Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 1
10 May 2010 | 10:53 AM | 0 comments

karya:mentari

“Assalamualaikum!!! Ibu…oh, ibu…..” Aishah menjerit memanggil ibunya. Bayang ibunya tidak kelihatan sama sekali di ruang tamu.
“Waalaikumussalam….Ecah!! ibu kat dapur ni….” Tanpa rasa ragu, Aishah terus melangkah menuju ke dapur.
“Eh, anak ibu dah balik….macam mane dengan temuduga tadi??” tanya Puan Rini Adrina yang merupakan ibu kepada Deanna Aishah dan juga Dafi Arman. Puan Rini bukan sahaja seorang ibu tetapi juga pendengar setia anak-anaknya. Di kala sedih mahupun gembira, Puan Rinilah tempat Aishah dan Dafi meluahkan rasa hati.
“Haih….” Aishah mengeluh dan menunjukkan wajah sedihnya itu seolah-olah temuduganya itu gagal.
Melihat wajah puteri tunggalnya itu, Puan Rini turut berasa sedih. “Hmmm….tak pe la Ecah, dah tak de rezeki nak buat macam mane.” pujuk Puan Rini dengan lemah lembut. Puan Rini sememangnya seorang ibu yang sangat prihatin terhadap anak-anaknya.
Selang beberapa saat kemudian, wajah Aishah bertukar menjadi ceria. Puan Rini juga sempat kehairanan melihat anak gadisnya itu.
“Ecah dapat la ibu…..heeee…..” Aishah sengaja menunjukkan mimik muka yang sedih kepada ibunya itu untuk memberi kejutan buat ibunya yang tercinta.
“Yer ke…..ibu ingatkan Ecah tak dapat tadi, dah Ecah buat muka seposen jer….hmmmm….Alhamdulillah…” Puan Rini terkejut mendengar jawapan dari puterinya itu. Dia gembira dan bersyukur kepada Allah S.W.T. di atas rezeki yang diberikan kepada anaknya itu.
“Bila Ecah start kerja?? Ecah kerja sebagai apa?? Kerja kat mana?? ” Puan Rini bertanya soalan demi soalan kepada anaknya itu. Bukannya apa, cuma perasaan bimbang yang menguasai dirinya membuatkan dia terpaksa bertanya dengan lebih terperinci terhadap pekerjaan puterinya itu.
“Banyaknye soalan ibu…..hehe….Ecah start kerja esok…..Ecah kerja sebagai assistant general manager dekat Hotel Tiara.” Aishah menjawab setiap soalan ibunya itu kerana dia tahu betul sifat ibunya yang selalu mengkhuatirkan anak-anaknya. Aishah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan jurusan yang diambilnya. Aishah memperoleh ijazah dalam jurusan pengurusan hotel di UITM Arau, Perlis. Meskipun hanya menyambung pelajaran di dalam negara, sekurang-kurangnya cita-citanya untuk menjadi mahasiswi sudahpun tercapai.
“Eh, Ibu, abang mana?? Tak kan tak balik lagi kot…..dah pukul 6.30 petang ni, jap lagi maghrib pulak…..lagi satu, baba mana ibu?? Tak nampak pun dari tadi.”
“Abang Dafi kamu tu kan orang paling sibuk kat dunia ni…..selagi langit tak gelap, alamatnya tak balik la dia…..baba kamu tu lepas bersara jadi guru, bukannya nak rehat, petang-petang macam ni biasalah dia, pergi jogging la….katanya nak keluarkan peluh la apa la….bila sakit, ibu jugak yang susah….haih…” jelas Puan Rini dengan panjang lebarnya. Aishah mendengar omelan ibunya dengan penuh teliti.
“Hmm….bagus la kalau baba nak exercise ibu…..sekurang-kurangnya, ada jugak aktiviti yang baba boleh buat…..erm, okey la ibu, Aishah mandi dulu eh….dah berbau satu badan ni.”
“Yer la….pergi mandi dulu lepas tu rehat….”
“Allright.” Aishah menunjukkan ibu jarinya menandakan dia setuju dengan arahan ibunya itu. Aishah terus melangkah meninggalkan ibunya di dapur menuju ke kamarnya.
**********
“Ecah!!” Dafi menepuk bahu adik kesayangannya itu. Aishah juga sedikit terkejut dengan perlakuan abangnya itu.
“Eh, abang rupanya…ingatkan hantu mana tadi yang sapa Ecah…hehe…”
“Ish budak ni...kurang asam jawa betul…..ada ker muka abang yang hensem and cute ni dikatanye hantu.”
( sabor , sabor….nasib baik la budak ni adik aku…kalau tidak…)
“Kenapa Ecah duduk kat luar ni?? Kan sejuk.” Dafi bertanya kepada Aishah seakan ambil berat terhadap diri adiknya itu.
“Saje jer…Ecah nak tengok bulan dengan bintang….cuba abang tengok kat atas tu….cantik kan langit tu dilimpahi dengan cahaya bulan dengan bintang??” tanya Aishah kepada abangnya itu. Dia sangat mengagumi anugerah Allah yang sangat indah. Dia sememangnya bersyukur dengan setiap ciptaan-Nya.
“A’ah la, cantik, macam adik abang ni…”
“Erm, yer la tu.”
( Apesal pulak tiba-tiba jer abang aku ni dok puji-puji aku )
“Aishah!! Dafi!! naik…dah malam ni….” Tiba-tiba ada satu suara mencelah di antara perbualan mereka.
“Yer ibu….kitaorang naik!!!” Aishah dan Dafi terus mengatur langkah dari meja kecil di tepi rumahnya itu dan menuju ke dalam rumah mereka.
“Ecah, dah pergi masuk tidur sana ….dah pukul 10 ni…esok pagi kan Ecah dah start kerja, karang tak pasal-pasal lewat bangun.”
“Eh, baba tahu ker esok Ecah first time kerja??” Aishah sedikit bingung mendengar ayahnya tahu dia akan mula bekerja sedangkan dia sendiri belum sempat memberitahu soal pekerjaannya itu.
“Ibu yang bagitau baba…..Ecah tu kalau ada apa-apa, bukannya nak bagitahu baba.” jelas Encik Obri Khalid yang seakan merajuk. Encik Obri seorang ayah yang agak tegas dengan anak-anaknya namun begitu dia juga seorang ayah yang sangat mengambil berat soal hati dan perasaan anak-anaknya dan kerana didikannya itulah, Aishah dan Dafi menjadi orang yang berguna.
“ Ala , baba ni….tu pun nak merajuk….sory la baba, tadi bukannya Ecah tak nak bagitahu cuma baba jer yang sibuk jogging petang tadi….” pujuk Aishah.
“Yer la…baba tahu….dah pergi masuk bilik sana ”
“Allright ba…”
Aishah terus bersalaman dengan ayah dan ibunya lalu menuju ke biliknya untuk beristirehat. Begitulah rutinnya setiap hari sebelum tidur sebagai tanda hormat terhadap kedua orang tuanya.
**********
“Ring!!!!!!”
Bunyi jam loceng membuatkan Aishah terkejut lalu bingkas bangun dan mengemaskan tempat beradunya.
“Alamak! Dah pukul 6??”
Aishah terus ke kamar mandi untuk membersihkan diri dan setelah lengkap berpakaian, dia terus solat subuh tanpa melengah-lengahkan masa.
“Alhamdulillah….baru pukul 6.30?? hehe….tak sangka cepat jugak aku siap.” bicaranya sendirian.
TOK!! TOK!! TOK!!
Pintu kamar Aishah diketuk.
“Ecah!! Ecah!!” kedengaran satu suara memanggilnya.
“Yer ibu….kejap…kejap….” Aishah terus mengatur langkah lalu membuka pintu kamarnya.
“Amboi, wanginya anak ibu hari ni…..Ecah dah siap??” soal Puan Rini terhadap anaknya itu kerana dia bimbang anaknya itu terlewat ke pejabat.
“Hehe…biasala ibu, ni kan first time Ecah kerja lepas habis belajar, so, mestilah kena wangi-wangi…..Ecah dah siap la ni.”
“Kalau macam tu, jom kita sarapan….Dafi dengan baba dah tunggu kat bawah tu…”
“Okey…kejap lagi Ecah turun yer, ibu….”
“Okey, sayang….cepat sikit tau….”
Aishah menunjukkan ibu jarinya menandakan setuju dengan suruhan ibunya itu. Mereka sekeluarga hidup serba sederhana. Ibu Aishah seorang suri rumah sepenuh masa manakala abangnya seorang arkitek di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur . Rumah mereka juga tidaklah semewah banglo, hanya sebuah rumah dua tingkat yang sederhana.
Selang beberapa minit, Aishah turun ke bawah untuk bersarapan bersama seluruh anggota keluarganya.
“Alhamdulillah….kenyang Ecah….hehe…”
“Okey la ibu, baba….Ecah pergi dulu eh…kang lambat la pulak….jom abang….” Aishah menarik tangan abangnya setelah selesai makan.
“Aduh, sakit lah Ecah…..jangan tarik tangan abang…kang putus, siapa nak ganti??”
“Ish abang ni, cepatlah sikit….KL ni kalau time macam ni sure sesaknye…karang lambat, sape susah?? Ecah jugak yang susah.”
“Yer la…yer la….”
( hish….tak sabor-sabor budak ni… )
“Dah…dah….jangan gaduh…..” tegur Encik Obri.
“Assalamualaikum…ibu, baba….kitaorang pergi dulu eh.” Dafi dan Aishah serentak memberi ucapan salam lalu kedua-dua mereka mencium tangan ayah dan ibu mereka. Setelah itu, mereka melambai-lambaikan tangan mereka.
“Waalaikumussalam….hati-hati….” giliran ibu dan baba mereka pula menjawab salam dengan serentak dan melambaikan tangan kepada kedua-dua anak kesayangan mereka. Kenderaan yang dipandu oleh Dafi hilang di mata Encik Obri dan Puan Rini. Kini suasana kembali suram setelah kedua-dua anak mereka pergi mencari rezeki.
**********
“Assalamualaikum….selamat pagi….boleh saya bantu cik??” ucap Farah Raseera yang merupakan penyambut tetamu di Hotel Tiara.
“Waalaikumussalam….selamat pagi…..saya Deanna Aishah….”Aishah menghulurkan tangannya sebagai salam perkenalan antara mereka berdua. Farah menyambut salam Aishah dan bersalaman sebagai tanda hormat. Farah seorang yang sangat lemah lembut dan bersopan santun yang sesuai dengan pekerjaannya itu.
“Oh…cik Aishah, assistant general manager baru kat sini kan ??”
“Yup….”
Farah terus menekan butang interkom yang menghubungi Tan Sri Faizal yang merupakan pemilik Hotel Tiara. Setelah itu, Aishah terus mengikuti jejak Farah menuju ke bilik Tan Sri Faizal.
“Masuk!”
Pintu ruangan Tan Sri Faizal dibuka oleh Farah lalu Aishah terus masuk ke ruangan bosnya itu.
“Silakan duduk, Aishah” arah Tan Sri Faizal kepada Aishah.
Terima kasih Tan Sri.”
“So, sebelum Aishah bekerja di hotel ini, saya ingin ucapkan selamat datang and saya harap awak boleh bekerjasama dengan semua staff yang bekerja di hotel ini.”
“Terima kasih, Tan Sri….InsyaAllah, saya akan bekerjasama dengan semua staff kat sini dan menyesuaikan diri di sini.” Mereka berdua saling berjabat tangan tanda bekerjasama antara satu sama lain.
“Baiklah, kalau macam tu, saya panggil anak saya sebentar…..”
Butang interkom ditekan yang menghubunginya terus ke ruangan anaknya. Selang beberapa minit kemudian, kedengaran pintu dibuka.
“Aril, come….let me introduce to your assistant.”
“Aril??” bicara Aishah dalam hati.
( macam pernah dengar nama tu…..tapi....)
“Aril, kenalkan ini Deanna Aishah.”
“Hai, saya…..” kata-kata Aril terhenti setelah Aishah memalingkan wajahnya tepat kearah dirinya.
( Aishah…..)
Mereka berdua terkejut melihat sesama sendiri dan hanya mendiamkan diri setelah mengenali antara satu sama lain.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries