi mendekati Aril.

“Yazid, aku amanahkan kau jaga adik aku baik-baik...kalau aku betul-betul dah tak ada, kau kena jaga dia...aku tak nak dia menangis atau kecewa dalam hidup dia” Aril menggenggam tangan Yazid.

“No hal Bro, aku akan jaga dia...kau kena banyakkan berehat, ok” Yazid menepuk bahu Aril lembut, sukar rasanya melihat seorang yang bergelar rakan selama ini dalam keadaan sakit.

“Adila....” Aril memanggil Adila rapat dengannya.

“Ya Aril....” Adila mendekati Aril bersama Dr.Emirza.

“Aril...maafkan aku, aku tak dapat nak bantu apa-apa” Aril hanya mengangguk, dipegang erat kedua-dua tangan Adila dan Dr.Emirza.

“Emirza, aku nak minta tolong kau...tolong aku jagakan ‘bunga’ aku yang sekuntum ni sebaik-baiknya, kau benihkan dia dengan cinta kau...kau siramkan dia dengan kasih sayang kau, dan kau jagalah dia sepenuh hati kau...”

“Aril.....” Adila mengucup tangan Aril, Dr.Emirza hanya mampu mengangguk mengiyakan kata-kata Aril. Dia akan menjaga Adila sepenuh hatinya seperti mana rakannya itu menjaga Adila sebelum ini.

“Bonda....ayahanda....maafkan Aril, hanya cukup setakat ni yang Aril mampu untuk berjasa pada bonda dan ayahanda, sedih rasanya kerana tak dapat besama bonda dan ayahanda lagi...tapi tak mengapa Aril redha dengan ketentuanNya” air mata yang ditahan daripada tadi akhirnya jatuh dengan deras juga tatkala Dato’ Ramli dan Datin Fatimah memeluk anak mereka.

“Sayang....bonda dan ayahanda bersyukur kerana dikurniakan anak seperti Aril, bonda dan ayahanda memohon maaf jika ada kekurangan selama menjaga Aril didunia ini” tangisan Datin Fatimah semakin kuat, esakan semakin laju. Ecah dan Akim yang memerhati dari jauh datang dekat pada Datin Fatimah, cuba untuk memujuk bonda mereka.

“Bonda...ayahanda....adalah ibu bapa paling terbaik antara semuanya bagi Aril, maafkan Aril bonda....ayahanda” Akim mendekati Aril, disusuli Ecah.

“Abang....”

“Akim....” Akim lantas memeluk satu-satunya abang yang dia ada didunia ini.

“Abang jangan risau, Akim dan Ecah akan menjaga bonda dan ayahanda semampunya kami...kami akan menjaga keluarga kita sebaiknya abang” satu persatu pelawat yang melawat Aril keluar dari biliknya termasuklah Datin Fatimah dan Dato’ Ramli.

“Ecah....”

“Yer abang Aril...”

“Maafkan abang sebab merahsiakan perkara ini dari dulu lagi tanpa pengetahuan kamu berdua, abang balik ke Malaysia dengan satu perancangan untuk mencari Akim seorang calon isteri yang mampu menjaga dia dan keluarga abang....dan....” pernafasan Aril makin perlahan.

“Abang...” Akim menahan Aril dari terus bercakap tapi tidak diendahkan Aril.

“...dan...dan abang tahu Ecah adalah orangnya, kali pertama abang melihat Akim dan Ecah di galeri...abang tahu Ecah mampu untuk menjaga adik abang yang keras kepala, mengada-ngada, suka membuli ni....hehe” ada tawa dalam kata-kata Aril.

“yer abang, Ecah akan menjaga Akim....bonda dan ayahanda sebaiknya, abang jangan risau”

“Semua kenangan abang dengan Ecah akan abang ingat sampai bila-bila, hingga kini saat abang luangkan masa dengan Ecah berdua masih degar diingatan...Alhamdulillah Ecah kini sudah menjadi orang baru, sangat matang dan mampu berdikari....Ecah adalah adik ipar abang yang terbaik” pabila Ecah mendengar kata-kata akhir Aril, dirinya bagai disentap. Tangisannya makin laju dia lantas keluar dari bilik Aril.

“Aril...kenapa ini yang terjadi? Ya Allah, dugaan apa yang kau telah berikan kepada aku...aku belum bersedia untuk melihat Aril pergi meninggalkan kami” Ecah terduduk di kerusi menunggu, termanggu keseorangan.

“Akim...abang nak Akim jaga Ecah baik-baik ya, abang sudah amanahkan dia pada Akim...Akim kena jaga dia elok-elok, jangan sesekali Akim buli dia....kini, tanggungjawab besar telah pun abang berikan pada Akim. Abang sangat berharap Akim dapat menjaga bonda dan ayahanda sebaiknya”

“Ya abang...Insyaallah Akim akan berikan yang terbaik untuk Ecah...bonda...dan ayahanda” pantas Akim memeluk abangnya. Saat Akim menuturkan kata-katanya, 2 kalimah syahadah dituturkan oleh Aril. Perginya seorang hamba kepada PenciptaNya, Akim redha dengan pemergian seorang abang yang sangat disayang. Kenangan semenjak dari kecil mereka membesar bersama muncul bersilih ganti di kotak pemikiran Akim. Tidak akan pernah dia lupakan, melalui pengalaman itu dia menjadi semakin matang.

Selepas 4tahun berlalu...

“Airil....kenapa kamu kacau Amani tu?? kamu ni nakal yer....” seorang ibu muda dengan susuk tubuh badan yang masih segar berdiri didepan pintu sebuah banglo besar, di sentuh ibu muda tersebut.

“Sayang...kenapa ni?”

“Abang....tengok Airil tu, dia kacau Amani...nanti kalau Adila dengan Emirza nampak, tak elok pula”

“Tak apalah Ecah, Amani tu pun nakal juga...kalau yang perempuan tak mula kacau, yang lelaki pun tak melawan....” Adila dan Emirza muncul di pintu pagar memasuki rumah banglo milik Akim dan Ecah, Alhamdulillah....selepas 4 tahun Akim mengambil tempat abangnya sebagai CEO di syarikat mereka, Akim mampu untuk menjaga Ecah dan Airil.

“E’eh, cepatnya korang datang...diorang baru je balik dari nursery, korang tak payah datang pun tak apa...aku boleh hantar Amani balik rumah korang” Ecah membawa sedulang air minuman untuk tetamu di luar rumahnya.

“Emm...Ecah, jangan manjakan sangat Amani tu, makin nakal nanti dia”

“Tak apalah Adila, Ecah pun sejak Airil muncul dalam hidup kami dia tak buat apa...nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa katanya, dia sendiri yang nak tengok Airil membesar...ada Amani makin bertambah cerialah dia”

“Airil....Amani...mari sayang, mama ada buat air kesukaan kamu berdua...’fresh orange’, mari..”

“Yeay! mama buatkan Airil ‘fresh orange’? hehehe....Airil suka, mama....jangan bagi Amani, tadi dia tak bagi Airil pinjam ‘colour pencil’ dia....”

“Sayang...tak baik cakap macam tu, kalau Amani tak nak kawan dengan Airil lagi lepas ni macam mana? Airil dah tak de kawan...nanti Auntie Adila ngan Uncle Emirza tak nak hantar lagi Amani kat rumah, kesian mama pun tak ada kawan....Airil tak sayang mama ke?”

“Emm..baiklah, Airil saaayang mama....Amani, Airil minta maaf ya?” Airil memberikan segelas ‘fresh orange’ pada Amani, keduanya saling ketawa. Akim yang memerhatikan gelagat isteri dan anaknya hanya tersenyum, teringat dia akan Aril...abangnya, kenangan mereka berdua masih segar diingatan. Walaupun sudah 4tahun masa berlalu, Akim tetap akan mengingati abangnya. Kerana Aril, dia menjadi semakin matang. Kerana Aril, dia disatukan dengan Ecah. Kerana Aril, dia dikurniakan kebahagiaan dalam rumahtangganya dengan dua cahaya yang amat disayanginya. Ecah dan Airil Azam Bin Afiq Hakim.


Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries