Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 7
20 June 2010 | 2:23 PM | 0 comments

karya:mentari

Aishah…” Aril mengusap rambut gadis yang terlantar itu.
Aril terus menatap wajah gadis yang pucat lesu itu. Pesona wajah milik gadis kecil molek itu membuatkan hatinya tidak jemu memandang.
“Aaa…aa..aiii…shah...” Aril seakan terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Tanpa membuang masa, Aril terus berlari keluar dari bilik tersebut untuk memanggil doktor yang merawat Aishah.
“Doktor!!”
“Yer, ada apa encik??”
“Aishah…aishah…dia dah sedar.” jelas Aril yang tercungap-cungap.
“Oh yer, okay, jom.”
Aril terus mengekori doktor tersebut menuju ke kamar yang bernombor ‘19’.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam, doktor.” balas Aishah.
“So, macam mana??” tanya doktor Zizi sambil memeriksa Aishah manakala Aril sekadar menjadi penonton antara mereka berdua.
Alhamdulillah doktor…saya rasa sihat sikit.”
“Okay…baguslah kalau macam tu...erm, awak dah totally sembuh tapi…ingat…”
“Ingat apa doktor??”
Awak tidak dibenarkan sama sekali untuk berjogging atau melakukan aktiviti berat…okay??”
“Tapi doktor, saya nak jugak exercise.”
“Awak boleh exercise tapi aktiviti yang ringan bukan yang memerlukan tenaga yang terlalu banyak.”
“Okaylah doktor…thanks…”
“Okay, kalau macam tu, saya keluar dulu la yer and satu lagi…petang ni awak dah boleh keluar.”
Betul ker?? Okay, terima kasih doktor.”
“Sama-sama…okaylah, saya pergi dulu…Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” jawab Aishah dan Aril serentak.
“Aishah…” Aril memulakan perbicaraan mereka.
“Encik Aril buat apa dekat sini??”
“Aishah…please…tak payah berencik-encik dengan Aril.”
“Hmmmm…saya dah sihat sekarang ni so awak boleh la balik.”
“Tapi…”
“Eh, Ecah dah sedar??” sampuk seorang wanita yang masuk ke dalam bilik Aishah secara tiba-tiba.
“Eh, ibu…”
Puan Rini Adrina terus mendapatkan puteri kesayangannya. Dipeluk, dikucup pipi puterinya itu.
“Ni siapa Ecah??” tanya Encik Obri Khalid.
“Errr…erm…ni bos Ecah baba.”
“Oh, bos kamu...”
“Hye uncle, auntie.” ucap Aril sambil bersalaman dengan kedua-dua orang tua Aishah.
“Hye…”
“Erm, tak per lah uncle, auntie, saya mintak diri dulu…ada kerja sikit.”
“Ha yer la.”
“Assalamualaikum.”
Aril sekali lagi bersalaman dengan Puan Rini dan Encik Obri.
“Waalaikumussalam…” jawab mereka bertiga serentak.
“Baik sungguh bos kamu tu yer Ecah…dah lah handsome, ada harta…bertuah siapa dapat bos kamu tu.”
“Hmmmm…yer la tu ibu.”
“Ibu, baba, tengah hari nanti Ecah dah boleh balik.”
“Oh…yer ker…lega hati ibu.” bilang Puan Rini.
Puan Rini, Encik Obri juga Aishah meneruskan acara perbualan mereka manakala Aril pulang dengan penuh kehampaan. Ingin sekali Aril merapatkan jurang antara dirinya dan mantan pacarnya namun, itu hanyalah mimpi semata-mata.
**********
“Ehem…ehem…”
Aril terkejut dari lamunannya.
“Eh, Mila…”
“Sorang jer ker??” tanya Mila yang melihat Aril keseorangan di Starbucks kafe.
“Yup, i sorang jer.”
“Boleh i duduk??”
“Erm, duduklah.”
“You tak kerja ker hari ni, Aril??”
“Kerja cuma tadi i pergi hospital sekejap, pekerja i sakit.”
“Oh…prihatin betul you ni yer.”
“Erm…tak der la…biasa jer.”
“Actually, I want to ask you something, errr…about…” tanya Mila kepada Aril.
“About what??”
“About…”
Pertama kali kita bertemu,
Terpanaku melihatmu,
Kurasakan kehangatan,
Yang kau berikan untuk diriku...
“Sekejap yer Aril, ada fone call.”
“Okay.”
Perbualan mereka terhenti seketika.
“Hello.”
“Woi, mak cik…bila kau nak datang jenguk aku kat sini??”
“Opppss….sorry babe, aku buzy la…kau kat mana??”
“Aku kat rumah la…”
“Kau dah keluar hospital ker??”
“Tu lah kau…kata jer kawan sejati, masa aku dekat hospital, batang hidung kau pun aku tak nampak.”
“Sorry la babe, aku tak sempat jenguk kau kat hospital cause aku ada kat Singapore masa tu, biasalah babe, urusan business, semalam baru aku balik sini.”
“Okay, kali ni aku maafkan kau tapi dengan satu syarat…”
“Syarat??”
“Yup, syaratnya ialah kau kena belanja aku makan.”
“Yer la…yer la…nanti aku belanja kau makan, okay??”
“Allright…bagus…bagus…okaylah Mila, nanti kita jumpa, Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Perbicaraan antara Mila dan Aishah, sahabat karibnya, terhenti selepas ucapan salam.
“Sorry Aril, kita kat mana tadi??”
“About something yang you nak tanya pada i.”
“Hish…nak tanya ker tak nak nie??” bisik Mila dalam hati.
“I nak tanya you about….about…Aishah.”
“What?? Aishah?? maksud you, Deanna Aishah??” Aril terkejut mendengar nama yang disebut Mila.
“Yes, Deanna Aishah.” jawab Mila.
“Mila, you kenal dengan Aishah??”
“Of course i kenal dengan Aishah because dialah satu-satunya sahabat i yang paling rapat.”
“Oh…yer ker…kecil betul dunia ni yer.”
“A’ah kan …tau tak per.”
“Aril, actually Aishah banyak bercerita tentang you pada i…tentang hubungan you dengan dia, tentang you tinggalkan dia and tentang you nak berbaik-baik dengan dia, boleh dikatakan Aishah menceritakan semuanya pada i.”
“Everything??” tanya Aril.
“Yes, almost everything.”
“So Mila, selepas apa yang you dengar pasal i dari Aishah, apa pendapat you tentang i?? you marah dekat i or you benci dengan i??”
“I don’t know, i rasa I tak layak nak menilai you and i rasa problem you dengan Aishah not to me so, i tak berhak nak benci you or marah you, right??”
“Thanks but for your information Mila, until now, i still love her very much.”
Mila terdiam apabila Aril mengatakan cintanya terhadap Aishah masih kuat dan kukuh meskipun dilanda badai namun Mila juga sedar, Aishah sudah tidak mencintai lelaki itu lagi. Melihat wajah lelaki itu, dia terasa sayu meskipun wajah yang dihadapan matanya tersenyum namun dia tahu lelaki itu cuba menyembunyikan perasaan lukanya, sedihnya.
“Mila??” Aril menepuk bahu Mila lantas menghentikan lamunannya.
“Eh, Aril…sorry.”
“Mengelamun eh?? Ingatkan siapa??”tanya Aril sambil ketawa kecil.
“Hish…tak der la…mana ada i ingatkan sesiapa, pandai-pandai jer you ni.”
“Ya Allah!!” Aril melihat waktu pada jam tangannya sambil menepuk dahinya.
“Kenapa Aril??”
“I ada meeting la…kejap lagi pukul 3, okaylah Mila, i gerak dulu, apa-apa hal, just contact me..okay??”
“Okay.” Jawab Mila.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Ucapan salam disambut Mila. Selang beberapa minit kemudian, Mila pula yang keluar dari kafe tersebut dan menuju ke pejabatnya untuk menyambung tugasnya sebagai pengarah syarikat milik keluarganya.
**********
TOK!! TOK!! TOK!!
“Masuklah!” jerit Aishah kepada tetamu yang ingin masuk ke kamarnya.
Pintu dikuak oleh seorang lelaki muda yang tampan.
“Eh, abang…masuklah.”
“Ecah termenungkan siapa dekat tingkap tu?? Hehehe…” tanya Dafi sambil ketawa kecil.
Aishah membaling bantal ke arah abang kesayangannya itu.
“Mana ada lah…Ecah saja jer bukak tingkap ni, nak ambil udara.”
“Yer la tu.”
“Yer la…yang abang ni datang bilik Ecah ni, ada apa??”
“La, nak jenguk adik abang dekat bilik ni pun dah tak boleh ker??”
“Boleh…tapi macam pelik jer.”
“Tak der la, abang nak bagitahu Ecah something.”
“Something?? Apa dia??”
“Erm, masa Ecah masuk hospital hari tu, doktor ada cakap, ada someone yang hantar Ecah dekat hospital tapi…”
“Tapi apa??”
“Tapi abang tak sempat jumpa dia nak ucap terima kasih and kalaulah dia tak der masa tu, abang tak tahulah apa yang akan jadi pada adik abang yang sorang ni.”
“Disebabkan dialah Ecah selamat tau.” Bilang Dafi kepada Aishah.
“Yer ker bang??”
“Yer la…takkan abang nak tipu kot.”
“Maksudnya, Ecah terhutang nyawalah pada dia??” tanya Aishah.
“Sebab tulah abang nak sangat jumpa dengan dia…”
“Abang tak tanya ker doktor yang rawat Ecah siapa nama lelaki tu??”
“ Ada …apa nama dia?? Akim…bukan…errr…Airit...ha, baru abang ingat…nama dia Airit Hakim, dialah orang yang bagitau abang pasal Ecah masuk hospital.”
“Mana dia tahu nombor telefon abang??”
“Ecah kan bawak fone, so, dia cari nombor abang dalam fone Ecah la.”
“Kalau dia call abang, maksudnya, nombor fone dia mesti ada dalam handfone abang.”
“A’ah la…yer tak yer jugak…abang pun lupa.”
“ Cuba abang try cari nombor fone dia.”
“Okay, tunggu kejap, abang cari…” Dafi mengeluarkan telefon bimbitnya lantas mencari nombor lelaki tersebut.
“Ecah…abang dah jumpa nombor dia.”
“Dah jumpa?? Betul ker nombor dia tu?? Dah check tarikh??”
“Betul la…abang try call dia yer Ecah.”
“Call la dia…Ecah excited nak jumpa dia ni…” jelas Aishah sambil ketawa kecil.
“Siapa lelaki tu?? Handsome ker dia?? Ker buruk muka dia?? Hahaha…apalah aku ni, fikir handsome ker tak, kan yang penting, dia dah tolong aku and aku dah terhutang nyawa pada dia.” Bisik hati kecil Aishah.
“Ecah…” Dafi menepuk bahu adiknya itu. Lamunan Aishah terhenti seketika.
“Erm, abang…”
“Abang dah call dia.” Bilang Dafi.
“So??”
“So, kitaorang decide nak jumpa esok.”
“Nak ikut…nak ikut…”
“Hish kau ni menyibuk jer...”
“ Ala abang…Ecah nak ikut jugak…please!!” pujuk Aishah kepada abangnya itu.
“Okay lah…okay lah…”
“Yeay…thanks…”
“Ecah…abang keluar dulu lah, abang ada kerja sikit nak buat.”
“Okay…bye.” Balas Ecah sambil melambai-lambai tangannya.
Setelah Dafi keluar dari kamarnya, Aishah menuju ke katil kesayangannya dan merebahkan badannya.
“Airit Hakim?? Hmmm…nice name…mesti baik kan orangnya…Encik Airit Hakim, kita jumpa esok...” bisik Aishah dalam hati sambil senyum sendirian. Aishah sememangnya tidak sabar untuk bertemu dengan orang yang sudah menyelamatkannya. Hatinya penuh dengan harapan agar lelaki itu jauh lebih baik dari lelaki yang pernah singgah dihatinya.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries