Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : Akim Nafi Minta Layanan Bak 'VIP'
06 May 2010 | 11:07 AM | 0 comments

credit:MURAI

Sungguhpun gagal memenangi gelaran Artis Lelaki Baru Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009), namun rezeki Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 19, dalam bidang nyanyian tetap murah.
Apa tidaknya, anak muda dari Selatan Semenanjung ini baru saja terpilih sebagai penyanyi utama dalam konsert Wall's Cornetto, Take a Chance Show Your Love yang akan berlangsung di tingkat atas bumbung Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur pada Sabtu, 19 Jun 2010, bermula jam 7.30 malam.
Pun begitu,memandangkan Akim bakal menjadi tumpuan dalam konsert ini, timbul pula cerita Akim telah meminta diberikan layanan sebagai VIP berbanding artis lain yang turut membuat persembahan pada malam itu seperti Mila, Dafi, Bunkface, Aizat dan Shila OIAM.
Menjawab persoalan ini, Akim yang baru saja muncul dengan single terbaru, Inilah Cinta dengan tenang menafikan tentang hal tersebut. Malah, Akim yang sudah sepenuhnya menetap di Kuala Lumpur selama sebulan memberitahu bahawa isu sebegini tidak sepatutnya timbul kerana ia merupakan konsert istimewa yang menggabungkan artis-artis baru yang sedang mencipta nama.
"Walaupun Akim menjadi artis utama, Akim tak pernah meminta layanan VIP pun. Akim tahu Akim adalah yang paling junior dan belum pernah menerima apa-apa anugerah. Akim ni melayan artis jemputan sebagai tetamu yang hadir ke keluarga Wall's. Akim hormat mereka (artis senior). Dan, Akim pula ibarat salah seorang ahli keluarga Wall's. Akim pun hormat mereka sebagai salah seorang senior dalam konsert ini.
"Lagi pun, kami ni semua dalam satu industri yang sama. Bagi Akim, setiap yang dijemput menyanyi untuk konsert ini mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Secara peribadi, Akim merasakan kalau kami semua bergabung, sesuatu yang meletup bakal meletus.
"Akim bukannya tidak boleh buat konsert secara solo. Akim tahu kekuatan Akim. Anggaplah konsert ini boleh meledak seperti konsert Double Trouble 2010 yang menggabungkan kumpulan Search dan Wings. Akim pun tak pernah terfikir siapa tumpang populariti siapa. Akim memang rapat dengan Mila, Aizat, Bunkface, Dafi dan Shila. Kami semua bagaikan kawan," katanya.
Menceritakan penglibatannya bersama artis lain, Akim berterus-terang tidak pernah memilih siapa artis yang mahu disatukan di pentas yang sama. Malah, Akim menegaskan bahawa dia hanya mengetahui nama-nama artis ini selepas menghadiri sidang media yang diadakan pada 22 April lalu di Rootz, Lot 10, Kuala Lumpur.
"Akim hanya tahu Akim terlibat selepas Akim menandatangi kontrak dengan Wall's. Akim tak pernah tahu artis-artis ini akan turut serta bersama Akim. Insya-Allah, masa konsert ini nanti Akim akan menyanyikan lagu Inilah Cinta dan berduet dengan beberapa artis lain," ujarnya.
Menambah cerita, Akim tidak kisah sekiranya ada di antara artis jemputan yang hadir pada malam itu yang mahu over shadow dirinya sebagai artis utama. Malah, Akim sendiri tahu setiap artis ini mempunyai kekuatan masing-masing serta cuba untuk menampilkan persembahan yang mantap untuk peminat yang hadir.
"Tak kisahlah dia orang nak over shadow ke tidak. Yang penting, Akim mahu konsert ini jadi havoc nanti," katanya.
Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk menonton konsert ini, jangan lupa dapatkan tiket konsert berkenaan dengan pembelian dua Wall's Cornetto yang mana membolehkan anda untuk menukarkannya dengan sekeping tiket konsert. Pembelian ini boleh dibuat di semua rangkaian kedai 7-Eleven, stesen minyak Petronas dan Shell.

Labels: , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries