Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu Bab 3
28 May 2010 | 7:31 PM | 0 comments

Karya:Mentari
“Aishah!!!”
“Ya encik, boleh saya bantu??” balas Aishah.
“Aishah, boleh Aril cakap dengan Aishah sekejap??”
Beberapa orang pekerjanya melihat perlakuan mereka berdua namun hal itu tidak pernah dihiraukan oleh Aril.
“Maaf, Encik Aril…..saya sibuk…saya minta diri dulu.” Aishah menolak pelawaan Aril kerana hatinya masih sakit dengan apa yang telah dilakukan oleh bekas kekasihnya itu. Aril memaut lengan Aishah. Aishah melepaskan lengannya dari pegangan lelaki itu. Dia terus pergi dari situ dan kembali ke ruang pejabatnya.
“Kalau macam ni setiap hari….macam mana aku nak concentrate kerja aku?? Ya Allah!! Kuatkan aku untuk menghadapi cubaan ini….” bisik hatinya.
Aishah cuba menumpukan pada pekerjaannya. Dia cuba menyibukkan dirinya dengan menyemak satu persatu fail-fail yang telah diberi oleh setiausahanya meskipun sudah tiga kali dia menyemak fail-fail itu. Butang interkom ditekan.
“Fatin, masuk bilik saya sekejap.”
Fatin Suraya merupakan setiausaha Aishah. Fatin sudah pun mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata. Meskipun dia telah berkahwin, namun tubuhnya tetap langsing seperti gadis remaja.
“Baiklah, cik Aishah.” Fatin akur akan arahan ketuanya itu.
TOK!! TOK!! TOK!!
Pintu bilik pejabat Aishah diketuk.
“Masuk!”
“ Ada apa cik panggil saya??”
“Actually tak ada apa-apa, saya just nak ajak awak lunch, boleh??”
“Ohhh….ingatkan apa tadi….mestilah boleh.”
“Kalau macam tu, jom kita pergi sekarang.”
“Sekarang??”
“Yer la, sekarang….takkan besok kot….cuba tengok jam tu dah pukul berapa…..”Aishah menudingkan jarinya kearah jam dinding di ruangannya itu.
“Hehe…dah pukul 1.00 la cik Aishah.”
“Ha…tahu pun, dah…jom, kita pergi.”
“Okey, let’s go.”
Mereka berdua keluar dari ruangan itu dan menuju ke lobi hotel. Mereka berdua berjalan terus menuju ke kereta MyVi S.E milik Aishah. Setelah itu, Aishah dan Fatin masuk ke dalam perut kereta dan menuju ke restoran Nasi Lemak Antarabangsa. Di restoran itu, bukan sahaja menawarkan menu sarapan pagi malahan menu tengah hari dan malam juga disediakan.
**********
Kuingin dirimu dekat di hatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu…..
Lagu menatap matamu nyanyian Khairil Azam Pilus yang menjadi nada dering blackberry milik Aril kedengaran menandakan satu panggilan telefon masuk.
“Hello!”
“Hello, along…Akim dah sampai ni….cepat la jemput Akim kat sini.”
“Alamak!! Aku lupa lah hari ni akim balik.” bisiknya dalam hati sambil menepuk dahinya kerana terlupa akan perjanjiannya dengan Akim atau nama sebenarnya Airit Hakim.
“Allright, kim….along datang sekarang.”
Dengan tidak memikirkan apa-apa, Aril terus keluar dari ruang pejabatnya.
“Eh…eh….Encik Aril!!! Encik Aril!!!” jerit Candy yang melihat bosnya itu berjalan pantas. Langkah Aril terhenti seketika. Candy terpaksa berlari bagi mendapatkan bosnya itu.
“Encik Aril nak pergi mana?? Kan sekejap lagi Encik Aril ada meeting dengan klien dari Singapore ??”
“Alamak!! Saya lupa la…nasib baik awak ingatkan saya.” Sekali lagi Aril menepuk dahinya.
“Erm, macam ni…sekarang, saya ada urusan yang sangat urgent and saya tak akan balik semula dekat hotel ni….so, untuk meeting tu, I will call cik Aishah and saya nak awak bantu dia, is it okey??”
“Okey, Encik Aril….tapi….erm….cik Aishah tu kan still new kat sini, belum seminggu pun dia kerja kat sini, do you trust her to handle that meeting??”
“I trust her because dia kan assistant saya so itu memang dah jadi tugas dia….lagipun ayah saya tak de kat sini, kalau dia ada, tak payah la saya suruh cik Aishah nak handle meeting tu…okey?? sekarang ni saya dah lambat and I have to go now.”
“Baiklah, Encik Aril.”
Aril segera meninggalkan setiausahanya itu. Lantas, dia terus ke kenderaan miliknya. Kereta Mitsubishi Lancer milik Aril memecut laju meninggalkan hotel milik keluarganya disebabkan dia sendiri sudah pun terlewat menjemput adik kesayangannya itu di KLIA.
Sambil memandu, Aril mencari nama Aishah di dalam blackberrynya dan butang ‘call’ ditekan.
Telefon bimbit Aishah berdering. Nama yang tertera di skrin telefonnya itu membuatkan dia sedikit kaget.
“Aril?? Nak apa pulak dia ni….hish….” bisik hati kecil Aishah.
Aishah menekan butang ‘answer’ di telefon bimbitnya itu.
“Hmmm….ada apa??” jawab Aishah dalam keadaan malas.
“Aishah, boleh tolong Aril tak??”
“Tolong apa??” balas Aishah dalam nada sedikit geram.
“Aril nak Aishah handle meeting dengan klien dari Singapore , boleh?? Meeting tu pukul 4.
“What?? Meeting??” Aishah terkejut mendengar permintaan Aril.
“Please Aishah….please…I know you can do it….Aril ada urusan penting sekarang ni so Aril tak dapat handle meeting tu and Aril nak Aishah yang handle, is it okey??”
Tanpa memikirkan apa-apa, Aishah setuju dengan permintaan Aril. Perbualan mereka terhenti setakat itu.
“What?? Meeting?? Mati la aku….” Bisik hati kecilnya. Perasaannya bercampur aduk. Dia terpaksa mengikuti arahan bosnya itu meskipun pengalamannya hanya sebesar kuman.
Deringan telefon pejabatnya membuatkan Aishah tersedar dari lamunannya.
“Hello! Cik Aishah, meeting dah nak mula.” Candy mengingatkan managernya itu.
“Yer Candy, saya ke sana sekarang and jangan lupa bawak semua fail-fail yang perlu, okey??”
“Baiklah cik Aishah.”
Aishah memulakan langkah menuju ke bilik mesyuarat. Hatinya berkecamuk, perasaan takut, gementar menguasai diri. Sebelum membuka pintu bilik mesyuarat, Aishah membaca bismilah dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W sebanyak tiga kali.
“Ya Allah! Tolong lancarkan perjalanan meeting ni…” doa Aishah dalam hati.
Aishah membuka pintu bilik mesyuarat lantas dia masuk dengan penuh keberanian sedangkan jauh di dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Tanpa melengahkan masa, mesyuarat dimulakan.
Cadangan yang dikemukan oleh pihak Hotel Aweera dari Singapura membuatkan Aishah tertarik namun segala keputusan bergantung kepada pemilik Hotel Tiara. Kertas cadangan yang dikemukakan tadi, telah diserahkan kepada Aishah. Setelah satu jam berlalu, maka, berakhirlah mesyuarat di antara pihak Hotel Tiara dan pihak Hotel Aweera.
**********
“Akim!!!!” jerit Aril memanggil adiknya sambil melambai-lambai tangannya.
Tanpa memandang orang di sekelilingnya yang sedang memperhatikan gelagatnya itu, Aril terus berjalan ke arah Akim.
“Hello, kim.” Akim menyapa Aril. Hampir satu tahun dia tidak berjumpa dengan abangnya itu. Rasa rindu antara mereka berdua dilepaskan dengan pelukan yang sangat erat.
Kebiasaannya, menjelang cuti semester pasti dia akan pulang ke tanah airnya ini namun disebabkan tahun ini sesi pembelajarannya akan tamat, Akim hanya pulang selepas dia memperoleh segulung ijazah.
“Lama betul akim tak balik….so, macam mana dengan study akim kat sana ??”
“Haha…yer ker lama?? Tak der la, baru setahun akim tak balik and now, akim balik sini terus…study akim kat sana, okey….cuba along tengok apa yang akim bawak ni….nah, ambik.”
Aril seakan bingung melihat sekeping sampul surat yang agak besar saiznya yang diberi oleh Akim.
“Apa ni??”
“ Cuba bukak dulu….hehe…”
“Sijil degree??”
( takkan dia dah convo kot…haih….wat suspens jer….)
“Yup, sijil degree Akim.”
“What??”
“Sory la along, Akim tak bagitahu kat semua orang kalau Akim akan convo minggu ni….bukannya apa, Akim just nak kasi surprise kat korang semua….hehe…jangan marah…by the way, mama and papa tahu tak Akim balik ni??”
“Akim ni dari dulu sampai sekarang suka sangat bagi kezutan kat kitaorang…..mama and papa tak tahu pun Akim balik…lagipun papa tak der kat sini, dia pergi Sarawak….biasalah, urusan hotel….”
“Hehe…bagus…bagus….along, Akim dah penat ni, jom la kita balik, takkan nak terpacak kat sini jer.”
“A’ah la…jom…jom….”
Mereka berdua berjalan menuju ke kenderaan milik Aril. Akim dan Aril masuk ke dalam perut kereta tersebut. Aril terus memecut laju kenderaannya itu menuju ke Villa milik keluarga mereka. Akim sememangnya kelihatan penat malahan dia sempat tertidur dalam kereta milik abangnya itu.
“Kim…kim….woiii, bangun la….kita dah sampai ni.” Aril mengejut Akim sambil menepuk bahu adiknya itu.
( Hish, budak ni…tidur tak hingat dunia..)
Lantas, Akim tersedar dari mimpinya.
“Ha…apa?? Dah sampai?? Aduh, sekejapnya sampai…berapa kilo meter sejam along drive ni??” Akim terkejut melihat Villa putih yang tersegam indah sambil menggosok-gosokkan matanya.
“Ah, diam la kim….dah, jom….”
“Yer la…yer la…”
Mereka berdua terus berjalan dari tempat letak kereta menuju ke villa mereka.
“Assalamualaikum…..” kedengaran suara Akim dan Aril secara serentak.
“Waalaikumussalam……” jawab seorang wanita yang berusia 50-an yang merupakan pembantu rumah di rumah mereka. Mak Leha membuka pintu villa itu lalu dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.
“Puuuuupuuuaaa…..” Mak Leha ingin memanggil pemilik villa itu namun mulutnya di tutup oleh Akim. Akim meletakkan jarinya di bibir menandakan arahan senyap kepada pembantu rumah keluarganya itu.
Dalam nada suara yang rendah…..
“Mama, mana??”
“Mama ada dalam bilik dia, Akim.”
“Mak Leha panggil mama, lepas tu cakap dekat mama kalau ada kawan dia datang.” Jelas Akim kepada pembantu rumah keluarganya. Meskipun Mak Leha hanya seorang pembantu, namun, keluarga Tan Sri Faizal menganggap Mak Leha seperti saudara mereka sendiri.
“Yer la kim, Mak Leha panggilkan mama.”
Akim dan Aril masuk ke villa itu dan berjalan menuju ke ruang tamu. Mak Leha pula terus berjalan menuju ke kamar milik Puan Sri Noradira.
“Tok….tok….tok….”
“Yer, siapa tu!!”
“Puan Sri, ini Mak Leha….”
Setelah mendengar suara Mak Leha, Puan Sri Noradira segera membuka pintu kamarnya.
“ Ada apa, Leha.”
“Tak der…cuma…ada kawan Puan Sri yang datang.”
“Apa?? Kawan?? Malam-malam macam ni?? Erm…yer la….sekejap lagi saya turun.”
(Haih…ada-ada jer..)
Setelah itu, Mak Leha turun ke ruang tamu dan menunjukkan ibu jarinya menandakan permainan mereka berjalan dengan lancar lalu dia terus berjalan ke ruang dapur untuk menyediakan hidangan makan malam buat keluarga Puan Sri Nora.
Puan Sri Nora menuruni setiap anak tangga di villanya itu. dia terus menuju ke ruang tamu untuk melihat siapa tetamunya itu.
“Ya Allah!! Anak mama….” Puan Sri Nora terkejut melihat wajah anaknya lalu mendapatkan putera kesayangannya itu.
“Bila Akim balik?? Kenapa tak bagitahu mama Akim nak balik?? Akim balik dengan siapa?? Siapa jemput Akim kat KLIA??” bertimbun-timbun soalan yang dilemparkan oleh Puan Sri Nora lantas dipeluknya Akim seerat-eratnya.
“Ya Allah! Sabar ma….sabar….” Akim menepuk-nepuk belakang bahu ibu kesayangannya.
Setelah masing-masing melepaskan kerinduan dengan pelukan yang erat, Aril, Akim dan Puan Sri Nora duduk di sofa dari Empire Classic Furniture yang berwarna putih.
Akim memulakan perbicaraannya.
“Akim sepatutnya balik lusa tapi disebabkan rindu dengan semua orang yang ada kat rumah ni so Akim balik la awal sikit….hehe….” Akim menjawab satu-persatu soalan yang dilemparkan oleh Puan Sri Nora tadi.
“Akim sengaja tak nak bagitahu papa and mama because Akim saje jer nak bagi surprise kat mama and papa…..Akim naik flight sorang jer dari Australia sampai Malaysia….tadi kat KLIA, along jemput Akim….hehe….”
“So, Aril dah tahu la yang Akim balik hari ni??” tanya Puan Sri Nora kepada anak sulungnya.
“Hehe…” Aril tersengih menandakan dia tahu.
“Ohh….dah tahu tak bagitahu mama eh….” Puan Sri Nora memulas telinga anaknya yang agak capang itu.
“Aduh…duh…duh….sakit ma….dah la telinga Aril ni capang mama pulas pulak, bertambah-tambah capang la telinga ni….”
“Dah la ma….bukan salah along pun, Akim yang suruh along rahsiakan hal ni….oh, yer… ma, angah dengan nana mana?? Tak nampak pun dari tadi.”
“Angah kamu tu sekarang duduk dekat Damansara...entahla, katanya nak hidup berdikari la apa la…mama suruh kerja dekat hotel pun dia tak nak, katanya nak cari pengalaman kat tempat lain…sekarang ni dia kerja dengan syarikat Dato’ Khairil…seminggu sekali baru dia balik…si nana tu pulak duduk dekat rumah mak dia, dekat kuantan, kan sekarang dia mengajar kat sana…sebulan sekali baru balik…entah la, Akim…mama pun tak tahu dengan anak-anak mama ni, ada hotel banyak, nak kerja kat tempat lain…hmmm…nasib baik la ada Aril dengan bibik yang temankan mama kat sini…kalau tak de, tak tahulah apa nak jadi…alamatnya, sunyi sepi la rumah ni..” Jelas Puan Sri Nora dengan panjang lebarnya. Akim dan Aril hanya mendengar setiap bait-bait perkataan yang diucapkan oleh ibunya itu.
Puan Sri Noradira mempunyai tiga orang anak lelaki dan seorang anak angkat perempuan yang bernama Syazrina atau nana. Mereka sekeluarga sangat menyayangi nana seperti keluarga mereka sendiri. Hidup mereka sekeluarga penuh dengan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang begitu utuh.
“Ma, Akim naik atas dulu la…akim nak mandi….”
“A’ah ma, Aril pun sama…”
“Yer la…pergi naik atas sana ….lepas tu, dah siap mandi, turun makan…okey, boys??”
“Okey, mom.” jawab Akim dan Aril serentak.
Setelah itu, Aril dan adiknya, Akim, berjalan menuju ke kamar masing-masing manakala Puan Sri Nora menuju ke ruang dapur untuk membantu pembantu rumahnya menyiapkan makan malam. Begitulah sifat Puan Sri Nora, meskipun sudah memiliki seorang pembantu rumah, namun dia tetap ingin membantu menyiapkan hidangan buat anak-anaknya.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries