Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 2
18 May 2010 | 10:37 PM | 0 comments

karya:mentari
Pertemuan pagi tadi membuatkan diri Aril Rizqin tidak keruan. Pertemuannya dengan seorang gadis kecil molek yang bernama Deanna Aishah mengingatkan dirinya tentang masa lalunya.

“Aishah, kenapa nak jumpa Aril kat sini??”
“PANG!!!” satu tamparan kuat kedengaran.
“Aishah! kenapa tiba-tiba jer tampar Aril??” Aril seakan tidak mengerti perbuatan yang telah dilakukan kekasihnya itu terhadap dirinya.

“Ini apa, Aril??” Aishah dengan perasaan amarahnya menunjukkan beberapa keping foto antara Aril dengan seorang perempuan yang sama sekali tidak pernah dikenalinya. Aril terkejut melihat setiap foto yang ditunjukkan oleh kekasihnya itu.
“Mana Aishah dapat gambar-gambar ni??”

“Aril tak perlu tahu mana Aishah dapat semua gambar ni…..siapa perempuan dalam gambar ni Aril??” mata Aishah mula berkaca.

“Dia……diiiiia…dia tuuu….tunang Aril...” kata-kata Aril tersekat-sekat. Dia tidak sanggup memberitahu hal ini kepada kekasihnya itu.

“What!!!! Tunang??” Aishah terkejut mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Aril. Tanpa paksaan, air matanya tumpah serta merta.

“Kenapa Aril sanggup buat Aishah macam ni?? Kenapa?? Apa salah Aishah, Aril, sampai Aril sanggup buat Aishah macam ni?? Cakap Aril, cakap….” Aishah menangis teresak-esak.
Aril cuba memegang tangan kekasihnya tetapi Aishah mengelak.

“Aril tahu Aril salah….Aril mintak maaf, Aishah tak salah apa-apa pun pada Aril….Aril yang salah….i’m so sorry, Aishah…Aril terpaksa Aishah, Aril terpaksa….uhhh…” Aril melepaskan keluhannya.

“Aril terpaksa ikut cakap papa and mama Aril untuk bertunang dengan Zarina….diorang parents Aril and Aril tak sanggup untuk membantah arahan diorang….”
“Aril pengecut!!!” Aishah melemparkan kata-kata yang agak kasar.

“Mulai detik ini…we break off...jangan pernah tunjuk muka Aril lagi depan Aishah.” Aishah menyatakan keputusannya dengan penuh rasa amarah.

“Aishah….”

“Aril nak apa lagi ni?!!”
“Next week, Aril akan pergi UK .”
“So, what?? Aishah dah tak peduli Aril nak pergi mana ke or nak buat apa ke…itu bukan urusan Aishah…antara kita dah tak der hubungan apa-apa…it’s over, Aril.” Jelas Aishah yang sedikit marah.

“Tapi…” Aril menghentikan perbicaraannya. Dia tahu dirinya salah dan dia juga tahu cintanya terhadap gadis itu takkan pernah padam. Hatinya berbelah bagi antara cinta dan keluarga tetapi semuanya telah terjadi. Kini, dia sudah pun bertunang dengan orang yang tidak dicintainya sama sekali dan tidak mungkin dirinya memutar masa kembali. Akhirnya, dia mengalah dengan keputusan kekasihnya itu.

Perhubungan mereka terhenti selepas pertemuan itu. Hampir 4 tahun berlalu, Aril juga tidak pernah menyangka dia akan bertemu kembali dengan wanita yang sangat dicintainya sehingga detik ini. Itulah cinta pertamanya dan terlalu sukar untuk dirinya melupakan gadis itu.

“Tok….tok…..tok…”
Lamunannya terhenti setelah mendengar bunyi pintu diketuk. Lantas, dia terus bangun untuk membuka pintu kamarnya itu.

“Aril, ini ada panggilan telefon untuk Aril…”
“Apa?? Panggilan telefon?? Dari siapa, Mak Leha??”
( takkan Aishah kot )

“Mana la mak Leha tahu, tapi suaranya macam suara lelaki.”
“Erm, tak per la….biar Aril jawab…”
( haih….ada-ada jer )

Aril terus turun ke bawah untuk menjawab panggilan dari orang yang dia sendiri tidak kenal.
“Assalamualaikum….hello…siapa tu??”
“Waalaikumussalam, bro.”

“Tunggu kejap….suara ni…..Ya Allah!! Akim….”
“Haha….ingatkan dah lupa kat Akim.”

“Apesal tak call dekat fone along jer….along panggil mama eh…”
“Eh, tak payah..tak payah….this our secret okey….Akim nak kasi kezutan sikit kat mama and papa.”

“Kezutan??” Aril bingung seketika.
“Esok Akim balik Malaysia so, Akim nak bagi surprise la kat mama and papa….please keep it secret, okey?? And esok, along jemput Akim kat KLIA, okey??”
“Allright, bro….i will…don’t worry, okey….esok, along jemput Akim.”
“Thanks bro…allright, jumpa esok….Assalamualaikum.” Akim mengakhiri perbicaraanya dengan ucapan salam.

“Waalaikumussalam.” Aril segera membalas salam dari adiknya itu. Panggilan telefon tamat setakat itu. Walaupun jarak umur mereka empat tahun, namun keakraban antara mereka berdua tiada tolok bandingnya.

**********

Aishah termenung di jendela dalam kamarnya. Kejadian pagi tadi membuatkan dirinya kembali terluka. Hatinya seperti tidak sanggup untuk berhadapan dengan lelaki itu lagi.
“Haih….kenapalah dia mesti muncul dalam hidup aku lagi…..hmmmm….” bicara Aishah sendirian.

“Ecah!!!!! Kawan kau datang ni!!!!” jerit Dafi memanggil adiknya itu turun ke bawah. Aishah sedikit terkejut mendengar teriakan abangnya itu. Lamunannya terhenti seketika. Lantas, dia terus keluar dari kamarnya dan turun ke bawah.

“Yer!!! Kejap!!!” teriak Aishah menyahut panggilan abangnya itu.
“Hish….sape pulak la yang datang malam-malam ni….takkan Aril kot.” bisik hati kecilnya itu.
Sesudah sampai dia di bawah untuk melihat siapa yang mengganggu hidupnya ketika malam menjelang, dia agak terkejut dengan apa yang dilihatnya.

“Hye, Aishah….how are you??”
“Ya Allah! Betul ke apa yang aku tengok ni??” Aishah sedikit bingung dan menggosok-gosok matanya.

“Betul ler babe, ni aku la, Mila…” jelas Mila kepada Aishah. Mereka saling bersalaman malah terus berpelukan antara satu sama lain. Mila atau nama sebenarnya Puteri Syarmila merupakan rakan karib Aishah sejak dari zaman persekolahan sehinggalah hari ini cuma disebabkan Mila yang sibuk melanjutkan pelajaran di luar negara membuatkan mereka berdua jarang berjumpa.
“Aku baik-baik jer….tengok oranglah….kau pulak, apa khabar??” Aishah memuji dirinya sendiri.
“Aku pun sama jugak, sihat walafiat….”

“Jom, kita keluar, sha.”

“What?? Are you serious, malam-malam macam ni??”
“ Ala …jom la babe, lama aku tak jumpa kau, so, aku pun nak dengar jugak cerita kau…kalau kau tak nak drive, biar aku drive….please, babe….please….” pujuk Mila kepada sahabat karibnya itu.
“Yer la…yer la….tapi aku kena tanya ibu ngan baba aku dulu…..tunggu kejap eh….”

Setelah memperoleh kebenaran daripada kedua-dua orang tuanya, Aishah terus ke kamarnya untuk menukar pakaian yang sesuai. Hanya mengenakan seluar jeans, t-shirt, dan sedikit lipstick di bibirnya, Aishah masih kelihatan cantik. Setelah selesai bersiap, Aishah turun ke ruang tamu menemui ibu dan ayahnya.

“Ecah, balik sebelum pukul 12.00 malam tau….ingat pesan ibu ni.” Arah Puan Rini kepada puterinya itu.

“Yer ibu, jangan risau la….” patuh Aishah terhadap ibunya kerana dia tahu sikap ibunya itu yang terlalu mencemaskan dirinya.

Aishah dan Mila terus bersalaman dengan Puan Rini Adrina dan Encik Obri Khalid menandakan rasa hormat mereka terhadap orang tua. Mereka terus keluar dari rumah dan masuk ke dalam perut kenderaan BMW 760 milik Mila sambil diperhatikan oleh kedua orang tua Aishah.

Selang beberapa minit, bayang kenderaan yang berwarna putih itu sudah lenyap dipandangan Puan Rini dan Encik Obri. Mila mempunyai keluarga yang kaya dan jauh berbeza jika dibandingkan dengan keluarga Aishah yang hidup sederhana tetapi dia tidak pernah meletakkan harta sebagai tempat untuk dirinya memilih rakan.

**********

“Babe, asal kau moody jer??” tanya Mila sedikit bingung terhadap rakannya itu sambil meneguk air cappuccino yang telah dipesan tadi di Starbucks cafe di Bukit Bintang Plaza .
“Moody??” balas Aishah.

“Tak der lah….cuma…..” Aishah menghentikan perbicaraannya.
“Cuma apa??” tanya Mila yang kehairanan melihat sikap temannya itu.
( Haih…minah ni, sajer jer buat aku suspen…)

“Kau ingat tak, Aril?? Aishah memulakan perbicaraanya.
“Aril?? Of course aku ingat….bukan dia ex-boyfriend kau, kan ??”
Aishah hanya menangguk-anggukan kepalanya menandakan tekaan rakannya itu tepat.
“Apesal dengan dia?? Bukan dia ada kat UK ke??”
“Tak…dia dah balik sini…tadi aku jumpa dia.”

“What?? Kau jumpa dia??” Mila seakan tidak percaya dengan perkataan yang dikeluarkan oleh sahabatnya itu.

“Aku jumpa dia kat pejabat tadi.”
“Pejabat mana pulak??”

“Kau tau kan aku sekarang ni bekerja dekat Hotel Tiara and kalau kau nak tau, Hotel Tiara tu milik ayah Aril….so, sekarang ni aku bekerja sebagai assistant dia….aku cuba bersikap professional tapi aku tak boleh la, babe….hati aku ni sakit bila aku tengok muka dia….entah la babe…”

“Ohhh….yer ker….sekarang, perasaan kau macam mana?? Kau still suka dekat dia??”
“Suka?? Please la babe, sejak dia bertunang dengan perempuan tu, cinta aku dah mati untuk dia….” Jelas Aishah soal perasaannya terhadap lelaki itu.

Mereka berbual panjang pada malam itu tanpa disedari jarum jam di Starbucks menunjukkan tepat jam 11 malam. Tanda menghormati pesanan ibu Aishah, Mila membayar makanan dan minuman yang dipesan. Setelah itu, mereka terus masuk ke dalam perut kereta dan menuju ke rumah Aishah.

“Assalamualaikum….ibu….baba….”
“Waalaikumussalam…..” ibu dan ayah Aishah menjawab salam dari puterinya dengan serentak.
“Ibu…baba….Ecah naik dulu eh….Ecah penatlah....Assalamualaikum….” kali ni dia memberi salam untuk beristirehat pula. Setelah itu, dia terus bersalaman dengan kedua orang tuanya.
“Waalaikumussalam….” Sekali lagi Puan Rini dan Encik Obri menjawab salam secara serentak.
Tanpa melengahkan masa, Aishah terus menuju ke kamarnya yang serba pink itu.
Sememangnya sejak dari kecil, warna pink itu menjadi kegemarannya. Aishah membersihkan wajahnya, lantas, menukar pakaian yang selesa untuk dirinya beradu.
Tepat jam 12.00 tengah malam, seluruh anggota keluarga Encik Obri Khalid kecuali dirinya lena dibuai mimpi. Aishah masih memikirkan kejadian pertemuannya dengan Aril Rizqin. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari mendatang. Berkecamuk perasaannya apabila memikirkan hal itu. Matanya semakin lama semakin kecil, mungkin kerana terlalu letih, Aishah akhirnya dibuai mimpi.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries