Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 10
30 June 2010 | 10:03 AM | 0 comments

karya:mentari

TOK!! TOK!! TOK!!
“Ecah!!”
“Ya ibu…ada apa??”
“Ni, ada kawan kau datang!!” jelas Puan Rini.
“Kawan?? Siapa?? Tak kan Mila kot??” bicara Aishah sendirian.
“Ya, kejap ibu!! Ecah kejap lagi turun la!! Suruh dia tunggu!!”
“Yer la!!”
Selang beberapa saat, tiada suara yang berada di luar. Aishah yang memakai skirt paras lutut disamping kemeja bersorak garisan membuatkan Aishah tampak menawan. Selesai menyiapkan diri, Aishah terus turun ke bawah untuk melihat siapa temannya itu.
“Eh, awak buat apa dekat sini??” Aishah terkejut melihat lelaki itu.
“Saya datang nak jemput awak la. ” Jelas Akim.
“Jemput saya??”
“Kenapa?? Tak boleh ker??”
“Bukan tak boleh, cuma…”
Belum sempat Aishah meneruskan perbualannya, tiba-tiba datang satu suara memanggilnya.
“Ecah!! Mari sini, sarapan dulu!! Ajak kawan awak sekali!!” bilang Puan Rini.
“Akim, jom.”
“Tapi…”
“ Ala , jomlah…” ajak Aishah sambil menarik tangan Akim.
Aishah dan Akim menuju ke dapur untuk menikmati juadah sarapan pagi.
“Duduklah awak.” Aishah menjemput Akim duduk.
Tiba-tiba ada satu suara mencelah…
“Eh, Akim…kau buat apa dekat sini??”
“Erm…aku nak jemput Aishah.”
“Dafi, kamu kenal jugak dengan dia??”
“Mestilah kenal ibu, dialah orang yang dah selamatkan Aishah dulu.”
“La…yer ker…manalah ibu tau.”
“Erm, tak der apa-apa lah auntie…hal kecik jer.” Bilang Akim.
“Dah…dah…jom kita makan sama-sama.” Pelawa Encik Obri yang turut ada di meja makan.
Mereka semua enak menjamu selera. Masakan Puan Rini sememangnya tidak dapat dinafikan cukup enak.
“Akim, tambah la lagi.”
“Dah la auntie, saya dah kenyang sebab sebelum saya sampai sini, saya dah sarapan dekat rumah.”
“Alhamdulillah.” Sampuk Ecah.
“Okaylah ibu, Ecah pergi dulu eh…dah lambat ni.” Aishah terus bersalaman dengan ibunya lalu mencium pipi ibu kesayangannya itu.
“Auntie, saya minta diri dulu.” Kini giliran Akim pula meminta diri lalu turut bersalaman dengan ibu Aishah.
“Akim, jaga anak auntie baik-baik yer.” Pesan Puan Rini dengan merendahkan suaranya.
Akim hanya menganggukkan kepalanya menandakan dia memahami pesanan Puan Rini terhadapnya. Akim dan Aishah menuju ke luar rumah. Tanpa melengahkan masa, mereka masuk ke dalam perut kereta dan Akim terus memecut kenderaannya menuju ke Hotel Tiara.
*********
Lagu ‘Yank” kedengaran menandakan ada satu panggilan masuk.
“Akim??” bisik hati Aishah.
“Hello.” Ucap Aishah.
“Hello sayang…sibuk ke??”
“Kalau sibuk??” balas Aishah dengan manja.
“Kalau awak sibuk, tak per lah.” Jelas Akim dengan hampa.
“Tak der la awak, saya tak sibuk pun…kenapa awak call saya??”
“Saya nak ajak awak lunch, jom.”
“Okay, jom.”
“Kalau macam tu, saya tunggu awak dekat lobi.” Bilang Akim
“Okay, sayang.”
“Bye…love you.” Ucap Akim.
“Bye, love you too.”
Panggilan diletakkan oleh Akim. Akim mengemaskan mejanya yang agak bersepah dan setelah itu, dengan segera menuju ke lobi hotel. Lima minit Akim menunggu, akhirnya muncul wajah yang paling ingin dilihatnya.
“Hye sayang, lama tunggu.” Tanya Aishah.
“Untuk awak, seribu tahun pun saya sanggup tunggu.” Balas Akim dengan penuh mesra. Cinta yang hadir dalam dirinya membuatkan hidupnya cukup bahagia.
“Hmmm…yer la tu…dah la, jom.”
Aishah memegang erat tangan Akim. Mereka berjalan sambil berpegangan tangan. Meskipun ada yang memandang mereka namun itu bukan penghalang buat mereka. Mereka terus menuju ke kereta kepunyaan Akim namun ada yang memerhatikannya.
“Akim?? With Aishah?? diorang pegang tangan??” bisik hati kecil Aril.
Aril memerhati setiap gerak-geri mereka dan membuatkan api cemburu membakar dirinya. Lantas Aril terus melangkah menuju ke pejabatnya.
“Aishah!! apa semua ni sha!!!” jerit Aril dalam hatinya.
Telefon pejabat Aril berbunyi.
“Hello.” Ucap Aril.
“Hello…Aril, ni Marsha.”
“Oh, Marsha, kenapa tak call handfone jer??”
“Mar tak der nombor fone Aril la…lagipun Mar nak bincang soal business not personal.”
“Oh, I see...tapi, soal apa yer??”
“Mar rasa, tak elok kalau kita bincang dalam telefon, so, apa kata kalau kita bincang dekat luar??”
“Sorry Mar, but, Aril betul-betul sibuk sekarang.”
“Okay, kalau macam tu, apa kata kalau esok, pukul 11 pagi dekat office Aril.”
“Okay, tomorrow…Aril akan bagitahu secretary Aril.”
“Thanks Aril.”
“You’re welcome.”
Ganggang telefon diletak. Aril masih memikirkan kejadian tadi. Dia bingung akan hubungan adiknya dengan Aishah. Apa yang harus dia lakukan jika tekaannya itu tepat??
**********
“Sayang, awak tahu tak, saya happy sangat dapat hati awak selama-lamanya.” Akim mulakan bicaranya.
“Saya pun…saya tak sangka kalau saya boleh buka hati saya untuk orang lain.”
“Aishah, next week saya kena pergi Penang untuk gantikan papa cause lately ni papa kurang sihat.”
“Oh, really?? Tapi bukan awak manager kewangan ke?? Kenapa tak Aril jer??” tanya Aishah.
“Ya, memang tapi Aril dia uruskan semua hal dekat sini and papa yang suruh Akim gantikan dia.”
“Erm…kalau macam tu, tak per la…Akim pergi jer la.”
“Tapi, Akim risaukan Aishah.” bilang Akim.
“Sayang, janganlah macam tu, I’m okay…Aishah janji takkan ada apa-apa yang berlaku dekat sini…don’t worry, okay??”
“Okay…cuma Akim just takut Aishah akan kembali pada….”
Belum sempat Akim menghabiskan perbicaraannya, Aishah meletakkan jari telunjuknya di bibir Akim.
“Akim, Aishah tak akan pernah kembali pada Aril…cinta Aishah hanya untuk Akim.”
“Aishah janji??”
“Ya Encik Airit Hakim, saya janji.” Bilang Aishah agar hati Akim puas mendengar janjinya.
Lagu inilah cinta berkumandang menandakan satu panggilan masuk.
“Siapa Akim??” tanya Aishah dengan penuh penasaran.
“Ex-girlfriend Akim.” Usik Akim.
“Ex-girlfriend??” hati Aishah mula panas.
“Tak der la sayang, Along yang call…kejap eh.” Jelas Akim apabila dia melihat Aishah sedikit geram.
“Hello.”
“Akim, ni along.”
“Ya along, ada apa??”
“Akim, Along nak laporan syarikat bulan ni and Along akan adakan meeting dengan bahagian kewangan pukul 2.30 petang hari ni.”
“Tapi Along…Akim kan tengah lunch sekarang.”
“Along tak kira…you must be punctual, okay??”
“Okay…okay…Akim akan balik pejabat sekarang.”
Panggilan telefon diletak. Akim pelik dengan sikap abangnya itu.
“Sayang, kejap lagi Akim ada meeting la, so, kita kena balik office sekarang.” Ulas Akim tentang isi kandungan perbualan antara dia dan abangnya.
“Sekarang?? Kenapa tergesa-gesa ni??”
“Entahlah Aishah, Akim pun tak tahu…tiba-tiba jer nak buat meeting.”
“Tak per lah sayang, kita balik office sekarang.”
“Tak per ke Aishah?? Awak tak marah??”
“Kenapa pulak saya nak marah?? Itu kan salah satu pekerjaan awak.”
“Okay, kalau macam tu, jom.” Arah Akim.
“Jom.” Balas Aishah.
Akim menjelaskan soal bayaran makanan. Setelah itu, mereka keluar dari restoran sambil berpegangan tangan menuju ke kereta Akim.
Akim memandu dengan penuh berhati-hati kerana ada orang yang sangat dicintainya di dalam perut kenderaan itu.
“Akim…”
“Ya sayang.”
“Aishah nak Akim janji dengan Aishah.”
“Janji?? Janji apa lagi ni??” tanya Akim.
“Akim janji dengan Aishah, walau apa pun yang terjadi antara kita, Akim mesti mempercayai Aishah.”
“Yer la sayang, Akim janji tapi Aishah pun kena janji jugak.”
“Ya, Aishah pun sama.”
Mereka berdua sama-sama berjanji akan mempercayai antara satu sama lain kerana dalam setiap perhubungan, kepercayaan kedua-dua belah pihak sangat penting.
Selang 15 minit kemudian, Akim tiba di Hotel Tiara. Akim meneruskan langkahnya menuju ke bilik mesyuarat di dalam Hotel Tiara manakala kekasih hatinya menuju ke bilik pejabatnya.
**********
“Maaf, saya lambat.” Akim meminta maaf kepada bosnya yang merupakan abang kandungnya. Semua kerusi sudah diduduki kecuali kerusi Akim.
“Baik saya maafkan, tapi ingat, ini kali yang terakhir.” Tegas Aril.
Akim hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda memahami arahan abangnya itu. Dia bingung kenapa Aril bersikap begitu sinis terhadapnya.
“Okay, now, we start our meeting.” Arah Aril.
Meeting dimulakan dan pelbagai perkara yang dibincangkan. Hampir satu jam mesyuarat di bahagian kewangan dijalankan akhirnya tamat juga.
“Akim, tunggu sekejap.” Bilang Aril. Kesemua pegawai-pegawai di bahagian kewangan sudah pun keluar dari kamar mesyuarat kecuali kedua-dua adik beradik ini.
“Ya Along, ada apa??”
“Along ada hal nak bincang dengan kau.”
“Nak bincang pasal apa??”
“Tapi Along tak nak bincang dekat sini because ini soal personal.”
“Personal??” tanya Akim yang bingung.
“Habis kerja, Along nak kita jumpa dekat tempat biasa.” Arah Aril.
“Kenapa tak dekat rumah jer??”
“Ini soal kita berdua and Along nak bercakap berdua dengan kau.”
Akim pelik melihat sikap abangnya lantas dia hanya setuju akan arahan abangnya itu.
“Okay, petang ni, kita jumpa dekat tempat biasa.”
“And one more thing, tentang Akim ganti papa untuk meeting dekat Penang , Akim akan pergi selama satu minggu.” Jelas Aril.
“Satu minggu?? Lamanya…Akim ingat dua tiga hari jer.” Akim merungut akan arahan abangnya.
“Dekat sana , banyak perkara yang perlu diselesaikan, so, kalau dua tiga hari, tak mungkin semua kerja tu dapat dibereskan.”
“Okay, okay…kalau tak ada apa-apa, Akim keluar dulu.”
“Okay.”
Akim sememangnya berat hati untuk meninggalkan Aishah sendirian di sini. Baginya, seminggu itu ibarat setahun lamanya. Dia pasti akan merindukan Aishah, namun, apakan daya, dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan untuknya.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries