Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CINTAKU HANYA UNTUKMU 5
07 June 2010 | 10:51 PM | 0 comments

karya:mentari

“Woi, buta ke apa??” teriak seorang lelaki terhadap Aishah.
“Hello, encik, awak tu yang buta.” balas Aishah sambil memandang tepat ke arah anak mata lelaki itu.
Aishah bingkas bangun lantas mengambil majalah yang juga terjatuh.
“E’eh, dia yang buta, cakap kita pulak yang buta.”
“Hello, cik abang, memang awak buta sebab tak nampak orang tengah berjalan sampai-sampai nak langgar orang.”
“Ish budak ni, tak padan dengan ketot, nak cakap aku pulak yang langgar dia.”
“Apa awak cakap?? ketot?? Ya, memang badan saya rendah tapi saya tak buta macam awak.”
“Tahu diri jugak awak ni kan …hello, cik adik, awak yang langgar saya, so, awaklah yang buta.”

Mungkin inikah
Yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa
Bila kau kata cinta
Siang yang suram
Kini menjadi ceria
Hati yang gelisah
Akhirnya kini menjadi bahagia

Lelaki itu menekan butang ‘jawab’ di telefon bimbitnya setelah mendengar lagu ‘Inilah cinta’ nyanyian Akim Af7 yang menjadi nada dering telefonnya itu.
“Hmmm, hello!”
“Kau kat mana ni?? Dah berjanggut aku tunggu, batang hidung kau pun tak nampak….cepat la sikit.”
“Sory la Farish, ada masalah budak kecik kat sini….kejap lagi aku sampai, give me five minute.”
“Yer la…yer la…”
Talian perbualan dimatikan oleh lelaki itu.
“Dah la, malas aku nak layan budak kecik ni….” bisik lelaki itu dalam hatinya. Lantas, dia terus berlalu pergi tanpa meminta maaf dan memikirkan gadis itu.
“Wooooi!!! kau nak pergi mana ha?? Urusan kita belum selesai lagi…Woooi!!!” jerit Aishah setengah mati melihat lelaki itu berlalu pergi meninggalkan dirinya. Bayang lelaki itu juga semakin hilang dipandangannya.
“Sengal betul mamat tu…dah la langgar aku, tak mintak maaf….haih…apalah nasib aku hari ni…” bicara Aishah dalam hati.
Aishah terus berjalan menuju ke kenderaannya. Hatinya masih memendam perasaan geram terhadap lelaki itu. Aishah menghidupkan enjin kereta lalu memecut laju kerana jam menunjukkan tepat pukul 6.15 petang. Ketika dalam perjalanan…
Lagu ‘Yank’ sekali lagi kedengaran tetapi untuk kali ini dari seorang lelaki yang sangat dibencinya.
“Hmmm…ada apa lagi ni??”
“Errrrr….”
“Cakap la cepat…orang tengah drive ni.” tegas Aishah.
“Aishah….”
“Apa??”
“Aril nak jumpa Aishah malam ni, boleh??”
“What?? Jumpa?? I don’t think so.”
“Tapi…”
“I’m so sorry Aril…Aishah tengah drive sekarang ni and then Aishah tak der masa nak jumpa dengan Aril.”
“Aishah…”
Belum sempat Aril menyambung perbicaraannya, Aishah terus menutup telefon bimbitnya.
“Haih…apesal malang nasib aku hari ni…tadi jumpa dengan mamat sengal tu, lepas tu mamat problem ni pulak call aku….haih…dunia-dunia….macam-macam….” Omel Aishah sendirian. Tanpa disedarinya, dia sudah pun tiba di kediaman milik keluarganya yang serba sederhana. Setelah mematikan enjin kereta, Aishah terus masuk ke dalam rumahnya.
“Baba, ibu…” Aishah menegur ibu dan ayahnya yang sedang enak beristirehat di ruang tamu.
“Eh, Ecah dah balik…lewat balik hari ni?? Biasanya pukul 5.30 dah sampai rumah, hari ni nak dekat pukul 7 baru sampai…sibuk yer??” bicara Puan Rini kepada puteri kesayangannya.
“Tak der la ibu, tadi Ecah pergi kedai buku dekat bangunan sebelah hotel ambil purse abang yang tertinggal….ni purse dia…”Aishah menceritakan sebab dia pulang agak lewat sambil mengeluarkan dompet milik abangnya.
“Abang belum balik lagi eh??”
“Belum Ecah…”
“Erm, tak per la ibu, Ecah naik dulu, nak mandi la….nanti kalau abang balik, ibu bagi purse ni dekat dia.”
“Ha…yer la...”
Aishah memberi dompet abangnya kepada Puan Rini dan setelah itu Aishah berjalan menuju ke kamarnya untuk membersihkan diri sekalian solat maghrib yang akan masuk waktunya setengah jam lagi.

**********
“Tok…tok…tok…..”
“Erm, masuk lah…”
Pintu bilik dibuka oleh Aril setelah memperoleh izin dari adiknya.
“Kim, tengah buat apa?? Busy tak??”
“Tak busy pun…masuklah…ni ha, tengah update facebook Akim…ada apa, along??”
Aril terus duduk di katil milik Akim tanpa memperoleh keizinan dari tuannya.
“Erm, along nak tanya sikit, boleh??”
“Tanya apa??”
“Erm, Akim tak nak kerja kat hotel ker??”
“Erm, actually memang nak tapi Akim still tak ready lagi la, along…nanti kalau Akim ready, Akim bagitahu along…okay??”
“Okay la tu….” balas Aril sambil membuat gaya trademark seperti Saida AF6.
Tiba-tiba kedengaran satu bunyi kenderaan mencelah perbualan mereka. Akim mengintai dari jendela kamarnya untuk melihat siapa yang hadir ke villanya.
“Along, ke sini sekejap.”
“Kenapa??”
“Tengok la tu.”
Mereka memandang sesama sendiri.
“Angah!!!”
Tanpa melengahkan masa, mereka berdua terus turun ke ruang tamu untuk menyambut kehadiran lelaki berambut kerinting itu.
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam...” Akim dan Aril menjawab lantas membuka pintu.
“Wooi! bro…”
Hafiz terus memeluk abang dan adiknya.
“Ni apa bising-bising ni??” celah Puan Sri Nora.
“Eh, angah balik rupanya…mama ingatkan siapa tadi.”
“Assalamualaikum, ma…” ucap Hafiz sambil bersalaman dengan ibunya.
“Waalaikumussalam…”
“Ma, Hafiz masuk bilik dulu yer…ni nak letak beg ni.”
Aril dan Akim hanya melihat gelagat ibu dan saudaranya itu.
“Ha, yer la…lepas letak beg tu, turun bawah, kita makan sama-sama.”
“Allright, ma.”
Hafiz terus menuju ke kamarnya, manakala, Aril dan Akim menuju ke ruang makan untuk menjamu selera.
“Haih, mana angah ni...orang dah lapar ni…” bicara Akim sambil mengusap-usap perutnya yang sudah berbunyi.
Lauk-pauk sudah dihidang oleh Mak Leha. Aril, Akim dan Puan Sri Nora juga sudah siap duduk di meja. Beberapa minit kemudian, bayang Hafiz kelihatan.
“Erm, sedapnya bau…siapa masak ni, ma??”
“Siapa lagi kalau bukan Mak Leha kamu la.”
“Ohh…yer ke…mana Mak Leha?? Suruh la dia join kita sekali??”
“A’ah la….Leha!! Leha!!”
“Ya, Puan Sri.” sahut Mak Leha.
“Jom kita makan sekali.”
“Tak per la Puan Sri…saya…”
“ Ala , Mak Leha ni…jom la…” celah Akim.
“Tapi…”
“Tak der tapi-tapi…mari duduk sebelah Akim ni…” pelawa Akim sambil menarik kerusi untuk Mak Leha kesayangannya.
“Yer la…yer la…”
Kesemua mereka menyantap makanan yang dihidang meskipun tanpa Tan Sri Faizal yang masih di Sarawak . Masing-masing makan dengan penuh tertib meskipun disusuli dengan perbualan yang diserikan dengan gelak tawa. Kemesraan yang ditunjukkan oleh setiap anggota keluarga Tan Sri Faizal, membuatkan Mak Leha sentiasa selesa hidup bersama mereka.
********
“Hai, termenung jauh nampak??”
Teguran dari Hafiz membuatkan Aril sedikit terkejut.
“Termenungkan siapa ni?? Along termenungkan buah hati eh??”
“Ha, yer la tu…pandai-pandai jer angah ni.”
“Kalau tak, takkan along duduk dekat kolam ni…”
“Ish, tak der la…along sajer nak bagi ikan-ikan kesayangan papa ni makan.”
“Bagi makan?? Mana makanannya?? Ha…nak tipu la tu.”
Muka Aril kemerah-merahan kerana malu dengan usikan adiknya itu.
“Cakap la kat angah, siapa perempuan tu??”
“Perempuan mana pulak?? Dah la angah, pandai-pandai jer kau ni…dah, along nak masuk…kalau angah nak duduk sini, duduk la…”
“E’eleh, along ni, nak berahsia-rahsia pulak.”
“Dah la, along masuk dulu.”
(Hish, kacau daun betul adik aku sorang ni…aku baru nak feeling-feeling…)
Aril terus bangun lalu berjalan menuju ke dalam villa putih yang tersegam indah itu dan meninggalkan Hafiz sendirian.
“Eh, along, tunggu la dulu.” Hafiz terus pergi mendapatkan abangnya itu.
Setelah pintu villa ditutup rapat, Hafiz dan Aril menuju ke bilik televisyen untuk menonton rancangan yang menarik. Akim yang kelihatan asyik menonton rancangan kartun kegemarannya, Naruto, membuatkan dirinya tidak sedar akan kehadiran kedua-dua abang kesayangannya. Begitulah Akim, meskipun usianya hampir mencecah 24 tahun, namun, itu tidak menjadi penghalang untuk tetap menonton kartun tersebut.
“Wooi!!” Aril dan Hafiz menepuk bahu adiknya.
“Astaghfirullahalazim….korang ni…buat terkejut aku jer…”
“Kau tengok cerita apa kim??” Aril bertanya setelah melihat adiknya yang leka menonton TV.
“Kau tengok cerita kartun kim?? Macam budak-budak jer…” Hafiz pula menegurnya.
“Biar la…best ape cerita ni….”
“Lantak kau la kim…” jelas Aril yang memahami sifat adiknya itu.
“Tok…tok…tok…” pintu bilik diketuk lantas dibuka perlahan.
“Boleh mama masuk??” tanya Puan Sri Nora yang melihat ketiga-tiga anaknya sedang asyik menonton.
“Eh, mama…” balas mereka bertiga serentak.
“Of course boleh….duduk la ma…” pelawa Aril kepada ibunya.
“Erm, bagus la mama ada sekali dekat sini…” jelas Hafiz.
“ Ada apa sayang??” tanya Puan Sri Nora dengan penuh ingin tahu.
“Angah just nak bagitahu yang mulai hari ni, angah akan tinggal dekat sini…hehehe…”
“What??” terkejut Aril dan Akim setelah mendengar pengumuman Hafiz.
“Yer ker…bagus la angah, mama happy sangat kalau angah nak tinggal semula dekat sini…tapi, mama nak tanya, apa yang dah buat angah ubah fikiran??”
“Erm, tak der pape…Cuma angah nak tukar angin jer…kalau boleh, angah memang nak hidup berdikari tapi…angah sunyi la ma…dah la tak der kawan…kalau kat sini semua ada…hehehe…”
“Erm, apa-apa jer la angah…yang penting angah dah balik semula dekat rumah ni…hmmm, kalau papa dengar ni, sure dia happy...tapi, angah tak nak ke kerja kat hotel kita??”
“Erm, kalau soal kerja, I’m so sorry, ma…angah lebih selesa kerja kat tempat sekarang…”
“Kalau macam tu, tak per la ngah, yang penting angah nak tinggal semula dekat villa ni…”
“Haha…bagus…bagus…” Akim mencelah perbualan antara ibu dan abangnya.
“And lagi satu…kalau angah ada pengumuman then mama pun ada…”
“Pengumuman apa lagi ni??” tanya Akim.
“Okay, semua dengar sini…besok malam, ada kawan mama nak datang and besok petang, papa akan balik, so, mama nak kita semua jemput papa kat KLIA…is it okay??”
“Allright mom…” mereka bertiga balas dengan serentak.
“That’s good…so, sekarang dah pukul 11 so mama nak tidur dulu…okay boys, jangan tidur lewat.”
“Okay!!”
“Assalamualaikum…” ucap Puan Sri Nora.
“Waalaikumussalam…” balas mereka serentak. Mereka bersalaman dengan ibu mereka sebagai tanda hormat. Selang setengah jam ibu mereka beradu di kamarnya, Aril, Akim dan Hafiz pula mengatur langkah keluar dari bilik televisyen dan menuju ke kamar masing-masing untuk beradu. Malam terasa dingin membuatkan seluruh isi rumah lena dibuai mimpi.
*********
“Tok…tok…tok…Ecah!! Bangun, solat subuh!!” pintu diketuk.
Kedengaran satu jeritan membuatkan Aishah terjaga dari mimpinya yang indah.
“Ya!! Ibu!! Ecah bangun la ni!!”
Aishah bingkas bangun dari tempat beradunya manakala jeritan suara yang membuat dirinya terjaga, hilang dari pendengaran. Aishah terus ke kamar mandi untuk membersihkan diri dan seterusnya berwudhuk untuk solat subuh.
Setelah selesai solat, Aishah meletakkan semula telekung dan sejadah di tempat asalnya.
“Hmmm….baru pukul 6.45?? hari ni aku nak buat apa yer?? Hmmm…” bicara Aishah sendirian.
Aishah mengemas kamarnya supaya kelihatan lebih rapi dan bersih. Setelah itu, dia membuat keputusan untuk membantu Puan Rini di dapur.
“Pagi, ibu…”
“Pagi, sayang…”
Aishah memeluk dan mencium pipi ibu kesayangannya sebagai tanda kasih sayang.
“Hari ni Ecah tolong ibu yer??”
“Tak payah la…biar ibu buat sendiri…hari ni kan Ecah kerja…”
“Kerja?? Hari ni hari ahad la, bu…Ecah tak kerja…tak per la, biar Ecah tolong ibu…”
“Yer la…yer la…pergi buat air teh dulu, sekejap lagi abang kamu dengan baba turun…”
“Okay.”
Setelah 10 minit berlalu, air teh, roti baker, telur separuh masak dan satu menu istimewa iaitu nasi goreng, siap dihidang di atas meja.
“Hmmm…sedapnya bau nasi goreng ni…”
“Dafi, dah pergi duduk…baba kamu mana??”
“Yer la…entahlah bu, kejap lagi turun la tu.”
Kesemua anggota keluarga Encik Obri sudah siap menunggu untuk sarapan pagi bersama. Selang beberapa minit, muncul Encik Obri.
“Assalamualaikum, semua…”
“Waalaikumussalam…”
“Baba ni lambat la…Ecah dah lapar ni…”
“Yer ker?? Sory yer sayang…” balas Encik Obri sambil mengusap-usap kepala Aishah.
“Eh, abang, hari ni pergi office jugak ker??” tanya Aishah kerana pelik melihat pakaian abangnya.
“Yup…abang ada kerja yang tak selesai lagi, tu yang kena pergi ni…”
“Ecah hari ni tak kerja ker??” giliran Encik Obri pula yang bertanya.
“Tak ba…hari ni kan hari ahad…”
“Habis tu kalau hari ni tak kerja, hotel tak bukak la yer??”
“Tak der la…hotel sentiasa bukak, Cuma pejabat jer tutup hari ni…”
“Oh…yer ker…manalah baba tahu…”
“Okay la, baba, ibu…Dafi pergi dulu…Assalamualaikum…”
Dafi bersalaman lantas mencium tangan kedua orang tuanya.
“Waalaikumussalam…” balas Encik Obri dan Puan Rini.
Setelah kesemuanya selesai makan, Aishah membantu ibunya mengemas meja makan serta mencuci pinggan mangkuk.
“Alhamdulillah…selesai jugak akhirnya…tapi, sekarang baru 7.30…aku nak buat apa yer?? Ha!! Jogging!!” bicara Aishah sendirian.
Aishah terus berlari anak menaiki setiap anak tangga di dalam rumahnya untuk menukar pakaian yang sesuai. Setelah dia selesai menukar pakaian, dia mengambil telefon bimbitnya di atas katilnya.
Aishah mencari nama ‘Mila’ dan menekan butang ‘call’.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”
“Babe, jom kita jogging hari ni??”
“Jogging?? Sory la babe, aku ngantuk giler ni…lain kali la…”
“Kau still tidur lagi…hmmm…ish…ish…ish…”
“Yer la, babe…semalam ada family dinner, so, semua sedara aku datang…tu yang lewat tidur ni…”
“Tak per la babe, teruskan tidur…Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”
Perbicaraan menerusi telefon tamat. Setelah itu, Aishah bergegas keluar dari kamarnya lantas menuruni setiap anak tangga dan mendapatkan keretanya.
“Eh, Ecah nak pergi mana??” tanya Puan Rini.
“Ecah nak pergi jogging la ibu…dah lama tak exercise…”
“Tapi…Ecah kan …”
“Tak der pape la ibu…jangan risau okay, Ecah tahu jaga badan Ecah…”
“Ha…yer la…kalau tak mampu jangan teruskan…”
“Okay ibu…Ecah pergi dulu…Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”
Aishah terus menghidupkan enjin kereta dan memandu kenderaanya menuju ke Taman Tasik Titiwangsa untuk beriadah.
Setelah setengah jam, Aishah tiba di tempat tersebut. Aishah memulakan senaman dengan memanaskan badan. Selepas itu, Aishah memulakan lariannya. Tidak sampai setengah pusingan, dada Aishah seperti mencucuk-cucuk dirinya, kepalanya berputar-putar, ingin sekali dia meneruskan lariannya namun….
“BAMMM!!!!!”
Badannya jatuh mencium bumi. Orang-orang disekelilingnya terus mendekatinya.
“Eh, ada apa tu??” bisik Akim.
“Baik aku pergi tengok…”
Akim pantas berlari dan melihat apa yang terjadi dan setelah itu….
“Perrreeemmmpuaaann nnniiii….” Akim tergagap setelah melihat paras rupa wanita yang dihadapannya.


Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries