Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CINTAKU HANYA UNTUKMU 6
14 June 2010 | 4:55 PM | 0 comments

karya:mentari


RING!!!!! RING!!!!!
Telefon bimbit Dafi menjerit-jerit memanggil tuannya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam…ini siapa??”
“Saya Airit Hakim…boleh saya bercakap dengan Encik Dafi??”
“Yer saya Dafi…ada apa yer encik??”
“Ni…errrr…aaa..adik encik sekarang ada di hospital.”
“What?? Hospital?? Are you serious??”
“Ya, encik, saya serious.”
“Okay, okay…thanks Encik Airit Hakim…saya akan ke sana sekarang…Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”
Telefon bimbit segera dimatikan oleh Dafi. Tanpa melengahkan masa, Dafi terus ke hospital dengan memandu kereta miliknya. Ketika dalam perjalanan, Dafi mencari nama ‘My Home’ di dalam telefon bimbitnya lantas menekan butang ‘call’.
“Assalamualaikum, ibu…”
“Waalaikumussalam, Dafi…ada apa ni?? Apesal suara macam tergesa-gesa jer??”
“Ibu…Ecah…”
“Ecah?? Kenapa pulak dengan dia??”
Puan Rini merasa tidak tenang tatkala Dafi menyebut nama Aishah, puteri kesayangannya. Hatinya merasakan sesuatu yang buruk telah menimpa diri Aishah.
“Ecah…ibu…Ecah… Ecah masuk hospital.”
“Apa?? Hospital??”
“Yer bu, sekarang ni, Dafi on the way pergi hospital…nanti kita jumpa dekat sana .”
“Okay sayang, nanti kita jumpa dekat sana.” bilang Puan Rini kepada Dafi Arman.
“Allright…Assalamualaikum, ibu.”
“Waalaikumussalam…”
Ganggang telefon rumah diletakkan oleh Puan Rini Adrina. Fikirannya bercelaru, hatinya sama sekali tidak tenang.
“ Ada apa Rini?? Siapa telefon tadi??”
“Bang, tadi Dafi call dia cakap Ecah masuk hospital.” Jelas Puan Rini. Matanya mula berkaca.
“Yer ker?? Kalau macam tu, jom kita pergi sekarang.”
“Ha, yer la…saya pergi tukar baju dulu.”
“Cepat sikit…saya panaskan enjin kereta dulu.”
“Yer la…yer la…”
Setelah selesai menukar pakaian, Puan Rini segera mengunci pintu rumah.
“Dah siap??”
“Dah bang, jom kita pergi.”
“Jom.”
Puan Rini terus menaiki kenderaan milik suaminya lantas Encik Obri terus memecut laju kenderaannya. Ketika dalam kenderaan…
“Bang, saya risau la dengan Ecah.” Puan Rini mula menitiskan air mata.
“Sabarlah Rini…insyaAllah tak der apa-apa…”
“InsyaAllah yer bang.”
Perbualan mereka terhenti di situ. Hati Puan Rini sememangnya tidak tenteram memikirkan perkara yang telah terjadi kepada puteri tunggalnya.


**********

“Doktor macam mana dengan adik saya??” tanya Dafi dengan penuh rasa risau.
“Sabar dulu encik….” Doktor yang memakai tag nama ‘Zizihaqira’ menenangkan hati Dafi sambil menunjukkan ibu jarinya menandakan dia ingin mengetahui nama jejaka tersebut.
“Saya Dafi Arman and just call me Dafi.” jelas Dafi kepada doktor tersebut sambil menghulurkan tangannya.
Doktor Zizi bersalaman dengan Dafi sebagai tanda perkenalan.
“Saya Zizihaqira and just call me Zizi.”
“Hmmm…actually adik encik Dafi tak der apa-apa cuma dia sesak nafas sahaja.” jelas doktor yang memiliki wajah yang manis itu.
Selang beberapa minit kemudian muncul dua wajah yang sangat dikenali oleh Dafi.
“Assalamualaikum.” ucap Puan Rini.
“Waalaikumussalam.” jawab Doktor Zizi dan Dafi serentak. Dafi bersalaman dengan kedua-dua orang tuanya sambil mencium tangan mereka begitu juga Doktor Zizi yang menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
“Doktor, macam mana dengan anak saya, Aishah?? Dia baik-baik jer kan ??”
“Erm, macam ni jer la, apa kata kalau kita bincang dalam ruang pejabat saya.”
“Baiklah kalau macam tu doktor.” balas Encik Obri.
Dafi, Puan Rini dan Encik Obri mengikuti setiap langkah Zizi menuju ke ruang pejabat doktor itu. Selang beberapa minit kemudian, mereka tiba di dalam pejabat Doktor Zizi.
“Silakan duduk.”
“Terima kasih.” balas Dafi.
Dafi, Puan Rini dan Encik Obri duduk di sofa yang berwarna hitam yang diletakkan di sebelah tingkap di dalam ruangan Doktor Zizi.
“So, kita sambung perbicaraan kita tadi…sebenarnya anak puan dan encik baik-baik sahaja cuma…”
“Cuma apa doktor??” tanya Puan Rini.
“Cuma penyakit asma dia datang kembali dan saya rasa encik dan puan pasti sudah mengetahui penyakit anak puan lebih lama dari saya, is it right??”
“Ya betul, tapi penyakit dia dah lama sembuh.”
“Actually penyakit asma boleh dikawal dan mungkin boleh dikatakan sembuh cuma jika kesihatan cik Aishah tidak dijaga sebaik mungkin, penyakit asma itu akan menyerang kembali.”
“Maksud doktor?? Tapi setahu saya anak saya sentiasa menjaga kesihatannya.”
“Cik Aishah sesak nafas kerana dia memaksa dirinya untuk bersenam seperti berjogging dan tubuhnya tidak mampu untuk menerima aktiviti seperti itu dan itu menyebabkan dia pengsan dan nasib cik Aishah baik apabila dia cepat mendapatkan rawatan, so, penyakitnya tidaklah parah.”
“Alhamdulillah…tapi doktor, siapa yang hantar anak saya ke sini??” tanya Encik Obri
“Encik Airit Hakim.”
“Airit Hakim?? Orang yang menelefon saya tadi??” jelas Dafi.
“Ya, betul tu…saya tidak mempunyai nombor telefon mana-mana ahli keluarga cik Aishah dan kebetulan handfone cik Aishah ada di tangan Encik Airit Hakim, so, saya minta dia menelefon keluarga cik Aishah untuk memberitahu keadaan cik Aishah sekarang.”
“Oh…yer ker…baik sungguh lelaki itu.” jelas Puan Rini.
“Boleh saya jumpa dengan dia sekarang??” tanya Encik Obri kepada Doktor Zizi.
“Erm, tadi saya nampak dia tapi sekarang dia dah tak der…mungkin dia dah balik.” jelas Doktor Zizi.
“Kalau macam tu tak per la…doktor, boleh saya jumpa anak saya??”
“Silakan Puan tapi tolong jangan bising yer.” arah Doktor Zizi.
“Baiklah doktor.”
Mereka bertiga bersalaman dengan doktor tersebut lantas keluar dari pejabat Zizihaqira dan menuju ke bilik yang tertera nombor ‘19’.


**********

TING!! TONG!!
Bunyi loceng kedengaran menandakan ada seseorang yang hadir. Mak Leha segera mendapatkan pintu lalu dibukanya.
“Assalamualaikum.”
“Waa..aalaikumussalam.”
Mata Mak Leha sedikit terbeliak melihat susuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya.
“Leha!!! Siapa yang datang tu??”
Puan Sri Noradira segera berjalan untuk melihat tetamu yang hadir.
“Ya Allah!! Abang!!”
Puan Sri Noradira turut kaget melihat lelaki yang sangat dikenalinya. Setelah itu, mereka berjalan menuju ke kamar untuk beristirehat manakala Mak Leha terus menuju ke ruang dapur untuk menyiapkan minum petang buat pemilik villa itu.
Ketika di dalam kamar…
“Bang, kenapa tak call dulu??”
“Saya sajer nak bagi surprise kat awak.”
“Hari tu abang kata abang sampai KLIA pukul 5 petang, so, saya dengan anak-anak dah plan nak jemput abang dekat KLIA hari ni.”
“Yer ker…erm, tak per la, lagipun saya dah sampai kan , so, macam mana dengan syarikat?? Is it okay selama saya tak ada??”
“Haih awak ni, baru jer sampai, dah cakap pasal syarikat…tanyalah pasal anak-anak ker pasal saya ker, ini tak, tanya pasal syarikat dulu…erm, soal tu kita cerita kejap lagi la, now, lebih baik awak pergi mandi dulu lepas tu turun kat taman kita minum petang.”
“Ha, yer la cik Nora, badan saya pun dah berbau ni…kejap lagi saya turun.”
“Kalau macam tu, saya turun dulu la.”
“Yer la.”
Puan Sri Noradira terus turun ke ruang dapur untuk membantu Mak Leha menyiapkan minum petang manakala Tan Sri Faizal pergi membersihkan dirinya.
“Puan Sri, tak payah la tolong saya…minuman ni dah siap pun.”
“Kalau macam tu, mari sini, biar saya yang bawak minuman ni kat luar.”
“Tapi…”
“Tak der tapi-tapi…tak per, saya tak kisah pun…awak pergilah bereskan kerja-kerja yang lain…kalau dah siap semua, pergilah berehat.”
“Baiklah Puan Sri.”
( Ya Allah, terima kasih kerana Engkau telah menemukan aku dengan majikan yang begitu baik. )
Puan Sri Noradira membawa minuman petang menuju ke meja kecil yang terletak di taman kecil di dalam kawasan villa mewah milik Tan Sri Faizal.
Selang beberapa minit kemudian, muncul Tan Sri Faizal untuk menemani isterinya yang tercinta.
Puan Sri Noradira menghidangkan minuman kepada suaminya.
“Abang, ni minumannya.”
“Terima kasih Nora.”
“Oh ya, Along mana??”
“Along?? Biasalah si Along tu, hari minggu macam ni pun tetap kerja dekat hotel tu…entahlah bang.”
“Bang.”
“Hmm, ada apa??”
Tiba-tiba terdengar bunyi suara sebuah kenderaan yang memasuki kawasan milik Tan Sri Faizal. Puan Sri Noradira dan Tan Sri Faizal melemparkan pandangan ke arah kenderaan yang masuk ke villa mereka.
“Eh, siapa tu yang datang??” tanya Tan Sri Faizal.
“Oh…Akim la tu.”
“Akim?? Dia dah balik sini??”
“Yer la bang.”
“Akim!!!!” teriak Puan Sri Noradira memanggil anak kesayangannya sambil melambai-lambaikan tangannya.
Akim menoleh kearah ibunya lantas meneruskan langkah menuju ke arah ibunya.
“Eh, papa dah balik…bila sampai??”
Akim bersalaman dengan kedua orang tuanya.
“Tadi, pukul 3.”
“La, yer ker, mama kata pukul 5 papa sampai, kenapa awal pulak??”
“Sajer jer papa nak kasi surprise kat mama kamu ni.”
“Akim nak minum?? Mama pergi ambil cawan yer.”
“Eh, tak payah…tak payah…Akim dah minum tadi.”
“Oh yer, saya lupa, kalau abang nak tahu, angah pun dah duduk dekat sini balik tau.”
“Ha, baguslah kalau macam tu.”
“Satu lagi…malam ni, Tan Sri Rizal nak datang sini.”
“Oh, yer ker…lama betul saya tak jumpa dia.”
Akim cuma mendengar setiap butiran perkataan yang keluar dari mulut mamanya itu.
“Okay la, ma, pa, Akim nak naik atas dulu….Akim penatlah…”
“Yer la sayang, pergilah.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Akim bingkas bangun dari tempat duduknya lantas berjalan menuju ke ruang kamarnya. Tan Sri Faizal dan Puan Sri Noradira pula sambung perbualan mereka.


**********
Malam menyelubungi segenap ruang udara. Suasana damai menerajui segenap ruang di villa Tan Sri Faizal.
“Leha, dah siapkan semua makanan untuk tetamu?? Kejap lagi sampai la kawan saya tu.”
“Dah, Puan Sri.”
“Okay la, kalau macam tu saya naik atas dulu la yer...nak panggil budak-budak tu turun.”
“Baiklah Puan Sri.”
Puan Sri Noradira meninggalkan Mak Leha dan menuju ke kamar Aril untuk memastikan putera sulungnya itu sudah selesai bersiap. Setelah itu, Puan Sri Nora menuju pula ke kamar hadapan untuk memastikan putera keduanya sudah bersiap dan selang beberapa minit kemudian, Puan Sri Nora menuju ke kamar putera bongsunya.
TOK!! TOK!! TOK!!
“Akim!!!” jerit Puan Sri Noradira dari luar pintu bilik.
Tiada suara menyahut dari dalam kamar bilik. Pintu dikuak oleh Puan Sri Nora.
“Akim, kenapa tak siap-siap lagi ni?? Along dengan angah semua dah siap.”
“Mama, Akim malas la nak turun bawah, tak der mood la.”
“Sayang, kenapa ni?? Kita turun yer?? Jom la.” Puan Sri Nora mengusap-usap bahu Akim sebagai tanda memujuk puteranya itu.
“Tapi….ma….Akim…”
“Akim…please…kita turun yer??”
“Hmmmm….” Akim melepaskan keluhannya.
“Yer la…yer la…Akim tukar baju dulu.”
“Okay, sayang, macam tu lah, anak mama.”
Tiba-tiba kedengaran bunyi kenderaan yang masuk ke kawasan villa mewah milik Tan Sri Faizal.
“Ha, dah sampai pun kawan mama…okay la Akim, mama turun dulu yer…cepat sikit tau.”
“Yer la…yer la…”
Puan Sri Noradira turun ke bawah untuk menyambut tetamu yang hadir begitu juga Tan Sri Faizal yang sememangnya sudah bersedia menunggu tetamu masuk ke villa miliknya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam...masuk…masuk…” Puan Sri Noradira mempersilakan tetamunya masuk.
“Duduk la…”
“Terima kasih…amboi, lamanya kita tak jumpa yer kak??” jelas Puan Sri Baizura yang merupakan tetamu Puan Sri Noradira.
“Tau tak per…anak-anak pun dah besar semua…ni anak Zura ke??”
“A’ah…yer la kak Nora…kenalkan, ni, Marsha, anak saya yang sulung…dan ni pulak, yang kecil molek ni…anak saya yang bongsu, Mila.”
Marsha dan Mila bersalaman dengan tuan rumah tersebut sebagai tanda hormat mereka.
“Amboi, cantik-cantiknyer anak-anak awak, zura.”
“Tak der la kak Nora, biasa jer…Alhamdulillah, rezeki dari Allah…kita terima aja…anak-anak kak Nora mana pulak??”
Selang beberapa minit kemudian, muncul dua orang cowok yang ganteng bak kata masyarakat Indonesia .
“Ha, ni lah, anak-anak saya…semuanya hero.”
Aril dan Hafiz menuju ke ruang tamu.
“Zura, yang ni, Aril, anak akak yang sulung dan ni pulak Hafiz anak akak yang nombor dua.”
Mereka berdua bersalaman dengan Puan Sri Baizura, Tan sri Rizal serta kedua-dua anak Puan sri Baizura dan Tan Sri Rizal.
“Aril!!! Takkan dia kot…ah, tak mungkin la. ” Bisik Mila dalam hati.
Marsha terpegun melihat raut wajah Aril yang cukup menawan hatinya.
“Anak akak dua orang jer ker??”
“Eh, tak der la…anak akak empat orang…akak ada sorang anak angkat perempuan, dia tak der dekat sini, kerja dekat kuantan and anak akak yang bongsu sekali tak turun lagi…mungkin kejap lagi agaknyer.”
Aril, Hafiz, Marsha dan Mila hanya mendiamkan diri kerana masing-masing juga baru pertama kali bersua muka.
“Oh…yer ker.”
“Zura, Abang Rizal, jom kita makan.”
“Ha, yer la.”
Kesemuanya berjalan menuju ke ruang makan untuk menyantap makanan yang telah dihidangkan oleh Mak Leha. Selang beberapa minit kemudian….
“Assalamualaikum.”
Masing-masing terkejut melihat wajah yang muncul.
“Zura, ni la, anak akak yang bongsu…Akim namanya.”
Akim bersalaman dengan semua ahli keluarga Tan Sri Faizal. Akim duduk dihadapan Mila. Setelah itu, masing-masing mula menjamu selera dengan hidangan di atas meja tersebut.
“Alhamdulillah.” ucap Puan sri Baizura yang bersyukur atas rezeki kurniaan Allah S.W.T.
Setelah selesai menjamu selera, masing-masing kembali ke ruang tamu untuk menyambung perbualan mereka. Mak Leha turut menghidangkan pencuci mulut dan minuman.
“Okay la kak, terima kasih banyak-banyak…kami balik dulu la yer, dah lewat ni.”
“Ha, yer la…lain kali datang la lagi yer Abang Rizal, Zura.”
“InsyaAllah Nora.” Balas Tan Sri Rizal.

**********

Akim masuk ke kamarnya lantas merebahkan tubuhnya ke atas katil.
“Apesal aku ni?? Asyik teringat dia jer…aduh…”
“Dia sihat tak sekarang ni?? Apa citer dia sekarang ni??”
“Aduhai, apesal aku ni?? Tak pernah-pernah jadi macam ni…haih…”
“Esok aku mesti pergi sana …mesti…”
Lama kelamaan matanya semakin kecil dan terus membuatkan dirinya lena dibuai mimpi.
Keesokan paginya….
“What??? Aishah masuk hospital.” Aril terkejut setelah mengetahui berita yang disampaikan oleh setiausahanya.
“Okay, Candy, I have to go now.”
“Tapi…encik…”
“Dah tak der tapi-tapi…saya kena pergi sekarang.”
Aril terus berjalan meninggalkan setiausahanya itu lantas menuju ke keretanya. Tanpa melengahkan masa, dia terus memecut laju menuju ke hospital.
“Cik, erm, ada pesakit yang bernama Deanna Aishah tak??”
“Encik tunggu sebentar yer.”
“Baiklah.”
“ Ada encik, errr…dia dirawat dibilik nombor 19.”
“Okay, terima kasih.”
“Eh, apa along buat dekat sini?? Aku ikut la. ” bisik hati kecil Akim yang melihat susuk tubuh abangnya di hospital tersebut. Akim terus mengekori abangnya tanpa disedari Aril.
“Tunggu…tunggu…ni kan bilik…” bisik hati kecil Akim.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries