Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CINTAKU HANYA UNTUKMU 4
03 June 2010 | 8:28 PM | 0 comments
karya:mentari

“Cik, boleh saya duduk dekat sini??” kedengaran suara yang agak kasar.
Aishah yang sedang menikmati makanan tengah harinya di kafe Old Town White Coffee sedikit kaget apabila melihat wajah seorang lelaki yang telah menegurnya tadi.
“Boleh Aril duduk dekat sini??” sekali lagi lelaki yang mempunyai wajah ala-ala korea bertanya kepada Aishah.
“Hish…kacau daun betul la mamat ni…” bisik hati kecil Aishah.
“Dah tak de tempat lain ke sampai nak duduk dekat sini??” balas Aishah dengan nada suara yang sedikit geram.
Tanpa pelawaan dari Aishah, Aril terus menarik kerusi di hadapan gadis kecil molek itu.
“Hish mamat ni….aku tak suruh pun dia duduk dekat sini, dah terus duduk…haih…menyampah betul…”
“Aishah sihat??” Aril memulakan bicara.
“Kalau Aishah tak sihat sekalipun, Aril peduli apa?? Kita bukannya ada hubungan apa-apa, hanya sebatas rakan kerja.”
“Of course Aril peduli, Aril still sayangkan Aishah…Aril mintak maaf soal kejadian dulu, Aril menyesal sangat sebab tinggalkan Aishah.”
“And for your information Encik Aril, saya dah tak der perasaan apa-apa pun terhadap awak.”
“Tapi…Aishah boleh kan bagi Aril satu peluang??”
“What?? Peluang?? Habis tu tunang or maybe dia dah jadi wife Aril sekarang ni, Aril nak campak mana??”
“Kitaorang dah putus tunang….now, dia dah berkahwin dengan orang lain.”
“Please Aishah….give me a chance….please….Aril betul-betul tak boleh lupakan Aishah…” rayu Aril sambil memegang tangan Aishah.
Aishah menarik semula tangannya itu.
“Tak Aril, Aishah takkan bagi Aril apa-apa peluang…hati Aishah dah tak der untuk Aril.
“Tapi….”
“Sory Aril, I have to go now.”
“Cik!!!” Aishah memanggil pelayan restoran untuk membayar makanannya.
“Yer cik, ada apa??”
“Tolong kira semua makanan ni.”
“Baiklah cik….semuanya RM30.90…”
“Okey..” Aishah menghulurkan sekeping wang kertas bernilai RM50.00.
“Cik, tunggu sebentar yer…saya ke kaunter sekejap.”
“Baiklah.”
Beberapa minit kemudian, muncul pelayan perempuan tadi.
“Ini baki wangnya cik.”
“Terima kasih.”
“Erm…sama-sama.”
“Aril, Aishah pergi dulu.” Aishah terus bangun dari tempat duduknya dan begitu juga dengan Aril.
“Aishah! tunggu dulu.”
“Aril, please…sekarang Aishah kena kerja and lain lah macam Aril, bila-bila nak masuk pun, tak der orang nak marah…I’m sorry Aril.”
“But….” Aril menghentikan perbicaraannya. Dia akur dengan kehendak bekas kekasihnya itu.
Aishah berlalu pergi meninggalkan mantan kekasihnya itu dan menuju ke kenderaannya yang di letakkan di lot parking di hadapan kafe Old Town White Coffee. Setelah itu, Aishah terus memecut untuk kembali bekerja di hotel.

**********

Ada sedikit kekecohan telah berlaku di hotel.
“Saya nak jumpa pemilik hotel ni sekarang jugak!!” tegas seorang lelaki yang berambut kerinting.
“Encik…maaf, pemilik hotel ini belum balik lagi….mungkin sekejap lagi dia balik semula dekat hotel ni…Encik duduk dulu di sofa itu.” Farah menunjukkan ibu jarinya ke arah sofa yang berwarna hitam di lobi hotel.
“Ahhh….saya tak kira, saya nak jumpa dia sekarang jugak…kalau tidak saya saman hotel ni.” Gertak jejaka itu.
“Bbbb…baiklah, encik…tunggu sebentar.”
Farah menelefon Aril. Berkali-kali dia mencuba tetapi tiada jawapan dari jejaka itu.
“Maaf, encik…saya dah cuba tapi dia tak angkat.”
“Ahh…saya tak kira, saya nak jumpa sekarang jugak.”
“Tapi…”
“Ahh…tak der tapi-tapinya…”
Farah menekan butang interkom.
“Assalamualaikum, cik Aishah.”
“Waalaikumussalam…yer, Farah, ada apa??”
“Erm…cik Aishah, ada problem kat sini, ada seorang lelaki ni tiba-tiba jer datang kat sini and buat kecoh…boleh tak cik Aishah turun dekat lobi sekarang….please…” Farah memberitahu situasi yang sedang berlaku di lobi hotel. Suaranya seperti orang dalam kebingungan.
Tanpa membuang masa, Aishah terus turun ke lobi hotel untuk melihat perkara yang sedang berlaku.
“Haih…ada-ada jer la…” bisik Aishah dalam hati.
“Maaf encik, boleh saya bantu??” tanya Aishah dengan nada suara yang penuh sopan santun.
Lelaki yang pada awalnya agak kasar, terpaku melihat pesona gadis kecil molek itu.
“Encik…encik….” Aishah memanggil lelaki itu. Lamunan lelaki yang mempunyai raut wajah ‘baby face’ itu terhenti seketika.
“Erm…ni siapa pulak ni…saya datang nak jumpa dengan pemilik hotel ni!!”
“Erm, encik, kenalkan, ini cik Aishah, assistant general manager Hotel Tiara.” Jelas Farah.
Aishah menghulurkan tangannya namun tiada reaksi dari lelaki itu.
“Hish…mamat ni, sombong betul….” ujar Aishah dalam hatinya.
“ Kan saya dah cakap…saya datang bukannya nak jumpa manager hotel, saya nak jumpa pemilik hotel ni….faham tak.”
“Baiklah…tunggu sebentar…lebih baik encik duduk dulu.” Aishah cuba meredakan situasi yang agak tegang.
“Ha, yer la…”
“Farah, call Encik Aril sekarang.” arah Aishah.
“Saya dah cuba banyak kali tapi tak dapat la, cik Aishah.”
“Erm, tak per…biar saya try call dia…” dengan menggunakan telefon bimbit Apple iPhone miliknya, Aishah mencari nama Aril dan menekan butang ‘call’.
“A’ah la…tak dapat…ada nada bunyi, tapi tak der orang angkat…” bilang Aishah kepada Farah.
( Hish, mamat ni…apesal la tak angkat, menyusahkan aku betul…)
“Ni, ada apa kecoh-kecoh ni??” tiba-tiba satu suara mencelah antara keributan yang berlaku.
“Eh, encik Aril…alhamdulillah, nasib baik encik datang cepat…banyak kali saya dan cik Aishah call encik, tapi tak dapat.” lega Farah apabila melihat bosnya itu.
“Ohh, fone saya tertinggal dekat office, tu yang tak de orang angkat…tapi, ada apa, Farrah??”
“Lelaki yang duduk dekat situ nak jumpa dengan encik Aril.”
“Dia pelanggan hotel kita ke, Farah??”
“Tak encik Aril…tadi, dia datang sini terus marah-marah.”
“Erm…tak per la, biar saya selesaikan…awak, Farah, pergi sambung kerja…and Aishah, ikut saya pergi jumpa lelaki tu.”
“Haih…apesal pulak aku kena ikut dia?? Menyampah betul la…” bantah hati kecil Aishah.
“Hmmm…yer la…” jawab Aishah dengan nada yang agak malas. Aishah terus berjalan seiringan dengan General manager Hotel Tiara meskipun hatinya memberontak.
“Assalamualaikum…encik…” Aril memberi salam dan terkejut melihat lelaki itu.
“Waalaikumussalam, encik Aril…hahahaha….” Hafiz ketawa melihat rupa Aril yang kaget dengan kehadirannya.
“Ya Allah! Angah…ingatkan siapa tadi.” Aril terus memeluk adiknya itu.
“Angah??” bisik hati kecil Aishah yang bingung melihat kelakuan kedua-dua lelaki itu.
“Oh ya…along lupa…angah, kenalkan ini Deanna Aishah, manager hotel ni and Aishah, ini adik saya Aiman Hafiz.” jelas Aril yang melihat managernya itu kebingungan.
“Hai…saya Hafiz.” Hafiz menghulurkan tangannya.
“Hai…saya Aishah.” Aishah pula menyambut tangan yang dihulurkan Hafiz sebagai salam perkenalan.
“Angah, jom kita sembang dekat restoran...takkan nak berdiri terpacak kat sini kot.”
“Okey, jom…”
Aishah mencelah perbicaraan mereka berdua.
“Kalau macam tu, saya minta diri dulu la encik Aril, encik Hafiz.”
“Aishah, jom la join dengan kitaorang.” ajak Aril.
“Erm…tak per la, lagipun saya ada banyak kerja yang tak selesai lagi.”
“Erm, baiklah kalau macam tu…tapi lain kali kalau saya ajak, awak mesti join tau…” ujar Aril.
“Hish…mengada-ngada pulak mamat ni…”
Aishah tidak menunjukkan sebarang reaksi sama ada setuju atau tidak dengan pelawaan mantan kekasihnya itu.
“Kalau macam tu, saya pergi dulu…Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” jawab Aril dan Hafiz serentak.
Aishah terus pergi dari lobi hotel menuju ke ruangannya untuk menyiapkan pekerjaannya yang tertunggak sebelum jam menunjukkan pukul 5 petang. Aril dan Hafiz pula terus melangkah menuju ke Restoran Bintang yang terletak di dalam Hotel Tiara.

**********

“Apesal angah tak bagitahu along yang angah nak datang sini??” Aril memulakan perbicaraannya setelah duduk di meja V.I.P di Restoran Bintang.
“Saje, nak kasi surprise kat along…hehehe…actually, angah lalu dekat depan hotel ni so dah alang-alang lalu, tu yang angah singgah tu.”
“Habis tu, apesal angah buat kecoh tadi??”
“Haha…saje jer, nak takutkan pekerja-pekerja along…hehe…”
“Hmmm….lain kali jangan buat macam tu, kesian along tengok muka diorang tu…pucat lesi bila angah marah-marah.”
“Allright bos.” Hafiz menunjukkan ibu jarinya menandakan dia memahami arahan Aril.
“Along, assistant along tu cantik jugak kan ?? pandai along pilih pekerja.”
“Hmmm…bukan along yang terima dia bekerja dekat sini tapi papa yang interview dia.”
“Dah lama ke dia kerja dekat sini??”
“Tak der lama, baru dua minggu dia kerja dekat sini.”
“Along rasa, dia dah ada boyfriend ke tak??”
“Mana la along tahu dia dah ada boyfriend ke tak…yang angah ni tanya banyak-banyak pasal dia, apesal?? Nak try dia ke??”
“Kalau boleh, apa salahnya…hehehe…”
Aril merasa sedikit tergugat akan setiap soalan yang ditanya oleh adik kandungannya itu.
“Ya Allah! Along, angah dah lambat ni, kejap lagi ada meeting so, I have to go now.” Hafiz terkejut melihat jam ditangannya menunjukkan tepat pukul 3.30 petang.
“Erm, yer la…along pun ada banyak kerja nak siapkan…bila angah nak balik rumah??”
“Macam biasalah along, hari jumaat, lepas habis kerja angah terus balik…okey la along, angah pergi dulu…Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Hafiz terus berjalan keluar dari hotel tersebut manakala Aril pula naik ke ruangannya dengan menggunakan lif yang telah disediakan di hotel itu.

**********

Jam di ruangan Aishah menunjukkan tepat pukul 5 petang. Aishah mengemaskan mejanya untuk siap sedia pulang ke rumah. Komputer yang disediakan di biliknya itu ditutup segera. Setelah selesai mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya, Aishah menutup suis ‘air conditioner’ di tepi pintu biliknya. Aishah terus melangkah keluar dari ruangannya.

Aku tak mahu bicara
sebelum kau cerita semua
apa salahku, siapa dirinya
tak betah bila ada yang lain

Kedengaran lagu Wali band yang bertajuk ‘Yank’ menandakan satu panggilan masuk. Tanpa melengahkan masa, Aishah terus mengambil telefon bimbitnya di dalam tas tangannya.
“Dafi?? ada apa pulak call aku ni…haih..”
Lantas, Aishah menekan butang jawab.
“Assalamualaikum, abang, ada apa call Ecah??”
“Waalaikumussalam, abang nak mintak tolong Ecah, boleh??”
“Tolong apa??”
“Macam ni, tadi abang tertinggal purse dekat kedai buku sebelah hotel tempat Ecah kerja so, abang mintak tolong Ecah ambilkan purse abang…boleh??”
“Kenapa abang tak ambil sendiri jer??”
“Abang memang nak ambil tapi sekejap lagi abang ada meeting dengan klien so abang kena cepat…abang tahu sekarang ni Ecah dah keluar office, sebab tu abang mintak tolong dengan Ecah…please…dalam purse tu macam-macam ada….please Ecah, tolong abang.” rayu Dafi.
“Hmmm….yer la…yer la…”
( Hish, macam-macam la abang aku ni… )
“Okey, thank you so much…okey la, abang kena pergi…Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Panggilan telefon mereka terhenti setakat itu. Aishah terus turun ke lot parking di hadapan Hotel Tiara lantas dia memecut menuju ke bangunan bersebelahan dengan Hotel Tiara.
“Haih…mana pulak kedai buku ni…erm...ha…jumpa pun…aku parking sini la.” Bisik hati Aishah.
Aishah mematikan enjin keretanya. Dia keluar dari kenderaan dan menuju ke kedai buku tersebut.
“Hello, miss, can I help u??” tanya seorang wanita yang berketurunan cina yang usianya dalam lingkungan 30-an.
“Yes, of course…saya just nak tanya, ada tak you jumpa purse lelaki dekat kedai buku ni??”
“Oh ya…ada..ada…hold on miss.”
Wanita itu mengeluarkan dompet yang berwarna hitam dan menunjukkannya kepada Aishah.
“Is it this purse??”
“Yes, correct, by the way, thanks ya.”
“Oh…it’s okay…welcome…miss, tak mau ka tengok-tengok dulu majalah or buku di sini??” tanya wanita itu yang pelat berbahasa melayu.
“Actually, saya memang nak cari majalah dekat sini and saya cari dulu yer.”
“Oh, okay…okay…silakan.”
Aishah terus pergi dari kaunter pembayaran dan mencari majalah yang diinginkannya.
“Haih…manalah majalah ni…” bisik hati Aishah yang belum menemukan majalah itu.
“Ha…jumpa jugak akhirnya.” bicara Aishah sendirian. Setelah mendapatkan majalah Nona yang merupakan majalah kesukaannya, Aishah terus berjalan menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar majalah itu.
“Terima kasih miss, datang lagi.”
“Sama-sama.” balas Aishah.
Aishah berjalan menuju ke luar kedai buku lalu menuju ke kenderaan miliknya dan ketika Aishah berjalan….
“Aduh!!!” Aishah terjatuh dan mengeluh sakit akibat dilanggar seorang lelaki yang umurnya dalam lingkungan 20-an. Majalah yang baru dibelinya turut terjatuh akibat pelanggaran itu.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries